Vous êtes sur la page 1sur 3

PERATURAN KESELAMATAN AM

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku


kejadian yang tidak diingini.
Peraturan tersebut ialah :
1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.
2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari
guru.
3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel
4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.
5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan
pencahayaan mencukupi.
6.Labelkan semua peralatan dan bahan.
7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.
8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.
9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

Carta peraturan keselamatan hendaklah disedikan dan dipamerkan di bengkel.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI


1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.
2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya
dimasukkan
kedalam apron.
4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi
arahan guru.
6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di
bengkel.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali di bengkel amat penting untuk
keselamatan.

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN


1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk
menggunakannya.
2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan
peralatan elektrik.
3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan
cat serta
peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.
5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.

Vous aimerez peut-être aussi