Vous êtes sur la page 1sur 2

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

29 Januari 2016

PEKELlLlNG PEJABAT PENDAFTAR (3/2016)

Semua Bakal Graduan Open University Malaysia (OUM)

PEMAKLUMAN MAJLlS KONVOKESYEN KE-19 (MK19)


31 OKTOBER HINGGA 3 NOVEMBER 2016 (ISNIN - KHAMIS)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Terlebih dahulu, dengan sukacitanya saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH
kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian pada semester
September 2015 dan bakal menamatkan pengajian pada semester Januari 2016.
Adalah dimaklumkan bahawa MK19 akan diadakan pada 31 Oktober hingga
3 November 2016 (Isnin - Khamis) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
2.

Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian:


2.1

Pelajar Pra-siswazah (Sarjana Muda dan Diploma) yang akan


bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian
sehingga semester Januari 2016;

2.2

Pelajar Pasca-siswazah (Sarjana dan Ijazah Kedoktoran) yang


akan bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan
pengajian sehingga semester Januari 2016; DAN
a) telah menghantar kertas projek selewatnya pada 20 Mei 2016;
ATAU
b) telah lulus disertasi atau peperiksaan tesis (viva) selewatnya
pada 27 Mei 2016 tanpa sebarang pembetulan; ATAU
c) telah menghantar pembetulan disertasi/tesis (minor correction)
sebelum 27 Mei 2016.

2.3

Paparan senarai graduan dan sidang konvokesyen


akan
dimulakan secara berperingkat-peringkat mulai 19 September
2016. Sila layari www.oum.edu.my dan klik MK19 serta sahkan
kehadiran sebaik sahaja nama dipaparkan. Jika terdapat sebarang
masalah, sila emel kepada secretariat_konvo@oum.edu.my.

2.4

Tiada surat atau emel jemputan atau pemakluman


konvokesyen yang akan dihantar kepada bakal graduan.

tentang

2.5

Ejaan nama pelajar yang tertera dalam portal MK19 akan dicatatkan
dalam sijil ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu
pelajar perlu menyemak dan memastikan ejaan nama dan nombor
rrlatrikulasi adalah betul. Sebarang pindaan perlu dibuat melalui
myVLE (klik myProfile) untuk kemaskini sebelum 22 Julai 2016.

2.6

Kadar yuran konvokesyen yang meliputi sewaan pakaian akademik,


gambar pentas (3 keping bersaiz 5R, 8R dan 11R), buku program,
transkrip dan skrol akan dimaklumkan kemudian.

3.

Para pelajar juga dinasihatkan merujuk myAcademic Progress di portal


myVLE untuk menentukan status pengajian masing-masing.

4.

Graduan hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menyertai Majlis


Konvokesyen yang mana nama graduan telah tersenarai bagi Majlis
Konvokesyen yang berkenaan. Ini bermakna penangguhan tidak
dibenarkan.

5.

Hanya bakal graduan yang telah melunaskan yuran pengajian serta lainlain yuran, termasuk yuran konvokesyen akan dibenarkan menyertai Majlis
Konvokesyen. Status yuran juga boleh disemak menerusi myVLE.

6.

Graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk portal MK19 untuk


mendapatkan maklumat yang terkini dan memuat turun maklumat
berkenaan serta mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan
sebarang masalah dan kesulitan.

Akhir kata, pihak Universiti ingin mengucapkan syabas serta ribuan terima kasih
atas segala kerjasama yang diberikan.

Sekian.

Yang benar,

(~
KAMA..B1AW-MOHD NOOR'
Pendaftar
s.k.

Presidenl Naib Canselor


Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan
Dekan
Pengarahl Ketua Sahagian I Pengurus
Pusat Pembelajaran
Pusat Hal Ehwal Pelajar