Vous êtes sur la page 1sur 21

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN
TAJUK ESEI ILMIAH

Berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran


yang dipilih, jelaskan Peringkat Pengajaran Penulisan.
Bincangkan dari segi teori, model, pendekatan, kaedah dan
teknik yang digunakan. Laporkan hasil kajian anda dalam
bentuk penulisan ilmiah.
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
LOGARANI A/P KISHNAN

NO. ID
D20102045467

PUSAT PEMBELAJARAN

: EL-upsi 07 (A141pjj)

NAMA TUTOR E-LEARNING

:Dr.IKHSAN BIN OTHMAN

TARIKH SERAH

: 23/12/2014

NO. TELEFON
010-5657194

SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN
3
2.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
5 -15
2.1 Teori
5
2.2 Model Pembelajaran
9
2.3 Pendekatan
11
2.4 Kaedah Pengajaran
2.5 Teknik

13
15

3.0 AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


3.1 Kemahiran Menulis
17
4.0 Kesimpulan
19
6.0 BIBLIOGRAFI
21

1.0 Pengenalan
Definisi Penulisan, Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih,
menggabung, menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk
persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Haron (1990) dalam Yap Kim
Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat,
idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan
sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu
dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan
bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001).
Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik
Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) 1berbanding dengan kemahiran-kemahiran
bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). 2
Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa
dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). 3Oleh yang
demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis
karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan
dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan
adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran
ilmu.

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.
Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14
3
Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45

Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang
sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, muridmurid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim,
2005). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan
dengan berkesan (Roselan Baki, 2003).

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata


malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman,
2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). 4Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis,
penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya
sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan
sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan.
Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan,
memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat
dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.
Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik
semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan
penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan
karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai
kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk
tulisan.

Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.


Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14

2.0 Peringkat Pengajaran Penulisan berdasarkan teori , model , pendekatan, kaedah


dan teknik
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas
menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak
dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang
berketerampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sejak dahulu lagi.. Kemahiran bahasa merupakan perkara penting yang perlu dikuasai
oleh setiap murid. Ketika aktiviti pengajaran dilakukan, setiap murid perlu digalakkan untuk
melibatkan diri secara aktif sama ada mendengar, bertutur, membaca mahu pun menulis. 5
Kemahiran mengarang dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan
paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002).6 Oleh yang
demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis
karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan
dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan
adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran
ilmu.Siti Hajar (2008:178) mengatakan, dalam satu sesi pengajaran, guru perlu menetapkan

Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45

sasaran kemahiran yang menjadi fokus utama. Kemudian, guru perlu menetapkan tajuk yang
berkaitan dengannya.
Dalam

tugasan

ini,

penulis

telah

merancang

satu

aktiviti

pengajaran

bagi

mengaplikasikan kemahiran bahasa untuk setiap murid. Aktiviti menulis suatu karangan yang
baik bertajuk Adat Perkahwinan Melayu Di Malaysia menulis karangan merupakan salah
satu aplikasi kemahiran menulis yang telah dijadikan fokus utama penulis kepada murid Tahun 5
tersebut. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid menulis karangan

jenis keperihalan

selepas melihat beberapa bahan rangsangan .


.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:267) tujuan aktiviti menulis adalah membolehkan

kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Selain itu,
guru juga dapat menambah minat murid dalam bidang penulisan. Oleh itu, aktiviti yang penulis
adalah bertujuan memberi peluang kepada murid-murid melahirkan gagasan, hujah dan pendapat
mereka secara tersusun di dalam bentuk tulisan.
Selain itu, aktiviti yang telah dirancang ini mengandungi unsur penggabungjalinan
kemahiran bahasa. Gabung jalin yang dimaksudkan adalah melalui kemahiran menulis dan
membaca. Selepas murid mencari isi-isi tajuk, mereka dikehendaki membacanya untuk mendapat
gambaran umum. Murid dapat menyoal dengan menggunakan pelbagai kata tanya untuk
mendapatkan maklumat. dan dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting
tentang tajuk karangan tersebut.
2.1 Teori Pengajaran Penulisan
Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan pengajaran
penulisan. Antara teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan
interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa yang
dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah berlangsung.

Dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan yang dirancang oleh penulis memilih beberapa teori
untuk membantu murid-murid menguasai menulis karangan.7

2.1.1. Teori Konstruktivis


Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Penulis memilih teori ini kerana
ianya menggalakan pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami
sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari
sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.Contohnya, sebelum menulis karangan yang
bertajuk Adat Perkahwinan Melayu Di Malaysia murid perlu didedahkan dengan adat-adat
perkahwinan di Malaysia ataupun murid pernah lihat suasana majlis perkahwinan. Oleh yang
demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia
ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar
pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan.
Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin.
Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami
sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.
Kebaikan
a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru
dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar
dan memudahkan mereka untuk faham.
b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha
untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan
penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.

Pendekatan, Kaedah Serta Cara Mengajar Penulis. YazidBiz369. April 22, 2011 diperoleh pada November 1, 2013

daripadahttp://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-mengajar.html
Teori Pemerolehan

c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan


murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru,
ataupun di luar waktu kelas.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan
Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan
sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam
pengajaran kemahiran menulis bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea
murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau
mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara
lisan antara guru dengan murid tentang adat resam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, guru
meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajar tahu tentang adat perkahwinan
masyarakat Malaysia sebelum ini atau meminta mereka bercerita pengalaman mereka
menghadiri majlis perkahwinan pelbagai kaum . Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan
pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang
baru.
2.1.2 Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky)
Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak
akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat
terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai
contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
2.1.2.1 Kebaikan
a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran
bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.
Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar
sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka
sendiri.
c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan
8

pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran
berbahasa.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan
Penulis mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh
sesuatu kemahiran menulis karangan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan
penguasaan mereka. Kemahiran menulis karanganyang bertajuk Adat Perkahwinan Melayu Di
Malaysia akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal adat adat
perkahwinan di Malaysia , dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya
sehinggalah murid berkenaan dapat menulis sebuah karangan yang lengkap. Sebagai contoh,
dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan kriteria yang perlu dikuasai oleh murid
sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran menulis karangan yang telah ditetapkan. Pada
pembelajaran peringkat awal , guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai,
kemudian dua lagi pada pembelajaran dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya
mencapai kriteria tersebut
2.2 Model Pengajaran Penulisan
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah
diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.
Jenis-jenis model pengajaran.
1. Model Pemprosesan Maklumat
Konsep
Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Model Behavioral
Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
Pembelajaran Masteri
9

Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran


3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan & Simulasi
Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Model Personal
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran
2.1.1 Model Pengajaran Penulisan
Model Pengajaran Penulisan Berdasarkan youtube adat perkahwinan di malaysia YouTube Oleh Nurazreen.Halim Pengajaran dan Pembelajaran : Menulis karangan berpandukan
rakaman video tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Tajuk : Adat Perkahwinan Melayu Di Malaysia
Bahan : rakaman youtube adat perkahwinan di Malaysia .
Hasil daripada model pengajaran ini ialah sebuah karangan berdasarkan isi-isi yang
dipersembahkan oleh para pelajar tersebut yang berdurasi selama lapan minit yang boleh
ditonton oleh murid-murid sama ada di dalam makmal komputer ataupun melalui tayangan
projektor di dalam kelas atau dewan.

Selain daripada menarik minat murid-murid untuk

menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran lain daripada yang lain, ia juga meningkatkan
kemahiran menaakul murid-murid secara tidak langsung.
Bagaimanapun, selain daripada menggunakan peralatan tertentu, murid-murid harus
diingatkan supaya memberi tumpuan kepada bahan tersebut kerana mereka harus mencatat isi-isi
penting berdasarkan apa yang mereka tonton dan dengar.
Langkah 1
Ketika menggunakan kaedah ini, guru-guru harus memastikan beberapa perkara seperti:

10

5.1.Gambar dan sistem audio berada di dalam keadaan sempurna.

Ini adalah kerana,

keberkesanan model ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan audio kerana murid-murid harus
mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti.
5.2.Guru akan mengarahkan murid-murid mendengar dan memikirkan isi-isi penting serta fakta
yang boleh dicerna daripada tayangan video tersebut.
5.3.Murid-murid mesti mencatat setiap isi dan fakta mahupun hujah yang difikirkan boleh
menjadi isi-isi pokok di dalam pembinaan karangan mereka.

Langkah 2
Guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik
sumbangsaran atau perbincangan. Murid-murid akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa
kumpulan. Berikan had masa untuk perbincangan secara lisan dan akhir sekali, isi-isi penting
yang diperolehi dicatat dan dibentangkan oleh setiap kumpulan.
Idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan akan dicatatkan dan hendaklah
dipastikan juga ahli kumpulan lain memberi perhatian agar tidak berlaku pertindihan idea.
Murid-murid boleh juga dipilih secara rawak untuk membuat ayat secara lisan berdasarkan idea
tersebut dan guru bertindak membetulkan sebarang kesalahan tatabahasa dan aspek-aspek lain.
Langkah 3
Selepas pembentangan selesai, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah
karangan berdasarkan idea-idea yang telah dikumpulkan oleh setia kumpulan. Guru akan
bertindak sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan tatabahasa, gramatikal dan ejaan tidak
diabaikan oleh murid-murid ketika mereka menyiapkan karangan.
Karangan tersebut akan disemak oleh guru selepas dibentangkan sekali lagi oleh ahli
kumpulan dengan melantik seorang ketua untuk membacakannya di hadapan kelas. Tugas
terakhir murid-murid dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan tajuk dan
kefahaman mereka semasa sesi pembincangan. Selepas karangan dihantar, guru-guru hendaklah
menyemak dengan teliti dan memastikan murid-murid membetulkan kesilapan, jika ada di dalam
karangan mereka.
11

2.3 Pendekatan Yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan


Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita
ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan
sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan
sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi
yang tertentu.
2.3.1 Pendekatan terkawal
Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu muridmurid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain
itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi
bahasa mahu pun dari segi isi.Murid-murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya
kepada bahan yang disediakan oleh guru.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan
Bagi kemahiran menulis secara terkawal, aktivitinya adalah mengisi tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai dalam karangan yang diberi dan aktiviti menyusun ayat-ayat yang
disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.
Contohnya ,sebelum murid menulis karangan, murid menyusun bahagian pendahuluan, bahagian
isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur.Murid
12

juga menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan oleh guru seperti gambar
bersiri,slaid, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap.
2.3.2 Pendekatan berpandu
Isi karangan telah diberikan oleh guru. Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau
rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad imbasan dan kad
perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan
atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan
daripada dilakukan oleh murid. Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu
kepada murid. Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. Penulisan
karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang
lengkap.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan
Dalam kemahiran menulis secara berpandu, aktivitinya adalah seperti menulis semula cerita yang
diperdengarkan, menyudahkan cerita, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal,
menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan
berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan
memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan
memberikan contoh diikuti dengan generalisasi.

2.4 .Kaedah Yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.


Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan dalam melakukan sesuatu.
Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah seperangkat tindakan sistematik yang menepati
prinsip dan tatacara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi mencapai sesuatu visi.
Sharifah Alwiah Alsagof (1986) memperincikan kaedah mengajar sebagai peredaran ke arah satu
tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Secara amnya, segala apa tindakan yang
dilakukan guru, bahan-bahan yang digunakan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid
untuk mencapai objektif pengajaran dikatakan kaedah seperti pendapat Hassan Langgulung
(1981), kaedah ialah jalan mencapai tujuan.

13

Seperti yang dinyatakan di atas, sehingga kini tiada kaedah standard atau rigid terhadap
proses pengajaran penulisan atau bahasa di sekolah. Ia menjadi fleksibel mengikut keupayaan
murid-murid, situasi dan latar belakang mereka. Justeru, guru-guru mempunyai peluang untuk
menggunakan mana-mana kaedah yang dirasakan sesuai asal sahaja tidak melanggar kriteriakriteria di bawah;
3.1.1Menepati visi dan misi sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KSSR
3.1.2.Seiring dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
digariskan
3.1.3.Berpadanan dengan keupayaan murid-murid berlandaskan pemerhatian terhadap
tabiat dan latar belakang,dan umur.
3.1.4.Kaedah juga harus berpadanan dengan keupayaan, pengalaman dan kepakaran guru
itu sendiri.
3.1.5.Pengaplikasian kaedah tersebut dapat dilaksanakan di dalam rancangan masa yang
ditetapkan.
3.1.6. Harus bersesuaian dengan kemudahan yang ada seperti prasarana dan peralatan
Teknologi Maklumat dan Komputer.
Kaedah-kaedah pembelajaran yang akan dibincangkan adalah praktis yang dilaksanakan
mengikut kesesuaian elemen-elemen yang telah digariskan di atas. Kesemuanya memerlukan
kebijaksanaan guru untuk menganalisis dan mengenalpasti kaedah terbaik yang harus
diaplikasikan sebagai sarana pengajaran untuk mencapai objektif yang telah digariskan.
Untuk pengajaran penulisan kaedah-kaedah yang dikenalpasti ialah kaedah pengucapan
terkawal, kaedah pengucapan bebas dan kaedah retorika. Dalam pengajaran penulisan penulis
memilih kaedah pengucapan bebas yang berkait rapat dengan kebolehan murid-murid
mengumpul dan menganalisis dapatan, mencernanya dan seterusnya mengolah idea tersebut
sehingga menjadi seperangkat kata-kata yang mempunyai makna.
2.4.1 Kaedah Pengucapan Terkawal
Pincas berpendapat bahawa penulisan karangan bebas adalah proses penciptaan dan
kreativiti. Maka seharusnya ia berbeza dengan mana-mana kaedah pengajaran saintifik yang
rigid dan skema, malahan tertakluk kepada pilihan jawapan. Jika jawapan diberikan bersalahan
14

dengan senarai jawapan, maka ia dianggap salah dan tidak diberi markah. Beliau berpendapat
bahawa penekanan harus diberikan secara berperingkat-peringkat bermula daripada penggantian
perkataan di dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat ayat di dalam
perenggan. Penulis berpendapat kaedah ini kaedah terus di dalam pembelajaran bahasa di mana
guru akan memberitahu apa yang perlu dilakukan sebelum murid dibebaskan untuk
memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri secara bebas.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan
Penulis memilih kaedah

ini kerana

ia merupakan latihan penulisan yang isi

kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan murid berdasarkan arahan yang
ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh guru lebih banyak, tetapi
kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau bagaimanapun , mereka
mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan menggunakan struktur ayat
mereka sendiri.
Dalam pendekatan terkawal, penulis merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara
berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan
dan ketatabahasaan. Pendekatan ini sesuai dengan kemahiran yang dipilih oleh penulis .
Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga
penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki membuat latihan berdasarkan gambar tunggal serta
mematuhi arahan-arahan yang diberikan. Guru

memastikan penggunaan bahan pengajaran

pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid.
Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pembelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan
pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan
sebagainya.
2.5 Teknik yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan
Teknik adalah seperangkat pengetahuan atau himpunan kelakuan atau cara di dalam
kaedah. Tidak terkecuali, teknik dikatakan sebagai perlaksanaan kaedah atau taktik yang
digunakan oleh para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1988) menegaskan teknik
pengajaran ialah perlaksanaan dan perjalanan suatu organisasi yang berlaku secara nyata dan
15

melibatkan murid-murid dan alatan pengajaran sebagai wahana di dalam bilik darjah yang
dipastikan boleh mencapai sesuatu objektif.
Sebagai contoh, sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pengucapan bebas di dalam
pengajaran dan pembelajaran penulisan maka, teknik yang boleh digunakan oleh para guru
adalah teknik pengajaran berpandu, teknik pendekatan bebas, dan teknik pendekatan proses.atau
teknik-teknik yang bersesuaian bergantung keapda pengalaman, ketokohan dan kewibawaan
guru sendiri.

2.5.1 Teknik Pengajaran Berpandu


Teknik pengajaran berpandu merupakan teknik yang paling popular dan digunakan
dengan pengawasan guru sepenuhnya. Boleh dikatakan teknik merangkumi latih tubi dan soal
jawab ini adalah gabungan kaedah pengucapan terkawal, yang memerlukan murid-murid
menghasilkan kuantiti karangan yang banyak di samping mengenalpasti kesalahan yang
dilakukan semasa proses menulis itu berlangsung.

Guru akan memberikan tajuk dan dan

kemahiran terpenting di dalam mengarang iaitu mengenalpasti bidang isi, organisasi dan
ekspresi.
Ketiga-tiga elemen ini dapat digunakan ketika proses menilai sesuatu penulisan. Penting
sekali, murid-murid didedahkan dengan prinsip utama bidang kepengarangan iaitu apa yang
hendak dikata (isi), bagaimana menyusun apa yang dikatakan (organisasi) dan bagaimana hendak
mengatakan apa yang hendak dikatakan. (ekspresi). Teknik ini adalah berasaskan pendekatan
deduktif iaitu di mana guru-guru akan memperkenalkan, menerangkan peraturan dan seterusnya
memberikan langkah-langkah untuk menghasilkan bentuk penulisan tersebut.
Marohaini dan Zulkifli (1997) juga telah mencadangkan agar guru memberikan penumpuan
terhadap aspek penghasilan gagasan atau isi yang baik berbanding proses mengarang itu sendiri.
Aplikasi dalam pengajaran penulisan
Penulis mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan dengan
membuat persediaan awal . Tugas murid ialah menyiapkan latihan tersebut dan sebaik-baiknya
dilakukan berulang-ulang untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik dan cemerlang. Teknik ini
dinamakan teknik pengajaran berpandu di mana murid-murid akan dipandu oleh guru dan
16

dikawal daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, isi dan bahasa disediakan oleh
guru dengan menayangkan slaid adat perkahwinan di Malaysia dan murid-murid akan
diarahkan melihat atau mencatat nota berdasarkan slaid.
Teknik seterusnya yang boleh dicerap masuk di dalam pengajaran dan penulisan di
sekolah ialah teknik berasaskan pendekatan proses yang menitikberatkan proses penghasilan
karangan berbanding hasil. Murid-murid akan dipantau sepenuhnya dan dibimbing secara
berperingkat bermula daripada peringkat pra-penghasilan seperti membuat draf sehinggalah
kepada menyusun isi, menyunting dan mengedit, membetulkan kesalahan bahasa, kosa kata,
aspek gramatikal, olahan, hujah dan pelbagai lagi. Teknik ini mungkin lebih sesuai digunakan
untuk proses penulisan yang berakhir sehingga ke peringkat penerbitan.
3.0 Aktiviti Kemahiran Menulis
Aktiviti-aktiviti kemahiran menulis adalah mengikut peringkat-peringkat dalam kemahiran
menulis. Pada peringkat pra tulisan, aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah sepeerti membuat
contengan, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti menggunting,
mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak tangan bebas, cara memegang
alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa, latihan
pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah, dan melakukan latihan-latihan keselarasan
(koordinasi) mata dan tangan.
Pada peringkat yang kedua pula, iaitu tulisan mekanis, aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan
adalah membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong, kertas bergaris lebar seterusnya kepada
lembaran kertas bergaris kecil. Latihan-latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip huruf, menulis huruf
mirip gambar, menekap huruf, menulis huruf dalam suku kata, melengkapkan huruf pada perkataan
bergambar, menamakan gambar-gambar, menyalin frasa atau ayat dan juga menyalin ayat daripada buku
adalah antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat ini.
Setelah murid melalui dua peringkat dalam kemahiran menulis, mereka perlu diajarkan pada
peringkat penulisan kreatif. Pada tahap ini murid-murid diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang
diperoleh pada peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif dalm membina ayat, menjawab
soalan pemahaman, melengkapkan ayat, menulis karangan, menulis rencana, mengisi silangkata,
mengarang pantun, sajak , teka-teki dan menulis surat kiriman.
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam kemahiran menulis ini sepatutnya mengikut kebolehan
murid-murid. Contohnya dalam aktiviti menulis karangan, terdapat beberapa jenis kemahiran menulis
iaitu kemahiran menulis secara terkawal, separa terkawal, karangan berpandu dan bebas.

Bagi

17

kemahiran menulis secara terkawal, aktivitinya adalah mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai dalam karangan yang diberi dan aktiviti menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan
supaya menjadi sebuah karangan lengkap.
Aktiviti-aktiviti dalam kemahiran menulis secara separa terkawal pula adalah menggunakan
perkataan sendiri dalam melengkapkan karangan ataupun menggantikan perkataan yang diberi dengan
perkataan yang lain.
Seterusnya dalam kemahiran menulis secara berpandu, aktivitinya adalah seperti menulis semula cerita
yang diperdengarkan, menyudahkan cerita, menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal,
menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan dan menulis karangan berdasarkan
ayat atau frasa yang diberikan.
Dalam kemahiran menulis bebas pula, murid-murid diberi kebebasan melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan yang biasa
diajarkan di sekolah rendah adalah seperti karangan cerita, berita, laporan, perbahasan, perbincangan,
peristiwa ,surat kiriman, pengalaman dan gambaran.

18

4.0 Kesimpulan.
Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah
dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya, tiada pendekatan, kaedah
atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran
penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi yang luas dengan kepelbagaian pendekatan dan
konsep yang telah dibincangkan di atas. Keutamaan adalah memastikan objektif pengajaran
berkesan mencapai matlamatnya.
Di antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan
penyampaian oleh guru. Di antara objektif penulisan ialah memperkembangkan imaginasi dan
pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan murid-murid yang berpengetahuan
menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul. Di samping menitikberatkan proses
penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah pemuliharaan hukum bahasa baku yang
melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan yang betul di dalam aktiviti menulis dan
membaca.

19

Bibliografi
Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.
Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14
Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti
Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti
Muhammad, Bahasa Melayu tahun 5 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sekolah
Kebangsaan Tahun 5. Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip,
Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip,
Napisah binti Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku
Panduan Guru.Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14
(08): 44-45
http://www.scribd.com/doc/30396978-Pendekatan-Kaedah-Teknik-Dan-Strategi
(22.02.2012)
Video penerangan Mengenai Adat Perkahwinan masyarakat Malaysia, Feb 13, 2014
diperolehi daripada www.youtube.com/watch?v=9xkdsBCQbho

20

Pengertian Menulis. Yulia Alamudin. Oktober 29, 2009 diperoleh pada Oktober 27,
2013 daripada http://pembelajaranmenulis.blogspot.com/
Pendekatan, Kaedah Serta Cara Mengajar Penulis. YazidBiz369. April 22, 2011
diperoleh pada November 1, 2013
daripadahttp://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanramengajar.html
Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan. Zamzuri Mohamed. April 8, 2010.
Diperoleh pada November 10, 2013
daripada http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaranpenulisan.html

21

Vous aimerez peut-être aussi