Vous êtes sur la page 1sur 6

CONTOH KARANGAN

Pendahuluan : Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang


membuat perbandingan perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa
seperti si bodoh menjadi makanan si cerdik, menggambarkan kecerdikan dan
kepintaran menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula dengan
sepotong maksud ayat dalam Al Quran yang menyatakan, Adakah sama
golongan yang berilmu dengan golongan yang jahil?. Kedua-dua ungkapan
indah tersebut memberikan gred tertinggi kepada golongan yang bijak dan
berilmu. Oleh itu, apakah ciri utama untuk menjadi golongan yang berilmu?
Pemilikan ilmu tidak dapat ditiadakan dengan tradisi membaca. Oleh sebab
itulah dalam tamadun Islam sendiri, Firman yang pertama yang turun kepada
Nabi SAW ialah surah Al Alaq dengan membawa arahan membaca. Ketinggian
darjat golongan yang gemar membaca akan meletakkan mereka sedarjat lebih
tinggi

daripada

golongan

biasa

kerana

dibezakan

oleh

ilmu.

Oleh

itu,

membacalah untuk mengaut segala khazanah ilmu.


Apabila

kita

telusuri

semula

sejarah

panjang

tamadun

Islam,

kecemerlangan tamadunnya berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca


yang amat ditekankan dalam Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh
agamawan dan ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang penuh
berdisiplin itulah, maka lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu
Sina, Al Farabi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab
teras dalam kepercayaan Islam telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang
meliputi empat paksi utama ilmu iaitu Akidah, Ibadat, Jinayat dan Munakahat.

Penganut Islam yang benar-benar membaca dan menghayati isi kandungan Al


Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke seluruh empat penjuru alam.
Pernah dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah di tangan kuasa Mogul,
air sungai Furat telah menjadi hitam pekat kerana cairan dakwat daripada bukubuku yang dibuang ke dalam sungai. Begitulah gambaran hebatnya budaya ilmu
dalam kalangan generasi Islam zaman awal.
Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah
mengangkat martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tenteratentera Salibiyah yang dipimpin oleh Richard The Lion Heart telah memperoleh
inspirasi budaya lmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu yang telah dibawa
balik lalu diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi
tamadun yang terbina atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance di
Eropah benar-benar terbentuk hasil menelaah dan mengkaji segala sumber ilmu
yang bermula dengan tamadun Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah
menjadi kiblat perkembangan ilmu seperti falsafah, tamadun dan teknologi.
Bangsa

Eropah

bangkit

daripada

zaman

gelap

menjadi

bangsa

yang

mengeksport ilmu. Demikianlah betapa hebatnya amalan membaca.

Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras
utama kepada pencapaian luar biasa beberapa buah negara kuasa ekonomi
dunia. Negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara baharu

di Eropah telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi ekonomi


mereka agak terhad, namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negaranegara tersebut untuk terus bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun
yang amat dikenali dengan kekuatan membaca dalam kalangan rakyatnya
memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika sekalipun.
Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu membaca 120 buah buku dalam
setahun. Kini dua lagi kuasa baru di Asia Timur jauh iaitu Korea Selatan dan
Taiwan turut bersaing

hebat dalam bidang teknologi. Hari ini, rakyat Korea Selatan amat disegani
oleh dunia luar apabila teknologi android mereka dalam penghasilan telefon
pintar Samsung telah berjaya menawan pasaran dunia. Begitulah beberapa
petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana bangsa membaca bangsa yang
berjaya.
Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk
keluar dari zon jumud kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era
penjajahan telah dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk
hidung. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia juga
mula celik ilmu sebaik negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat Malaysia
mula menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta
ilmu dan bermulalah tradisi membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian
sama ada rendah, menengah mahupun tinggi telah memberikan peluang rakyat
menggali pelbagai cabang ilmu seperti bahasa, sejarah, keagamaan dan
teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat Malaysia masih rendah
jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun kesedaran ke arah itu
telah bermula. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kini
kita telah muncul sebagai salah sebuah negara Dunia Ketiga yang cukup pantas
berkembang. Demikianlah suatu dimensi baharu dalam budaya membaca untuk
meletakkan kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju.

Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, Tuntutlah ilmu kerana


ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan
bertambah dan harta apabila diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa
ilmulah yang menjadi harta paling kekal. Demi sebutir ilmu, maka membacalah
yang menjadi wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu, kita masih jauh
untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca
terus diperkasakan, insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.

Vous aimerez peut-être aussi