Vous êtes sur la page 1sur 2

JURNAL

Bilangan jurnal
Tarikh peristiwa

: ke- 8
: 21 Mac 2016 hingga 25 Mac 2016

Tajuk

:Masalah disiplin.

1. Masalah / peristiwa
Masalah yang saya dapat kenalpasti minggu terakhir ini
adalah masalah disiplin. Sepanjang minggu ini ujian UPK 1
dijalankan. Sewaktu saya masuk ke kelas 5 Pintar iaitu semasa
pentaksiran subjek Matematik terdapat beberapa orang murid
membuat perbincangan dalam bahasa ibunda mereka iaitu
dalam bahasa Tamil. Walaupun saya membuat teguran ada juga
yang masih berbincang.

2. Analisis
Terdapat beberapa murid yang lemah dalam Matematik.
Mereka tidak dapat memahami kehendak soalan pentaksiran
Matematik. Hal ini menyebabkan murid yang lain membantu
murid lemah untuk menerangkan kehendak soalan tersebut
dengan menggunakan bahasa Tamil.

3. Cadangan tindakan susulan


I.
II.

Guru perlu membimbing murid yang lemah itu, sebelum


ujian UPK 1 dimulakan.
Guru perlu pastikan semua murid dapat memahami semua
arahan pentaksiran untuk memastikan mereka tidak
membuat perbincangkan sewaktu pentaksiran dijalankan.

III.

Menyediakan soalan soalan pentaksiran dalam dwibahasa


untuk memastikan semua murid faham.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya bercadang untuk melaksanakan pelan ini bagi semua
pentaksiran yang dijalankan sepanjang tahun.

Disemak Oleh Guru Pembimbing


Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tarikh
:.
.

Disahkan Oleh

Tandatangan :

Tarikh

Vous aimerez peut-être aussi