Vous êtes sur la page 1sur 4

AKTIVITI 2

Sebaik selesai melaksanakan Tugasan T1A1, keputusan yang diperolehi telah menunjukkan
seorang murid dalam kelas Tahun 3 Abu Bakar yang saya saring itu iaitu Luqman Hakim Bin
Basiron telah mendapat markah sebanyak 50.16%. Mengikut skala Skor Markah Penempatan
Individu, perolehan markah sebegitu adalah dikategorikan sebagai SEDERHANA. Maksudnya
di sini ialah murid ini perlu terlebih dahulu mengikuti Program Percubaan Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PPKBP) sebelum dia disahkan / diperakui benar-benar perlu
mengikuti Program Pendidikan Khas Dalam Pembelajaran (PKBP) yang sebenar.
Di sepanjang program percubaan itu, murid ini akan bersama-sama murid Pendidikan
Khas yang lain mengikuti Program Pendidikan Khas Dalam Pembelajaran akan tetapi beliau
akan dipantau dengan rapi dan teliti selama tiga bulan. Tempoh tiga bulan itu adalah tempoh
percubaan bagi menentukan samada murid ini benar-benar memerlukan Pendidikan Khas atau
sebaliknya. Lagipun murid ini sebenarnya adalah kategori Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran (Learning Disabilities) iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan
maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah sedangkan anggota fizikalnya tidak
ada sebarang kekurangan atau pun apa-apa kecacatan. Dengan kata lain anggota fizikalnya
adalah sama seperti mana anggota fizikal murid-murid normal juga, cuma mentaliti atau
keupayaan intelektualitinya saja yang agak kurang normal atau terlalu lemah. Jadi, selepas
tempoh tiga bulan nanti, maka dapatlah diketahui samada murid ini perlu kekal di Kelas
Pendidikan Khas atau patut kembali semula ke kelas asalnya, Kelas Tahun 3 Abu Bakar.
Luqman Hakim Bin Basiron dilahikan pada 22 November 2005 merupakan anak ketiga
daripada enam adik beradik dan dilahirkan di Maternity Cente Pulau Pinang. Bapanya Basiron
Bin Shuib bekerja sebagai seorang Pegawai Kastam dan ibunya Norsyam binti Ismail seorang
suri rumah. Beliau mempunyai seorang abang yang tergolong dalam golongan Orang Kurang
Upaya (OKU). Ketika Luqman di Tahun 3, dia gagal dalam saringan Linus. Berdasarkan laporan
dan pemerhatian daripada guru kelas dan mata pelajaran Luqman, di dalam kelas Luqman
sering termenung dan tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Dia juga
mudah terlupa apa dengan apa yang diajarkan oleh guru.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh Luqman maka Program Pendidikan Inklusif
telah dijalankan di sekolah. Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas
duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Tujuan program
pendidikan inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid
pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran
perdana. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima
pengajaran dan pembelajaran serta menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah
bersama-sama pelajar normal.
Memandangkan murid yang terlibat dalam program pendidikan inklusif ini adalah
mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas, maka bahan bantu mengajar dan
kemudahan pengajaran lain juga perlu selari dengan masalah yang dihadapi oleh Luqman.
Contohnya seperti murid yang mengikuti Program LINUS yang mana guru perlu dibekalkan
dengan modul pengajaran program LINUS.
Selain itu, guru juga perlu bijaksana dalam menyediakan pelbagai bahan pengajaran
mereka. Contohnya seperti mereka bentuk pelbagai bahan bantu mengajar yang bercirikan fizikal
dan interaktif yang dapat digunakan oleh guru dan murid semasa melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dan kebijaksanaan guru dalam menyediakan bahan
bantu mengajar dapat membantu guru untuk mempelbagai bahan bantu mengajar mereka dan
seterusnya akan dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Penggunaan pelbagai
bahan pembelajaran ini adalah sebagai salah satu cara yang boleh digunakan dalam merangsang
minat dan kecenderungan kanak-kanak menjalankan aktiviti pembelajaran. Ini juga akan
mempengaruhi perkembangan akademik dalam kalangan murid berkeperluan khas.
Selain menyediakan modul dan bahan bantu belajar yang khas kepada murid ini, saya
juga ada menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Melalui Seksyen 41 Akta
Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan:
Rancangan Pendidikan Individu ertinya satu dokumen yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid pendidikan khas dan dijadikan
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap
pencapaian murid.

Rajah 1: Rancangan Pengajaran individu (RPI) Luqman

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum


Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran
guru. Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, Bagi memastikan
keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap
murid hendaklah di sediakan. RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur
dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid
berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti. Contoh Rancangan Pengajaran
Individu yang telah dibuat untuk Luqman.
Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah
jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John
Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan

perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek
dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Oleh
yang demikian, terdapat pelbagai halangan dan rintangan dalam melaksanakan pendidikan
inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah
sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam
melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982).
Selain itu dapatan juga menunjukkan guru aliran perdana berkenaan tidak memahami
dengan jelas peranan yang boleh dimainkan untuk menangani murid khas. Namun selepas guru
diberi pendedahan yang cukup tentang MBK., guru-guru yang pada awalnya risau dan ragu-ragu
untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut telah memberi komitmen yang padu selepas
memahami peranan mereka sebenar dan murid-murid khas yang terlibat menunjukkan
perkembangan yang sangat positif. Selepas 2 bulan diinklusifkan Luqman turut menduduki
peperiksaan pertengahan tahun untuk setiap mata pelajaran, sama seperti rakan sebaya yang
normal. Pencapaian mereka dalam peperiksaan tersebut juga membanggakan.
Dalam pada itu, komintmen yang diberikan kepada pihak pentadbir juga amat
menggalakkan. Persepsi dan komitmen guru besar dalam menangani isu MBK mempunyai
impak ke atas sikap guru terhadap MBK. Berdasarkan dua sumber maklumat yang didapati
dalam konteks yang berbeza, dua situasi sikap guru aliran perdana hasil campur tangan pentadbir
dapat dibuat perbandingan iaitu terdapat guru yang proaktif, mencari jalan penyelesaian bagi
menangani MBK dengan berkesan. Mereka ini adalah guru yang prihatin dan bersikap positif
dalam banyak perkara. Ada guru yang komited atas dasar kewajipan yang diamanahkan. Mereka
akan membuat kerja mengikut arahan dan kurang inisiatif untuk memperbaiki kemahiran dan
pengetahuan tentang MBK. Namun demikian semua halangan dapat diatasi dengan baik.

Vous aimerez peut-être aussi