Vous êtes sur la page 1sur 4

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana

dengan limpah kurnia-Nya dapat saya memberi


sepatah dua kata dalam Majlis Hari Anugerah
Cemerlang bagi tahun 2016. Saya amat berbangga
kerana pada tahun ini sekali lagi SMK Puteri Wilayah
telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang.
Pertama sekali saya ingin merakamkan berbanyak
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput
saya untuk sama-sama memeriahkan Hari Anugerah
Cemerlang ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini
mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua
guru yang tidak jemu mendidik anak-anak kami
sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik
antara ibu bapa dan semua guru serta kakitangan
sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini.
Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang
lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan
kepada semua murid di sekolah ini umumnya.
Hadirin sekalian,
Detik bersejarah ini merupakan puncak kejayaan
garapan kecemerlangan sekolah, setelah bertungkus
lumus menyemai usaha dan kini detiknya untuk para
pelajar menuai kejayaan. Saya percaya kejayaan yang
diperoleh oleh para pelajar adalah simbol kejayaan
sistem persekolahan dan pendidikan itu sendiri hasil
kerjasama mantap antara barisan pentadbir, guru-guru
dan para murid
Hari Anugerah Cemerlang adalah kayu ukur kepada
prestasi pencapaian murid. Bagi murid yang berjaya

meraih anugerah cemerlang, pihak PIBG ingin


mengucapkan syabas dan tahniah manakala bagi murid
yang belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi
kegagalan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha
yang gigih akan menghasilkan kejayaan yang
cemerlang.
Hadirin yang saya hormati,
Sesungguhnya, majlis ini sememangnya ditunggutunggu
oleh
murid
yang
berjaya
mencipta
kecemerlangan dan menempa nama dalam bidang
kurikulum khasnya dan kokurikulum amnya. Kejayaan
dan kecemerlangan murid dalam bidang yang diceburi
sewajarnya dihargai. Semoga kejayaan murid-murid
yang akan menerima anugerah pada hari ini akan
menjadi inspirasi kepada para murid lain untuk
berusaha dengan lebih gigih.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Muridmurid bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar
tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak
mulia. Kita juga patut sedar, sistem pendidikan kini
memerlukan perubahan selaras dengan keperluan
semasa, untuk memenuhi tuntutan zaman. Sistem
pendidikan kita mestilah sentiasa dinamik dan progresif
serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan
pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.
Para hadirin yang saya muliakan,

Sasaran
membawa
negara
mencapai
standard
pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu
digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan seperti Sarana Ibu Bapa
dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan
penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak
serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan
sekolah.
Usaha menjadikan para murid sebagai peneroka ilmu
dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi
mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad
ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu
bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di
sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan
perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara
bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu
kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat
supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anakanak. Ibu
bapa
perlu
menitikberatkan
soal
pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di
sekolah tetapi juga di rumah.
Hadirin sekalian,
Harapan saya agar semua guru, ibu bapa dan murid
sentiasa bekerja keras bagi memastikan sekolah ini
sentiasa mempersiapkan diri untuk terus mencipta
kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Namun yang pasti sahsiah yang terpuji dengan disiplin
yang tinggi sahaja yang mampu memastikan SMK
Puteri Wilayah terus cemerlang.

Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan syabas


kepada semua guru dan murid yang telah bekerja keras
untuk memastikan kejayaan dan kelancaran Hari
Anugerah Cemerlang ini. Semoga kita semua mendapat
keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi