Vous êtes sur la page 1sur 7

PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, kepelbagaian penggunaan teknologi telah diperkenalkan di


seluruh pelosok dunia dalam pelbagai bidang. Seiring dengan itu, pendidikan juga tidak
ketinggalan dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun pesat dari hari ke hari.
Peredaran masa yang berlaku sehingga ke hari ini telah menyebabkan bidang pendidikan ini
perlu untuk melalui satu transformasi ke arah penambahbaikan supaya dapat melahirkan generasi
yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seiring dengan negara-negara maju yang
lain. Seperti sedia maklum, pendidikan merupakan suatu perkara utama kerana kekuatan
sesebuah negara itu diukur dengan tingginya tahap pendidikan, pengetahuan serta kematangan
masyarakat negara tersebut. Oleh itu, dalam uasaha menjayakan sistem pendidikan negara, guru
perlu membuat satu anjakan paradigma dengan beralih dari satu takuk yang lama kepada satu
pembaharuan yang dapat meningkatkan dan melahirkan generasi yang mempunyai intelek dan
budaya sesebuah negara maju.
Keupayaan penggunaan Information Communication Technology (ICT) secara berkesan
kini semakin penting sebagai prasyarat maklumat dalam setiap aktiviti manusia. Pengetahuan
dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum. Kurikulum sekolah sudah menuntut
betapa pentingnya penguasaan dan kemahiran literasi ICT terutama kepada semua pelajar
sekolah. Holmes (1999), menyatakan bahawa integrasi teknologi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dan mengikut perkembangan ICT
semasa. Guru harus mempunyai pemahaman menintegrasikan isi pengajaran dengan teknologi
ICT. Pada era digital sekarang P&P Matematik dengan penggunaan ICT banyak dibincangkan
melalui seminar, jurnal dan tesis di universiti. Justeru itu, secara telitinya ICT sebagai alat untuk
membantu pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah.
Namun begitu, keberkesanan pengaplikasian teknologi ini bergantung kepada bagaimana
seseorang guru menggunakan ICT tersebut supaya murid dapat meningkatkan pemahaman
mereka terhadap sesuatu konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Hal ini demikian kerana menurut Irfan Naufal dan Nurullizam (2011), ICT meliputi
semua teknologi yang membentu penyampaian sesuatu maklumat seperti radio, televisyen,
internet, komputer dan sebagainya. Penyataan tersebut jelas menerangkan bahawa teknologi
hanya berperanan sebagai satu alat yang memudahkan proses penyampaian maklumat. Oleh itu,

dengan menggunakan teknologi sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik
dan efektif.
Walaupun hampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun
pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang
dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilik komputer di
sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer
dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru itu
kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran
dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang
dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa.
Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal
yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid
terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering
mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
Makmal

komputer

di

sekolah

sememangya

menghadapi

masalah

dari

segi

penyelenggaraan. Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi
penyelenggaraan. Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi
masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di
dalam makmal memerlukan penyelenggaraan yang kerap bagi mengelakkannya daripada mudah
rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana
makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan
buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban
tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah. Kerja-kerja penyelenggaraan ini mengambil
banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Kadang-kala
terdapat juga guru teknologi maklumat yang tidak mempunyai kemahiran menyelenggara
komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar.
Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu.
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan
perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman
web. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian

pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya
menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan
perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri
multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada
komponen. Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.
Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arah penyalahgunaan
kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu.
Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak
diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang
penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.
Didapati bahawa peralatan moden seperti televisyen, video dan komputer kurang
digunakan berbanding kaedah konvensional iaitu menggunakan Carta Matematik, Model, poster
matematik dan peralatan matematik. Dalam kaedah pengajaran konvensional, pengajar memberi
penerangan dan menyebarkan ilmu berpusat di dalam kelas dan bergantung kepada silibus dan
kaedah pengajaran oleh tenaga pengajar. Setiap tenaga pengajar juga mempunyai pendekatan
berbeza mengikut inisiatif mereka untuk memberi penjelasan terhadap topik atau bab yang
diajar.
Isu masa dan beban tugas guru ialah isu utama yang menjadi penghalang kepada guru
untuk menggunakkan ICT dalam sesi PdP Matematik. Penggunaan komputer dalam pengajaran
matematik memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan
diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer
sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajaryang banyak, sesetengah guru
mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk
membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guruguru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketuaketua panitia, sebagainya. Situasi iniakan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang
mantap jika mereka perlumenyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan
menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah

penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi
penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakanICT menjadi
pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008). Penghasilan
bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana
penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan
pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar
kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan
pengajaran atau dalam bestari disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan
kepelbagaian kecerdasan pelajar, keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang
teliti dan masa yang lama dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut Isu ini perlu diatasi
terlebih dahulu sekiranya industry pendidikan negara berharap guru-guru Malaysia akan
mengaplikasikan ICT dalam setiap PdP. Penggunaan ICT dalam PdP adalah semakin penting
kepada perkembangan pelajar berikutan dengan kemajuan dalam bidang ICT yang semakin pesat
di dalam dan luar negara. Kita risau sekiranya pelajar Malaysia ketinggalan dalam bidang ICT
berbanding pelajar luar negara.
Selain itu, pihak sekolah juga tidak menempatkan seseorang yang mahir dalam
penyelenggaraan alatan ICT di sekolah. Hal ini juga boleh menyebabkan guru kurang
mengaplikasikan ICT semasa mengajar kerana apabila berlakunya masalah teknikal, guru perlu
menyelesaikan

masalah

tersebut

sendiri.

Akhirnya,

banyak

masa

terbuang

dengan

menyelenggara alat ICT yang ingin digunakan. Selain masalah tersebut, perisian yang disediakan
oleh kementerian juga adalah terhad. Guru-guru terpaksa mencari sendiri perisisan yang ingin
digunakan untuk mengajar seperti Geometers Sktchpad (GSP), Mathematica dan sebagainya.
Perisian-perisian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, guru lebih memilih untuk tidak menggunakan teknologi
dalam pengajaran untuk mengelakkan masalah-maslah seperti yang telah dinyatakan. Seterusnya,
guru menggunakan kaedah chalk and talk yang dinggap berkesan kerana kandungan perisian
yang dibekalkan oleh KPM adalah terhad (Harison Bakar, 2008). Jelaslah bahawa kekurangan
prasarana dan bahan sokongan di sekolah juga merupakan satu isu yang menyebabkan
penggunaan teknologi adalah kurang dalam kalangan guru.

Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang


boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan. Hal ini kerana
keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka
kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di
sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003). Kemahiran ICT yang didedahkan kepada
pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan datang (Norizan et
al, 2004; Pachler, 2001). Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya mempunyai cukup kemahiran
ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.
Guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah,
malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.
Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran juga banyak
bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada mereka. Menurut Abd.
Rahman, (2000) guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang
pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT di bilik darjah. Menurut Zuraidah dan Julia
(2007), masalah fobia komputer di kalangan guru menyebabkan antara kekangan yang dihadapi
dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan guru terlatih
dalam bidang komputer adalah antara kelemahan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun program latihan komputer serta kursus
ICT yang telah diberikan kepada para guru dari masa ke semasa, namun masih terdapat ramai
guru sukar menguasai kemahiran teknologi maklumat dan penguasaan mereka masih rendah
(Aida Sazlin, 2006).
Selain itu, melalui kajian yang dijalankan oleh Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi ke
atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guruguru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia. Kurang mahir merupakan
masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk
multimedia. Hal ini disebabkan oleh sikap negatif yang wujud dalam kalangan guru. Contohnya
terdapat segelintir guru yang memang tidak mahir menggunakan ICT di sekolah dan mereka
tidak mempunyai inisiatif tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mereka mahir
dalam ICT adalah perkara yang merugikan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa
tertentu untuk merancang dan menghasilkan aktiviti P&P dengan menggunakan ICT. Namun

begitu dalam satu kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa guru-gurukurang kompeten
dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer. Walaubagaimanapun, mereka masih
berasa selesa apabila mengunakan computer.
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia
untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan
pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di
peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status
pendidikannya di peringkat global. Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan
dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan sedaya upaya mencari jalan untuk meningkan
pendidikan Malaysia.
Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang
pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana,
penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama
pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri
mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah
meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan
dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam
pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru
berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus,
kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini
pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah
haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.

RUJUKAN
Kementrian Pendidikan Malaysia (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikas(ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur
Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru di
Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of
Educators and Education.
Noraziah Kassim@Aziz (2009). Penggunaan ICT dalam P&P Matematik di kalangan guru-guru
pelatih UTM. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Dewan bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Norhashim Abu Samah (1996), Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan Bahasa Pustaka
Zoraini Wati Abas (1993). Komputer Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.