Vous êtes sur la page 1sur 54

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya


melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Suheimi Bin Abdul atas didikan serta
tunjuk ajar yang telah diberikan serta bimbingan yang penuh sepanjang pelaksanaan
tugasan projek ini berlangsung.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang terlibat dalam menjayakan tugasan. Mereka banyak membantu
dalam memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini.
Akhir sekali, saya berharap agar melalui tugasan ini, saya dapat memperbaiki
kelemahan dan membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya. Saya juga
berharap agar kelak, tugasan ini dapat memberi manfaat kepada saya sebagai
seorang guru di sekolah.
Insyaallah..

PENGENALAN

BMM 3033 berkisarkan tentang Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.


Kursus ini merangkumi konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, Taksanomi
Bloom dan Domain Kognitif, Jadual Spesifikasi Ujian dan soalan ujian Bahasa
Melayu serta jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa
Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.
Di dalam tugasan ini, guru akan menghuraikan konsep pentaksiran,
pengukuran, pengujian dan penilaian. Hal ini adalah paksi dalam mengukur tahap
kognitif murid-murid di sekolah. Sebelum melaksanakan ujian bagi menilai tahap
kognitif murid-murid, jadual spesifikasi ujian harus dibina terlebih dahulu seterusnya
menghasilkan item soalan untuk dijawab oleh murid-murid.
Disamping itu, di dalam tugasan ini juga, guru akan membincangkan
berkenaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah PBS di sekolah. PBS
merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Namun begitu, adakah pelaksanaan PBS ini berjalan seperti biasa di sekolah dan
apakah kekangan yang dihadapi oleh guru-guru sekolah dalam melaksanakan PBS?
Pada akhir tugasan ini, guru akan menganalisis item soalan serta indeks
kesukaran samada soalan tersebut berada pada aras mudah, sederhana atau sukar.
Seterusnya, berdasarkan indeks kesukaran yang telah dibina, guru akan menilai
kekuatan serta kelemahan item soalan tersebut serta membuat penambahbaikan
dalam binaan soalan selaras dengan 9 prinsip pembinaan soalan.

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah merupakan satu proses bagi mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Berdasarkan konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu
episode dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Disamping itu, tujuan pentaksiran dijalankan adalah bagi mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran. Apabila guru telah mendapat gambaran mengenai prestasi
pembelajaran murid, guru dapat membuat penilaian tentang aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran samada aktiviti tersebut sesuai dan dapat
memudahkan proses pemahaman murid dalam sesuatu topik. Seterusnya, guru
dapat membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan, tersusun dan sistematik serta bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid.
Aspek-aspek utama dalam menjalankan pentaksiran adalah, instrument,
kumpulan yang ditaksir, respons, kumpulan yang menaksir dan skor. Sehubungan
dengan itu, bagi mengumpul maklumat seterusnya membuat pentaksiran terhadap
seseorang murid, beberapa kaedah boleh dijalankan oleh guru. Antaranya adalah,
dengan menggunakan kaedah portfolio, kaedah lisan, kaedah pertimbangan
professional, kaedah penulisan dan kaedah pemerhatian.

PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu proses atau prosedur yang sistematik bagi
mengukur pencapaian pelajar. Pengujian biasanya dibuat secara ujian bertulis
seperti menyelesaikan masalah matematik, melukis gambar raja, menyusun radas
dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengujur yang hanya mengukur pencapaian
murid dalam bentuk markah sahaja. Menurut Cronbach (1970), beliau berpendapat
bahawa ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem yang berkategori.

Sehubungan itu, terdapat empat tujuan utama pengujian iaitu, mengesan


hasil pembelajaran yang telah dicapai. Disamping itu adalah bagi mengesan
kemajuan yang telah diperoleh dalam pencapaian hasil-hasil pembelajaran muridmurid. Seterusnya, ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan
sedia ada murid sebelum pengajaran manakala ujian diagnostik pula menentukan
punca masalah pembelajaran yang dihadapi murid-murid seterusnya membantu
guru untuk menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

PENILAIAN
Penilaian dalam konteks pendidikan membawa erti proses atau aktiviti yang
bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu
pencapaian akademik.Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu dalam KBSR iaitu, penilaian mengesan
penguasaan yang dijalankan di dalam bilik darjah bagi mengesan kelemahan
penguasaan murid serta merta agar kelemahan ini dapat diperbetulkan dengan
serta-merta.
Disamping itu adalah, penilaian mengesan kemajuan. Bentuk penilaian ini
dilaksanakan setelah beberapa kemahiran dalam sesuatu topik selesai diajar. Hal ini
bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dalam kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajari selain mengesan murid yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
pemulihan.
Selain itu ialah penilaian mengesan pencapaian yang dilaksanakan setelah
guru selesai mengajar beberapa topik pelajaran. Kebiasaannya penilaian ini
dilaksanakan dalam tempoh satu penggal. Hal ini adalah bertujuan bagi mengesan
pencapaian murid-murid dalam topik-topik pelajaran yang telah dipelajari disamping
menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.
Berdasarkan KSSR pula, pentaksiran untuk pegajaran dan pembelajaran
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian
murid-murid dalam pembelajaran. Kaedah pelaksanaan pentaksiran bagi KSSR
adalah bersifat autentik dan holistik. Oleh itu, pada akhir peringkat pendidikan
rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas kehidupan seharian yang meliputi,
penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Disamping itu
juga, murid-murid harus menguasai kemahiran menaakul secara kreatif dan inovatif.
Seterusnya, murid-murid juga perlu ada kesedaran kesejahteraan diri fizikal dan
mental disamping percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan mempuyai nilai murni,
Sebagai tambahan, murid-murid juga perlu ada sifat jati diri dan semangat
nasionalisme serta memahami dan menghayati budaya nasional.

PENGUKURAN
Pengukuran merupakan satu proses atau sistem yang digunakan untuk
menentukan nilai kauntitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai ini
kebiasaannya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan
menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Pengukuran dilaksanakan bertujuan
untuk mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh. Disamping itu, dengan
melaksanakan pengukuran, jenis-jenis kemahiran yang diperoleh dapat dikesan
disamping mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran
yang lain. Sebagai tambahan, guru juga boleh mengenalpasti jenis-jenis masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

PERBANDINGAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN


PENGUKURAN

PERBANDINGA
N

PENGUKURAN

PENGUJIAN

PENILAIAN

PENTAKSIRAN

DEFINISI

Sebuah proses
atau sistem
yang digunakan
untuk
menentukan
nilai kautitatif
sesuatu benda,
perkara atau
keadaan

Satu alat yang


sistematik untuk
mengukur
perubahan
dalam sesuatu
aspek
tingkahlaku

Sebuah proses
menentukan
perubahan
tingkahlaku dan
membuat
pertimbangan
nilai

Sebuah proses
yang
menentukan
peringkat
pencapaian dan
prestasi
seseorang
individu atau
murid

TUJUAN

Memberi
maklumat
berkenaan
pencapaian
murid dalam
bentuk
kauntitatif.

Untuk
menentukan
pencapaian
terhadap
sesuatu
pembelajaran

Memberi
maklumat
tentang
pencapaian
objektid
pembelajaran,
kaedah
mengajar dan
kurikulum

Bagi membuat
pengelasan
terhadap
pencapaian dan
kedudukan
dalam
pembelajaran

BENTUK

1. Ujian

1. Pemerhatian 1. Jadual

1. Portfolio

2. Soal Selidik

2. Ujian lisan

2. Pertimbangan
Profesional

3. Senarai
semak
4. Inventori
5. Pentaksiran
dan
pengukuran

2. Gred
berdasarkan
3. Ujian bertulis
teknik
perangkaan

3. Kaedah
Pemerhatian
4. Kaedah
Penulisan
5. Kaedah Lisan

PROSES
PELAKSANAAN

Menjalankan
proses
pengujian
menggunakan
set ujian dan
kemudian
mencatat atau
merekod markah
serta memberi
gred

Menyediakan set
ujian
berdasarkan
cara ujian yang
ingin dijalankan.
Melakukan
pentadbiran
semasa
menjalankan
ujian dan
seterusnya
menjalankan
pemeriksaan
terhadap set
ujian yang telah
dijalankan.

Menentukan
kaedah
pengukuran
yang ingin
dijalankan dan
melakukan
proses
pengukuran
dan
penganalisaan
semasa
pengukuran
dilakukan.
Kemudian
proses
interpretasi
dijalankan
sebelum
melapor
dapatan kajian
dan tindakan.

Menjalankan
proses
pengujian
menggunakan
set ujian dan
kemudian
mencatat atau
merekod markah
serta memberi
gred

MASA

Boleh dilakukan
dalam penilaian

Selepas sesi
pembelajaran

Boleh
dijalankan
sebelum,
semasa atau
selepas sesi
pembelajaran

Selepas sesi
pembelajaran

LIPUTAN

Alat pengukuran
pencapaian
murid terhad
dalam bentuk
kauntitatif.

Terhad kepada
sesuatu
kemahiran atau
pembelajaran

Dari sesuatu
pembelajaran
tertentu ke
seluruh sistem
kurikulum.

Meliputi hal-hal
berkaitan topik,
bukti dan
prestiasi.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan satu sistem


pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan
anjakan sistem pentaksiran yang tertumpu kepada ujian yang berorientasikan
peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik dan autentik. Tujuan pelaksanaan
sistem ini adalah untuk menyediakan satu set indikator bagi menilai potensi murid
dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian mereka
secara berterusan.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana daripada
pentaksiran, guru boleh mengetahui perkembangan pembelajaran murid-murid serta
menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, terdapat banyak dakwaan dimana
sistem pendidikan yang terlalu berpaksikan kepada peperiksaan. Hal ini
menyebabkan pelajar hanya belajar untuk menjalani peperiksaan dan bukannya
belajar kerana minat mereka. Disamping itu, Pelajar juga belajar dalam keadaan
tertekan dan dipaksa dimana ibu bapa mengharapkan A daripada anak-anak
mereka.
Justeru, pada 17 Disember 2010 Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju
supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian
daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk
membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap
penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti yang telah tercatat dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 bermula
daripada tahap 1. Dijangkakan, pada tahun 2016, sistem PBS dapat dilaksanakan
secara menyeluruh pada peringkat sekolah rendah. Disamping itu, PBS juga telah
diperkenalkan kepada Sekolah Menengah pada tahun 2012 dan dijangkakan pada
tahun 2014, PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai
aspek kognitif(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Sistem PBS ini dioptimumpkan untuk mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik. Disamping itu, PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada

guru untuk melaksanakan pentaksiran formmatif dan sumatif yang berasaskan


sekolah.

Tujuan pelaksanaan PBS adalah untuk mendapatkan gambaran secara


keseluruhan tentang potensi individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Selain itu, pelaksanaan PBS ini juga adalah untuk memantau
pertumbujan dan membantu meningkatkan potensi individu secara berperingkat dan
berterusan. PBS juga dilaksanakan untuk membuat pelaporan bermakna tentang
pembelajaran individu supaya hasil pembelajaran murid dapat direkod dari semasa
ke semasa agar rekod perkembangan murid tersebut dapat tidak hilang walaupun
murid tersebut telah berpindah sekolah.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, sistem PBS telah lama diaplikasikan di
peringkat sekolah melalui pemberian kerja rumah, kuiz, projek, ujian lisan serta
pelbagai aktiviti melibatkan pembelajaran pelajar samada di dalam mahupun di luar
bilik darjah. Sistem PBS ini dilaksanakan sebagai penambahbaikan dimana semua
hasil ujian ini direkodkan dan dimuatnaik ke dalam Portal Kementerian Pendidikan.
Begitu juga di sekolah, guru-guru masih menggunakan kaedah pemberian kerja
rumah, kuiz dan lain-lain sebagai pentaksiran kepada murid-murid.
Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dalam melaksanakan sistem
PBS ini di sekolah. Antaranya adalah bebanan tugas yang terpaksa dihadapi oleh
guru. Rata-rata guru yang terlibat dalam proses pelaksanaan PBS ini merungut
kerana bebanan kerja bertambah dari aspek pengkeranian. Hal ini menyebabkan
guru kurang masa dalam memikirkan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat
para pelajar dalam proses P&P kerana terlalu sibuk menguruskan sistem PBS ini.
Disamping itu, guru juga menghadapi masalah ketidakhadiran pelajar ke
sekolah. Hal ini merupakan masalah yang lazim dihadapi oleh guru-guru di setiap
sekolah terutamanya di dalam kawasan kampung dan pedalaman dimana pelajar
kurang minat untuk belajar. Disamping itu, pelajar tidak serius dalam pembelajaran
mereka kerana mereka tahu subjek yang mereka belajar tidak akan dinilai di dalam
peperiksaan.
Permasalahan yang sering diutarakan oleh guru-guru sekolah adalah
berkenaan dengan proses memuatnaik hasil ujian atau pemarkahan murid-murid
sekolah ke dalam talian internet. Hal ini adalah kerana capaian internet yang sibuk.
Selain itu, walaupun terdapat talian internet di sekolah, namun begitu talian ini
seringkali terputus dan lambat. Hal ini adalah kerana, sekolah berada di dalam
kawasan kampung atau pedalaman. Oleh itu, capaian internet sekolah juga adalah
lemah.
Kesimpulannya, berdasarkan temubual bersama guru-guru sekolah, pelbagai
cabaran terpaksa dihadapi dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah

PBS. Disamping itu, mereka berasa terbeban dengan tugasan PBS disamping
tugasan-tugasan lain yang harus dilaksanakan di sekolah sebagai ketua panitia,
guru kelas dan lain-lain. Namun begitu, pelaksanaan PBS ini masih berjalan setakat
yang mampu dilaksanakan oleh guru-guru sekolah.

JSU

soalan bm

analisis skor

PENGIRAAN INDEKS KESUKARAN

INDEKS KESUKARAN =

BERAPA YANG MURID JAWAB BETUL


JUMLAH MURID

JADUAL ARAS KESUKARAN DAN PENGKELASAN ITEM


0.00 0.39

SUKAR

0.4 0.7

SEDERHANA

0.71 1.00

MUDAH

Berdasarkan jadual analisis skor ujian, bagi soalan 1, seramai 9 orang murid
gagal menjawab dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan 1 adalah 0.55 pada
tahap sederhana. Manakala bagi soalan 2, seramai 4 orang murid gagal menjawab
dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan 2 adalah 0.8 pada tahap mudah.
Seterusnya, soalan 3 seramai 10 orang murid berjaya menjawab dengan betul.
Indeks kesukaran bagi soalan 3 adalah 0.5 pada tahap sederhana. Soalan 4
menunjukkan seramai 9 orang berjaya menjawab dengan betul. indeks kesukaran
bagi soalan 4 adalah 0.45 pada tahap sederhana. Jika dilihat pada soalan 5,
seramai 12 orang murid berjaya menjawab dengan betul. Indeks kesukaran bagi
soalan 5 adalah 0.6 pada aras sederhana.
Manakala bagi soalan 6 dan soalan 7, seramai 18 orang murid berjaya
menjawab soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi kedua-dua soalan ini adalah
0.9 pada tahap mudah. Selain itu, soalan 8 menunjukkan seramai 14 orang pelajar
berjaya menjawab soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.7
pada tahap sederhana. Seterusnya soalan 9 menunjukkan seramai 10 orang telah
gagal menjawab soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.5
pada tahap sederhana. Soalan 10 memaparkan seramai 18 orang murid berjaya
menjawab soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.9 pada
tahap mudah.

Soalan 11 menunjukkan indeks kesukaran tertinggi iaitu 0.95 pada tahap


mudah apabila hanya seorang murid gagal menjawab soalan ini dengan betul.
Seterusnya soalan 12 mempamerkan seramai 15 orang murid berjaya menjawab
soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan 15 adalah 0.75 pada tahap
mudah. Soalan 13 pula menunjukkan seramai 7 orang murid gagal menjawab
soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.65 pada tahap
sederhana. Manakala, bagi soalan 14 dan soalan 15, seramai 10 orang berjaya
menjawab soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi kedua-dua soalan ini adalah
0.5 pada tahap sederhana.
Disamping itu, soalan 16 memaparkan 13 orang murid berjaya menjawab
soalan dengan betul. indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.65 pada tahap
sederhana. Manakala bagi soalan 17, seramai 18 orang murid berjaya menjawab
soalan dengan betul. Indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.9 pada tahap
mudah. Soalan 18 menunjukkan seramai 15 orang murid berjaya menjawab dengan
betul. indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.75 pada tahap sederhana. Soalan
19 menunjukkan indeks kesukaran terendah iaitu 0.35 pada tahap sukar apabila
hanya 7 orang murid sahaja berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Soalan akhir
iaitu soalan 20 memaparkan seramai 12 orang berjaya menjawab soalan dengan
betul. Indeks kesukaran bagi soalan ini adalah 0.6 pada tahap sederhana.

KELEMAHAN ITEM UJIAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Soalan 1

1. Raja Iskandar bermusafir untuk mencari ilmu apabila baginda turun daripada
___________ dan mengisytiharkan diri baginda sebagai rakyat biasa.
A
B
C
D

istana
takhta
mahligai
balairung

ANALISIS SOALAN 1
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.1 Pengetahuan
Murid diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai

Komponen Soalan

Stimulus
Tiada stimulus diberikan terhadap soalan ini.
Stem
Berbentuk stem terbuka atau ayat yang tidak lengkap
Soalan mengkehendaki murid untuk melengkapkan ayat dengan
memilih jawapan yang betul dan tepat.
Soalan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:
A. istana
B. takhta
C. mahligai
D. balairung
Pilihan jawapan yang dikemukakan dalam soalan ini baik dan
memerlukan murid untuk berfikir secara kritis dan mencari
makna bagi setiap pilihan jawapan.
Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
A. istana
C. mahligai

D. balairung
Jawapan betul:
B. takhta

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini baik


kerana dapat menimbulkan kekeliruan kepada murid untuk
memilih jawapan. Oleh itu, murid tidak dapat menjawab
soalan dalam masa yang singkat kerana mereka perlu berfikir
jawapan yang paling tepat dan betul.

Kelemahan

Soalan yang diberikan tidak berkait dengan pengetahuan


sedia ada murid. Mereka tidak mengetahui makna takhta,
balairung dan mahligai menyebabkan mereka tidak dapat
mengaitkan jawapan dengan soalan.

Cadangan

Bahasa

yang

digunakan

haruslah

berkait

penambahbaikan

kefahaman murid-murid agar mereka dapat mengaitkan


penggunaan kata terhadap situasi soalan.

Soalan 3

dengan

aras

3. Batang joran yang digunakannya ___________ akibat tali pancing ditarik kuat
oleh ikan.

A
B
C
D

menegang
melentok
meliuk
melentur

ANALISIS SOALAN 3
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.2 Kefahaman
Murid diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai

Komponen Soalan

Stimulus

Berbentuk gambar
Gambar yang diberikan dalam soalan ini memudahkan murid
untuk menjawab soalan dengan lebih baik di samping dapat
membantu murid untuk membuat pilihan jawapan yang paling
tepat.
Stem
Berbentuk stem terbuka atau ayat yang tidak lengkap
Soalan mengkehendaki murid untuk melengkapkan ayat dengan
memilih jawapan yang betul dan tepat.
Soalan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:
A. menegang
B. melentok
C. meliuk
D. melentur

Pilihan jawapan yang dikemukakan dalam soalan ini baik dan


memerlukan murid untuk berfikir secara kritis sebelum
menjawab soalan yang diberikan
Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
A. menegang
B. melentok

C. meliuk
Jawapan betul:
C. melentur

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini baik


kerana murid harus berfikir secara kritis dalam memilih
jawapan paling sesuai dengan situasai yang ditunjukkan.

Kelemahan

Murid-murid

tinggal

di

dalam

kawasan

felda

dimana

sosiobudaya mereka tidak melibatkan aktiviti menjoran ikan.


Cadangan

Pastikan soalan lebih berkait dengan sosiobudaya murid-

penambahbaikan

murid agar mereka dapat memahami pilihan jawapan yang


berkait dengan soalan.

SOALAN 4

4. Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang ___________ gawang gol.
A
B
C
D

melepasi
melewati
menepati
membolosi

ANALISIS SOALAN 4
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.1 Pengetahuan
Murid diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai

Komponen Soalan

Stimulus
Tiada stimulus diberikan terhadap soalan ini.
Stem
Berbentuk stem terbuka atau ayat yang tidak lengkap
Soalan mengkehendaki murid untuk melengkapkan ayat dengan
memilih jawapan yang betul dan tepat.
Soalan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:
A. melepasi
B. melewati
C. menepati
D. membolosi

Pilihan jawapan yang dikemukakan baik kerana menimbulkan


kekeliruan kepada murid-murid untuk menjawab soalan.
Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
A. melepasi
B. melewati
C. menepati
Jawapan betul:
D. membolosi

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini kurang


baik kerana tidak dapat menimbulkan kekeliruan kepada
murid untuk memilih jawapan. Oleh itu, murid berupaya untuk
menjawab soalan dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Kelemahan

Murid-murid lemah dalam memahami penggunaan perkataan


terhadap situasi soalan.

Cadangan

Bahasa yang digunakan haruslah meliputi aras kefahaman

penambahbaikan

murid-murid agar murid dapat mengaplikasikan penggunaan


bahasa terhadap situasi soalan.

Soalan 8

8.

Cerah betul cuaca pada hari ini, kata Azman.

II

Pemain yang berusia 20 tahun itu mempunyai masa depan yang cerah
dalam sukan boling

III Kulit Farisha lebih cerah daripada kulit kakaknya.


IV Air tasik itu kelihatan tenang dan cerah.
A
B
C
D

II dan III
I, II, dan III
II, III, dan IV
I, II, III, dan IV

ANALISIS SOALAN 8
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.3 Aplikasi
Murid diminta memilih ayat yang menggunakan perkataan
bergaris dengan betul

Komponen Soalan

Stimulus
Tiada stimulus diberikan terhadap soalan ini.
Stem
Berbentuk stem tertutup atau ayat yang lengkap
Mengemukakan pertanyaan yang mengkehendaki murid untuk memilih
peribahasa yang paling tepat berdasarkan ayat yang telah diberikan.
Soalan
Pilih ayat ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul
dan sesuai
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:
A. II dan III
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Pilihan jawapan yang dikemukakan baik kerana menimbulkan


kekeliruan kepada murid-murid untuk menjawab soalan.

Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
A. II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Jawapan betul:
B. I, II dan III

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini baik


kerana murid harus berfikir secara kritis dalam memilih
jawapan paling sesuai dengan situasai yang ditunjukkan.

Kelemahan

Murid-murid cuai dalam menjawab soalan. Perkataan bergaris


tidak dapat dikenalpasti dengan jelas.

Cadangan

Perkataan bergaris pada soalan ini harus dihitamkan atau

penambahbaikan

dicondongkan atau kedua-duanya sekali supaya lebih jelas


kelihatan dan wujud unsur penegasan terhadap perkataan itu.

Soalan 13

13.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka berterusan hingga beberapa hari lagi,
kata juruhebah radio itu.
A Juruhebah radio itu memberitahu bahawa hujan lebat dan ribut petir
akan berterusan hingga beberapa hari lagi.
B Juruhebah radio itu menyatakan bahawa hujan lebat dan ribut petir
mungkin akan berterusan hingga beberapa hari lagi.
C Juruhebah radio itu memaklumkan bahawa beberapa hari lagi hujan
lebat dan ribut petir akan berterusan.
D Juruhebah radio itu berterusan melaporkan bahawa hujan lebat dan
rebut petir akan melanda beberapa hari lagi.

ANALISIS SOALAN 13

Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.4 Analisis
Murid diminta memilih ayat yang sama maksud dengan ayat
yang diberikan

Komponen Soalan

Stimulus
Tiada stimulus diberikan terhadap soalan ini.
Stem
Berbentuk stem tertutup atau ayat yang lengkap
Mengemukakan pertanyaan yang mengkehendaki murid untuk memilih
ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang
diberikan.
Soalan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:
A

Juruhebah radio itu memberitahu bahawa hujan lebat dan ribut


petir akan berterusan hingga beberapa hari lagi.

B Juruhebah radio itu menyatakan bahawa hujan lebat dan


ribut petir mungkin akan berterusan hingga beberapa hari lagi.
C Juruhebah radio itu memaklumkan bahawa beberapa hari lagi
hujan lebat dan ribut petir akan berterusan.

D Juruhebah radio itu berterusan melaporkan bahawa hujan

lebat dan rebut petir akan melanda beberapa hari lagi.


Pilihan jawapan yang dikemukakan baik kerana menimbulkan
kekeliruan kepada murid-murid untuk menjawab soalan.

Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
A Juruhebah radio itu memberitahu bahawa hujan lebat dan ribut
petir akan berterusan hingga beberapa hari lagi.
C Juruhebah radio itu memaklumkan bahawa beberapa hari lagi
hujan lebat dan ribut petir akan berterusan.
D Juruhebah radio itu berterusan melaporkan bahawa hujan
lebat dan rebut petir akan melanda beberapa hari lagi.
Jawapan betul:
B. Juruhebah radio itu menyatakan bahawa hujan lebat dan ribut
petir mungkin akan berterusan hingga beberapa hari lagi.

Pengganggu bagi soalan ini baik kerana dapat memberi


kekeliruan kepada murid untuk memilih jawapan yang paling
tepat. Hal ini kerana jika murid tidak membaca secara
keseluruhan ayat yang ditulis, mereka berkemungkinan akan
melakukan kesalahan dari segi pilihan jawapan yang
bertepatan dengan soalan yang dikemukakan.

Kelemahan

Murid-murid kurang motivasi dalam menjawab soalan.


Apabila melihat soalan dan jawapan dalam bentuk ayat yang

panjang serta pengganggu yang mengelirukan, murid-murid


tidak mahu membaca dengan lebih mendalam sebaliknya
menanda jawapan yang mereka rasa betul.
Cadangan

Guru

harus

menunjukkan

dan

memberikan

penambahbaikan

terhadap cara-cara menjawab soalan yang berbentuk mencari


ayat yang sama maksud dengan ayat soalan.

Soalan 15

penegasan

15.

Semua guru-guru sedang bermesyuarat di bilik guru.

II

Yang berbaju biru tua itu kakak ipar saya.

III Nenek sayang akan Shalin sepenuh-penuhnya.


IV Pihak polis bergegas ke tempat itu apabila menerima panggilan
telefon.
A I dan III
B II, dan IV
C I, II, dan III
D II, III, dan IV

ANALISIS SOALAN 15
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif

Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling


tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.
Aras Soalan

No.5 Sintesis
Murid diminta memilih ayat yang betul

Komponen Soalan

Stimulus
Tiada stimulus diberikan terhadap soalan ini.
Stem
Berbentuk stem tertutup atau ayat yang lengkap
Mengemukakan pertanyaan yang mengkehendaki murid untuk memilih
ayat yang betul daripada pilihan ayat yang diberikan
Soalan
Pilih ayat yang betul
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:

A
B
C
D

I dan III
II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

Pilihan jawapan yang dikemukakan baik kerana menimbulkan


kekeliruan kepada murid-murid untuk menjawab soalan.
Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:

Penggangu:
A I dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV
Jawapan betul:
B. II dan IV

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini baik


kerana murid harus berfikir secara kritis dalam memilih
jawapan paling sesuai dengan situasai yang ditunjukkan.

Kelemahan

Setelah melakukan soal selidik melalui kaedah temubual guru


dengan murid-murid yang salah, mereka menyatakan bahawa
mereka cuai dalam menjawab soalan yang diberikan. Sebagai
contoh; salah tanda, cuai dalam pemindahan jawapan

Cadangan

Soalan dan pilihan jawapan harus disemak berulang kali

penambahbaikan

dengan memotong pilihan jawapan yang salah agar skop


pemilihan jawapan dapat dikecilkan

Soalan 16

16.

Zainab amat disenangi oleh saudara-mara kerana ___________nya yang


sopan.
A
B
C
D

ramah mesra
budi bicara
air muka
tutur kata

ANALISIS SOALAN 16
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.2 Kefahaman
Murid diminta isi tempat kosong dengan peribahasa yang
sesuai

Komponen Soalan

Stimulus

Tiada stimulus diberikan terhadap soalan ini.


Stem
Berbentuk stem terbuka atau ayat yang tidak lengkap
Soalan mengkehendaki murid untuk melengkapkan ayat dengan
memilih peribahasa yang betul dan tepat untuk diisi di dalam tempat
kosong.
Soalan
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:

A
B
C
D

ramah mesra
budi bicara
air muka
tutur kata

Pilihan jawapan yang dikemukakan baik kerana menimbulkan


kekeliruan kepada murid-murid untuk menjawab soalan.
Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
A ramah mesra
B budi bicara
C air muka
Jawapan betul:
D. tutur kata

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini baik


kerana murid harus berfikir secara kritis dalam memilih

jawapan paling sesuai dengan situasai yang ditunjukkan.

Kelemahan

Murid-murid tidak dapat mengaplikasikan peribahasa dengan bentuk


soalan yang diberikan. Ramai pelajar menjawab B budi bicara.
Zainab amat disenangi oleh saudara-mara kerana ___________nya
yang sopan.
Budi bicara harus dipadankan dipadankan dengan kesantunan. Oleh
itu, jawapan paling tepat adalah D. tutur kata.

Cadangan

Murid-murid harus menyemak jawapan dengan lebih kerap serta

penambahbaikan

menyingkirkan jawapan yang salah terlebih dahulu bagi mengurangkan


pilihan jawapan. Disamping itu, pelajar harus menyuaikan jawapan
dengan soalan seterusnya mengkaji kesesuaian jawapan yang dipilih
dengan situasi dan bentuk soalan.

Soalan 19

19.

Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh


A menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
B membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.

ANALISIS SOALAN 19
Perkara
Jenis Soalan

Analisis
Objektif
Soalan meminta murid memilih satu jawapan yang paling
tepat daripada 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A , B, C
dan D.

Aras Soalan

No.5 Sintesis
Murid diminta memilih jawapan yang betul berdasarkan
petikan yang diberi

Komponen Soalan

Stimulus
Berbentuk teks petikan iaitu memerlukan murid untuk menjelas situasi
sesuatu keadaan berdasarkan teks petikan yang diberikan

Stem
Berbentuk stem tertutup atau ayat yang lengkap
Mengemukakan pertanyaan yang mengkehendaki murid untuk memilih
jawapan yang betul berdasarkan petikan
Soalan
Pilih jawapan yang betul berdasarkan petikan yang diberi
Pilihan Jawapan
Soalan ini mempunyai 4 pilihan jawapan iaitu:
A
B
C
D

menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu


membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu
menambah pengetahuan orang yang bertanya itu
menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca

Pilihan jawapan yang dikemukakan adalah kurang baik kerana


susunan pilihan jawapan adalah tidak mengikut format daripada
pendek kepada ayat yang lebih panjang.

Penggangu
Soalan ini mempunyai 3 pengganggu dan 1 jawapan betul,
iaitu:
Penggangu:
B membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu
C menambah pengetahuan orang yang bertanya itu
D menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca
Jawapan betul:
A. ilmu dapat mencerahkan kehidupan manu

Pengganggu jawapan yang diberikan dalam soalan ini baik


kerana murid harus berfikir secara kritis dalam memilih
jawapan paling sesuai dengan situasai yang ditunjukkan.

Kelemahan

Berdasarkan temubual guru bersama pelajar-pelajar yang


gagal menjawab soalan dengan betul, ramai pelajar memberi
alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup
untuk

menjawab

semua

soalan

yang

diberikan.

Hanya

terdapat segelintir murid lemah yang tidak dapat berfikir


secara kritis untuk menjawab soalan jenis KBKK.
Cadangan

Penekanan terhadap pengurusan masa harus

dijelaskan

penambahbaikan

kepada murid-murid dimana soalan yang susah untuk dijawab


harus ditinggalkan terlebih dahulu dan disemak semula
setelah semua soalan mudah selesai dijawab. Disamping itu,
guru harus membiasakan murid menjawab soalan berbentuk
KBKK bagi mengasah pemikiran murid agar berfikir dengan
lebih teliti.

KEKUATAN ITEM UJIAN

Kekuatan sesuatu item ujian tersebut adalah terletak kepada prinsip


pembinaan item ujian. Antara kekuatan tersebut termasuklah arahan soalan yang
jelas, pilihan jawapan yang tidak berbunga-bunga dan sebagainya. Prinsip
pembinaan item ujian ini dapat dilihat di dalam soalan yang telah dibina.

Soalan 2

2. Zainab, tolong siapkan kerja ___________ dengan segera kerana


___________ perlu menghantarnya kepada cikgu hari ini juga, kata
Kassim.
A
B
C
D

kamu kita
kami saya
kita kami
kalian kamu

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Pelajar tidak perlu
mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami kehendak soalan. Disamping
itu, pilihan jawapan yang diberikan juga ditulis secara padat, jelas dan tidak
berbunga-bunga supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
Seterusnya taburan jawapan pula dibuat secara rawak dan tidak mengikut sistem
tertentu bagi mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan yang betul.
Seterusnya, pilihan jawapan adalah menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi
soalan. Sebagai tambahan, setiap jawapan pilihan ditulis sama panjang supaya tidak
memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.

Soalan 6
6. Abang melapangkan masa untuk membantu adiknya menyiapkan kerja
sekolah.
Perkataan seerti bagi melapangkan ialah
A
B
C
D

melepaskan
meluangkan
memberikan
membesarkan

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, menukarkan perkataan bergaris dengan perkataan yang sama maksud
dengannya. Selain itu, setiap jawapan pilihan ditulis sama panjang supaya tidak

memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul. Pilihan jawapan yang
diberikan juga ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga. Seterusnya.
Jawapan pilihan disusun mengikut abjad menunjukkan pilihab jawapan tersusun di
dalam satu sistem abjad. Disamping itu, pilihan jawapan adalah menarik,
munasabah dan sesuai dengan situasi soalan.

Soalan 7
7. Daging kambing yang baru dikeluarkan dari peti sejuk itu masih beku.
Perkataan berlawanan bagi beku ialah
A
B
C
D

likat
lekat
cair
pekat

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, cari perkataan berlawanan dengan perkataan yang telah digariskan.
Disamping itu, pilihan jawapan yang diberikan juga ditulis secara padat, jelas dan
tidak berbunga-bunga supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
Seterusnya taburan jawapan pula dibuat secara rawak dan tidak mengikut sistem
tertentu bagi mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan yang betul.
Seterusnya, pilihan jawapan adalah menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi
soalan. Sebagai tambahan, setiap jawapan pilihan ditulis sama panjang supaya tidak
memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.

Soalan 10
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya dibawah.
10.

Mengapakah perlawanan badminton di dewan sekolah itu terpaksa ditunda?


A
B
C
D

Perlawanan badminton itu ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik.


Perlawanan badminton yang dilangsungkan di dewan sekolah telah ditamatkan.
Perlawanan badminton itu diberhentikan sementara sehingga diberitahu kelak.
Perlawanan badminton itu dilambatkan kerana dijalankan di dewan sekolah.

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya tersebut. Selain itu, taburan
jawapan pula dibuat secara rawak dan tidak mengikut sistem tertentu bagi
mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan yang betul. Seterusnya, pilihan
jawapan adalah menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi soalan. Disamping
itu, setiap jawapan pilihan ditulis sama panjang supaya tidak memberi petanda
kepada pelajar tentang jawapan betul. Sebagai tambahan, jawapan pilihan juga
disusun mengikut abjad menunjukkan jawapan disusun secara sistematik.

Soalan 11
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat dibawah
11.

Aini beransur-ansur pulih selepas dirawat di hospital pakar itu sejak sepuluh hari
yang lalu.
A Mengapakah Aini dirawat di hospital pakar itu?
B Bilakah Aini mula mendapatkan rawatan di hospital pakar itu?
C Bagaimanakah keadaan Aini selepas dirawat di hospital pakar itu?
D Apakah jenis penyakit yang dihadapi oleh Aini sehingga terpaksa dirawat di
hospital pakar?

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, pilih ayat tanya yang sesuai. Seterusnya taburan jawapan pula dibuat secara
rawak dan tidak mengikut sistem tertentu bagi mengelakkan daripada pelajar

meneka jawapan yang betul. Disamping itu, pilihan jawapan yang diberikan juga
ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga supaya pelajar tidak
membuang masa untuk memahaminya.. Seterusnya, pilihan jawapan adalah
menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi soalan. Sebagai tambahan, aras
kesukaran bagi soalan ini adalah setara iaitu tidak terlalu banyak pilihan jawapan
seperti soalan berbentuk pilihan I, II, III dan IV bagi mengelakkan daripada
kekeliruan dalam kalangan murid serta menyeleraskan aras kesukaran agar tidak
terlalu sukar.

Soalan 12

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan


12.

Adi gembira mengikut Bahrim pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang


merasai cara kehidupan kaum nelayan.

A Cara kehidupan kaum nelayan membuatkan Adi dan Bahrim gembira berada di
kampungnya.
B Adi gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikut
Bahrim pulang ke kampungnya.
C Adi gembira melihat kehidupan kaum nelayan di kampung Bahrim.
D Kaum nelayan berasa gembira mengikut Adi dan Bahrim pulang ke kampungnya.

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. Disamping itu, pilihan
jawapan yang diberikan juga ditulis secara jelas dan tidak berbunga-bunga supaya
pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. Seterusnya, pilihan jawapan
adalah menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi soalan. Selain itu, taburan
jawapan pula dibuat secara rawak dan tidak mengikut sistem tertentu bagi
mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan yang betul. Sebagai tambahan,
setiap jawapan pilihan disusun mengikut abjad bagi menunjukkan jawapan disusun
secara sistematik.

Soalan 17
17. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di
kampung seperti _________________________.
A

enau dalam belukar

kacang lupakan kulit

aur dengan tebing

dakwat dengan kertas

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Oleh itu, pelajar tidak perlu
mengambil masa yang terlalu lama untuk memikirkan kehendak soalan. Disamping
itu, pilihan jawapan yang diberikan juga ditulis secara padat, jelas dan tidak
berbunga-bunga supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
Seterusnya taburan jawapan pula dibuat secara rawak dan tidak mengikut sistem
tertentu bagi mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan yang betul.
Seterusnya, pilihan jawapan adalah menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi
soalan. Sebagai tambahan, setiap jawapan pilihan ditulis sama panjang supaya tidak
memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.
18. Apakah maksud baris Ilmu itu pelita hidup?
Soalan 18
A ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D ilmu itu dapat menghidupkan pelita.

Kekuatan soalan ini terletak kepada arahan soalan yang jelas, arahan soalan
adalah, Cari maksud baris ayat tersebut. Seterusnya, tiada jawapan yang berbentuk
Semua di atas atau Tiada satu pun di atas sebagai jawapan pilihan. Pilihan
jawapan ini akan menimbulkan kekeliruan kepada murid. Selain itu, murid juga dapat
meneka jawapan sebenar berdasarkan bentuk pilihan jawapan. Disamping itu,
pilihan jawapan yang diberikan juga ditulis secara padat, jelas dan tidak berbungabunga supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. Seterusnya
taburan jawapan pula dibuat secara rawak dan tidak mengikut sistem tertentu bagi
mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan yang betul. Seterusnya, pilihan
jawapan adalah menarik, munasabah dan sesuai dengan situasi soalan. Sebagai
tambahan, jawapan tersebut disusun mengikut abjad bagi menunjukkan pilihan
jawapan disusun secara sistematik.

PERBINCANGAN SECARA MENYELURUH

Secara keseluruhan, terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan yang


terdapat dalam item ujian yang telah dibina, dijawab dan dianalisa ini. Jikalau dilihat
daripada analisis soalan terdapat hanya 8 soalan berada pada tahap mudah dengan
indeks kesukaran 0.75 hingga 0.95
Manakala 11 soalan pada tahap sederhana dengan indeks kesukaran 0.45
hingga 0.7 dan 1 soalan berada pada tahap susah dengan indeks kesukaran 0.35
dengan hanya 7 orang murid sahaja mampu menjawab soalan dengan betul.
Berdasarkan analisa item ujian, perbincangan telah dilaksanakan bagi mengkaji
kekuatan ujian menerusi 9 prinsip pembinaan item ujian serta kelemahan item ujian
dan penambahbaikan kepada ujian tersebut

kekuatan soalan terletak kepada 9 prinsip pembinaan item soalan iaitu,


arahan soalan yang jelas, pilihan jawapan yang sistematik, tidak berbunga-bunga,
mengandungi aras kesukaran yang sekata, dibuat secara rawak dan tidak mengikut
sistem-sistem tertentu dan sebagainya.
Manakala, bagi soalan yang sederhana dan lemah, analisa punca kesalahan
murid dibuat berdasarkan faktor stimulus, stem, pilihan jawapan, pengganggu dan
faktor tambahan seperti cuai dan kurang motivasi dalam menjawab soalan.
Seterusnya, cadangan penambahbaikan terhadap soalan tersebut telah diujarkan
bagi menghasilkan soalan yang lebih berkualiti.

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya, saya berjaya


menyelesaikan tugasan projek saya iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.
Berdasarkan soalan tugasan, saya perlu melaksanakan 4 tugasan utama iaitu
menghuraikan dan membandingbezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian
dan pentaksiran. Dalam melaksanakan tugasan ini, pengumpulan bahan rujukan
menjadi cabaran utama disamping memilih bahan yang menepati kehendak soalan.
Hal ini adalah kerana, jaringan internet menyajikan banyak bahan. Namun begitu,
sumber kepada bahan tersebut kebanyakan datang daripada sumber yang lemah
sebagai contoh tiada nama penulis artikel tersebut.

Disamping itu, saya harus membina Jadual Spesifikasi Ujian JSU


seterusnya membina 20 item soalan mengikut aras Taksonomi Bloom untuk menguji
kemahiran berbahasa Melayu murid-murid tahap 2.
Sebagai tambahan, saya harus membuat analisis skor ujian seterusnya
membuat diagnostik bagi mengetahui kekuatan, kelemahan serta kesukaran itemitem yang telah dibina dan diuji. Bagi menganalisa kekuatan item soalan, saya telah
merujuk kepada 9 prinsip pembinaan item soalan. Manakala bagi kelemahan item
soalan pula saya telah merujuk kepada stimulus, STEM, pengganggu dan lain-lain
faktor seperti kecuaian dan motivasi yang rendah dalam menjawab soalan.
Hasil daripada pelaksanaan pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini,
saya dapat mempertingkatkan lagi kemahiran berbahasa dan bersosial saya dengan
guru-guru di sekolah. Melalui kaedah temuduga, saya mampu membina soalansoalan yang baik untuk diajukan kepada guru-guru agar jawapan serta respon yang
diberi oleh guru menepati dengan kehendak soalan yang saya ajukan. Seterusnya,
saya juga telah menguasai bagaimana untuk membina item soalan serta membina
jadual spesifikasi ujian disamping mengelaskan soalan-soalan mengikut aras kognitif
Taksonomi Bloom.

RUJUKAN

Buku

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2012). Pentaksiran bahasa melayu sekolah
rendah. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd.

Internet

Shuhada (2009). Konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian


Diperoleh pada 18 September 2013 Dari

http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/06/konseppentaksiran-pengujiandan.html

Muhammad Hafiz Zaini (2009). Pembinaan item objektif.


Diperoleh pada 18 September 2013 Dari
http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/2009/02/pembinaan-itemobjektif.html

Muhd Ruslee (2010). Pengujian penilaian dan pentaksiran dalam p&p


Diperoleh pada 18 September 2013. Dari
http://www.scribd.com/doc/24495925/Pengujian-Penilaian-DanPentaksiran-Dalam-p-p

Amirul (2011). Pengujian pengukuran dan penilaian.


Diperoleh pada 18 September 2013. Dari
http://cikguamirul.files.wordpress.com/2011/09/pengujian_pengukuran_penilaian.
pdf

Hidayatul Isma (2011). Perbezaan pengujian, pengukuran penilaian dan pentaksiran.


Diperoleh pada 18 September 2013 Dari
http://ilmugemalasakti-emami.blogspot.com/2011/07/perbezaanpengukuran- pengujian.html

Khairuddin Omar (2012). Pengertian konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian

Diperoleh pada 18 September 2013 Dari


http://caeser-rio.blogspot.com/2012/08/pengertian-konsep-pentaksiranpengujian.html

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pentaksiran berasaskan sekolah pbs.


Diperoleh pada 19 September 2013 Dari
http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolahpbs.html

Nurizan Abdul Muhid (2012). Pentaksiran secara holistik.


Diperoleh pada 19 September 2013 Dari
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=257%3
holistik&lang=en

Apentaksiran-secara-

Vous aimerez peut-être aussi