Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi ucapan syabas saya ucapkan kepadaahli jawatankuasa
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi
peluang ini kepada saya untuk mengucap sedikit tentang program pendidikan luar sebelum
program ini dijalankan. Apa yang saya faham tentang pendidikan luar adalah penggunaan
sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ia
merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti
seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadat selain untuk pendidikan. Saya berasa semua
peserta beruntung kerana program ini dapat mendatangkan banyak faedah kepada kita.
Program ini dapat meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan
membolehkan kita lebih menghargai sesuatu perkara. Saya pernah melibatkan diri dalam
pendidikan luar semasa saya di peringkat sekolah menengah. Saya berasa program ini sangat
seronok dan bercabar serta saya berharap agar dapat berkongsi keseronokan ini bersama
dengan peserta IPGKRM. Antara kelebihan bagi program ini adalah dapat membentuk
kesepaduan kumpulan. Saya berharap semua peserta boleh berganding bahu untuk
menjayakan program ini dan saling membantu sekiranya rakan-rakan menghadapi masalah
semasa program dilangsungkan. Program ini juga dapat membolehkan peserta saling
berkomunikasi dan hal ini dapat menjalinkan hubungan rapat antara satu sama lain. Pendidikan
luar ini juga boleh mempengaruhi semua peserta mengamalkan nilai toleransi, berdikari,
bekerjasama dan sebagainya. Akhir sekali, saya berharap semua peserta dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam program ini.
Sekian, terima kasih.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi ucapan kepada aahli jawatankuasa Program
Pedidikan Luar 2016 bagi Semester 4 ambilan Jun 2014 . Segala usaha dan aspirasi dalam
menjayakan penerbitan majalah ini amatlah dihargai.
Kursus Pendidikan Luar ini merupakan salah satu Kursus kepada para pelajar PISMP
Pendidikan Jasmani Semester 4 yang bertujuan untuk meneliti kualiti kepimpinan dan
pengurusan bagi keperluan situasi perkhemahan, pengisian dalam program ini melibatkan
aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi untuk memenuhi objektif perkhemahan yang mana selaras
denganFalsafah Pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkhemahan ini mendedahkan para pelajar secara
langsungkepada pengalaman-pengalaman baru yang akan menjadi wadah ilmu yang berharga
sekaligus memupuk minda pelajar ke arah satu aktiviti yang akan mengabungkan
antara
manfaat dan sumber rujukan bagi menguruskan kejayaan dan melaksanakan penambahbaikan
institute kita.
Sekian terima kasih.
TUAN BAHAROM BIN MOHD NOOR
PENGARAH
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala pujian ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat
dan izin-nya diberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatan kuasa program
Pendidikan luar 2016 kerana telah kerana
anda.
Kursus pendidikan luar ini merupakan salah satu kursus kepada para pelajar PISMP Pendidikan
Jasmani Semester 4. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedaghan awal kepada para pelajar
mengenai aspek-aspek . Pendidikan luar adalah penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah
untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Ia merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana
ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadat selain untuk
pendidikan. Saya berasa semua peserta beruntung kerana program ini dapat mendatangkan banyak
faedah kepada kita. Antara kelebihan bagi program ini adalah dapat membentuk kesepaduan kumpulan.
Saya berharap semua peserta boleh berganding bahu untuk menjayakan program ini dan saling
membantu sekiranya rakan-rakan menghadapi masalah semasa program dilangsungkan. Program ini
juga dapat membolehkan peserta saling berkomunikasi dan hal ini dapat menjalinkan hubungan rapat
antara satu sama lain. Pendidikan luar ini juga boleh mempengaruhi semua peserta mengamalkan nilai
toleransi, berdikari, bekerjasama dan sebagainya.
Penghasilan buku program ini merupakan sebahagian daripada perancangan jabatan Pendidikan
jasmani untuk membuktikan kejayaan PISMP sem 4 pendidikan jasmani mengendalikan program
Pendidikan luar dengan memenuhi matlamat dan objektif yang perlu dicapai serta memenuhi kehendak
silibus pembelajaran. Harapan saya agar program ini akan memberikan seribu satu impak yang positif
kepada bakal guru selaras dengan wawasan IPG Kampus Raja Melewar.
Untuk merealisasikan harapan tersebut, saya berdoa kepada Allah s.w.t agar seluruh warga IPG
Kampus Raja Melewar terutamanya PISMP sem 4 pendidikan jasmani dapat bekerjasama dan bekerja
bersungguh-sungguh bagi menempa lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang. Amin.
Sekian, terima kasih
PUAN SURAYA BIBI BINTI A.K. BAPOTI
KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
Syabas dan sekalung taniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa Program Penilaian Amali Pendidikan
Luar 2016 atas segala inisiatif, komitmen, serta kesungguhan yang ditungguhkan sehingga berjaya
menghasilkan buku program ini untuk kenangan dan tatapan anda semua.
Program Penilaian Amali Pendidikan Luar 2016 ini adalah satu kursus yang wajib bagi semua pelajar
major pendidikan Jasmani semester 4. Kursus ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba
pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan perkhemahan seperti cara membuat gadjet, jenis ikatan serta
aktiviti-aktiviti yang menguji kemapuan mental dan fizikal para pelajar iaitu berkayak, snorkeling,
abseiling, orienteering dan sebagainya. Selain itu, saya berharap para peserta boleh saling tolongmenolong antara satu sama lain kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Harapan saya agar semua siswa-siswi guru yang terlibat dalam program ini dapat memperoleh
pengalaman yang tak ternilai dan bermakna yang dapat membantu ketika berada di alam pekerjaan
kelak. Di samping itu, program ini diharapkan dapat menjana proses anjakan paradigma kepada siswasiswi guru bagi melahirkan guru yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
ENCIK JALIL BIN OSMAN
Penyelaras Program Pendidikan Luar 2016
IPG Kampus Raja Melewar
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurni-Nya dapatlah kita menganjurkan Program Penilaian Amali Pendidikan Luar 2016 bagi para pelajar
PISMP sem 4 Pendidika Jasmani Ambilan Jun 2014. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasihkepada
semua pensyarah yang terlibat dan ahli jawatankuasa yang telah memberikan sepenuhnya komitmen dan
kerjasama yang amat baik sepanjang program ini.
Program Penilaian Amali Pendidikan Luar 2016 adalah satu program dimana para peserta dapat
mempraktikkan segala kemahiran yang ada untuk diaplikasikan apabila bergelur guru kelak. Selain itu,
semua peserta diberi peluang untuk membuat keputusan yang tepat dan bertindak dengan sewajarnya
sebagai seorang ketua sekaligus memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan melalui program ini.
Tuntasnya, saya berharap program ini boleh dijalankan dengan lancar. Di samping itu, program ini juga
mampu membantu bakal guru mempersiapkan diri untuk aktiviti-aktiviti lasak yang akan menguji
kemampuan mental dan fizikal para peserta. Semoga IPG kampus Raja melewar dapat melahirkan bakal
guru pelatih yang cemerlang dalam aspek JERIS.
Sekian, terima kasih.
SAUDARA CHING ZHI HANG
PENGERUSI
PROGRAM PENIALIAN AMALI PENDIDIKAN LUAR 2016
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR