Vous êtes sur la page 1sur 1

Akhlak

Perkataan akhlak berasal dari bahasa arab iaitu jama dari kata khuluq ( )
yang bermaksu perangai ,tingkah laku atau tabiat. Akhlak secara juga boleh
ditafsirkan sebagai tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan
atau perasaan secara sedar untuk melakukan suatu perbuatan yang baik. Selain
itu, akhlak juga bermaksud kebiasaan, maruah dan agama. Akhlak dari segi
istilah pula didefinisikan sebagai perilaku yang meresap ke dalam jiwa
seseorang. Jika yang terbit dari perilaku itu perbuatan yang elok dan terpuji
menurut ukuran akal mahupun syarak, itulah yang dinamakan sebagai akhlak
yang baik. Tetapi jika sebaliknya, perilaku itu dinamakan sebagai akhlak yang
keji (Halim Tamuri 2007).
Akhlak merupakan sebagai sesuatu tingkah laku yang harus dilakukan
secara berulang-ulang untuk melakukan perbuatan baik dan bukanlah dilakukan
hanya sekali waktu sahaja. Selain itu, akhlak juga bermaksud sesuatu tingkah
laku yang semulajadi yang ada dalam diri manusia yang dibentuk oleh orang
sekeliling dan persekitaran. Sebagai contoh, menghormati orang tua merupakan
akhlak yang telah diajar dan dididik ke dalam diri kita sejak kecil lagi. Akhlak
juga terbahagi kepada dua iaitu akhlak baik dan akhlak buruk. Akhlak baik ialah
akhlak yang mulia merupakan gabungan sifat-sifat yang mulia dan terpuji pada
seseorang individu. Sebaliknya, akhlak yang jahat adalah hasil daripada budi
pekerti buruk. Akhlak yang jahat merupakan sesuatu tingkah laku individu yang
bertentangan dengan adat tatasusila manusia dan masyarakat.

Vous aimerez peut-être aussi