Vous êtes sur la page 1sur 10

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

GRU 6014: Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Pensyarah: Prof. Madya Dr Abdul Kadir Bin Ariffin

ANALISIS DAN KRITIK ARTIKEL JURNAL:


(MASALAH PEMBELAJARAN : TANDA DAN SIMPTOM KECACATAN
KOMUNIKASI LISAN MURID PENDIDIKAN KHAS)

Nama ahli kumpulan P (M151):


Norly Afidah Binti Aziz
(M20151000541)
Eda Muryanti Binti Emam Murhit
(M20151000543)

Mastura Binti tajul Ariffin


(M20151000551)

Analisis dan Kritik Artikel Jurnal


Sumber Jurnal:
Jurnal Bahasa Jilid 14 bil. 2 2014
Tajuk:
Masalah Pembelajaran : Tanda dan symptom kecacatan komunikasi lisan murid pendidikan
Khas.
Penyelidik:
Abdullah Bin Yusoff (Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Che Rabiaah Mohamed (Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, USM

1.0 SINOPSIS:
Pendekatan yang tepat untuk menjawab persoalan atau objektif dalam kajian ini adalah
menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif, kualitatif, tinjauan dan pemerhatian
(senarai semak). Walaubagaimanapun, kaedah yang digunakan dalam kajian ini amat
bertepatan dan menepati kualiti bagi menjawab semua permasalahan yang telah diutarakan
oleh penyelidik.
i.

Masalah dalam jurnal ini hanya mengutarakan isu-isu berkenaan murid bermasalah
komuniksai lisan iaitu murid yang bermasalah pembelajaran. Walau bagaimanapun,
kajian ini tidak memberikan kriteria-kriteria atau personaliti yang spesifik bagi setiap
pelajar yang mana harus di ambil perhatian. Faktor persekitaran, dan latar belakang
kehidupan juga perlu diberi perhatian untuk meneliti sebab dan berlakunya sesuatu

isu atau permasalahan.


Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian secara
konsisten dan prosedur kajian, namun tidak mempunyai latar belakang masalah,
hipotesis kajian yang mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis

sesuatu kajian.
Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian,
objektif umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian, namun
tujuan kajian tidak dinyatakan dengan jelas. Selain itu, skop kajian juga tidak

dinyatakan kerana hal ini dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi menentukan

kefahaman terhadap hasil penemuan kajian.


Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual
Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang
mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan
anggapan tentang perhubungan antara konsep-konsep yang abstrak. Beliau juga
menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan
biasanya dilakukan dengan merujuk kepada teori-teori atau model-model yang sedia
ada. Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep tersebut
dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional
pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual
dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana
carta aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur

serta mengikut prosedur yang sebenar


Selain itu, latar belakang kajian juga tidak berlandaskan teori-teori atau model-model
pembelajaran yang seharusnya dijadikan sesuatu bukti yang kukuh untuk

menyokong jangkaan awal pengkaji.


Jurnal ini menyatakan bahawa pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini
terbahagi kepada tanda dan simpton umum . Hal ini bertepatan dengan tujuan kajian
ini iaitu untuk mengetahui tanda dan symptom kacacatan komunikasi lisan terhadap

murid pendidikan khas.


Pembolehubah bersandar bagi kajian ini adalah kesan kepada komunikasi lisan. Hal
ini demikian selaras dengan tujuan kajian bagi mengetahui murid yang mengalami
kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi dalam kalangan murid pendidikan khas
masalah pembelajaran.

ii.

Reka Bentuk Kajian:


Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan. Oleh yang demikian, kaedah tinjauan
ini selaras dan tepat untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang

dinyatakan dalam jurnal ini.


Populasi kajian ini adalah terdiri daripada murid dari 56 buah sekolah di Kelantan.
Jumlah populasi sebenar iaitu 1125 murid dalam pendidikan khas. Selain itu, artikel
jurnal

ini

juga

menerangkan

dan

menentukan

dengan

jelas

sebab

atau

permasalahan yang wujud dalam populasi yang telah dipilih. Hal ini demikian
menyebabkan fakta untuk menyelesaikan permasalahan kajian dapat dinyatakan

dengan kukuh serta kajian-kajian yang akan datang dapat mengenal permasalahan
yang dialami oleh mereka yang bermasalah dalam komunikasi lisan. Populasi adalah
satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek (Mohd Majid Konting, 2009). Oleh yang demikian,
pemilihan yang tepat ke atas populasi kajian amat penting dalam setiap kajian
kerana ciri populasi dapat ditentukan menggunakan alat ukuran yang sesuai

mengikut kriteria-kriteria populasi berkenaan.


Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan

kaedah

persampelan

bukan

kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan. Sampel yang dipilih adalah seramai


1125 orang murid pendidikan khas. Walaubagaimanapun, prosedur persampelan dan
jadual penentuan sampel tidak dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal yang
mana ia amat penting dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan

kefahaman pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan.


Sampel yang digunakan dalam kajian ini hanya menggunakan murid pendidikan
khas. Jurnal ini menyatakan dengan terperinci tentang aspek pemilihan sampel
berdasarkan pemilihan sampel bertujuan. Walaubagaimanapun, sampel yang dipilih
tidak menyatakan jantina justeru akan menyebabkan analisis dapatan data kajian
khususnya bahagian korelasi dan t-test mendapat keputusan yang tidak signifikan.
Pemilihan sampel seharusnya dilakukan dengan lebih jelas tentang aspek
permasalahan populasi kerana ia memberi impak yang besar kepada dapatan kajian

yang baik.
Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah
digunakan iaitu borang soal selidik dan senarai semak. Terdapat borang soal selidik
iaitu adalah borang soal selidik ibu bapa sebagai sampel kajian, yang kedua,iaitu
senarai semak yang diadaptasi daripada senarai semak kecacatan pertuturan atau
bahasa yang diterjemahkan oleh Hannel, (2005). Pembahagian konstruk dan
kategori-kategori pembolehubah dinyatakan dengan jelas. Hal ini demikian
membentuk suatu pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak persoalan

yang telah dibina.


Kajian rintis yang dinyatakan dalam jurnal ini adalah sesuai dan bertepatan dengan
prosedur penyelidikan yang sebenar iaitu melakukan senarai semak kacacatan
pertuturan kepada 1125 orang murid pendidikan khas. Hasil atau tahap realibiliti bagi
borang soal selidik ibu bapa sukar untuk dinilai kerana data ini tidak menggunakan
system spss.

iii.

Prosedur Pengumpulan Data:


Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengukur kategori tanda dan symptom
umum murid masalah komunikasi lisan dengan menggunakan kaedah min , skor

purata dan sisihan piawai. Walaubagaimanapun, dapat dicadangkan bahawa


terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur menggunakan kaedah lain
seperti analisis regresi, t-test dan sebagainya bagi mendapatkan jawapan yang lebih

tepat dalam sesuatu kajian.


Penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau ciri-ciri sampel dinyatakan
dengan jelas. Hal ini demikian tidak akan menyebabkan keraguan kepada penilai
tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.

iv.

Analisis Dapatan Kajian


Jurnal ini menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat
pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan
tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dan prosedur kajian
rintis yang sepatutnya digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu

instrumen kajian.
Kesimpulan dalam kajian dalam jurnal ini sejajar dan konsisten dengan hasil
penelitian yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, jurnal ini sepatutnya
menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-kajian terkini dan

terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.


Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam jurnal dapat digeneralisasikan kepada
keseluruhan murid pendidikan khas kerana kajian ini menggunakan persampelan
yang sesuai dan tepat dalam mengukur masalah komunikasi lisan di kalangan

pendidikan khas.
Aspek penelitian dalam kajian ini merupakan hasil penelitian yang signifikan kerana
hanya menumpukan kepada berbagai-bagai ketegori tanda dan symptom kecacatan

komunikasi. Hal ini demikian kerana hasil setiap data diperoleh sangat jelas.
Jurnal juga menyatakan tanda dan symptom umum tersebut diperlihat oleh sampel
yang membuktikan kebanyakkan murid pendidikan khas mengalami masalah dan
kesukaran dalam aspek pelahiran bahasa. Pertuturan mereka tidak jelas, sebutan
mereka juga menyeleweng daripada bunyi bahasa yang sepatutnya. Akibatnya
pertuturan mereka sukar difahami oleh mereka yang dilawan bercakap. Mereka juga
mengalami masalah kefahaman, iaitu mereka sukar memahami percakapan orang
lain. Justerd, 2009). Walaupun kajian ini memberikan tumpuan hanya pada murid

pendidikan khas, dapatan kajian yang diperoleh sangat bermakna kepada guru lain.
Jurnal ini juga menyatakan bahawa ketidakupayaan murid menggunakan bahasa
lisan (khususnya bahasa ibunda bahasa Melayu) membawa impak besar dalam
proses mendapatkan pendidikan. Sebagai contoh, jika mereka bermasalah dalam

menghasilkan pertuturan, mereka sukar menyampaikan maklumat yang ingin


disampaikan. Begitu juga jika mereka mengalami masalah dalam penerimaan
bahasa , mereka akan menghadapi masalah dalam memahami maklumat yang
disampaikan oleh orang lain (Taylor, Smiley & Richard, 2009). Oleh yang demikian
kajian ini seolah-olah menyuruh guru agar perlu dibekalkan ilmu asas dalam

mengenal pasti tanda dan symptom murid berpotensi mengalami masalah ini.
Hasil dapatan data atau interpretasi oleh penyelidik kajian dalam jurnal ini hanya
fokus terhadap tanda dan simptom masalah kecacatan dan komunikasi. Dapatan
kajian juga sangat baik untuk diukur sebagai panduan oleh guru-guru lain. Namun
begitu program intevensi atau langkah-langkah untuk mengatasi bagi setiap
permasalahan yang diutarakan tidak dinyatakan secara terperinci. Hanya sepintas
lalu sahaja. Ini agak sukar untuk pembaca mengetahui apakah tindakan yang perlu

diambil jika guru itu berhadapan dengan permasalahan yang diutarakan.


Hasil kajian dalam jurnal ini berjaya membuktikan pengumpulan hanya dengan
menggunakan program excel. Sepatunya pengkaji boleh menggunakan system
SPSS supaya data yang diperoleh menunjukkan lebih tepat dalam setiap ukuran. Hal
ini sangat penting dalam meyakinkan serta kebolehpercayaan dan keesahan yang
tinggi. Namun begitu kajian ini dapat memudahkah pengkaji lain yang berminat untuk
melihat fenomena sama yang berlaku (Mohd Majid, 2000).

2.0 IDEA UTAMA:


Kata kunci kajian yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah pendidikan khas,
kecacatan komunikasi, tinjauan keratan rentas, masalah pembelajaran, komuniksai
lisan. Kata kunci yang dinyatakan dalam jurnal bagi kajian ini sejajar dengan tajuk
kajian. Walaubagaimanapun, jurnal tidak menyatakan tentang definisi operasional
yang sepatutnya diterangkan dengan lebih terperinci berdasarkan pandangan
daripada pengkaji-pengkaji yang mahir dan tokoh-tokoh pembelajaran. Tambahan
pula, kata kunci kajian ini merupakan pembolehubah-pembolehubah yang dijadikan
aspek pengukuran bagi menyelesaikan permasalahan yang terjadi. Pembolehubahpembolehubah yang berkaitan juga tidak berdasarkan teori atau model pembelajaran
yang sedia ada. Hal ini demikian akan menyebabkan hasil dapatan kajian yang tidak
signifikan dan tidak dapat memberi kesan yang baik terhadap penyelesaian kepada

permasalahan yang diketengahkan.


Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah: mendapati prevalen
murid bermasalah komunikasi lisan ialah 6% bermaksud seramai 67 murid dari sejumlah

1125 murid bermasalah pembelajaran yang diperhatikan. 28 perempuan dan 39 lelaki.


Dalam jurnal ini mendapati, kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen besar, iaitu
penghasilan dan penerimaan. (Kuder,2003). Bahasa juga adalah alat sosialisasi.

Manakala kemahiran bertutur dan menulis merupakan kemahiran penghasilan bahasa.


Menguasai kemahiran tersebut membolehkan seseorang pelajar bersosialisasi. Aktiviti
kemahiran penghasilan lebih bersifat eksplisit kerana dapat dilihat melalui tingkah
lakunya berbanding kemahiran penerimaan yang lebih bersifat implisit kerana tingkah
lakunya agak sukar dilihat. Sebagai contoh, bertutur dan menulis dapat dilihat
aktivitinya berbanding mendengar dan membaca kerana sifatnya lebih kepada
kefahaman yang prosesnya banyak berlaku pada peringkat kognitif kecuali membaca
i.

peringkat mekanis.
Hasil dapatan kajian: kebanyakkan murid pendidikan khas mengalami masalah
komunikasi lisan dalam penghasilan dan penerimaan bahasa seperti yang
diperlihatkan dalam kajian ini.
Dalam kalangan murid masalah komunikasi lisan, aspek pelahiran bahasa lebih
terselah berbanding dengan penerimaan bahasa. Hal ini termasuklah lambat bercakap
dan lambat bertutur, kesukaran dalam menggunakan bahasa, bermaslah dalam
mengeluarkan bunyi pertuturan yang tepat sukar menggunakan bahsa apabila
membuat penghuraian tentang sesuatu dan sering menghadapi maslah dalam
pemilihan perkataan yang bersesuaian apabila ingin menyatakan sesuatu. Artikel
jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat bahawa tanda dan symptom
umum tersebut diperlihat oleh sampel yang membuktikan kebanyakkan murid
pendidikan

khas

mengalami

masalah

dalam

kesukaran

aspek

pelahiran

bahasa.apabila dicerakinkan, didapati mereka bermasalah dalam fonetik, iaitu


kesukaran mengeluarkan bunyi bahasa secara tepat.
ii.

Hasil dapatan kajian: pengkaji mendapati kebanyakan murid pendidikan khas


mengalami masalah komunikasi lisan dalam menyusun perkataan untuk
membentuk ayat yang bermakna.
Artikel jurnal menerangkan bahawa penyelidik berpendapat lemah dalam menyusun
perkataan menyebabkan ia lemah dalam membentuk ayat yang bermakna seterusnya
mereka juga mengalami masalah dalam menggunakan bahasa bagi tujuan sosialisasi.
Terdapat juga dalam kalangan murid ini bermasalah dalam komunikasi lisan sejak
kecil lagi, seperti lambat bertutur. Apabila mereka membesar, mereka mengalami
masalah dalam penyebutan dan kefahaman. Pengkaji juga mendapati masalah
komukasi lisan sangat berkaitan dengan memproduksi, penggunaan, kefahamn,
mana-mana murid bermasalah dalam satu aspek tersebut akan mengalami masalah
lain secara serentak (Taylor, Smiley & Richard, 2009). Oleh yang demikian pengkaji
dalam jurnal ini berharap masalah komunikasi lisan ini juga perlukan sokongan dari
semua pihak penglibatan professional seperti ahli terapi pertuturan, ahli psikologi
pendidikan dan ahli perubatan (Heward, 2011).

iii.

Hasil dapatan kajian: Peranan guru sangat penting dalam masalah komunikasi
lisan bagi murid bermasalah pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan, pengkaji mendapati guru merupakan individu yang mula
berkomunikasi dengan murid secara formal. Tanpa komunikasi dan saling memahami,
banyak masalah akan timbul berkaitan dengan pengajaran, tingkah laku, emosi dan
pelaksanaan kokurikulum (Kuder, 2003). Murid yang sukar memahami pengajaran dan
akibatnya tingkah laku negative yang ditonjolkan murid sukar dikawal yang membawa
kepada masalah emosi. Rentetan dari masalah komunikasi lisan, kegiatan
kokurikulum juga sukar untuk dilaksanakan dengan sempurna. Semuanya berpunca
dari masalah komunikasi lisan. Dapatan kajian oleh penyelidik mendapati bahawa
kajian ini memperlihatkan murid bermasalah komunikasi lisan, dikenal pasti
berdasarkan aktiviti dan tingkah laku semasa dalam kelas yang yang diperhatikan oleh
pembantu penyelidik. Murid yang dikategorikan mempunyai masalah komunikasi lisan
apabila mereka memperlihatkan tanda dan symptom umum/spesifik berdasarkan
respons yang ditunjukkan oleh setiap sampel yang dikodkan dengan nombor 0 hingga
3. Min bagi setiap tanda dan simpton spesifik dalam kategori dikira berdasarkan
peratusan sampel yang menunjukkan respons terhadap setiap item. Jika bilangan
skor 3 bagi setiap item melebihi 50% (34 murid) yang ditunjukkan oleh pelajar maka
item tersebut dikira sebagai symptom yang sangat berkaitan dengan masalah
komunikasi lisan. Teknik pengiraan ini diadaptasi daripada Gregory (1997). Beliau
telah menggunakan perkiraan yang sama dalam kajian beliau bagi menentukan ayat
berstruktur bahasa isyarat British terhadap masalah penulisan murid pekak di Britain
Jika ayat ditulis oleh lebih 50% peretus pelajar, ayat tersebut dikategorikan sebagai
mempunyai unsure pengaruh isyarat.

3.0 KESIMPULAN:
Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan dengan jelas mengenai murid
yang bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam komunikasi lisan. Kajian yang
terperinci jelas menunjukkan ketidaupayaan murid menggunakan bahasa lisan member
impak yang besar dalam proses untuk mendapatkan pendidikan. Ini kerana masalah
pertuturan yang dialami oleh ereka sudah tentu sukar untk mereka menyampaikan
maklumat. Justeru kajian dari penyelidik ini sedikit sebanyak membantu untk guru-guru
diluar sana mengenal pasti masalah sebenar yang dialami oleh murid-murid yang

mempunyai masalah dalam komunikasi lisan. Pengkaji juga mendapati kajian diluar Negara
juga membuktikan bahawa murid yang bermasalah pembelajaran mengalami masalah
dalam komunikasi lisan. Antaranya, Johnson (1995), mendapati peratus murid bermasalah
pembelajaran yang dikaji mengalami masalah dalam komunikasi lisan yang membawa
kesan kepada masalah lain seperti membaca, bercakap dan mendengar walaupun murid ini
boleh berkomunikasi secara bukan-verbal.
Kajian Rouke (1995) pula mendapati murid yang bercirikan sindrom Aspergers,
hiperlaksia, sindrom William dan murid yang mengalami kerosakkan otak secara traumatic
mengalami masalah dalam komunikasi lisan. Oleh yang demikian penyelidik ingin
memberitahu kepada kita bahawa kajian ini berdasarkan sampel yang dikaji membuktikan
bahawa pentingnya perlaksanaan program intervensi difahami oleh guru. Selain itu
koloborasi antara agensi berkaitan dengan perkembangan murid perlu dilibatkan dalam
membangunkan program pendidikan Khas.

RUJUKAN :
Abdullah Yusoff & Che Rabiah Mohamed, 2009 Recognising Language of the deaf
Community : The Concept Communication, Language, Speech, Signing and Their
Relationship with the means of Communication Used by deaf People. International Seminar
on sign Language research, Universiti Of Malaya.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Kemahiran interpersonal untuk guru. Pahang:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Safani Bari, Mohd Mokhtar Tahar, & Adullah Yusof. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakum & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi