Vous êtes sur la page 1sur 4

ANALISIS AYAT (POLA AYAT)

A. Frasa Nama + Frasa Nama


Contoh:
1. Ali jiran saya.
2. Kami jiran.
3. Kucing mamalia.
4. Itu guru.

Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap
keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan
sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris.
Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai "Ali
seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul
sempurna ialah: "Ali ialah seorang guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai
terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah
anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah"
ataupun "adalah".

Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika


seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:
1. Ali adalah guru.
2. Kucing adalah mamalia.

Kata "adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat
dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:
1. Adakah Ali guru?
2. Adakah kucing mamalia?

Kata "adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata "benarkah" atau
"betulkah". Bagaimanapun, ayat yang disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.

B. Frasa Nama + Frasa Kerja


Contoh:
1. Saya menulis rencana.
2. Kami berdiri.
3. Kucing ini menangkap tikus.
4. Syarikat itu membuka kilang.

Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu
yang terbahagi dua:
1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.
Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat
diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di
kerusi" ialah keterangan tempat.

Kesalahan yang biasa berlaku


Kata kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.

Salah : Syarikat itu membuka di Pulau Pinang


Betul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja intransitif


Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata
sendi apabila predikat diperluas.

Salah : Saya sedar perkara itu .


Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Salah :Dia masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.

Frasa Nama + Frasa Adjektif


Contoh:
1. Dia bijak.
2. Kami lapar.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.

Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang
terbahagi tiga:
1. penguat depan: begitu
2. penguat belakang: sekali, betul
3. penguat bebas: sangat

Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:

Salah : Dia begitu bijak sekali


Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Salah : Anjing itu sangat garang betul.
Betul : Anjing itu sangat garang.

Betul : Anjing itu garang betul.

Frasa Nama + Frasa Sendi

Contoh:
1. Saya ke Kuala Lumpur
2. Dia di sekolah.
3. Kami di rumah.
4. Buku ini untuk adik.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh
berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.
Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.

Vous aimerez peut-être aussi