Vous êtes sur la page 1sur 15

JABATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Nama

SHERLY JEWINLY

No. Kad Pengenalan

950922-12-6662

Kod & Nama Kursus


Kumpulan
Nama Pensyarah Pembimbing

GWP1092 WACANA PENULISAN


2 PPISMP RBT AMBILAN JUN 2013
PUAN KWAN SHWU SHYAN

Tahun Pengajian

2014

Deskripsi Tugasan

TUGASAN INDIVIDU

Kami maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti plagiat.
Dengan ini kami akui tugasan ini hasil kerja kami kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya dijelaskan sumbernya.
Tanda tangan wakil kumpulan : _____________

Tarikh:_______________

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Tarikh dihantar : _____/_____/_____

Diterima oleh : _________________

Tarikh disemak : _____/_____/_____

Dinilai oleh : ___________________

Markah :

NOMBOR
1
2
3

ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan
Biodata
Penghargaan

MUKA SURAT
1
2
3

Pendahuluan

Soalan

Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi

6-10

Keguruan sebagai Profesion Pilihan


7

Refleksi

Bibliografi

11-12
13

Biodata

Nama

: Sherly Jewinly

No. I/C

Tarikh lahir

: 22 September 1995

Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah


Asal

: Ranau, Sabah

Alamat

: Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah,


Malaysia

Kelas

: 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013

Penghargaan

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
Wacana Penulisan tercinta saya, Puan Kwan Shwu Shyan kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

Pendahuluan

Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu satu tugasan individu dan
satu tugasan berkumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat ahli

dalam setiap

kumpulan. Tugasan esei yang bertajuk Anjakan keempat iaitu Transformasi keguruan
sebagai profesion pilihan merupakan salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ( 2013-2015 ). Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai
profesion pilihan dapat direalisasikan menerusi pelan pendidikan ini? merupakan tugasan
individu dan tugasan mendapatkan pelbagai sumber maklumat dan melaksanakan
pembentangan Powerpoint secara kreatif berdasarkan tajuk-tajuk dalam kursus dengan
memastikan maklumat yang diperoleh menunjukkan kemahiran membuat rujukan, aplikasi
penggunaan bahasa laras akademik yang gramatis tanpa berlaku plagiat sebagai tugasan
secara berkumpulan.

Soalan

Anjakan keempat iaitu Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan merupakan salah
satu

anjakan

dalam

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

2013-2015

).

Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan


menerusi pelan pendidikan ini?

Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 492,
keguruan bermaksud hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru, atau tugas dan
tanggungjawab sebagai guru. Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi,
berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika
yang ditentukan oleh organisasinya. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional
merupakan aset utama yang menghasilkan produk sumber manusia yang profesional.
Namun, masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan di negara kita
sebagai satu kerjaya yang kurang profesional. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan ahli politik berusaha untuk meningkatkan martabat profesion keguruan.
Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan
Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya KPM telah
bersungguh-sungguh merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013
2025) dan berusaha mewujudkan tema Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan
dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 2025) yang mengandungi tujuh fokus utama bagi
memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru yang profesional serta
menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Transformasi pendidikan negara
seperti yang terkandung dalam PPPM (2013 - 2025) akan dilaksanakan dalam tiga
gelombang.
Tiga Gelombang Pembaharuan
Gelombang pertama ( 2013 2025 ) dalam PPPM memberi penekanan kepada
menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.
Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti
pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan
sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.
Dalam Gelombang kedua ( 2016 2020 ) kementerian akan melaksanakan
perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada
semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang pertama, antaranya pergerakan kesemua
410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan
penstrukturan semula kementerian.
6

Gelombang ketiga ( 2021 2025 ) akan memfokus kepada anjakan ke arah


kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan
gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi
melebihi standard minimum.
Mengetatkan syarat kelayakan kemasukan guru
Fokus pertama dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 2025) yang dilaksanakan
dalam Gelombang pertama bagi memartabatkan profesion keguruan ialah mengetatkan
syarat kelayakan kemasukan guru supaya terdiri daripada kalangan graduan tiga puluh
peratus ke atas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Program-program pengambilan
calon guru akan diperketatkan syarat kelayakannya untuk memastikan bahawa hanya calon
yang layak sahaja akan mendapat tempat di IPG untuk mengelakkan terjadinya situasi
seperti keluhan Grossman (2003), trash in and trash out. Frasa ini mengimplikasikan jika
calon yang menyertai profesion ini adalah rendah kualitinya, sudah pasti selepas menjalani
latihan, outputnya juga tidak berkualiti. Akibatnya, produk yang dilatih juga akan kurang
berupaya untuk mendidik generasi akan datang secara berkesan. Oleh itu, pemilihan calon
guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu
memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan
profesionnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah.
Merombak IPG standing dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020
Fokus kedua dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 2025) ialah merombak IPG
setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020. Secara kasarnya, hal ini boleh
diterjemahkan sebagai penukaran IPG kepada universiti latihan guru. Kementerian
berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia. Untuk
menzahirkan tujuan tersebut, kementerian akan menilai semula kurikulum latihan
perkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Onosko dan Newmann
(1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan
sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.
Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,
menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan
masalah yang dikemukakan. Menurut Pogrow (1985) apabila guru mengaplikasikan KBAT
dalam pengajaran, maka, kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian
masalah murid akan dapat diperbaiki serta murid berkualiti akan dihasilkan dan secara tidak
langsung akan meningkatkan prestij dan martabat profesion keguruan.

Meningkatkan kualiti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)


Fokus ketiga dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 2025) ialah meningkatkan
kualiti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013.

Guru akan mendapat

latihan CPD individu daripada penyelia ataupun mentor mereka apabila memulakan
profesion. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana guru yang lebih berpengalaman
akan menjadi role mode , penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang
berpengalaman untuk

memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini

dilaksanakan bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson dan
Shannon, 1995). Ini membolehkan guru untuk terus meningkatkan tahap kemahiran mereka
selaras dengan kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru. Menurut Anna Cratt
( 1996 ) , diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah ialah ia dapat
membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki keterampilan, menambah pengalaman
untuk perkembangan kerjaya atau untuk membina pengetahuan profesional dan
pemahaman seorang guru.
Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran
Fokus keempat dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 2025) ialah memastikan
guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013. Melalui fokus keempat
ini, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh
menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran. Menyedari
bahawa tugas pentadbiran yang berlebihan boleh menjejaskan masa dan keberkesanan
tugas utama pengajaran dan pembelajaran guru, maka Kementerian akan mengambil dua
tindakan utama semasa untuk mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan. Pertama,
Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia
ada untuk menghapuskan pertindanan keperluan data. Oleh yang demikian, beban tugas
yang ditanggung oleh para guru akan berkurangan dan mereka akan dapat menumpukan
kepada keberkesanan tugas utama .
Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi
Fokus kelima dalam Anjakan Keempat PPPM (2013 2025) ialah melaksanakan
laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016. Guru akan dinilai
secara tahunan oleh pengetua atau guru besar mereka. Penilaian ini akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrument penilaian baharu yang memberikan tumpuan kepada
keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar bilik
darjah. Instrumen penilaian baharu ini memberikan gambaran yang lebih eksplisit bahawa
tugas guru adalah untuk membantu pelajaran murid. Kementerian juga beriltizam dalam
8

memastikan penerusan program pensiswazahan. Bagi tujuan ini, Kementerian akan terus
menyokong guru bagi melanjutkan pengajian mereka. Dengan itu, pengetahuan seorang
guru tidak akan terhad malah sangat terbuka dan mereka akan dapat berfikir dengan lebih
baik. Para guru akan bersedia mengajar dan membimbing para pelajar pada generasi kini
yang semakin bijak dan maju
Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan , pengajaran , dan pakar bidang
khusus menjelang 2016
Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan , pengajaran , dan pakar bidang
khusus menjelang 2016 merupakan fokus keenam dalam Anjakan Keempat PPPM (2013
2025). Guru boleh memilih kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat
mereka. Contohnya, guru boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat
sekolah, PPD,JPN atau Kementerian. Mereka juga bebas memilih untuk menjadi pakar
dalam bidang tertentu seperti pembangunan kokurikulum, pentaksiran dan program latihan
untuk sistem yang lebih luas. Dengan itu, mereka juga boleh menjadi guru pakar di sekolah.
Apabila guru menjadi pakar di sekolah, maka guru akan mengajar secara profesional, dan
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan sangat berkesan.
Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses
pensijilan mulai 2025.
Fokus ketujuh yang juga merupakan fokus terakhir dalam Anjakan Keempat PPPM
(2013 2025) ialah membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan
proses pensijilan mulai 2025. Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk
memasitikan semua guru menggunakan sepenuhnya keluwesan yang diberikan dalam isu
profesional berkaitan penjadualan kokurikulum, penyusunan pengajaran, pendekatan
pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. Kementerian juga memudahcara aktiviti
CPD yang dipacu oleh guru bagi membolehkan guru membimbing antara satu sama lain
dan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mencapai standard profesional. Menurut
Little ( 1982 ) , banyak kajian telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti
kerjasama akan mencetuskan pemikian dan memberikan perspektif baru yang penting
kepada perkembangan profesional. Selain itu, kementerian juga akan mempertimbang untuk
mewujudkan skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.
Implikasi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berhasrat memberi manfaat,
hak dan tanggungjawab secara kolektif bagi setiap kumpulan demi memastikan

keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan negara. Impak pelaksanaan


PPPM ( 2013 2025 ) kepada murid ialah golongan ini akan belajar dalam persekitaran
yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar dan boleh berjaya
selain mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman mereka. Murid juga
akan mempunyai pembelajaran yang kaya dari segi akademik dan bukan akademik kerana
lebih banyak projek dan tugasan berkumpulan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi murid serta keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan.
Impak kepada guru pula ialah golongan ini akan menikmati laluan kerjaya yang lebih
baik serta proses penilaian yang telus dan adil serta berkait dengan keupayaan dan prestasi
yang relevan. Guru akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya dan menikmati
persekitaran kerja yang lebih sesuai, ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang
lebih baik serta didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional.
Impak kepada pemimpin sekolah pula ialah golongan ini akan mendapat akses yang
lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa serta amalan terbaik
daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia. Mereka akan mendapat sokongan dan
sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan selain menikmati
persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi serta diberi kuasa
melalui pengurusan berasaskan sekolah yang lebih tinggi.
Kesimpulan
Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan dan perubahan-perubahan
yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan
2020. Oleh itu, sewajarnya guru perlulah sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan
kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan
haruslah ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara
berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta
menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan
guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan
profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya
sekiranya guru itu sendiri tidak bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Oleh yang
demikian segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana pelaksanaannya bukanlah
enteng. Profesion keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar dan
ditambah lagi dengan para murid dan pelajar yang semakin matang dan maju dalam
menongkah arus kehidupan yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua pihak
haruslah memainkan peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan
akan mencapai matlamatnya.
10

Refleksi

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa
yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada
dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada
pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia
memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya
pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh,sebelum ini saya kurang
mengaplikasikan penggunaan tatabahasa dan format penulisan yang betul dan tidak
menitikberatkan tentang kepentingan kekemasan dan keindahan ayat dalam penulisan.
Selain itu, saya juga baru memahami dengan lebih jelas mengenai cara-cara menulis
wacana yang baik dan cara-cara membuat rujukan dengan cara yang betul dan dapat
menguasai format penulisan rujukan mengikut system APA yang betul kerana sebelum
melaksanakan kerja kursus ini, saya menulis rujukan secara sesuka hati tanpa merujuk
kepada format yang sepatutnya. Namun, atas tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat
berharga daripada pensyarah dan pengalaman semasa mengumpul maklumat-maklumat
tentang tugasan yang diberi, sedikit sebanyak telah membantu saya menambah
pengetahuan dalam bidang ini disamping ingin menyiapkan kerja kursus.
Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya juga tidak mengambil kisah tentang
penggunaan penanda wacana yang tepat dan sesuai. Namun, setelah menyiapkan kerja
kursus ini, saya kini boleh menulis dengan menggunakan penanda wacana yang tepat dan
sesuai. Seterusnya, saya kini lebih yakin untuk menulis wacana kerana saya kini lebih
faham akan cara penulisan wacana yang betul. Saya lebih bersemangat untuk mengarang
untuk memperbaiki lagi penulisan saya setelah menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu,
saya juga dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang wacana penulisan dalam penulisan
akademik dengan menghasilkan penulisan kritikan dengan menggunakan laras bahasa dan
format yang betul.
Pengetahuan-pengetahuan ini amat penting

untuk diaplikasikan ketika saya

membuat kerja kursus dan ketika saya keluar mengajar nanti. Walaupun sepanjang proses
melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban masa, tenaga, dan sebagainya ,saya
tetap berpuas hati kerana dengan hasil kerja keras saya dapat juga tugasan ini disiapkan.
Apa yang membuat saya teruja ialah apabila saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan
11

apa yang telah saya pelajari dalam kuliah Wacana Penulisan dan semasa mengumpul
maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini semasa membuat kerja kursus bagi subjek
lain. Melalui tugasan ini juga, semangat saya untuk belajar dan untuk lebih berjaya dalam
meneruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, berkualiti dan
berkredibiliti tinggi juga turut meningkat.
Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak
pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam
memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang
membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

12

Rujukan

Kamus Dewan. (2005). Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Grossman, P. (2003). Teaching: From a Nation At Risk to a Profession At Risk?.
Harvard Education Letter.
Little, J.W. (1982). Norms of Collegiality and Experimentation: Workplace
conditions of

schoolsuccess. Educational Research Journal.

Tajul Ariffin & Noraini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia:
pendekatan bersepadu.

Selangor: Penerbit As-Syabab Media.

Foo Say Foy. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme.


Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.
.Mok Soon Sang. (1996). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Nuriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Fakhriah, Sharifah & Zuraidah A. Majid. (2010).
Siri Pendidikan

Guru: Guru dan cabaran semasa. Shah Alam: Oxford Fajar

Sdn. Bhd
Ahmad Mutakhir. (2013, 06 September). Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-

2015. Berita Harian, hal. 23

Mohd Nasaruddin. (2013, 04 Ogos). PPPM Lahir Pelajar Bertaraf Global. Berita
Harian, hal. 19
Hairuazim Mahmud. ( 2013, 12 september). Anjakan Sedia Guru Profesional.
Harian Metro, hal. 26
Syuhada C. Abdullah. (2013). Dasar baru martabat profesion keguruan. Dicapai
pada 2 Mac 2014

daripada

http://ppdjasin.edu.my/IsuMenarik/IsuMenarik_Details.asp?id=27
Asim A. Hassan. (2013). Transformasi profesion keguruan. Dicapai pada 2 Mac
2014 daripada

http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=264:tran
keguruan&lang=en

13

sformasi-profesion-

Alia Izhar. (2013). Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dicapai


pada 17 Mac 2014 daripada http://ping.busuk.org/v/206633/pelanpembangunan-pendidikan-malaysia-

pppm.html

14

Vous aimerez peut-être aussi