Vous êtes sur la page 1sur 3

Modul Terapi Lukisan

Tarikh

: 25/02/2014

Masa

: 8.30pg 9.30pg

Alat

: Kertas lukisan, berus warna, warna air, LCD,laptop, palatte

Sasaran

: Tahun 2 Dedikasi ( 21 orang murid 11 lelaki, 9 perempuan)

Tempat

: Bilik darjah Tahun 2 Dedikasi

Tajuk

: Lukisan Saya.

Objektif

:
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:-

1) Mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar


2) Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.
3) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi komunikasi pelajar.

Prosedur :
Set induksi (5 min)

Guru menanyakan khabar murid.


Guru menunjukkan pelbagai jenis objek yang berwarna asas iaitu

kuning, biru dan merah bagi memulakan pembelajaran.


Guru menanyakan persamaan di antara objek tersebut kepada murid.
Murid memberitahu persamaan di antara objek tersebut kepada guru
iaitu warna semua objek itu adalah sama (warna asas).

Langkah 1 (25 min)

Guru mengedarkan alat-alat lukisan seperti berus, warna air, kertas

lukisan, palatte kepada murid- murid.


Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk melukis dan

mewarna mengikut kehendak masing-masing.


Semasa murid-murid melukis guru bergerak mengelilingi bilik darjah

untuk memerhatikan hasil lukisan mereka.


Selepas, murid-murid tamat melukis dan mewarna, guru mengadakan

sesi soal jawab dengan murid.


Dalam sesi soal jawab guru menanyakan sebab untuk hasil lukisan

tersebut daripada murid.


Murid-murid memberi penjelasan kepada guru tentang hasil lukisan
mereka.

Langkah 2 (20 min)

Selepas itu, guru meminta murid murid melukis gambar yang sesuai

dengan warna (biru, kuning dan merah) yang diberi oleh guru.
Guru meminta lapan orang murid untuk membentang hasil lukisan mereka

di hadapan bilik darjah.


Murid-murid menjelaskan hasil lukisan mereka.

Penutup (10 min)

Guru menunjukkan pelbagai jenis gambar yang berwarna asas dengan

menggunakan LCD.
Murid murid diminta menjawab warna asas sebanyak dua kali bagi
gambar yang mempunyai warna asas dan shhhhh bagi gambar

berwarna lain.
Guru menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran selepas
permainan ini.

Vous aimerez peut-être aussi