Vous êtes sur la page 1sur 32

PUSAT PENDIDIKAN JARAK JAUH

SIDANG AKADEMIK 2013/2014


TUGASAN BERKUMPULAN
KOD KURSUS

JUH 101

KURSUS

HUBUNGAN ETNIK

NAMA KUMPULAN

SISWA P.PINANG

PENGURUS KURSUS

Y.BRS DR SHAIK ABDULLAH HASSAN MYDIN

NAMA AHLI KUMP.

1) MUHAMMAD ZAIDI BIN MAHMUD


920120-07-5253/ JM/12479/13
2) KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMMAD
840716-03-5367/ JM/12563/13
3) MOHD MAIDA BIN MAHYIDIN
860130-03-5237/ JM/12460/13
4) MOHD LUKMAN BIN MAHMOOD
RF/183052 / JM/12444/13
5) MUHAMMAD FIRDAUS IZZAT B ZAKARIA
900105-07-5139 / JM/12477/13

TAJUK TUGASAN:
Satu aspek yang penting yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama. Setiap
kumpulan dimestikan memilih DUA AGAMA iaitu satu ialah agama Islam dan satu lagi ialah
mana-mana agama lain seperti agama Kristian atau Hindu atau Buddha. Analisis pandangan dari
segi agama yang anda pilih (Islam dan mana-mana agama lain) terhadap isu-isu berikut :
i.

Keamanan

ii.

Keadilan

iii.

Perpaduan

iv.

Kemanusian

v.

kasih sayang
1

KANDUNGAN

ABSTRAK............................................................................................................................................3
1.0 PENDAHULUAN................................................................................................................4
2.0 METHODOLOGI KAJIAN...............................................................................................7
3.0 ANALISIS KAJIAN............................................................................................................10
3.1

Isu berhubung keamanan......................................................................................................11

3.2

Isu berhubung keadilan..........................................................................................................12

3.3

Isu berhubung perpaduan......................................................................................................13

3.4

Isu berhubung kemanusiaan .................................................................................................13

3.5

Isu berhubung kasih sayang...................................................................................................14

4.0 CADANGAN .....................................................................................................................15


5.0 KESIMPULAN..................................................................................................................17
6.0 BIBLIOGRAFI ..................................................................................................................18
LAMPIRAN 1 (Transkrip Temu bual Tokoh Agama
Islam ..................................................19
LAMPIRAN 2 (Transkrip Temu bual Tokoh Agama Kristian)................................................26
LAMPIRAN 3 ( Transkrip Temu
bual )................................................................................31

LAMPIRAN 4
( Gambar )......................................................................................
........32

1.0 ABSTRAK
Kajian kumpulan SISWA USM P.PINANG ini bertujuan untuk mengkaji pandangan antara dua
agama yang berbeza iaitu antara agama Islam dan agama Kristian terhadap isu-isu berikut iaitu,
keamananan, keadilan, perpaduan, kemanusiaan, dan kasih sayang. Dalam kajian ini kumpulan
kami menggunakan dua kaedah penyelidikan dengan melakukan temu bual bersama tokoh-tokoh
agama dan membuat kajian secara ilmiah melalui buku-buku dan internet. Penilaian akan dibuat
berdasarkan 5 konsep asas hubungan etnik dan nilai-nilai asas agama. Pengumpulan data-data
tersebut dilakukan bagi mengetahui nilai-nilai murni yang diguna pakai dalam kehidupan
seharian yang boleh digunakan bagi penambahbaikan hubungan etnik di Malaysia yang
berbilang kaum. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
penambahbaikan hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu
mencari data yang sahih, boleh dipercayai dan yang benar. Dapatan kajian ini akan memberikan
gambaran yang menyeluruh mengenai hubungan etnik antara dua agama iaitu agama islam dan
agama kristian .Cadangan-cadangan yang diberikan juga diharap dapat mengerat dan merapatkan
lagi hubungan etnik di Malaysia.

1.0

PENDAHULUAN
Malaysia sebuah negara yang sedang membangun dan sedang menuju ke arah status

negara maju menjelang tahun 2020. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai
masyarakat pelbagai agama, etnik, warna kulit, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.
Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat plural dan paling berjaya pada alaf
ini untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan. Malaysia telah berjaya membawa negara ini
keluar daripada negara mundur kepada negara yang membangun dalam tempoh 50 tahun. 1
Negara ini juga mengalami beberapa pengalaman sejarah negara memberikan pengajaran
pentingnya kestabilan politik selain keseimbangan ekonomi bagi mengelakkan konflik antara
kaum. Untuk lebih memahami secara mendalam mengenai hubungan etnik, terlebih dahulu
mengenali konsep-konsep asas dalam hubungan etnik di Malaysia iaitu konsep Keamanan,
Keadilan, Perpaduan, Kemanusiaan, dan kasih sayang.
Perpaduan ialah satu proses yang digunakan untuk menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan juga nilai
integrasi2. Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dan latar belakang sosial serta budaya yang
berlainan ke dalam satu entiti fizikal yang dilaksanakan melalui struktur dan peraturan yang
diperkenalkan supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu Integrasi mewujudkan
satu proses identiti nasional dalam kumpulan yang terpisah serta memiliki perasaan cinta dan
sayangkan tanah air. Menurut Ting Chew Peh, integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks. 3
Integrasi berlaku dalam konteks yang sangat luas dan lebih kukuh hasil daripada hubungan
dalaman atau melalui pergaulan. Proses penyatuan kumpulan yang mempunyai pelbagai latar
belakang ke dalam satu entiti yang diikuti norma, nilai dan kepentingan yang seragam. Elemen

1
2

Shamsul Amri Baharuddin (2012 ), Modul Hubungan Etnik, Penerbit Universiti Teknologi Mara, hlm. 2.
Shamsul Amri Baharuddin (2012 ), Modul Hubungan Etnik, Penerbit Universiti Teknologi Mara, hlm.15.

terpenting dalam integrasi adalah perasaan semangat kekitaan yang harus dimiliki oleh setiap
individu yang akhirnya akan mewujudkan ikatan dalam yang sangat kukuh.
Kemanusiaan adalah satu konsep yang akan mengaitkan asas-asas dan prinsip-prinsip
hubungan etnik dari perspektif Islam dalam proses perpaduan di Malaysia. Mengenal dan
mengetahui juga tahu mengaplikasikan nilai-nilai kemanusiaan dalam merapatkan hubungan
antara kaum di Malaysia. Dalam Islam juga menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun
sesama umat Islam. Islam juga menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat.
Mengikut buku hubungan etnik tulisan Shamsul Amri Baharuddin yang dipetik daripada Jabatan
Perpaduan Negara, jika anda tinggal di sesuatu kawasan perumahan yang mempunyai
identitinya sendiri, umpamanya Kampung Kerinchi, maka seluruh kampung itu dikira sebagai
jiran4. Kebebasan secara amnya menekankan seseorang individu untuk bertindak mengikut
kehendaknya sendiri. Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan
berpolitik, kebebasan sivil dan semua kebebasan hakiki, namun kebebasan itu juga mempunyai
ruang untuk di fahami bagi mengelakkan sesuatu masalah yang tidak diingini akan berlaku.
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan
dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Sifat kasih sayang mampu mengikat
hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan juga merupakan sebahagian
sifat Allah S.W.T. Dalam kontek negara kita yang berbilang kaum,nilai kasih sayang sesama
insan dapat menambahkan nilai-nilai toleransi ,penerimaan, dan hormat-menghormati antara satu
sama lain. Satu daripada prinsip dan nilai persaudaraan sesama manusia ialah ''kasih sayang''(almuakhah bi al-mawaddah) yang harus disuburkan umat manusia secara tulus dan suci. Pada
prinsipnya kasih sayang adalah sebahagian daripada ''intergriti moral'' yang menjadi petunjuk
kemuliaan manusia.
4

1 Shamsul Amri Baharuddin (2012), Modul Hubungan Etnik, Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Mengikut buku hubungan etnik tulisan Shamsul Amri Baharuddin, untuk membina suatu
kefahaman yang lebih mendalam, usaha ini mestilah didahului dengan memperkenalkan
beberapa konsep asas yang mendasari hubungan etnik iaitu konsep masyarakat, konsep budaya
dan konsep perpaduan. Melalui tiga konsep ini jika digunakan dan diterjemahkan dalam bentuk
budaya dan ini akan meningkatkan pemahaman yang tepat terhadap masyarakat majmuk.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969,pihak pemerintah telah memperkenalkan kunci kemajuan
pembangunan iaitu dari segi politik,ekonomi dan sosial. Pemerintahan negara bukan saja satu
bangsa yang memerintah atau yang berada dalam kerajaan, namun pemerintah dan yang
diperintah wujud pelbagai kaum dan bangsa yang berlainan,ia adalah perkongsian pemerintahan
maka wujudlah satu keadilan untuk semua kerana setiap kaum akan diwakili setiap bangsa yang
dipanggil masyarakat pluralistik. Perkongsian ini ialah suatu nilai budaya dan politik yang
dikongsi oleh semua komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan. Namun bukan
semua perkara perlu dikongsi untuk menunjukkan sesuatu keadilan kepada semua kaum dan
yang pastinya semua kaum ini haruslah memahami tolak ansur secara toleransi yang baik,yang
mana dalam pembinaan negara bangsa ini yang pastinya berpandukan perlembagaan. Seterusnya
pihak kerajaan telah memajukan dan menggiatkan usaha untuk mengatasi masalah yang
sosialekonomi dan sosialpolitik melalui rancangan pra merdeka persekutuan tanah melayu dan
perancangan selepas merdeka tanah melayu,dan perancangan dasar ekonomi baru.Keadilan dari
segi pendidikan pula,pada tahun 1956 penyata Razak telah diwujudkan namun ia bukan sistem
pendidikan nasional ia adalah aliran Inggeris,Melayu,Cina dan India. Setiap etnik mempunyai
pendidikannya tersendiri mengikut acuan mereka sendiri,sehinggalah sekarang pendidikan
seperti ini dikekalkan mengikut kaum namun transformasi mengikut zaman untuk kepentingan
masyarakat khasnya rakyat.

3.0

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kumpulan kami telah melaksanakan kajian ini dengan menggunakan beberapa kaedah
antaranya ialah pengumpulan data sekunder daripada buku-buku terpilih dan menjalankan temu
bual (wawancara) dengan tokoh-tokoh agama tempatan untuk penyelesaian tugasan JUH 101
Hubungan Etnik. Sebelum temu bual dijalankan, kumpulan kami telah menghantar surat mohon
kebenaran untuk menemu bual responden.
Untuk tugasan menemu bual tentang agama Islam, pihak kami telah memilih Ustaz Abd
Razak b. Haji Osman, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan
Negeri yang mempunyai pengalaman luas dalam pendidikan agama Islam terutamanya dalam
meningkatkan pelajaran akademik di sekolah khususnya di Pulau Pinang. Beliau aktif dalam
perkembangan Pendidikan Islam di sekolah rendah dan sekolah menengah bagi negeri Pulau
Pinang dan kawasan komuniti beliau.
Bagi agama Kristian pula, kumpulan kami telah menemu bual Robert Ling iaitu seorang
Paderi di Gereja The Charismatic Church of Penang. Beliau telah berkhidmat lebih dari 5 tahun.
Perkara yang dibincangkan semasa sesi temu bual adalah mengenai lima nilai-nilai asas dalam
konsep menurut perseptif Agama Islam dan Kristian. Hasil daripada kajian dan analisis yang
dijalankan, beberapa perkara telah di cadangkan bagi menambah baik hubungan etnik di
Malaysia.
Sepanjang temu bual dijalankan kedua-dua responden memberi kerjasama yang baik dan
menjawab pertanyaan dengan jelas mengenai soalan yang diberikan oleh pihak kami.

BIODATA:

1. NAMA
2. UMUR
3. PROFESIONAL

: ABDUL RAZAK BIN HAJI OSMAN


: 52 TAHUN
KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR

PENGAJIAN

ISLAM,JABATAN

PELAJARAN NEGERI P.PINANG


(JPNPP)
4. NO KAD PENGENALAN : 610514-02-5001
5. JANTINA
: LELAKI
6. TARAF PERKAHWINAN
: BERKAHWIN
7. BANGSA
: MELAYU
8. AGAMA
: ISLAM
9. WARGANEGARA
: MALAYSIA
10.
NO TELEFON
: 019-4408877
11.
EMAIL
: arojpnpp@yahoo.com
12.
ALAMAT BERTUGAS
: JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI,PULAU PINANG.
13.
TEMPAT TEMUDUGA

: PEJABAT KETUA PENOLONG

PENGARAH SEKTOR

PENGAJIAN ISLAM,JPN

PULAU PINANG.
14.
TARIKH TEMUDUGA
15.
TUGAS KHAS

: 22 JANUARI 2014
: IMAM SURAU

BIODATA:

1. NAMA
: ROBBERT LING
2. UMUR
: 47 TAHUN
3. PROFESIONAL
: PASTOR. (PADERI)
4. NO KAD PENGENALAN : 017202
5. JANTINA
: LELAKI
6. TARAF PERKAHWINAN : SINGLE
7. BANGSA
: CINA
8. AGAMA
: KRISTIAN
9. WARGANEGARA
: MALAYSIA
10.
NO TELEFON
: 11.
EMAIL
: Rling.Kh@gmail.com
12.
ALAMAT BERTUGAS
: THE CRARISMATIC CHURCH OF
PENANG 136 JALAN

SULTAN AZLAN SHAH

11900 BAYANG LEPAS.PENANG.


13.
TEMPAT TEMUDUGA
14.
TARIKH TEMUDUGA

: BILIK PASTOR,GEREJA.
: 23 JANUARI 2014

3.1 Isu berhubung keamanan


Tujuan atau hala tuju dalam kehidupan pada hari adalah untuk mencapai keamanan, baik
dengan diri sendiri, dengan umat sendiri mahupun sesama umat manusia. Inilah sebabnya tiada
paksaan dalam menganut agama islam. Hal ini terpancar dalam ayat suci al-Quran dalam surah
al-Baqarah ayat 256, "Tidak ada paksaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas
petunjuk itu daripada kesesatan". Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada
masyarakat tanpa mengira latar belakang agama. Inilah antara hasil terbaik yang dapat dikongsi
9

bersama dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Nilai-nilai universal seperti ini
juga dapat ditemui dalam agama-agama lain yang diamalkan di Malaysia. Misalnya, sifat
mencintai keamanan dan setia kawan sesama manusia tanpa sebarang perbezaan ialah tema yang
utama dalam kebanyakkan agama utama dunia.
Mengikut perspektif agama kristian, keamanan juga amat ditekankan dalam agama kristian,dan
keamanan menurut mereka ialah sama dengan keselamatan dan mereka menyatakan bahawa
keamanan yang dianggap sebagai hasil dari keharmonian antara manusia dengan manusia dan
dengan persekitarannya, Setiap manusia perlu mewujudkan sikap toleransi dan mencegah
perasaan benci dan iri hati daripada menguasai minda kita.
3.2

Isu berhubung keadilan

Berhubung isu-isu dalam konteks institusi kekeluargaan seperti keadilan dalam rumah tangga
dan isu-isu pentadbiran negara yang sering dipersoalkan menunjukkan bahawa konsep keadilan
perlu melalui proses penambahbaikan. Keadilan dalam kekeluargaan menurut Islam adalah
sangat luas. Adil bermaksud dalam konteks keluarga kesamarataan, layanan kasih sayang
layanan nafkah mengikut kesesuaian keluarga. Allah SWT bersifat adil dan cintakan keadilan
dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas yang sangat ditekankan dalam syariat Islam
adalah prinsip keadilan kepada semua manusia. Contohnya, sekiranya bapa hendak memberi
hadiah kepada anaknya, maka si bapa perlulah adil untuk membahagikan sama rata hadiah
berkenaan kepada kesemua anaknya agar tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan
keluarga berkenaan. Keadilan juga merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup
Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud bahawa ;
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan,
menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap diri mu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat
mu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah
10

kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar
balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha
Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan Surah An Nisaa(4), Ayat 135. Oleh kerana Islam
merangkumi kesemua aspek kehidupan dalam kekeluargaan, maka Allah menuntut umatnya
untuk bersikap adil dan saksama ke atas semua kaum keluarganya dan masyarakat.
Mengikut perspektif agama Kristian, institusi kekeluargaan amat perlu ditekankan.
Masalah keadilan dalam rumah tangga biasanya bermula daripada keretakan rumah tangga itu
sendiri. Ini berlaku akibat daripada tiada persefahaman dan kasih sayang antara suami, isteri dan
anak-anak. Nilai utama yang menjadi panduan kehidupan penganut agama Kristian adalah cinta
atau kasih sayang dalam bentuk keadilan, keampunan dan taat. Masalah ketidakadilan dalam
masyarakat juga berpunca daripada keluarga. Tanpa didikan ibu-bapa yang adil dalam keluarga
tidak akan dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan sentiasa bersikap positif.

3.3 Isu berhubung perpaduan


Di Malaysia, masyarakat pada hari hidup dalam kelompok yang mempunyai perbezaan dari segi
pegangan Agama, Budaya, Bangsa dan Sosial. Masyarakat juga hidup secara harmonis
berlandaskan konsep dan rukun-rukun negara iaitu; kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada
raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan
kesusilaan.
Islam adalah agama kesejahteraan di dunia dan di akhirat, dan Islam juga telah memberi
panduan yang jelas mengenai cara-cara dalam mencapai kesejahteraan. Menurut pandangan
Islam, antara punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang dan
persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu.

11

Oleh itu, Islam sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada umatnya bagi memastikan
wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;
Dan berpegang teguh lah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan
kenangkan lah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu)
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam)
maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara (Surah
Ali Imran : 103)
Bagi umat Islam Malaysia, secara khusus perpaduan ini lebih penting dan sangat mahal
harganya kerana dengan keamanan dan kemakmuran yang ada, dapatlah usaha-usaha
ditingkatkan bagi kebaikan agama Islam dan penganut-penganutnya. Harga sebuah keamanan
dan kemakmuran itu sangat penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum mampu
memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa yang telah
dicapai oleh umat Islam di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduan lah merupakan tunjang
bagi kemakmuran dan keamanan negara ini.
Penganut agama Kristian amat bersetuju dengan Rukun Negara. Agama Kristian sangat
menekankan konsep Rukun Negara dalam kehidupan penganut agama ini. Ini dibuktikan dengan
agama Kristian sentiasa mengagungkan tuhan mereka walau berada di mana. Kita sebagai rakyat
perlu patuh raja dan negara, undang-undang yang menjadikan kita lebih berdisiplin dan
bertamadun. Mengikut kepada kesopanan dan kesusilaan pula, agama Kristian memang
mengekalkan konsep ini dalam kehidupan seharian kerana dengan tertanam nya nilai ini dalam
diri seseorang akan membuatkan mereka dipandang tinggi oleh masyarakat.
3.4 berhubung kemanusiaan
Kesibukan pada hari ini menyebabkan masyarakat kita lazimnya mengambil pekerja
pembantu rumah dari kalangan pekerja asing Indonesia. Apa yang kita lihat hari, berlakunya kes
penderaan terhadap bayi dan tidak kurangnya berlaku insiden penderaan terhadap pekerja oleh
majikan.
Prinsip persaudaraan manusia di dalam Islam meletakkan seluruh manusia dalam satu
keluarga besar yang berasal dari nabi Adam. Menurut Islam, asal usul manusia adalah berasal
12

daripada Nabi Adam dan Hawa yakni persaudaraan yang satu. Allah ada menyebut di dalam AlQuran Layukminuahadukum hatta yuhibbaliahih ma yuhibbulinafsih yang bermaksud Tak
beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasih
dirinya sendiri. Hadis 40 sahih. Ia adalah sifat yang mendorong jiwa menyempurnakan
keluruhan akhlak yang terpuji dan sekali gus menjadi hiasan kemanusiaan. Penghayatan terhadap
ajaran agama secara positif akan mengarah kepada perilaku secara positif termasuk sikap kasih
sesama insan.Justeru itu, nilai kemanusiaan dalam Islam harus dipupuk oleh ibu ketika anak
masih di dalam kandungan lagi. Hal ini dapat dilakukan dengan para ibu dan bapa harus sentiasa
menjalinkan hubungan persaudaraan sesama Islam atau bangsa lain agar dapat melahirkan anak
yang cintakan kepada nilai-nilai murni ketika dewasa kelak.
Menurut pandangan Kristian, apabila tuhan telah mencipta manusia, ini menggambarkan
bahawa manusia adalah golongan suci yang dipilih untuk hidup di muka bumi ini. Tetapi
keruntuhan nilai kemanusiaan mulai runtuh selepas peristiwa Khair membunuh adiknya Abil
akibat sifat cemburu. Ini adalah detik kejatuhan nilai manusia. Tuhan tidak pernah menilai
manusia dari segi martabat atau kedudukan, tetapi melalui kasih sayang dan perasaan cinta
kepada manusia. Justeru itu, nilai kemanusiaan wajar ada dalam hati setiap manusia agar sifat
toleransi boleh dipupuk antara pelbagai kaum di Malaysia.
3.5 Isu berhubung kasih sayang
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusia dan sewajarnya disemai dan
dipajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Kesan daripada lahirnya sifat kasih sayang
akan timbulnya rasa cinta bukan sahaja terhadap diri dan anggota keluarga terdekat tetapi juga
kepada seluruh warga masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama. Menuru agama islam
menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada Agama,
cinta kepada aqidah, juga cinta kepada sesama makhluk, sebagaimana Allah menjadikan
perasaan cinta antara suami istri sebagai sebagian tanda dan bukti kekuasaan-Nya, firman Allah
SWT: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri
13

dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (QS. Ar-Ruum: 21).
Menurut pandangan Kristian, Nilai kasih sayang menjadi panduan utama dalam agama
kristian untuk mengadakan kasih sayang yang berkesan, seseorang individu mestilah sayang
yang berkesan, seseorang individu mestilah mengamalkan keadilan, keampunan dan ketaatan.
Berdasarkan agama kristian dalam kitabnya Bible, terdapat 2 hukum iaitu Markus
12:30 kasihilah Tuhanmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap akal budimu serta

dengan segenap kekuatanmu dan Markus 12:31 kasihilah sesamamu manusia seperti
sendiri, kerana tiada hukum lain yang utama daripada kedua hukum ini. kedua-dua hukum ini
adalah berdasarkan kitab Bible yang menjadi panduan bagi semua penganut agama Kristian.
Jelas bahawa agama Kristian mementingkan nilai kasih sayang kepada semua manusia.
4.0 Cadangan untuk penambaikan hubungan etnik di Malaysia
Pelbagai cara yang perlu dilakukan untuk menambahbaikan hubungan etnik di Malaysia
untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan antara kaum ialah dengan mengamalkan amalan
kunjung-mengunjungi dalam majlis rumah terbuka.Semua etnik saling kunjung-mengunjungi
antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan usaha
pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat dirayakan
bersama.Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian
hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik
dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang intergrasi sosial antara etnik walaupun
berbeza budaya,agama dan bangsa. Selain itu kerajaan juga boleh mewujudkan satu program
yang dikenali sebagai"sukan satu rakyat'' yang boleh melibatkan masyarakat dalam sesuatu
kawasan. Kerajaan perlu bergiat aktif dalam menjalankan program ini supaya berterusan dalam
mengeratkan hubungan etnik kerana melalui program ini dapat berkomunikasi antara satu sama
14

lain. Seterusnya,kerajaan perlu mewujudkan satu ko-kurikulum iaitu sukan untuk semua
kaum.Dalam aktiviti ini melibatkan semua kaum seperti SUKMA perlu dipraktikkan di semua
sekolah di seluruh Malaysia.Sukan-sukan tersebut perlu melibatkan kesemua kaum untuk
mengeratkan hubungan antara kaum dan mewujudkan sifat satu bangsa di Malaysia. Cadangan
yang seterusnya ialah subjek hubungan etnik wajib ditambah dalam kurikulum pelajaran sejak
sekolah rendah. Subjek ini perlu dijadikan sebagai subjek teras terhadap muri sekolah rendah
mahupun

menengah

sebagai

satu

motivasi

dalam

mengeratkan

perpaduan

antara

kaum.Penambahan kurikulum subjek ini akan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum
dengan adanya subjek ini pada peringkat awal pendidikan. Bak kata pepatah"melentur buluh biar
dari rebung''. Subjek ini amat penting kerana dapat memberikan erti sebenar tentang kepentingan
dalam membina hubungan antara berbilang kaum. Penerapan yang dilakukan akan mewujudkan
masyarakat di mana proses menguatkan tali perpaduan etnik yang terdapat di Malaysia.
Seterusnya, mewujudkan satu modul pelajaran untuk memahami budaya dan adat setiap kaum di
Malaysia supaya wujud rasa hormat menghormati antara kaum. Melalui pengenalan ini dapat
dijadikan sebagai satu alat dalam mengeratkan perpaduan etnik di Malaysia. Dengan itu,ia dapat
menyeragamkan imej pelajar-pelajar tanpa mengira kaum. Jadi isu perkauman tidak dapat
dicetuskan sekiranya modul ini dilaksanakan kerana melalui pengenalan modul ini dapat
mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang menduduki negara Malaysia ini.
Kesimpulannya,tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah
satu tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan
bahawa sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Maka dapatlah kita lihat
bahawa pengukuhan hubungan etnik adalah penting dalam menguruskan sebuah negara yang
mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosial budaya yang positif dan dinamik
membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan bermaruah. Senario masyarakat
Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep bangsa Malaysia
15

sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus
bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara. Rakyat Malaysia harus sedar bahawasanya
mereka harus menjaga dan membina tamadun dan warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak
hilang ditelan zaman. Semua kaum haruslah memainkan peranan yang penting dalam
mengukuhkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

5.0

KESIMPULAN

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik dan harmoni kerana mempunyai pelbagai bangsa,
budaya dan agama. Justeru itu, kelima-lima konsep yang diamalkan seperti keamanan, keadilan,
perpaduan, kemanusiaan dan kasih sayang merupakan teras utama negara ini mengekalkan
keamanan dan kerharmonian untuk kehidupan bersama.
Sehubungan itu, bagi mengekalkan dan menambahbaikan hubungan ini rakyat seharusnya
bersatupadu serta toleransi dalam apa jua bentuk kerjasama dalam konteks masyarakat atau
sebagainya. Selain itu kerajaan juga berperanan dalam memakmurkan hubungan etnik di
Malaysia dengan tidak membezakan majoriti atau minoriti masyarakat di sesebuah tempat. Pihak
kerajaan harus menjalankan program-program kemasyarakatan agar dapat melahirkan
masyarakat muhibah yang hidup pelbagai kaum yang memberikan kesan kepada keharmonian
dalam sesebuah negara. Disamping itu juga,masyarakat perlu memainkan peranan yang penting
dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa dijaga dan menjalankan aktiviti yang dapat
mengukuhkan ikatan atau ukhwah diantara satu sama lain,sebagai contoh menjalankan aktiviti
rukun tetangga dan kunjung-mengunjungi pada musim perayaan dalam majlis rumah terbuka.

16

6.0

BIBLIOGRAFI

Shamsul Amri Baharuddin. (Eds.). (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi
Mohd Faizal P. Rameli., et al. (2011). Hubungan Etnik Menurut Perspektif Islam. Alor Gajah:
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.
Sulaiman Masri, Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan, (esei, proposal, tesis)
Ruslan Zainuddin., et al. (2010). Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua. (Zaid Ahmad). Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria. Hadis 40 Imam Nawawi. Telaga Biru, Kuala Lumpur

17

LAMPIRAN 1 (Transkrip Temu bual Tokoh Agama Islam)


Transkrip temu bual bersama Ustaz Abd Razak bin Hj Osman
Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Negeri
(Agama Islam)
1. Keamanan :
Soalan
1)Apakah takrif/ pandangan keamanan menurut perseptif agama Islam?
2)Bagaimanakah keamanan dapat diwujudkan melalui pendekatan agama Islam?
Jawapan
Seperti mana kita mengetahui dalam Islam,agama islam amat mementingkan keamanan dan
perpaduan.Perpaduanlah yang akan membuahkan keamanan.Keamanan yang dibawa oleh
Rasulullah S.W.T menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui
keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia,bersifat sederhana dan suka
melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah
menyumbang kepada keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang
digambarkan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh
alam (al-Anbia :107)
untuk membina keamanan ,Allah memerintahkan memerintahkan kita umat Islam agar benarbenar bersaudara antara satu sama lain. Asas persaudaraan dalam Islam, bukanlah sekadar
hubungan kekeluargaan atau suku sakat sesuatu bangsa sahaja ,bahkan ia menjadi satu ikatan
akidah yang cukup kukuh dan utuh ,Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10:
''Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu
dan bertakwalah kepada Allah supayakamu mendapat rahmat''.

18

2. Keadilan :
Soalan
1.

Berhubung isu-isu dalam konteks institusi kekeluargaan seperti keadilan dalam rumah
tangga dan isu-isu pentadbiran negara yang sering dipersoalkan dan ini menunjukkan

2.

bahawa konsep keadilan perlu melalui proses penambahbaikan.


Apakah pandangan menurut agama islam mengenai konsep keadilan dalam
kekeluargaan mahupun dalam masyarakat.

Jawapan
Konsep keadilan dalam kekeluargaan Islam adalah sangat luas. Adil bermaksud dalam konteks
keluarga kesamarataan, layanan kasih sayang layanan nafkah mengikut kesesuaian keluarga.
Allah SWT bersifat adil dan cintakan keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas
yang sangat ditekankan dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.
Contohnya, sekiranya bapa hendak memberi hadiah kepada anaknya, maka si bapa perlulah adil
untuk membahagikan sama rata hadiah berkenaan kepada kesemua anaknya agar tidak timbul
rasa tidak puas hati dalam kalangan keluarga berkenaan.
Keadilan juga merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan
tauhid dan khilafah. Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan dalam
kekeluargaan, maka Allah menuntut umatnya untuk bersikap adil dan saksama ke atas semua
kaum keluarganya dan masyarakat. Allah ada berfirman;

19

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar


penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap diri mu sendiri
atau ibu bapa dan kaum kerabat mu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah
lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan
(kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha
Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.
Surah An Nisaa(4), Ayat 135

20

3. Perpaduan ;
Soalan
1.

Di Malaysia, masyarakat pada hari hidup dalam kelompok yang


mempunyai perbezaan dari segi pegangan Agama, Budaya, Bangsa dan
Sosial. Masyarakat juga hidup secara harmonis berlandaskan konsep dan
rukun-rukun negara iaitu; kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada
raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang
dan kesopanan dan kesusilaan.

2.

Apakah pengertian perpaduan menurut Islam dan apakah pandangan


berhubung status perpaduan di dalam Negara Malaysia pada hari ini?

Jawapan
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama kesejahteraan di dunia dan di
akhirat dan kita dapati Islam telah memberi panduan yang jelas mengenai cara-cara mencapai
kesejahteraan itu. Antara punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup berkeluarga dan
bermasyarakat.
Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang dan
persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu.
Oleh itu, Islam sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada umatnya bagi memastikan
wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu.

21

Dalam hubungan ini Allah berfirman yang bermaksud:

Dan berpegang teguh lah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. 'Dan
kenangkan lah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu)
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat
Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.'
(Surah Ali Imran : 103)
Bagi umat Islam Malaysia, secara khusus perpaduan ini lebih penting dan sangat mahal
harganya kerana dengan keamanan dan kemakmuran yang ada dapatlah usaha-usaha
ditingkat bagi kebaikan agama Islam dan penganut-penganutnya. Harga sebuah keamanan
dan kemakmuran itu sangat penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum
mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa
yang telah dicapai oleh umat Islam di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduan lah
merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini.

22

4.

Kemanusiaan;

Soalan
1.

Dalam kesibukan pada ini, masyarakat kita lazimnya mengambil pekerja


pembantu rumah dari kalangan pekerja asing Indonesia. Apa yang kita
lihat hari, berlakunya kes penderaan terhadap bayi dan tidak kurangnya
berlaku insiden penderaan terhadap pekerja oleh majikan. Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

2.

Apakah yang dimaksudkan kemanusiaan menurut pandangan Islam.

Jawapan
Prinsip persaudaraan manusia di dalam Islam meletakkan seluruh manusia dalam satu keluarga
besar yang berasal dari nabi Adam. Kita perlu ingat bahawa asal usul kita berasal daripada yang
satu iaitu dari Nabi Adam dan Hawa yakni persaudaraan yang satu. Allah ada menyebut di dalam
Al-Quran Layukminu ahadukum hatta yuhibba liahih ma yuhibbu linafsih yang bermaksud
Tak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia
mengasih dirinya sendiri. Hadis 40 sahih.
Ia adalah sifat yang mendorong jiwa menyempurnakan keluruhan akhlak yang terpuji dan sekali
gus menjadi hiasan kemanusiaan. Dalam masyarakat beragama seperti Malaysia, penghayatan
terhadap ajaran agama secara positif akan mengarah kepada perilaku secara positif termasuk
sikap kasih sesama insan.
Justeru itu, nilai kemanusiaan dalam Islam harus dipupuk oleh ibu ketika anak masih di dalam
kandungan lagi. Hal ini dapat dilakukan dengan para ibu dan bapa harus sentiasa menjalinkan
hubungan persaudaraan sesama Islam atau bangsa lain agar dapat melahirkan anak yang cintakan
kepada nilai-nilai murni ketika dewasa kelak.

23

5.

kasih sayang
Soalan
1)Apakah pengertian dan pandangan terhadap kasih sayang menurut Islam?
2)Kenapakah kasih sayang penting dalam sesebuah agama terutama agama Islam?

Jawapan
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusian dan sewajarnya disemai dan
dipajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat. Kesan daripada lahirnya sifat kasih sayang
akan timbulnya rasa cinta bukan sahaja terhadap diri dan anggota keluarga terdekat tetapi juga
kepada seluruh warga masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama. Menuru agama islam
menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada Agama,
cinta kepada aqidah, juga cinta kepada sesama makhluk, sebagaimana Allah menjadikan
perasaan cinta antara suami istri sebagai sebagian tanda dan bukti kekuasaan-Nya, firman Allah
SWT: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (QS. Ar-Ruum: 21).

LAMPIRAN 2 (Transkrip Temu bual Tokoh Agama Kristian)

24

Transkrip temu bual bersama Pastor Robert Ling ,


The Charismatic Church of Penang,Bayan Lepas,Pulau Pinang
(Agama Kristian)
1.

Keamanan ;

Soalan
1.
2.

Apakah takrif/pandangan keamanan menurut perseptif agama Kristian?


Bagaimanakah keamanan dapat diwujudkan melalui pendekatan agama
kristian?

Jawapan
Takrif keamanan menurut agama kristian ialah keamanan sama dengan keselamatan ,mereka
menyatakan keamanan seperti berikut: hidup nyaman dan nikmat ,memeiliki bnyak harta ,
banyak duit, memiliki kesihatan, memiliki kepintaran, moral baik semuanya diukur dari segi
lahiriah. Keamanan yang dikecapi adalah hasil dari keharmonian antara manusia dengan manusia
dan dengan persekitaran. Tanpa amalan toleransi, keamanan tidak akan wujud di dunia ini dan
umat kristian seharusnya mencegah perasaan benci dan iri hati daripada menguasai minda
kaumnya. Keamanan dalam sesebuah negara juga amat ditekankan dalam agama kristian kerana
penganut agama kristian perlu mememelihara keamanan melalui perpaduan dalam hubungan
etnik dalam masyarakat kerana keamanan dapat diwujud melalui perpaduan yang terjalin antara
kaum. Apabila keamanan dalam sesebuah negara ia akan memberi penganut agama kristian
hidup dalam keadaan yang harmoni dan dapat mewujudkan semangat perpaduan yang utuh.

25

2.

Keadilan ;

Soalan
1.

Berhubung isu-isu dalam konteks institusi kekeluargaan seperti keadilan


dalam rumah tangga dan isu-isu pentadbiran negara yang sering
dipersoalkan dan ini menunjukkan bahawa konsep keadilan perlu melalui
proses penambahbaikan.

2.

Apakah pandangan menurut agama Kristian mengenai konsep keadilan


dalam kekeluargaan mahupun dalam masyarakat?

Jawapan
Mengikut perspektif agama Kristian, institusi kekeluargaan amat ditekankan. Biasanya masalah
keadilan dalam rumah tangga biasanya bermula daripada keretakan rumah tangga itu sendiri. Ini
berlaku akibat daripada tiada persefahaman dan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak.
Nilai utama yang menjadi panduan kehidupan orang Kristian adalah cinta atau kasih sayang
dalam bentuk keadilan, keampunan dan taat. Pada pendapat saya, masalah ketidakadilan dalam
masyarakat juga berpunca daripada keluarga. Tanpa didikan ibu-bapa yang adil dalam keluarga
tidak akan dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan sentiasa bersikap positif.

3. Kemanusiaan;
Soalan

26

3.

Dalam kesibukan pada ini, masyarakat kita lazimnya mengambil pekerja


pembantu rumah dari kalangan pekerja asing Indonesia. Apa yang kita
lihat hari, berlakunya kes penderaan terhadap bayi dan tidak kurangnya
berlaku insiden penderaan terhadap pekerja oleh majikan. Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

4.

Apakah yang dimaksudkan nilai kemanusiaan menurut pandangan


Kristian.

Jawapan
Apabila sang pencipta telah mencipta manusia ini menggambarkan bahawa manusia adalah
golongan suci yang dipilih oleh tuhan untuk hidup di muka bumi ini. Tetapi keruntuhan nilai
kemanusiaan mulai runtuh selepas peristiwa Khair membunuh adiknya Abil akibat sifat cemburu.
Ini adalah detik kejatuhan nilai manusia. Tuhan tidak pernah menilai manusia dari segi martabat
atau kedudukan, tetapi melalui kasih sayang dan perasaan cinta kepada manusia. Justeru itu, nilai
kemanusiaan wajar ada dalam hati setiap manusia agar sifat toleransi boleh dipupuk antara
pelbagai kaum di Malaysia.

4. Perpaduan
Soalan
27

5.

Di Malaysia, masyarakat pada hari hidup dalam kelompok yang


mempunyai perbezaan dari segi pegangan Agama, Budaya, Bangsa dan
Sosial. Masyarakat juga hidup secara harmonis berlandaskan konsep dan
rukun-rukun negara iaitu; kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada
raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang
dan kesopanan dan kesusilaan.

6.

Apakah pengertian perpaduan menurut Kristian dan apakah pandangan


berhubung status perpaduan di dalam Negara Malaysia pada hari ini?

Jawapan
Sebagai seorang Kristian, saya amat setuju dengan Rukun Negara. Agama Kristian amat
menekankan konsep Rukun Negara dalam kehidupan penganut agama ini. Ini dibuktikan dengan
agama Kristian sentiasa mengagungkan tuhan mereka walau berada di mana. Kita sebagai rakyat
perlu patuh raja dan negara, undang-undang yang menjadikan kita lebih berdisiplin dan
bertamadun. Mengikut kepada kesopanan dan kesusilaan pula, agama Kristian memang
mengekalkan konsep ini dalam penghidupan seharian kerana dengan tertanamnya nilai ini dalam
diri seseorang akan membuatkan beliau dipandang tinggi oleh masyarakat.

5.

kasih sayang
Soalan
1) Apakah pengertian dan pandangan terhadap kasih sayang menurut Kristian?
2) Kenapakah kasih sayang penting dalam sesebuah agama terutama agama kristian?

28

Jawapan

Pengasas agama kristian,ialah Jesus Christ menyatakan bahawa penganut agama kristian percaya
bahawa Jesus ialah penyelamat. Ajaran kristian berpusat kepada 4 tema utama iaitu kemuliaan
Tuhan, imej christ, rohaniah Tuhan, dan kehidupan abadi. Nilai utama yang menjadi panduan
penganut agama kristian ialah ''cinta atau kasih sayang''. Umat kristian diseru dan digalakkan
untuk mengamalkan perasaan kasih sayang kepada semua umat dan tidak ada yang terkecuali,
malah diseru untuk berkasih sayang kepada Tuhan, keluarga, rakan, saudara, jiran malah musuh.
Nilai kasih sayang penting kerana kasih sayang akan membawa satu pendamaian dan tiada
pertelingkahan antara satu sama lain, ini terdapat dalam bible mereka iaitu Markus12:31
''kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu, kerana tiada hukum lain yang lebih sendiri,
kerana tiada hukumlain yang lebih utama daripada kedua hukum ini''utama daripada hukum
ini''. Kedua-dua hukum ini adalah berdasarkan Bible yang menjadi panduan bagi semua penganut

agama kristian. Hal ini bahawa agama kristian mementingkan nilai kasih sayang kepada semua
manusia.

29

LAMPIRAN 3
( FOTO KAJIAN TEMU
BUAL )

30

31

LAMPIRAN 4
GAMBAR TEMUBUAL
TOKOH
AGAMA

32

Vous aimerez peut-être aussi