Vous êtes sur la page 1sur 4

GAYA BAHASA

PERSONIFIKASI
pemberian sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu untuk
menggambarkan keadaan tertentu.
Contoh:
sawah telah uzur
maksud: keadaan sawah padi yang terbiar tidak diusahakan
daun kelapa melambai-lambai
maksud: daun pokok kelapa bergoyang-goyang ditiup angin
kata-katanya telah menikam-nikam hatiku
maksud: kata-kata nya telah menyebabkan hatiku berasa sedih
kedinginan memeluk tubuhku
maksud: badan/tubuhku berasa sangat dingin/ sangat sejuk
matahari tersenyum
maksud: cuaca cerah/panas
METAFORA
Perbandingan terus atau secara langsung yang menggabungkan satu
perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.
Contoh:

syurga bumi
syurga (unsur abstrak)
bumi (unsur konkrit)

Bukit-bukit harapan
bukit (unsur konkrit)
harapan (unsur abstrak)
lautan fikiran - berfikir secara terbuka
api kemarahan - berasa sangat marah

SIMILE
Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang sama dengan
menggunakan kata bandingan ' 'seperti, bagai, umpama, bak, macam
Contoh:
- suara yang bagaikan halilintar.
- wajahnya manis umpama bulan purnama
- kasihku kepadanya bak lautan tak bertepi

hatinya bancur bak kaca terhempas ke batu

HIPERBOLA
Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu keadaan/peristiwa yang
keterlaluan atau melampau. ( menyatakan sesuatu secara berlebihlebihan)
Contoh:
- Cita-citanya menggunung tinggi.
- keyakinanku menggegar dunia
- hatiku dilambung gembira
PERLAMBANGAN/ SIMBOLIK:
Kata-kata yang membawa maksud tersirat bukan yang tersurat untuk
digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
Contoh:
- ibu/bonda - tanah air/negara
- merpati putih - kedamaian/keamanan/kemerdekaan
- piala - kejayaan
- fajar - harapan baru
INVERSI:
Pembalikan susunan perkataan dalam ayat, ayat songsang.
Contoh:
- Terdiam Zulkifli memikirlan jawapan.
(sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.)
- hujan pagi ini
(sepatutnya 'pagi ini hujan)
- sihat badan wajah berseri
(sepatutnya ' badan sihat wajah berseri)
SINKOF / SINKOPE:
Singkatan perkataan.
CONTOH:
-Eiii,!Kenapa mata kau tu? (kau- engkau,tu itu )

-tak (tidak), nak (hendak), ni (ini)


IMEJ ALAM:
Perkataan yang membawa imej sesuatu benda:
Contoh:
bulan, bintang, sungai, air, embun

Hari ini kita berkampung,


Hari esok kita bercerai.
HYBRID:
Penggabungan kata.( daripada dua perkataan menjadi satu perkataan )
Contoh:
Takkan awak tak boleh jawab soalan ini? kata cikgu kepada Ramli.
takkan daripada perkataan tidak akan

PENGULANGAN:
Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau rangkap.
Terdapat 4 jenis gaya bahasa pengulangan:
a) Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak.
Contoh:
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri.

b) Epifora: Pengulangan perkataan atau frasa di akhir baris pantun/sajak.


Contoh:
Dewa berjalan dihampirinya,
Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya.
c) Repitasi/Repetisi: Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu.
Contoh:
Muka mesti manis,
Mulut mesti ramah,
Hati mesti baik.
d) Responsi: Pengulangan kata di tengah baris.
Contoh:
Hari ini menugal jagung;
Hari esok menugal jelai;

PARDOKS:
Bahasa yang menunjukkan unsur yang bertentangan dalam sebaris ayat.
Contoh:
- aku senyum dalam tangisan
- dalam kesepian di tengah keriuhan
- kaya harta namun miskin budi pekerti
DIKSI:
Penggunaan kata yang mengikut jenis-jenis tertentu
a) penggunaan kata ganda - Contoh: marah-marah, bintang-bintang
b) kata pinjaman bahasa arab - Contoh : solat, subuh, berkat, fajar
c) kata pinjaman bahasa Inggeris - Contoh : suspen, artis,ego
d) kata pinjaman bahasa Istana - Contoh: baginda, titah, santap
e) kata pinjaman bahasa klasik - Contoh: arakian, lasykar
f) kata pinjaman bahasa jawa - Contoh : manira, pakanira
g) kata Dialek - Contoh seligi, penggodam
h) peribahasa/simpulan bahasa/kiasan - Contoh : hati batu, anak emas

UNSUR BUNYI
RIMA AKHIR:
Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada
kata/suku terakhir sesuatu ayat/baris puisi.
Contoh rima akhir ialah abab,aaaa abcdabcd dan sebagainya.

ASONANSI:
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi.
Huruf vokal ialah a,e,i,o dan u.
Contoh:
- Pandai melompat pandai berlari ( pengulangan vokal a)
ALITERASI:
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris pantun/sajak.
Contoh:
- Kalau ada silap dan salah (pengulangan konsonan l)
JEDA:
Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan sajak.
Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.
ONOMATOPE:
Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.
Contoh:
Angin yang menderu-deru .

ASPEK KAJIAN SASTERA


Antara aspek kajian sastera yang perlu dipelajari dan terangkum dalam buku
KAJIAN KOMPREHENSIF KOMSAS Tingkatan 2 terbitan Pelangi ini
ialah:
1 Puisi Tradisional dan Puisi Moden

Maksud

Tema

Persoalan

Bentuk

Unsur Bunyi

Gaya Bahasa

Nilai

Pengajaran
2 Prosa Tradisional dan Prosa Moden

Sinopsis

Tema

Persoalan

Plot:
(a) Binaan Plot
(b) Teknik Plot
Watak dan Perwatakan
Latar:
(a) Latar tempat
(b) Latar masa
(c) Latar masyarakat
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran

NOTA
*Maksud maksud setiap rangkap puisi
*Tema isi utama / pokok persoalan
*Persoalan perkara-perkara sampingan
*Bentuk bilangan rangkap, baris, kata dan suku kata, rima
*Unsur bunyi aliterasi, asonansi
*Gaya bahasa metafora, simile, personifikasi, repetisi, sinkope,
hiperbola, inversi dan sebagainya
*Nilai nilai murni seperti jujur, kasih sayang, berani, insaf, taat, bersyukur
dan sebagainya
*Pengajaran peringatan, nasihat dan panduan sama ada disampaikan
secara langsung atau tersirat
*Sinopsis ringkasan cerita
*Plot perjalanan cerita
*Binaan plot permulaan, perkembangan, perumitan, konflik, peleraian
*Teknik plot pemerian, dialog, monolog, imbas kembali, imbas muka,
saspens, kejutan
*Watak pelaku yang menggerakkan cerita
*Perwatakan pelukisan / gambaran tentang watak (luaran dan dalaman)

*Latar masa waktu kejadian berlaku; era / zaman, musim dan sebagainya
*Latar tempat tempat peristiwa berlaku

*Latar masyarakat keadaan masyarakat; suku kaum, status, ekonomi


dan sebagainya

Vous aimerez peut-être aussi