Vous êtes sur la page 1sur 2

BAB 2 :

NUTRISI

TUGASAN ANDA:
Pernyataan inkuiri :
Mengekalkan tabiat makan yang seimbang, aktiviti fizikal yang konsisten dan hubungan
interpersonal yang baik membawa kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat.
Pengambilan makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup
kebanyakan masyarakat dunia moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet,
serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan,kecantikan atau
kesihatan tubuh badan. Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan
begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan
imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak
memerlukan makanan tambahan. Bagaimanakah anda sebagai seorang pakar pemakanan
hendak menjelaskan tentang tabiat pemakanan yang sihat.
Anda dikehendaki menghasilkan bahan bacaan (risalah, buku skrap, buku cerita dan lain-lain)
tentang cadangan menu harian (sarapan, makan tengahari dan makan malam) yang menepati
amalan pemakanan yang sihat.
Kumpulkan maklumat tentang perancangan menu harian yang menepati aspek di bawah:

Contoh-contoh makanan berkhasiat beserta gambar yang sesuai

Kepentingan makanan berkhasiat

Kesan negatif jika tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat

Kesimpulan yang menepati pernyataan inkuiri

Maklumat Lanjut Mengenai Tugasan

Hasil kerja anda boleh dihasilkan secara tulisan tangan atau bertaip
Hasil kerja ditulis secara individu megikut kreativiti masing-masing
Meniru atau plagiat adalah dilarang sama sekali
Anda diberi masa dua minggu untuk menyiapkan tugasan ini
Hasil kerja murid mestilah menggunakan bahasa saintifik yang efektif dan
dokumentasi rujukan yang tepat.

Perhatian: Perancangan keseluruhan menu harian hendaklah menepati keperluan tenaga bagi
seorang remaja perempuan yang aktif iaitu antara 8000 9000 kJ.

Science Objective
CRITERION D: Reflecting on the impact of Science
Maximum: 8
Students should be able to:
i.

Summarize the ways which science is applied and used to address a specific problem or
issue.

ii. Describe and summarize the various implications of the use of application in solving a
specific problem or issue
iii. Apply scientific language effectively
iv. Document the work of others and sources of information used
Penjelasan tentang Objektif Tugasan
Murid dapat :
i. Meringkaskan bagaimana sains diaplikasikan dan digunakan untuk menangani masalah atau
isu tertentu
ii. Menerangkan dan merumuskan pelbagai implikasi menggunakan sains dan aplikasi dalam
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu tertentu.
iii. Menggunakan bahasa saintifik dengan berkesan
iv.

Mendokumentasikan hasil kerja atau sumber rujukan berdasarkan maklumat yang


digunakan

Vous aimerez peut-être aussi