Vous êtes sur la page 1sur 10

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan

Posted in Fanpage, Kompilasi Tips, Persediaan Minda at 16 Apr. 2013


teknik-motivasi-diri
97
Shares
97
Pembuka kata
Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang
-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantia
n anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sen
tiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.
Ada sahabat saya seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, Pelaja
r yang pergi kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membar
a. Mereka berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kej
ayaan yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah .
Tetapi, habis sahaja kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angi
n yang bertiup, terus je diorang sejuk. Belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk
. Habis, macam nak bersemangat untuk berusaha?
Saya tergelak mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya.
Kursus motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat tetapi selalunya
cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?
Ada banyak sebab mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan
jelas ialah, kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pel
ajar ketika kursus dijalankan, ia juga
selalunya membekalkan teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa b
ersemangat untuk berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik u
ntuk memotivasikan diri sendiri.
Mungkin pelajar terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal
mendisiplinkan diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut. Apa yang pasti, motiva
si bukan sahaja datang daripada luaran tetapi yang lebih penting ialah yang data
ng dari dalam diri pelajar itu sendiri. Di dalam buku ini saya akan bincangkan 7
teknik untuk memotivasikan diri anda sendiri menjelang peperiksaan.

Teknik 1
Kekalkan Imej Kejayaan
Teknik utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat
yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mestimengekalkan imej kejayaan
di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepad
a satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be only one dominant thought
at one time).
Jadi, apa yang selalu anda kekalkan dalam fikiran anda selepas anda menghadiri k
ursus atau membaca buku-buku motivasi? Kebanyakan pelajar yang hilang fokus dan
semangat menjelang peperiksaan telah hilang fokus kepada imej kejayaan di dalam
minda mereka.

Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam m
inda anda? Mungkin anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan
peperiksaan. Mungkin juga anda boleh pergi jauh lagi dengan membayangkan imej k
ejayaan ketika anda sudah memasuki alam pekerjaan.
Untuk pengetahuan anda juga, imej kejayaan di masa akan datang tidak semestinya
menjadi seorang ahli korporat. Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa p
un kerjaya yang anda pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang
terbaik.
Jadi, latihan untuk hari ini, fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dala
m minda anda untuk terus rasa bersemangat. Ingat, jika anda tidak memilih untuk
mengisi minda anda dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan im
ej yang akan menjatuhkan anda. Selamat mencuba.

Teknik 2
Dekati Sahabat Berfikiran Positif
Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang s
ukar. Terlalu banyak perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi a
pa yang anda fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih muda
h diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif ..????
Jawapannya tentulah unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar
untuk meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk
itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditana
m dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh.
Begitu juga dengan minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda de
ngan perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi d
engan perkara-perkara negatif dan tidak baik.
Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan posit
if dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelaj
ar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith R
asulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minya
k wangi, badan kita juga akan berbau harum.
Jadi, cari pelajar lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha
untuk berjaya. Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar
dengan bijak. Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik un
tuk mencapai matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. Sel
amat mencuba

Teknik 3
Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif
Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kej
ayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat u
ntuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri darip
ada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan

tidak mementingkan pelajaran mereka.


Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persaha
batan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa be
rgaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang mem
buang masa.
Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, Jika anda mahu terbang bersama
helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah .
Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan se
mangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-ci
ta untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata b
ahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.
Kawan-kawan anda yang berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mere
ka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, merek
a mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempen
garuhi anda untuk berputus-asa.
Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87,
.dan janganlah kamu berputus-asa dari rah
mat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari rahmat Allah, melainkan
kaum yang kafir.
Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus-asa. Ingat, say
a kata jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.

Teknik 4
Mulakan dengan api yang kecil
Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan ap
i semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kob
ar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Ada dua kaedah utama untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu
.
Kaedah pertama
Biasanya, anda tidak bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai d
alam subjek tersebut. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak s
uka subjek itu. Kalau ada masa lapang, anda pasti akan ulangkaji subjek yang and
a lebih suka dan pandai, bukan subjek bahasa Inggeris. Untuk menaikkan minat dan
motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda tidak pandai ini ialah, pilih ha
nya satu bahagian kecil yang boleh anda kuasai.
Anda tidak boleh kuasai Bahasa Inggeris dengan sekelip mata. Anda tahu banyak be
nda yang anda tidak tahu, jadi ini akan melemahkan semangat anda. Jadi, apa yang
patut anda buat sekarang, cari satu bahagian kecil dalam Bahasa Inggeris yang a
nda mahu kuasai. Contohnya, anda mahu kuasai perkara asas dahulu, apakah perbeza
an antara Noun dan Verb. (jika anda rasa ini mudah, jangan terkejut jika saya ka
ta saya jumpa terlalu ramai pelajar walaupun sudah disekolah menengah tidak tahu
beza dua perkara ini).

Fahami betul-betul apa maksud noun dan verb ini. Cari perbezaan mereka. Cari per
kataan-perkataan yang dikatakan verb dan juga noun. Pendek kata, belajar betul-b
etul sampai anda nampak 2 perkara ini mudah sahaja. Ini yang saya maksudkan deng
an bermula dengan api semangat yang kecil.
Apabila anda sudah menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu ap
i semangat yang telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah a
pi semangat yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk me
nambahkan apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagian lain pula.
Semakin banyak yang anda kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Keyakin
an diri anda akan bertambah. Penguasaan anda terhadap subjek juga akan bertambah
. Apabila api ini sudah cukup besar dan menyala dengan begitu berkobar-kobar, in
syaallah saya percaya anda akan kecapi kejayaan yang anda idam-idamkan.
Kaedah kedua
Untuk anda menyalakan api kecil itu, anda boleh lakukan bukan sahaja dengan meng
uasai bahagian kecil dalam mana-mana subjek, tetapi dengan mencari apakah perkar
a yang boleh menyalakan api kecil dalam diri anda itu. Maksudnya begini. Pernahk
ah anda sedang buat sesuatu seperti menonton televisyen, bermain bolasepak, berj
alan-jalan, membeli belah atau berehat, tiba-tiba sahaja anda rasa semangat anda
untuk belajar meningkat. Anda jadi bersemangat dengan tiba-tiba.
Apabila itu berlaku, anda terus rasa rajin untuk belajar dan mengulangkaji. Apa
yang berlaku ini ialah api semangat yang kecil itu telah menyala. Ia tidak menya
la dengan sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan telah menyalakannya.
Tugas anda hari ini ialah untuk mencari apakah aktiviti yang anda lakukan yang b
oleh menyalakan api semangat dalam diri anda ini. Ia tidak semestinya anda mesti
baca buku.
Jika anda tanya saya, api semangat dalam
enonton movie yang berkisahkan kehebatan
hebat seperti The Bourne Identity & The
si lain. (Malu pula saya hendak nyatakan
ng saya minati )

diri saya selalunya menyala jika saya m


manusia seperti kisah Ejen rahsia yang
Bourne Supremacy dan beberapa cerita fanta
filem-filem fantasi berasaskan komik ya

Apabila saya menonton cerita begini, saya rasa bersemangat melihat kehebatan wat
ak-watak dalam cerita itu. Ini secara langsung menyalakan api kecil dalam diri s
aya. Jadi, setiap kali saya hilang semangat dan memerlukan api kecil itu, saya a
kan pasang vcd movie yang saya minat tadi.
Bagaimana dengan anda? Apakah aktiviti begini untuk anda? Saya perlu ingatkan ba
hawa pada mulanya agak sukar untuk mencari aktiviti ini tetapi jika anda teruska
n usaha dan membuka mata dan minda anda, insyaallah anda akan jumpa.
Satu peringatan yang perlu saya berikan ialah, apabila anda sudah menemui aktivi
ti yang boleh menaikkan semangat anda atau boleh menyalakan api semangat dalam d
iri anda, jangan lakukan aktiviti tersebut secara berlebihan. Setiap perkara yan
g dilakukan berlebihan akan membawa kesan yang tidak baik.
Contohnya, mungkin anda rasa anda perlu bermain permainan komputer untuk membuat
anda rasa bersemangat untuk belajar. Tidak mengapa. Tetapi, jangan sampai anda
terlalu asyik bermain permainan komputer hingga anda lupa bahawa tujuan anda ber
main itu adalah untuk menaikkan semangat untuk belajar, bukan untuk terus bermai
n.

Teknik 5
Lakonkan Watak Kejayaan
Teknik yang kelima in adalah agak penting. Seperti yang telah saya terangkan seb
elum ini, jika anda hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan ime
j kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk menc
apai perkara ini ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!
Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berl
akon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila
hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon.
Anda perlu duduk seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pela
jar pintar, dan bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar l
akukan semua itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar p
intar, bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.
Berlakon yang anda juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat se
masa belajar. Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa an
da belajar dan mengulangkaji.
Mengapa perlu berlakon?
Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlako
n atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda berla
kon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pela
jar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi
lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek kata, anda betul-bet
ul jadi pelajar pintar.
Saya faham, selalunya tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak meng
apa. Ada yang bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini s
etiap kali anda mahu belajar. Lama- kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri
sedikit masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang
pelajar paling pintar di Malaysia.
Anda juga perlu ingat bahawa melakonkan watak kejayaan adalah satu kemahiran. Se
tiap kemahiran memerlukan latihan dan pengulangan. Sama seperti belajar menungga
ng basikal di mana anda perlu terus berlatih hingga anda berjaya menunggang tanp
a jatuh, anda juga perlu berlatih melakonkan watak kejayaan hingga anda rasa sel
esa dan percaya sebenar-benarnya bahawa anda adalah orang yang berjaya.
Selamat mencuba.

Teknik 6
Kurangkan Tekanan Perasaan
Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? G
ementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir
tidak lama lagi?
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini bole
h menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil p
eperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak
dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat secara mental dan saya percaya
ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan.

Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini ? Maksud saya, apak
ah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan?
Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menul
is kesan-kesan tekanan perasaan itu
(3 minit dari sekarang
..)
( ..anda sudah tulis .? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis . nanti anda tidak
dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)
Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar
tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang sele
ra makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang tump
uan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci tengok
muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak contoh-contoh i
ni dalam senarai anda?
Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif a
tau kesan yang baik? Hmm . selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan
yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesa
n yang baik.
Apakah kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan bagi pembayang . Kesan positi
f tekanan perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Ap
a agaknya ya? Fikirkan .
Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, sa
ya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa
kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan
kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini
disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.
Satu perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosa
k disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBI
H BESAR dan LEBIH KUAT.
Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan berta
mbah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa b
erat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah
bertambah.
Begitu juga dengan tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala
, sakit perut, rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi t
ekanan itu dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah
kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan
rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan ra
sa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia s
eolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.
Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah: Ayat 5-8,
Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukarandiser
tai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertaikemudahan. Kemudi
an apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah p
ayahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau berm
ohon.
Sabda Rasulullah S.A.W.,
dan ketahuilah bahawa kemenangan itu akan terhasil sesuda
h kesabaran, dan kelapangan itu akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah baha

wa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan.

(Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah dan sabda Rasulullah ini sahaja sudah cukup untuk memberi kita kete
nangan kerana sudah ada jaminan bahawa setiap kesukaran dan kesulitan yang kita
lalui pasti akan diberi ganjaran lain dalam bentuk kesenangan dan kemudahan.
Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan
, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan ma
tang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau
dalam hidup.
Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan
Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kit
a jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda aka
n rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila i
a berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Tekni
k ini saya namakan mencari masa aktif .
Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda pena
t, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila a
nda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham
, anda rasa . TERTEKAN!
Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda
paling aktif? Maksud saya, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling ce
rgas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu
malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan
tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Dise
babkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal
pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. Kenal pasti, bilakah masa aktif
anda itu.
Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu be
rhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pada waktu siang. A
ktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hila
ng semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika m
asa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka
belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.
Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh m
akan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, baga
imana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan?
Ingat?
Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya
mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, ji
ka anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan ke
dudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa san
gat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sek
arang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik Fisiologi untuk mengurangkan tekanan pera
saan.
Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda
rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba seka
li lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda te
lah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang monyok
(boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda san

gat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda
dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.
Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebali
knya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang h
adiah cabutan bertuah. Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas,
anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.
Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan p
erasaan yang anda rasa.
Mutiara Kata
Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Un
tuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Se
bagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang meng
alir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, Nak ke Tak
Nak ~
Seperti yang telah kita bincangkan tadi, tekanan boleh membawa kesan positif kep
ada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ad
a menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adal
ah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.
Satu lagi kaedah yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada p
elbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik
pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika
Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah
teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.
Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafa
s melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jar
i kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan pros
es ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan
fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4
kali. Insyaallah anda akan rasa leb
ih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.
Selamat mencuba.
Teknik 7
Doa
Tips ketujuh untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan
hari ini adalah teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yan
g telah saya berikan. Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Sa
ya letakkan teknik ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham t
eknik pertama hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini
. Teknik ini ialah doa yang khusus.
Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percay
a doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika
anda tidak bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu b

erdoa tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak me
menuhi ciri-ciri yang diperlukan.
Hari ini, saya berikan lima perkara asas dalam melafazkan doa. Asas ini saya pel
ajari daripada ustaz saya semasa saya berada di Tingkatan 1 dulu. (Lama dah tu
) Perkara asas ini seperti lima jari anda.

Setelah anda tahu 5 asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara me
laksanakan doa supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat an
da. Kebanyakan pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar
yang tahu 5 asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaks
anakannya.
Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harap
nya anda belum penat lagi )
Langkah satu
Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelaja
r berdoa dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bag
us jika anda baca. Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa an
da sendiri, iaitu apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda g
una ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa d
an lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat
anda sendiri.
Langkah kedua
Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafaz
kan dengan suara. Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendenga
r suara anda sendiri sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan do
a Aku tidak mahu gagal lagi . Jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi m
inda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz aku berja
ya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A .
Langkah ketiga
Bayangkan apa yang anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperik
saan, bayangkan bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan pe
periksaan dan anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda.
Bayangkan situasi itu semua dengan jelas.
Langkah keempat
Rasakan apa yang anda bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda
mendapat 8A dalam peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah
anda rasa terlalu gembira hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gem
bira hingga anda melompat-lompat di tempat mengambil keputusan peperiksaan itu?
Itu semua terpulang kepada anda. Tetapi, semakin kuat apa yang anda rasakan, sem
akin kuat juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.
Langkah kelima
Yakin dengan izin Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusah
a dengan bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin A
llah. Anda perlu bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda
ini akan termakbul.

Selamat berdoa.
Kesimpulan
Alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah habis membaca buku ini. Saya ada seb
ut dalam beberapa artikel dilaman web saya bahawa, tidak banyak orang yang memba
ca buku di negara kita, dan daripada sejumlah yang membaca buku pula, tidak bany
ak yang membaca daripada awal hingga akhir.
Dengan menghabiskan bacaan buku mini ini, anda telah meletakkan diri anda sebari
s dengan para pemimpin dan orang-orang yang berjaya di dunia ini. Bak kata pepat
ah Inggeris, pemimpin adalah pembaca, dan pembaca adalah pemimpin.
7 Teknik yang saya kongsikan di dalam ebook ini mungkin nampak mudah. Namun, jan
gan terlalu memandang remeh akan teknik-teknik ini. Anda sebenarnya tidak perlu
membaca beratus-ratus buku atau menghadiri berpuluh-puluh seminar untuk jadi pel
ajar yang berjaya dan cemerlang. Jika anda pandai menghargai ilmu yang ada disek
eliling anda, ilmu yang paling kecil pun akan membantu anda untuk berjaya di sua
tu hari nanti.
Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Insyaallah, jika ada rezeki, mun
gkin kita akan bertemu suatu hari nanti.
Selamat Berjaya!
Osman Affan
www.OsmanAffan.com

Vous aimerez peut-être aussi