Vous êtes sur la page 1sur 1

Kenyataan Pelepasan Liabiliti

Saya, __________________________________________________________________________ (nama) ibubapa / penjaga sah kepada


_________________________________________________________________________________________________ (nama peserta)
___________________________________ (Nombor Kad Pengenalan) membenarkan anak / peserta dibawah jagaan saya untuk
mengambil bahagian dalam 1MCC-Astro Kem Bola 2016 (Program) yang dianjurkan oleh Yayasan Astro Kasih (Yayasan) dan 1MCC
Sports Sdn. Bhd. (1MCC) (secara kolektif Penganjur).
Saya mengakui dan mengesahkan bahawa saya memahami Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung bersama kenyataan
pelepasan liabiliti ini. Saya juga memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat Notis Privasi dan Privasi Polisi (sekiranya berkenaan) pihak
Penganjur seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat yang terkandung bersama kenyataan pelepasan liabiliti ini. Saya
memberi jaminan bahawa anak / peserta dibawah jagaan saya berada dalam keadaan yang sihat dan cergas serta akan mematuhi
peraturan-peraturan dan syarat Program ini. Saya mengakui dan bersetuju bahawa Penganjur telah menjelaskan dan mengambil semua
langkah-langkah keselamatan yang diperlukan dalam menjalankan Program ini.
Saya mengakui bahawa penyertaan anak / perserta dibawah jagaan saya di dalam Program ini adalah di atas risiko sendiri. Dengan ini,
saya bersetuju bahawa pihak Penganjur, penaja, jurulatih dan pekerja-pekerja yang terlibat dalam Program ini adalah tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian atau kemalangan
yang mungkin dialami oleh anak / peserta di bawah jagaan saya atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Program ini. Saya
memberi kebenaran kepada Penganjur dan / atau pekerja-pekerja mereka, pembekal, jurulatih dan / atau ejen untuk memberikan bantuan
perubatan yang diperlukan, yang munasabah atau praktikal untuk anak / peserta di bawah jagaan saya sekiranya perlu.
Saya juga mengizinkan pihak Penganjur merakamkan imej anak/peserta di bawah jagaan saya dalam bentuk foto atau video sepanjang
Program dijalankan. Saya bersetuju bahawa semua rakaman video, audio dan gambar-gambar peserta / anak di bawah jagaan saya
("Material") adalah kepunyaan Penganjur. Penganjur berhak menggunakan semua Material dalam mana-mana media di seluruh dunia
untuk tempoh hakcipta yang penuh termasuk pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa kepada orang lain untuk
berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa bayaran atau royalti kepada saya atau peserta / anak di bawah jagaan saya.
Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa Penganjur mempunyai hak untuk tidak menyiarkan mana-mana Material di mana anak saya
/ peserta di bawah jagaan saya atau saya muncul atau mana-mana bahagian daripada sumbangan anak saya / peserta di bawah jagaan
saya atau saya kepada Program ini.
Oleh kerana penglibatan anak / peserta dibawah jagaan saya dalam Program ini dibiayai oleh pihak Penganjur (kecuali kos-kos yang
ditanggung oleh peserta/ ibubapa/ penjaga sepertimana dinyatakan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat), saya mengakui dan
memahami bahawa pihak Penganjur berhak untuk mengenakan apa-apa penalti ke atas saya sekiranya anak / peserta di bawah jagaan
saya menarik diri dari Program ini selepas menandatangani Borang Pengesahan Kehadiran yang rasmi.
Saya bersetuju untuk tidak mendedahkan dan mendapatkan anak / peserta di bawah jagaan saya supaya tidak mendedahkan sebarang
maklumat yang berhubung dengan Program atau hal ehwal Penganjur atau syarikat gabungannya (atau mana-mana syarikat yang diberi
kuasa) yang mungkin diketahui oleh saya semasa penyertaan anak / peserta di bawah jagaan saya dalam Program ini kepada mana-mana
pihak ketiga. Sekiranya saya atau anak / peserta di bawah jagaan saya ingin berhubung dengan pihak media ataupun dihampiri oleh pihak
media, saya atau anak / peserta di bawah jagaan saya akan memaklumkan pihak Penganjur dan seseorang wakilnya yang diberi kuasa
mesti hadir pada masa temu bual tersebut.
Saya bersetuju dan mengakui bahawa anak / peserta di bawah jagaan saya akan mengikut satu jadual yang ketat semasa berada di dalam
Program supaya anak / peserta di bawah jagaan saya akan mendapat latihan yang sewajarnya. Saya juga bersetuju untuk bekerjasama
dengan pihak Pengajur agar anak / peserta di bawah jagaan saya akan dapat pengalaman yang sepenuhnya daripada Program ini.

Tandatangan dan nama ibubapa / penjaga

Nombor kad pengenalan ibubapa / penjaga


Tarikh :