Vous êtes sur la page 1sur 1

MASALAH-MASALAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH DAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Pengurusan kewangan di sekolah di Malaysia berkait rapat dengan sistem
lantikan pengetua dan guru besar. Sistem lantikan pengetua di Malaysia adalah
berdasarkan kekananan dalam perkhidmatan dan pengalaman sebagai guru. Oleh
itu, pengetua atau guru besar yang barn dilantik akan mengurus sekolah
berdasarkan cubajaya. Ini disebabkan selepas beberapa bulan atau malah selepas
beberapa tahun barulah mereka ini di berikan kursus pengurusan sekolah khasnya
kursus pengurusan kewangan sekolah sedangkan pengurusan kewangan sekolah
merupakan salah satu aspek pengurusan sekolah yang amat penting dan perlu
diberi perhatian yang serius. Ini kerana jika tersalah urus atau jika berlaku
penyelewengan pengetua atau guru besar boleh diambil tindakan disiplin,
surcharge, turun pangkat atau dibuang kerja. Dalam pada itu, kepemimpinan,
kemahiran, sikap dan tanggung jawab pengetua terhadap pengu rusan kewangan
sekolah amat penting diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengetua merupakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya
untuk memastikan bahawa aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan
mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapakan oleh kerajaan melalui
surat-surat Pekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan;
dan Akta Pendidikan 1996 (Mokhtar Ibrahim, 2003). Bagaimana pun, pihak sekolah
khasnya
pengetua atau guru besar sering kali dibebani dengan pelbagai masalah dalam
pengurusan kewangan sekolah.

Vous aimerez peut-être aussi