Vous êtes sur la page 1sur 17

PELAKSANAAN PENDEKATAN DIDIK HIBUR TERHADAP

PROGRAM KELAS DEWASA ORANG ASLI DAN PERIBUMI ZON PERAK:


satu tinjauan
Abdul Rahim Othman
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
rahim_othman@ipsah. edu.my
Wan Roslina Wan Ismail (Phd)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
wanroslina@ipsah.edu.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan pendekatan didik hibur terhadap program
Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Zon Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk
melihat tahap pemahaman guru-guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah Orang Asli di negeri Perak. Kajian ini
melibatkan seramai empat puluh orang guru di negeri Perak. Kajian ini juga meninjau
hubungan antara pendekatan didik hibur dengan penglibatan guru di dalam bilik darjah.
Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Data soal selidik telah dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS versi 18. Analisis deskriptif dan analisis korelasi
digunakan untuk melihat hubungan antara pembolehubah pengajaran guru terhadap
pendekatan didik hibur dan meninjau penglibatan guru dengan pendekatan didik hibur. Hasil
kajian menunjukkan min didik hibur menduduki tempat tertinggi antara keempat-empat
pembolehubah yang dinilai. Sementara analisis korelasi pula menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan positif antara pengajaran guru dengan pendekatan didik hibur.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan didik hibur telah diaplikasi oleh guruguru KEDAP. Rumusan yang dapat dibuat bahawa pendekatan didik hibur telah berjaya
diamalkan oleh guru-guru KEDAP. Keberkesanan pendekatan didik hibur dijangka mampu
merangsang ibu bapa murid-murid Orang Asli untuk meminati mata muridan yang diajar oleh
guru.

Kata Kunci : didik hibur, pengajaran guru, penglibatan guru dan persekitaran guru

Abstract
This study was conducted to investigate the effectiveness of edutainment approach for the
Aboriginal Adult Class and natives of Perak Zone. The study also examined the level of
understanding among edutainment approach teachers in their teaching and learning of Malay
language in schools in the state of the aborigines. This study involved forty teachers in the
state. The study also examined the relationship between edutainment approach with the
involvement of teachers in the classroom. Questionnaire was used in this study and the data
was analyzed using SPSS version 18. Descriptive and correlative analysis were used to
examine the relationship between the variables of teaching using edutainment approach and
teachers' involvement with the approach. The mean results showed edutainment ranked
highest among the four variables. On the other hand, correlation analysis showed that there
was a significant positive relationship between teachers and edutainment approach. The
findings indicated that the edutainment approach was significantly used by KEDAP teachers.
Indeed, it can be concluded that the edutainment approach has been successfully adopted by
KEDAP teachers. The edutainment approach is therefore able to stimulate pupils interest in
the subject taught by the teachers.
Key Note : edutainment, teaching and learning, school climate, teachers' involvement

1.0

PENGENALAN
Pembangunan minda dan pendidikan masyarakat Orang Asli masih lagi pada tahap

yang rendah. Permasalahan bagi melestarikan pencapaian pendidikan masyarakat ini masih
belum selesai walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan. Isu keciciran merupakan salah
satu masalah utama dalam kalangan murid (Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011-2015,
2011: 52). Statistik daripada data ini juga menunjukkan bahawa daripada 4431 murid yang
berdaftar di tahun 6 pada tahun 2009, hanya 3100 (70%) sahaja yang mendaftar di tingkatan
satu sekolah menengah pada tahun 2010. Seramai 1331 (30%) tidak meneruskan
persekolahan mereka. Isu keciciran merupakan salah satu masalah utama dalam kalangan
murid (Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli2011-2015, 2011: 52).
Oleh itu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tersebut tentang kepentingan
penguasaan kemahiran membaca menulis dan mengira, maka pada tahun 2008, Kementerian
Muri dan telah memperkenalkan program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan
Peribumi (KEDAP) di sekolah-sekolah yang terdapat murid Orang Asli. Pelaksanaan Kelas
2

Dewasa dalam kalangan ibu bapa Orang Asli dan Peribumi boleh membantu mereka
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan menimbulkan kesedaran
tentang kepentingan pendidikan kepada anak mereka. Objektif utama program ini adalah
untuk meningkatkan kadar literasi dalam kalangan Orang Asli, Penan dan Peribumi Sabah.
Matlamat akhir program ini adalah untuk menghapuskan kemiskinan tegar melalui agenda
pendidikan, dan memajukan pendidikan kanak-kanak masyarakat berkenaan dengan cara
mengurangkan masalah keciciran dan ponteng sekolah. Dengan itu mereka boleh membantu
anak-anak mereka meningkatkan pencapaian akademik.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) Bahasa Malaysia yang

telah

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 telah memberikan
penekanan terhadap lima kemahiran berbahasa. Antaranya ialah Kemahiran Mendengar dan
Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Seni Bahasa dan Tatabahasa. Kelas
Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) juga merupakan sebahagian daripada kelas arus
perdana yang perlu diberi perhatian.

Oleh itu, guru yang mengajar di KEDAP perlu

mempraktikkan aspek Didik Hibur yang terdapat dalam komponen Seni Bahasa bagi
memberikan kemahiran berbahasa kepada ibu bapa murid Orang Asli. Pembinaan Kurikulum
KEDAP didasari oleh dua perkara utama iaitu prinsip pembelajaran orang dewasa dan teori
andragogi.
1.2

DEFINISI OPERASIONAL
1.2.1

Keadah

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mendefinisikan kaedah ialah peredaran ke arah satu
tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Manakala Hasan Langgulung (1981)
mentakrifkan kaedah sebagai jalan untuk mencapai tujuan. Edward M. Anthony menyatakan
teknik ialah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai
hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Oleh
3

itu, apa-apa saja cara yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberikan kefahaman kepada
murid untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah.
1.2.2

Didik HIbur

Didik hibur dilihat sebagai satu pendekatan yang santai dan menggembirakan murid
yang sudah pasti dapat mengikat hati murid untuk menumpukan perhatian terhadap ilmu yang
disampaikan oleh guru. Aspek Didik Hibur merangkumi aktiviti bercerita, nyanyian, lakonan
dan pantun (Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, 2011).

2.0

PERNYATAAN MASALAH
Penyelidik-penyelidik terdahulu banyak menumpukan penyelidikan tentang pendidikan

bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid masyarakat Orang Asli. Antaranya

kajian

mengenai literasi bahasa Melayu oleh Abdul Shukor Shaari, Norani Yusof. Mohd Izam
Ghazali, Mohd Hasani Dali, mengenai bahasa Semai sebagai bahasa natif bagi murid-murid
Orang Asli (2011), kelemahan penguasaan bahasa murid-murid Orang Asli (Abdul Rahim bin
Abu Yusop dan Mohd Sharifuddin bin Yusop, 2014). Seterusnya kajian mengenai pengaruh
lingkungan sosial dan keluarga terhadap masalah pembelajaran terhadap Orang Asli Semai
(Hamidah Yusof, Abdul Rahman Ahmad dan Khalip Musa, 2013). Ahamad bin Rahim, Anuar
bin Husin dan Hashim bin Mohamad (2011) mendapati punca utama berlakunya keadaan
sedemikian kerana masyarakat Orang Asli gagal menerima secara positif dan efektif sistem
pendidikan negara yang boleh mengangkat martabat dan harga diri mereka. Hal ini kerana
sikap murid dan ibu bapa terhadap muri dan, jemu dan malas, tiada minat, selalu dimarahi
guru, malu bersekolah di bandar dan mengikut keluarga bekerja (Mohd Sharifuddin bin
Yusop, 2014).
Kebanyakan kajian terdahulu lebih memberikan tumpuan kepada kadar literasi bahasa
anak-anak Orang Asli. Malahan tidak langsung menyentuh aspek pengajaran guru-guru
4

yang bertugas di sekolah-sekolah Orang Asli. Oleh yang demikian, kajian ini cuba meneroka
isu mengenai pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru-guru yang melaksanakan aktiviti
didik hibur dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Selain itu, kajian ini turut mengesan
impak kursus Didik Hibur yang telah diberikan kepada guru-guru KEDAP.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pendekatan kursus didik hibur yang

diberikan kepada guru-guru sebagai tenaga pengajar

kelas dewasa (Orang Asli dan

Peribumi).
Secara spesifik, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

mengenal pasti tahap pemahaman guru KEDAP terhadap pendekatan didik hibur.
mengenal pasti hubungan pengajaran guru dengan pendekatan didik hibur.
meninjau hubungan penglibatan guru dalam pengajaran dengan aplikasi didik
hibur.

4.0

PERSOALAN KAJIAN
i.

Apakah tahap pemahaman guru KEDAP terhadap pendekatan Didik Hibur?

ii.

Apakah terdapat hubungan pengajaran guru dengan pendekatan Didik Hibur?

iii.

Apakah terdapat hubungan antara penglibatan guru dalam pengajaran terhadap


aplikasi pendekatan Didik Hibur?

5.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Maklumat dan dapatan kajian ini, dijangka dapat menjana kerangka kerja yang baru

mengenai pelaksanaan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam
kalangan guru-guru KEDAP. Proses pengajaran dan penglibatan guru dapat ditinjau dan
aplikasi didik hibur dapat meningkatkan proses penyampaian isi pelajaran bahasa Melayu.
Di samping itu, dapatan kajian ini menyumbang kepada penambahan ilmu berdasarkan
penemuan kerangka kerja bagi guru-guru KEDAP. Dari segi praktikalnya, hasil kajian ini
diharap dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pembangunan
5

Luar Bandar dan Wilayah merangka perancangan strategik dan membuat penambahbaikan
terhadap pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli.
Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan garis panduan kepada penggubal dasar untuk
mengetahui sejauh mana proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru
KEDAP kepada murid-murid Orang Asli. Seterusnya, kajian ini dapat diteliti dan dijadikan
rujukan bagi mengenal pasti elemen-elemen penting dalam memantapkan pengajaran guruguru KEDAP terutama kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
6.0

BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada guru-guru KEDAP yang mengajar di

sekolah-sekolah Orang Asli di negeri Perak. Kajian ini hanya melibatkan seramai 40 guru
KEDAP di negeri Perak sahaja dan tidak mewakili guru-guru KEDAP di seluruh Malaysia.
Kekangan masa serta peruntukan kewangan yang terhad menyebabkan lokasi penyelidikan
hanya dijalankan negeri Perak. Kajian ini juga tidak dapat digeneralisasikan sepenuhnya
sebagai mewakili semua organisasi sekolah-sekolah Orang Asli di seluruh negara.
7.0 TINJAUAN LITERATUR
Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan murid yang tidak boleh dipisahkan.
Tanpa muzik bererti dunia murid adalah kosong (Zulkifli bin Yaakob, 2007). Selain itu,
muzik juga merupakan sebahagian daripada budaya kepada sesuatu masyarakat. Murid
sentiasa memberi respons kepada muzik dan akan berasa senang hati apabila dapat
melahirkan ekspresi diri ketika mendengar muzik. Menurut Abdullah Hassan (1987),
kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran bahasa Melayu
menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan. Berdasarkan kajian lampau,
kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan meningkatkan
kemahiran berbahasa murid.
Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) melaporkan bahawa antara faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh
guru dalam bilik darjah kurang berkesan. Kajian sarjana linguistik sebelum ini juga
6

membuktikan bahawa komunikasi yang bergerak daripada kemahiran lisan amat penting
dalam menentukan tahap kefahaman murid (Noriati A. Rashid, 2011). Sehubungan dengan
itu, satu pendekatan pengajaran yang menyeronokkan akan menambah minat murid belajar.
Abdul Sukor Shaari, Nurani Yusoff, Mohd Izam Ghazali dan Mohd Hasan Dali (2011)
telah mengkaji masalah-masalah utama yang dihadapi dalam literasi Bahasa Melayu dan
punca-punca mengapa masalah itu berlaku yang merupakan bahasa natif bagi murid-murid
Orang Asli di Kampung Terisu Cameron Highland, Pahang, Malaysia. Sampel kajian terdiri
daripada 33 orang murid Orang Asli Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Terisu dan dua orang
guru Bahasa Melayu. Hasil kajian mereka mendapati bahawa literasi Bahasa Melayu yang
lemah dalam kalangan murid-murid Orang Asli berkait rapat dengan isu budaya masyarakat
tersebut.
Abdul Rahim Abu dan Mohd Sharifuddin bin Yusop (2014) mendapati sikap
mempunyai hubungan erat dengan motivasi untuk belajar bahasa. Bagi penutur yang
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, kelemahan penguasaan bahasa mereka
amat ketara.

Kajian mereka mendapati status sikap kanak-kanak Orang Asli terhadap

penguasaan Bahasa Melayu sangat berkaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian
mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu.
Sementara itu, Hamidah Yusof, Abdul Rahman Ahmad dan Khalip Musa (2013) telah
menjalankan kajian mengenai lingkungan sosial dan keluarga terhadap masalah pembelajaran
murid Orang Asli. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah Orang Asli di Perak dan Pahang
yang melibatkan 90 orang murid tahun 5. Hasil kajian mereka juga menunjukkan bahawa ibu
bapa kurang berpendidikan dan mempunyai tanggungan yang ramai juga menjadi penyebab
ketidakmampuan membantu pembelajaran anak-anak mereka.
Norwaliza Abdul Wahab, Abbdul Razaq Ahmad dan Ramlee Mustapha (2014)
mendapati pendekatan guru yang menggunakan buku teks untuk mengajar murid-murid

Orang Asli akan menimbulkan suasana yang tidak menyeronokkan dan

membosankan

mereka. Menurut mereka lagi guru perlu kreatif dan inovatif dalam menyediakan pengajaran
mereka dalam bilik darjah. Hal ini kerana Orang Asli gemar menyanyi aktif dan bercakapcakap ketika guru mengajar dalam bilik darjah, berbanding apabila guru menggunakan buku
teks mereka capat bosan.
Berdasarkan tinjauan literatur yang dibincangkan, kaedah pengajaran yang berkesan
dan menarik dapat membentuk pemahaman murid terhadap mata pelajaran yang diajar. Hal
ini ditambah pula dengan

faktor kesediaan, minat dan sikap terhadap apa yang diajar

mempengaruhi pencapaian mereka. Oleh yang demikian, aspek-aspek ini

wajar diberi

tumpuan oleh guru-guru kerana murid-murid Orang Asli begitu lemah penguasaan bahasa
Melayu dan kurang motivasi serta tidak berminat untuk mengikut sesuatu mata muridan
dalam satu malas yang lama. Oleh itu wajarlah satu pendekatan diperkenalkan kepada guruguru dan ibu bapa masyarakat Orang Asli di sekolah-sekolah Orang Asli agar murid-murid ini
maju setanding dengan murid-murid lain yang tinggal di bandar.
8.0

METODOLOGI KAJIAN
8.1 Persampelan
Persampelan ini dibuat untuk menyesuaikan dengan kriteria pertimbangan yang
ditentukan oleh penyelidik. Penyelidik menggunakan pertimbangan untuk memilih
responden yang paling sesuai dengan tujuan kajian (Sabitha Marican, 2005). Proses
pemilihan guru berdasarkan guru-guru yang diberikan pendedahan mengenai KEDAP.
Di samping itu, mereka terlibat secara langsung dengan murid-murid Orang Asli di
sekolah-sekolah Orang Asli.
Persampelan kajian ini ialah empat puluh orang guru Kelas Dewasa Orang Asli
dan Peribumi di sekitar negeri Perak. Sampel kajian terdiri dari tiga puluh satu guru
lelaki (31) dan sembilan (9) orang guru perempuan. Guru-guru ini telah ditugaskan
8

untuk mengajar ibu bapa murid Orang Asli dan Peribumi. Guru-guru ini telah mendapat
latihan perguruan pada peringkat diploma dan ijazah. Sampel-sampel kajian terdiri
daripada tiga puluh dua (32) orang berkelulusan ijazah sarjana muda, dua (2) orang
memiliki diploma, dua (2) orang memiliki sijil perguruan dan seorang (1) berkelulusan
sarjana.
Kebanyakan sampel kajian memiliki pengalaman mengajar yang bermula setahun
sehingga lima tahun seramai sembilan belas orang, sebelas orang berpengalaman enam
hingga sepuluh tahun, dua orang berpengalaman sebelas hingga lima belas tahun, dua
orang memiliki pengalaman mengajar enam belas hingga dua puluh tahun, sementara
enam orang lagi berpengalaman selama dua puluh tahun mengajar di sekolah.
8.2 Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik yang ditadbir kepada guru-guru
KEDAP di sekitar negeri Perak. Soal selidik ini dicipta sendiri berdasarkan kandungan
dokumen standard yang terdapat kemahiran didik hibur. Soal selidik yang dicipta
merujuk kepada pemerhatian penyelidik terhadap pengajaran dan pembelajaran guruguru KEDAP sepanjang membuat lawatan ke sekolah-sekolah Orang Asli. Berdasarkan
pemerhatian dan juga faktor persekitaran sekolah-sekolah Orang Asli, konstrukkonstruk seperti pemahaman guru terhadap didik hibur, pengajaran guru, penglibatan
guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran bilik darjah dicipta. Hal ini
berkaitan persekitaran dan murid-murid Orang Asli yang mempunyai ciri-ciri unik yang
tidak sama dengan murid-murid di sekolah-sekolah arus perdana.
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu; Bahagian I : Maklumat asas,
Bahagian II : Pemahaman guru terhadap pendekatan didik hibur, pengajaran guru,
penglibatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran bilik darjah.
Bahagian II,

pendekatan didik hibur mengandungi empat item, pengajaran guru

meliputi tiga puluh item, penglibatan guru mengandungi enam item dan lima item
dikemukakan untuk meninjau persekitaran guru. Skala Likert telah digunakan dalam
kajian ini. Skala Likert 1 = setuju, 2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti. Skala digunakan
untuk responden menjawab soalan kajian.
8.3

Kaedah Pengumpulan Data

Soal selidik diberikan kepada guru-guru yang menghadiri Kursus Peningkatan


Profesionalisme Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi Zon Perak. Sebanyak empat
puluh borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru ini. Pentadbiran soal
selidik dijalankan sewaktu penyelidik memberikan slot Aplikasi Didik Hibur dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Soal selidik yang dikumpul telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 16. Analisis deskriptif untuk mengukur min, sisihan
piawai untuk melihat tahap penggunaan didik hibur, pendekatan pengajaran dan
pembelajaran, penglibatan guru dan persekitaran guru.

Analisis korelasi turut

digunakan untuk mengkaji hubungan pemboleh ubah pendekatan didik hibur dengan
penglibatan guru dalam mengaplikasi pendekatan ini. Hal ini kerana persekitaran kelas
Dewasa dan murid-murid Orang Asli mempunyai ciri-ciri yang unik yang tidak sama
dengan murid-murid di sekolah-sekolah arus perdana.
9.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah Orang Asli
di negeri Perak. Maklumat demografi responden dan pemahaman guru terhadap pendekatan
didik hibur, pengajaran guru, penglibatan guru dan persekitaran guru diperolehi melalui soal
selidik. Borang soal selidik diedarkan semasa mereka mengikuti kursus Peningkatan
Profesionalisme Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi Zon Perak. Pemahaman guru
terhadap pendekatan didik hibur, pengajaran guru, penglibatan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran dan persekitaran bilik darjah ditinjau sewaktu kursus. Bahagian ini telah
membincangkan keputusan ujian deskriptif dan korelasi antara pemboleh ubah pendekatan
didik hibur dan penglibatan guru terhadap aplikasi ini.

9.1

Analisis Kebolehpercayaan

10

Kajian ini mengemukakan empat konstruk bagi pemboleh ubah bebas iaitu
pendekatan didik hibur, pengajaran guru, penglibatan guru

dan persekitaran guru.

Tahap kebolehpercayaan bagi setiap konstruk menunjukkan tahap yang tinggi dan
munasabah. Konstruk nilai cronbach alpha ialah .85 bagi pendekatan didik hibur,
pengajaran guru ialah .97, sementara penglibatan guru pula nilai alpha ialah .84 dan
nilai alpha bagi persekitaran dalam ialah 0.81. Nilai cronbach alpha yang berada
pada tahap antara 0.55 hingga 0.70 bagi sesuatu konstruk yang luas masih boleh
diterima (Nunnally, 1978). Hal ini selaras dengan pandangan Hair

(2006) yang

menyatakan had minumum bagi crobach alpha yang berada pada 0.70 adalah
memuaskan. Jadual 9.1.1 menunjukkan nilai cronbach alpha yang telah diperolehi bagi
menentukan kebolehpercayaan konstruk-konstruk yang telah dibina.
Jadual 9.1.1
Analisis Kebolehpercayaan (N=40)
_______________________________________________
Pemboleh ubah

Bil. Item

Cronbach Alpha

_______________________________________________
1. DH

.85

2. PG

30

.97

3. PLG

.84

4. PSG

.81

____________________________________________________

9.2 Analisis Deskriptif


Analisis deskpritif dijalankan untuk pengujian nilai min dan sisihan piawaian bagi
setiap item didik hibur. Analisis ini diuji untuk mengukur persoalan kajian pertama
iaitu:
11

1. Apakah tahap pemahaman guru KEDAP terhadap pendekatan Didik Hibur?


Min bagi item pertama iaitu mengenai kandungan pendekatan didik hibur ialah M =
1.07, SP = 0.34, item kedua mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan mengikuti pendekatan didik hibur ialah M = 1.12, SP = 0.40 dan M =
3.95, SP = 0.50. Sementara min bagi item ketiga mengenai corak penyampaian guru
secara kreatif serta menggunakan daya kreativiti M = 1.20, SP = 0.56 dan item keempat
yang mengemukakan item objektif pengajaran dan pembelajaran didik hibur yang boleh
dicapai ialah M = 1.15, SP = 0.53. Berdasarkan min-min bagi keempat-empat item
yang diuji didapati item ketiga iaitu corak penyampaian guru secara kreatif serta
menggunakan daya kreativiti menduduki tahap yang tertinggi. Jadual 9.2.1
menunjukkan analisis deskriptif bagi pendekatan didik hibur .
Jadual 9.2.1
Analisis Min Pendekatan Didik Hibur

Didik Hibur

Min

Sisihan Piawai

_____________________________________________________________________
Kandungan DH
1.07
0.34
Proses pdp DH
1.12
0.40
Corak Penyampaian
1.20
0.56
Objektif pdp DH yang dicapai
1.15
0.53
Nota Petunjuk: Kandungan DH :Kandungan didik hibur, Proses pdp DH: Proses
Pengajaran dan pembelajaran,
Corak Penyampaian : Corak penyampaian daya kreatif dan daya kreativiti, Objektif
P & p DH yang dicapai:
9.3

Analisis Korelasi
Hipotesis telah dibentuk untuk melihat hubungan penglibatan guru terhadap

aplikasi pendekatan didik hibur. Analisis korelasi yang dijalankan mengkaji hubungan
antara pendekatan konstruk didik hibur,

konstruk pengajaran guru dan konstruk

penglibatan guru. Dua persoalan kajian yang telah dikemukakan iaitu;


12

2. Apakah terdapat hubungan antara pengajaran guru dengan pendekatan didik


hibur?
Terdapat hubungan yang signifkan positif antara pengajaran guru dengan
pendekatan didik iaitu r (.91) = .000, p < .001.
3. Apakah terdapat hubungan antara penglibatan guru dalam pengajaran terhadap
aplikasi pendekatan didik hibur.
Terdapat hubungan yang signifkan positif rendah antara penglibatan guru dengan
pendekatan didik iaitu r (.28) = .002, p < .001. Walaupun terdapat hubungan yang
signifikan positif antara penglibatan guru dengan pendekatan didik hibur.
Analisis korelasi ini juga menunjukkan hanya konstruk pengajaran guru berada
pada korelasi yang kukuh. Analisis ini juga mendapati bahawa konstruk pengajaran
guru mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan pendekatan didik hibur.
Walaupun terdapat hubungan yang signifikan positif antara penglibatan guru dengan
pendekatan didik hibur. Jadual 9.3.2 menunjukkan analisis korelasi bagi menjawab
persoalan kedua dan ketiga.

Jadual 9.3.2.
Analisis Korelasi
Pemboleh ubah

Didik Hibur

Pengajaran Guru

Penglibatan Guru

1.

Didik Hibur

.91*

.28*

2.

Pengajaran Guru

.91*

.46

3.

Penglibatan Guru

.28*

.91*

13

4.

Persekitaran Guru

.15*

30*

63*

______________________________________________________________________
10.0 Perbincangan dan Implikasi Kajian
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya guru mempunyai pengetahuan
yang sederhana dengan pendekatan didik hibur. Namun begitu, guru telah mengaplikasikan
pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru yang
menggunakan pendekatan didik hibur menunjukkan hubungan yang sangat kuat. Dapatan ini
menyokong kajian Ahamad bin Rahim, Anuar bin Husin dan Hashim bin Mohamad (2011)
bahawa kesediaan guru menggunakan sesuatu pendekatan berkait dengan sikap positif dalam
menerima perubahan dari segi strategi dan kaedah pengajaran.
Dapatan ini juga bertentangan dengan dapatan kajian Ahamad bin Rahim, Anuar bin
Husin dan Hashim bin Mohamad (2011) bahawa terdapat dalam kalangan guru yang masih
mempunyai sikap negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah
lama. Guru Bahasa Melayu harus berani memecahkan kaedah tradisi dan status quo yang
sedia ada dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik untuk menyampaikan
maklumat pengajaran dan menyampaikan pengajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
Melalui amalan didik hibur, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi lebih
menarik dan tidak membosankan.
Tahap penglibatan guru masih rendah serta persekitaran guru menjadi faktor proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Orang Asli kelihatan tidak
bermaya, justeru keadaan sebegini harus dielakkan lebih-lebih lagi pada era pendidikan alaf
baru. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Wan Afizi Wan Hanafi Shaharuddin
Ahmad Noraziah Ali (2014) yang mendapati kemudahan infrastuktur dan kemudahan
mengakses maklumat menyebabkan guru-guru sekolah Orang Asli kurang bermotivasi untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka.
14

Kajian ini juga menyokong kajian oleh Norwaliza Abdul Wahab, Abbdul Razaq Ahmad
dan Ramlee Mustapha (2014) yang mendapati pendekatan menyanyi amat disukai oleh
murid-murid Orang Asli. Guru perlu lebih kreatif dalam penyediaan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah Orang Asli termasuklah kepada ibu bapa murid Orang Asli.
Oleh hal demikian, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan pencapaian muridmurid Orang Asli termasuklah mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran guru. Alasan
persekitaran guru yang kurang kondusif dan prasarana kurang baik tidak boleh dijadikan isu
utama dalam konteks membasmi keciciran dalam kalangan murid-murid Orang Asli.
10.1 Implikasi
Implikasi daripada dapatan kajian ini merupakan salah satu perkara penting dalam
usaha pihak kerajaan memperkembangkan sesuatu golongan masyarakat. Justeru, pihak
JKOA negeri Perak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Jabatan Pendidikan Negeri Perak perlu sedaya upaya memperkembangkan bidang
pendidikan terhadap guru-guru yang masyarakat Orang Asli di negeri tersebut. Ekoran
itu, kerangka dan strategi tertentu perlu digembeling bersama-sama bagi menjayakan
program pendidikan bersama-sama guru KEDAP ini. Antara program yang perlu
dilaksanakan adalah:
i. Meningkatkan keupayaan jentera pendidikan supaya dapat bertindak secara
berkesan untuk menambah program, kursus, dan bengkel pengajaran kepada guruguru KEDAP.
ii. Memperbaiki kemudahan di sekolah serta meningkatkan taraf bilik-bilik khas
seperti perpustakaan, bilik siber, bilik komputer dan sebagainya.

11.0 CADANGAN KAJIAN


15

Berdasarkan perbincangan daripada dapatan kajian yang telah dibuat, berikut


dikemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk dijadikan panduan oleh para ibu bapa,
guru, murid, individu dan organisasi pendidikan bagi meningkatkan pendidikan Orang Asli
agar cemerlang dalam bidang akademik khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Oleh itu, dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas kepada bilangan sampel yang lebih
besar supaya dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi guru-guru di sekolah
Orang Asli di seluruh Malaysia.
12.0 KESIMPULAN
Pendekatan didik hibur yang diaplikasikan oleh guru-guru KEDAP telah meningkatkan
corak penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru. Hal ini menunjukkan bahawa
pendekatan didik hibuk mampu dijadikan sebagai satu kaedah pengajaran untuk menarik ibu
bapa murid Orang Asli untuk belajar . Faktor penglibatan guru merupakan elemen penting
untuk mewujudkan persekitaran pengajaran yang baik dan berkesan. Hasil kajian diharap
dapat memberikan sumbangan kepada institusi pendidikan terutama kepada mereka yang
terlibat secara langsung dalam pendidikan seperti murid, guru, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
RUJUKAN
Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu dalam pengajaran Bahasa . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdull Shukor Shaari, Nurani Yusof, Mohd Izam, Mohd Hasan Dani. (2011). Kanak-kanak
minoriti Orang Asli di Malaysia : Menggapai literasi bahasa Melayu
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 59 .Malay Language Journal Education (MyLEJ)
Ahamad bin Rahim, Anuar bin Husin dan Hashim bin Mohamad (2010).Hubungan faktor
keluarga terhadap keciciran murid Orang Asli di SK Tekir Labu, Negeri Sembilan.
Dimuat turun dari www.ipgmksm.edu.my/pdf/kajian2pdf.
Abdul Rahim Abu & Mohd Sharifuddin Yusop. (2014). Sikap kanak-kanak
Orang Asli di bandaraya Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu
16

sebagai bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 59 .Malay Language


Journal Education (MyLEJ) 2180-4842. Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 57-66.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jilid 14 (2013). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamaruddin Hj. Husin. (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Aplikasi Teknik Drama Kreatif dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah, Modul Kursus
Dalam Perkhidmatan 4 Minggu di Bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Kreativiti dan Didik Hibur dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu, Modul Kursus Peningkatan Profesionalisme Mod
Kursus Pendek Kelolaan Institut Guru bahasa Melayu di Bawah Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, Bahagian
Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Penghayatan Bahan Sastera dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah, Modul Kursus
Peningkatan Profesionalisme Mod Kursus Pendek Kelolaan Institut, Guru bahasa
Melayu di Bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris, Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd Sharifuddin Yusop. (2014). Literasi Melestari Budaya.Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Astaka Minda, anjuran Dewan Bahasa Pustaka pada 9
September 2014.
Norwaliza Abdul Wahab, Abbdul Razaq Ahmad & Ramlee Mustapha. (2014) The
Challenges of indigenous school as perceived by school administrations. Prosiding
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-21. telah dibentangkan
pada 1 hingga September 2014 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang.
Rosinah Edinin PhD (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Percetakan Advanco Sdn. Bhd.
Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad dan Noraziah Ali . (2014). Faktor budaya
dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes
di Kelantan .Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (m.s 107 122)

17

Vous aimerez peut-être aussi