Vous êtes sur la page 1sur 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL 2

JALAN SENTUL,
51000 KUALA LUMPUR.

KOD SEK : WBA 0041


TEL / FAX : 0340427858

______________________________________________________________________
1 MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM


AKTIVITI / PROGRAM

: Sambutan Bulan Kemerdekaan


Ke-58 Peringkat Sekolah 2015

TARIKH

: 24 Ogos 2015 hingga 14 September 2015

MASA

: 7.30 pagi 12.00 tengah hari

TEMPAT

: SK Sentul 2

KEHADIRAN

: Semua guru-guru dan murid-murid

ULASAN
:Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan.
Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempattempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman,
kedai dan bangunan kerajaan. Program ini juga dilaksanakan agar dapat merapatkan
hubungan silaturahim dikalangan pelbagai kaum yang terdapat di Negara kita
khususnya di SK Sentul 2.
Sekolah Kebangsaan Sentul 2 telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan pada 14 Ogos 2015. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian
lagu-lagu patriotik dan lafaz ikrar oleh pengawas. Majlis sambutan kemerdekaan
diteruskan dengan ucapan oleh Puan Guru Besar, Pn. Siti Awa Bt Jamil dan Puan Guru
Besar turut merasmikan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan. Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan kali ke-58 telah diadakan pada 24 Ogos 2015.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan kali ke-58.
Antara pertandingan yang diberlangsungkan ialah:I. Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang Tahun 1
II. Pertandingan Mewarna Poster Tahun 2
III. Pertandingan mencipta kad ucapan Tahun 3 (berkumpulan)
IV. Pertandingan menghasilkan songkok, tanjak&kerisTahun 4 (berkumpulan)
V. Pertandingan membina replica bahan terbuang (berkumpulan)
VI. Pertandingan mendeklamasikan sajak& syair Tahun 6

Penerangan kemerdekaan juga telah disampaikan oleh guru bertugas mingguan


pada setiap pagi sepanjang bulan kemerdekaan selepas nanyian lagu-lagu patriotik.
Selain itu, guru bertugas mingguan juga mengadakan kuiz-kuiz di perhimpunan pagi.
Tujuannya ialah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara.
Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai
pahlawan serta pejuang kemerdekaan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi
memastikan negara terlepas daripada belenggu penjajahan yang menyeksakan. Oleh
itu sewajarnya kita harus berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan
harmoni.
Kemudian murid-murid dan warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang sambil
menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31,Jalur Gemilang dan lagu tema bulan
kemerdekaan pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Murid-murid gembira dan bangga
apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara
tertanam dalam jiwa murid-murid.
Kesimpulannya, aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap
warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa warga sekolah. Kibarkan Jalur
Gemilang di seluruh kawasan bagi melambangkan semangat cintakan tanah air.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.......................................................
(CIK SYAZA AMALIN BT MOHD NAJIB)
AJK Dokumentasi Bulan Kemerdekaan,
SK Sentul 2,
Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

...................................................
(PN NURUL FARAWAHIDA BT AHMAD )
Ketua Panitia Sejarah,
SK Sentul 2,
Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,
......................................................
(PN SITI AWA BT JAMIL)
Guru Besar,
SK Sentul 2,
Jln Sentul, Kuala Lumpur.

GAMBAR-GAMBAR KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BULAN

KEMERDEKAAN

Vous aimerez peut-être aussi