Vous êtes sur la page 1sur 50

KOPERASI KAMPUNG JAWI JOHOR

BAHRU BERHAD (4583)

ARKIB KKJJBB
SEJARAH PENUBUHAN LADANG SEHINGGA KINI

BIRO ARKIB ::
Puan Mariamah Bte Ahmad
Cik Iszarida Bte Ismail

DISEMAK/DIEDIT ;
Pengurusan & ALK

AKTIVITI

UTAMA

Ladang Kelapa Sawit


( Agen Pengurusan/ Agen Pelawat & Penasihat/kakitangan )
-

Syarikat/Koperasi telah mendapat tanah kurnia dari Kerajaan


seluas 1000 ekar di Mukim Paloh pada tahun 1989. Setelah
dikurniakan tanah, Syarikat/koperasi dikehendaki membuat bayaran
premium tanah sebanyak RM 377,092.80
dan bayaran ukur tanah
sebanyak RM 25,188.00. Syarikat/Koperasi telah memohon pinjaman
dengan pihak PPNJ melalui Pertubuhan Peladang Kawasan JBT (PPK
JBT ) kerana Syarikat /Koperasi
pada ketika itu adalah
ahli
syarikat PPK JBT dibawah skim SKATA ( Syarikat Kerjasama Asas
Tani). Pinjaman tersebut disebut Bayaran Premium dan ukur tanah
PTD 5444 Mukim Kahang termasuk kadar faedah dikenakan sebanyak
4% setahun. Pada peringkat awal ladang telah diuruskan oleh pihak
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ). Sebelum projek tanaman
kelapa sawit dijalankan , pihak PPNJ meminta Syarikat/koperasi
melantik syarikat Penilai tanah. Setiausaha Koperasi , Tuan Haji
Md Talib Bin Ismail telah menghubungi pihak Syarikat Tetuan
Suleiman & Co di alamat Bilik 503, Bangunan Wisma Peladang ,
Jalan Selat Tebrau 80000 Johor Bahru , Koperasi bersetuju
melantik syarikat tersebut
dan perlu membayar sebanyak RM
2,000.00 hingga RM 3,000.00 untuk kos nilaian .

Oleh kerana ada beberapa terma yang tidak dipersetujui diantara syarikat/koperasi
dengan PPNJ, maka pihak syarikat/koperasi telah berusaha untuk membangunkan
sendiri tanah ladang tersebut dengan membuat permohonan pinjaman dengan

Bank Pertanian Malaysia sebanyak


RM2,950,000.00 pada tahun
1989.
Jenis pinjaman SPKP dengan kadar
4% setahun , dimana
geran tanah adalah dijadikan cagaran. Pembangunan ladang mula
dijalankan pada tahun 1991. Sehingga tahun 1991 keseluruhan
pinjaman mencecah sebanyak RM 3,020,000.00, Tempoh pinjaman
adalah 177 bulan.

GERAN TANAH (LOT PTD 5444 ) 99 TAHUN PAJAKKAN

Tapak kawasan awal Pembalakan (Sg Selai )

Pihak Pengurusan sedang meninjau tapak ladang

Kerja kerja Menanda Batu Sempadan di Ladang Jawi Tahun 1990

Setiausaha Koperasi , Tuan Haji Md Talib Bin Ismail bersama Pengurus


Ladang, Encik Mohd Hairuddin Bin Md Talib sedang memerhatikan kerjakerja menanda batu sempadan

5
Surat Permohonan Pengukuran
Perimeter PTD 5444

Jalan Masuk Ladang Jawi

Surat Akuan Juru Ukur


Tanah

Daripada Ladang PKEINJ (Ladang Zamrud )


tahun 1990

Kerja Kerja Pembersihan Tanah Ladang Koperasi Tahun 1991

Pembersihan kawasan ladang

7
Kerja-Kerja Pembakaran selepas pembersihan

Kerja-kerja mengumpul , memerun dan membakar semula

8
Kerja membuat sistem perparitan

Kerja Kerja Membina Parit Gajah Tahun 1991

9
Lawatan Pengurusan Ladang ke Tapak Semaian PPNJ di Machap Tahun 1991

Penghantaran Bahan Tanaman ke Ladang tahun 1991

10
Tanaman anak sawit pertama dilakukan oleh
Setiausaha Tuan Haji Md Talib Bin Ismail Tahun 1991

Tanaman sampingan di tanam oleh Tn.Hj Md Talib Bin Md Talib , Encik Ali Bin
Abd Rahman Dan Tuan Haji Abd Jalil Bin tengah (Setiausaha dan AJK ) tahun 1991

11
Pemandangan selepas tanaman sawit Tahun 1991

Kawasan ladang selepas penanaman tahun 1991

12
Pembinaan Pejabat & Banglo

Rumah Banglo

yang telah

Ladang tahun 1991

siap Tahun 1991

13

Lawatan Pemeriksaan oleh Agen Penasihat tahun 1992/93

Lawatan bersama pihak BPM/LPP/Penasihat 1992/93

Lawatan Pegawai PTD di Ladang1992/93

14

Lawatan Bersama Anggota Koperasi Tahun 1993

Jentera Pertanian Ladang

Kenderaan Pengurusan

15

Kerja membina Lorong Tuai

Tumbesaran Pokok tanaman

tahun 1993/1994

16

Masalah utama pintu masuk ladang PKEINJ sering ditutup pada tahun
1993/1994

Masalah serangan haiwan

Babi dan Landak tahun 1994

17

Masalah bencana

banjir dijalan masuk BT 26 pada tahun 1994

Kawasan dalam Ladang yang terlibat

Pemeriksaan Pengurusan ke ladang semasa banjir

18

Lawatan secara bulanan Pengurusan dan AJK Ladang

PENGURUSAN

AWAL LADANG

Syarikat/Koperasi telah membuat perjanjian dengan pihak PPNJ pada


tahun 1990 sebagai agen pengurusan ladang.

Pandangan pihak Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang dan pihak


agen
pengurusan
ladang
PPNJ
meminta
Syarikat
melantik
Penyeliaan/Pengurus Projek ladang pada 8 Febuari
1991. dengan
syarat perlu diiklankan jawatan tersebut diakhbar dengan syarat
syarat yang ditetapkan .

Pada 17 Februari 1991 ,setelah di temuduga oleh pihak Koperasi,


En Hairuddin bin Md Talib telah dilantik sebagai Pengurus Ladang.
Beliau adalah kakitangan pertama Syarikat /koperasi sebagai
Pengurus Ladang .

Pihak PPNJ melalui suratnya bertarikh 3 Mac 1991 memohon untuk


menamatkan perjanjian dengan Syarikat/Koperasi disebabkan pihak
mereka ingin menumpukan sepenuh masa
untuk memajukan 3 bidang
tanah yang telah dikurniakan oleh Kerajaan Johor selain memberi
pandangan bahawa Syarikat/Koperasi menunjukkan kesungguhan dan
kemampuan bagi membangunkan ladang.

Melalui keputusan Mesyuarat AJK


ke -3 bertarikh 9 Mac 1991
memutuskan menerima Penamatan pihak PPNJ sebagai agen ladang
kelapa sawit
dan meminta kawasan kawasan terlebih tolak dan

19
batu batu sempadan yang hilang ataupun rosak dimasa pembersihan
kawasan yang dalam penjagaan dan pengurusan PPNJ diselesaikan.
-

Syarikat Agrotrop Plantation And Services Sdn Bhd dari Klang


telah
menawarkan untuk menjadi Agen Pelawat dan Penasihat
Ladang. Pihak Syarikat/Koperasi telah bersetuju melantik Syarikat
Agrotrop sebagai agen pelawat dan penasihat ladang.
abcde-

akan melawat ladang 4 kali dalam tempoh setahun


mengambil contoh daun dan analisa sekali bagi dua tahun
setahun sekali akan memberikan nasihat bahan pembajaan
nasihat tentang hama dan penyakit bila diperlukan
akan mengadakan lawatan khas dari semasa kesemasa

Pada 2 April 1991 Syarikat/Koperasi telah memohon untuk


mendapatkan bekalan anak pokok benih sawit seluas 404.5 hektar di
Mukim
Paloh
sebanyak
6000
pokok
dan
mewakilkan
Encik
T.Vanialingam (Agrotrop Plantation Services Sdn Bhd) untuk
menguruskan pembekalan anak benih daripada Syarikat Highland
Research Unit, di Klang Selangor.
a- Pada tahun 1- 1991

ladang ditanam dengan anak benih sawit .

b- Pada tahun 2- 1992 mengikut rekod sebanyak 22000 pokok


terencat ,atas nasihat agensi,penasihat , pokok tersebut
dimusnahkan
setelah kaedah pembajaan (corrective manuring)
tidak berhasil , 22000 pokok terpaksa dibuat sulaman semula ,
malangnya serangan landak, tikus dan babi menyebabkan
keseluruhan 36,000 pokok rosak.
c- Pada tahun 3- 1993 Serangan gajah liar mulai dikesan dan dapat
dikawal ,parit gajah masa itu masih kukuh tetapi pagar
elektrik sering dirosakkan .Serangan gajah liar melalui
beberapa laluan parit gajah yang runtuh.
d- Pada tahun 4- 1994 serangan gajah liar sukar dikawal.
Akibat daripada serangan gajah liar tersebut, Koperasi telah
menganggarkan kerugian sebanyak RM 1.7 juta. Kos tersebut telah
diselaraskan di dalam Kos Pra tanaman yang merupakan baki setelah
diselaraskan atas kemusnahan seluas 600 ekar akibat serangan
gajah liar oleh pihak Audit Pendaftar , Lembaga Pertubuhan
Peladang Negeri Johor pada tahun 1999/2000.

20

KAWASAN SERANGAN GAJAH LIAR ;


Tapak ladang PPNJ

Tanda biru ; Kawasan Serangan


Tanda merah ; laluan gajah

Pada 4 Ogos 1995 , Syarikat telah memajukan surat kepada Jabatan


Perhilitan Kluang,untuk melaporkan serangan gajah liar yang
semakin berleluasa.
Laporan serangan gajah liar

Catitan Bancian Kemusnahan Pokok


1- Jumlah Pokok dimusnahkan
2- Serangan dan terencat
3- Serangan awal bancian 94
JUMLAH KESELURUHAN

;
;
;
;

16562 pk
5056 pk
5803pk
------------27,421 PK
=======

Pada bulan
Ogos 1995
Syarikat / koperasi telah membuat
permohonan pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang bagi
pembiayaan
Parit Gajah
dan
baik pulih
Pagar Elektrik
berjumlah RM 35,400.00. Pada bulan April 1996 , pihak LPP telah
pun meluluskan
pinjaman
tersebut yang
berjumlah
sebanyak
RM 37,247.00
tanpa faedah ( melalui rekod)

Syarikat/Koperasi telah memesan anak benih sawit daripada United


Plantation Berhad melalui Pertubuhan Peladang Kawasan JBT
sebanyak 10,500 anak benih pokok sawit jenis D x P dengan harga
RM 2.60 sepokok secara kredit pada tahun 1996.

21

Akibat serangan gajah lebih kurang di kawasan 600 ekar , pihak


BPM telah membuat penilaian kerugiaan sebanyak RM 1.7 juta ,
manakala pihak Audit LPP telah membuat penilaian semula hapuskira
kerugiaan sebanyak RM 1.7 juta
Masalah serangan gajah liar di kawasan sempadan tahun 1994

KEMUSNAHAN 600 EKAR AKIBAT SERANGAN GAJAH LIAR


-

Selepas kemusnahan 600 ekar kawasan ladang sawit akibat serangan


gajah , situasi ladang agak teruk , namun usaha dan semangat
pihak Pengurusan dan AJKnya pada ketika itu terus membara untuk
membangunkan semula kawasan tanah ladang yang musnah. Melalui
komen daripada surat yang dimajukan kepada pihak LPP dari pihak
PORIM (Institut Penyelidikan Minyak Kelapa sawit Malaysia )
melalui penelitian mereka ladang Koperasi
mempunyai potensi
untuk dimajukan semula. namun langkah langkah pengawalannya
perlu dititikberatkan bagi menjamin kejayaannya.

Koperasi juga telah meneliti cadangan cadangan daripada pihak


Agrotrop Plantation Services Sdn Bhd mengenai langkah langkah
yang perlu diambil termasuk anggaran perbelanjaan yang perlu
untuk mengusahakan kawasan berkenaan .Pada keseluruhannya mereka
bersetuju dengan cadangan cadangan tersebut.

Melalui surat
Ketua Pendaftar LPP kepada Syarikat Senior
Consultant,Golden Hope Agrotech Consultancy Sdn Bhd, melantik
Syarikat Golden Hope Agrotech Consultancy Sdn Bhd untuk
menjalankan
kajian
penilaian
secara
terperinci
terhadap

22
pengurusan dan pengeluaran buah sawit (FFB) bagi ladang SKS ,
Jawi Kahang.Surat tersebut bertarikh 26 Jun 1997.
-

Bagi tujuan pembayaran cukai tanah tahun 1997 dan 1998


Syarikat/Koperasi telah membuat pinjaman dengan pihak LPP
sebanyak RM 46,979.00 termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan
sebanyak berjumlah RM 50,580.72, namun permohonan
pinjaman
tambahan pemulihan ladang terpaksa dibekukan kerana koperasi
masih belum mampu menyelesaikan 2 pinjaman yang lalu.

Disebabkan kegagalan permohonan pinjaman tambahan dari pihak LPP,


pihak Pengurusan dan AJK agak buntu untuk mencari dana bagi
memulihkan ladang semula . Pada 7 Jun
1998 melalui Keputusan
Mesyuarat AJK kali ke- 5 telah memutuskan untuk melantik Agrotrop
Plantation Services Sdn Bhd sebagai agen pengurusan ladang untuk
pembangunan
600 ekar diladang
,
sebagaimana
persetujuan
Jawatankuasa Pengurusan Ladang pada mesyuarat Anggota Lembaga
kali Pertama 1998 pada 7 September 1998 dan pada dasarnya telah
dipersetujui oleh pihak LPP dan BPM melalui keputusan mesyuarat
17 ogos 1998 di ibu Pejabat LPP.
Dalam tempoh pemulihan dan pembangunan Syarikat /Koperasi masih
gagal membuat bayaran pinjaman dengan pihak Bank Pertanian
Malaysia , kerana Ladang hanya mampu mengeluarkan hasil untuk
Jawi B bagi bayaran semasa gaji pekerja , bayaran hutang semasa
dan lain lain , sehingga ada cadangan untuk menjual ladang.

PENGURUSAN LADANG

SELEPAS 10 TAHUN

Pada tahun 2002 , pengurusan Anggota lembaga yang diketuai oleh


Pengerusi baru Encik Rahmat Bin Ali mengambil alih pengurusan dan
pentadbiran koperasi. Bermulalah era pemulihan dan pembangunan.
Pada ketika itu perjanjian di antara pihak Agrotrop dan Koperasi
telah tamat pada bulan Febuari 2002. Pelbagai usaha dijalankan
untuk meneruskan pemulihan dan pembangunan ladang
,kerana
kebuntuan akibat situasi kewangan yang kurang baik. Juga usul
anggota mencadangkan agar tanah ladang Koperasi dijual sehingga
pihak BPM memberi surat sokongan
bagi kelulusan menjual tanah
untuk dimajukan kepada pihak Pendaftar LPP. Koperasi juga telah
mengadakan mesyuarat agung khas untuk mengambil keputusan anggota
untuk dijual tanah ladang tersebut. Beberapa sesi perbincangan
telah dijalankan diantara pihak Pengurusan dan
pihak Bank
Pertanian Malaysia kerana bayaran balik hutang . Sehinggalah pada
22 April 2004 Koperasi menerima surat berdaftar daripada pihak
peguam Tetuan Keah & Choo yang mewakili Bank Pertanian Malaysia
menuntut sebanyak RM 4,427,491.84 setakat 31/3/2004 beserta
faedah termasuk Penjadualan 1 dan ke 2 dalam masa 30 hari
daripada surat ini diterima .Bagi mengatasi masalah ini Koperasi
telah melantik agen Pengurusan ladang Perisind Plantation And
Agriculture Sdn Bhd sebagai agen pengurusan ladang dan telah pun
menandatangani perjanjian bersama Koperasi pada 24 Mei 2004

23

Melalui bantuan Perisind Koperasi mampu bernafas dengan leganya


kerana pendahuluan pendahuluan ke atas belanja yang didahulukan
di ladang.
Pihak Pengurusan Koperasi bersama Pengurus Besar , PPK JBT Encik
Suhaimi Bin Ridwan dan daripada Unit Pembangunan LPP Encik Nordin
Bin Abdullah selaku BIRO Pengurusan Ladang
dan Pengurus Besar
Perisind Encik Abdullah Bin Moosa ada membuat perbincangan dengan
pihak Bank Pertanian Malaysia berkenaan tuntutan bayaran tersebut
pada 24 Mei 2004. Melalui perjumpaan tersebut pihak Koperasi
telah membuat permohonan secara lisan untuk Penjadualan semula
kali ke- 3. Oleh yang demikian satu perjumpaan bersama pihak BPM
cawangan Batu Pahat diadakan pada 1 Jun 2004 bagi membincangkan
Penjadualan semula pinjaman kali ketiga , dan telah diluluskan
pada 16 September 2004 , iaitu penjadualan terakhir .
Perisind juga telah memberi khidmat nasihat dan tutor kepada
kakitangan
ladang
untuk
menyelenggara
Pengurusan
Ladang.
Malangnya pada akhir tahun 2006 ladang mengalami banjir yang
teruk dan menyebabkan hasil BTB terjejas.
Koperasi telah menyambung perjanjian kedua dengan pihak Perisind
pada 20 Jun 2007 kerana ladang masih belum mampu dan tiada
kepakaran untuk menguruskan ladang.
Pada tahun 2007 permohonan pinjaman bagi
bencana banjir telah
ditawarkan
oleh pihak BPM. Koperasi telah memohon sebanyak RM
200,000.00 dan Alhamdulilah
telah diluluskan. Bayaran balik
bermula akhir tahun 2008.
Pinjaman pembangunan sulaman tanah 90 ekar telah diluluskan oleh
pihak BPM sebanyak RM 500,000.00 pada tahun 2008. Kertas kerja
pembangunan disediakan oleh pihak Perisind untuk dimajukan kepada
pihak BPM. Bayaran dibuat selepas 3 tahun. Koperasi telah membuka
tender untuk tanaman anak sawit di kawasan 90 ekar.
Kemudahan infrastruktur di ladang telah dibangunkan seperti
pembinaan rumah pekerja , pembelian Gen Set .Manakala dari wang
pinjaman bencana banjir Koperasi telah membeli 2 unit trektor
besar dan 4 trailer serta 2 unit mini trektor.
Setiap tahun, pihak Sime Darby mengadakan 2 kali lawatan PA dan
sekali lawatan Agronomist untuk mengesan kelemahan kelemahan
sistem ladang .

24

Keadaan Ladang semasa banjir awal tahun 2003


Di dalam dan diluar ladang

25

Keadaan Jalan dan kawasan ladang selepas bencana banjir

Kesan daripada bencana banjir masalah terhadap sistem saliran dan


Jalan Pertanian

26
Keadaan Pokok tahun 2004

Lawatan Ladang Pengurusan dan BIRO Ladang tahun 2003

27

Lawatan ladang Pengurusan serta perjumpaan dengan Pengurus KPOM


serta Pengurus Besar Perisind tahun 2004

Pembinaan Rumah Pekerja 4 unit teres

28
Lawatan Ladang oleh Anggota Tahun 2004

Rumah Pekerja dan Tangki Air

29

Pembinaan Rumah Gen Set di rumah pekerja

Lawatan ALK dan Perbincangan di Ladang tahun 2004

30
Pemeriksaan JAD di ladang Tahun 2004/2005/2006

Banjir Melanda pada akhir tahun 2006

31
Pembinaan garaj Baja

Lawatan Pegawai BPM bersama Pengurusan dan BIRO Ladang,Penyelia


Ladang serta Pengurus Besar Perisind bagi meninjau
kawasan baru sulaman 90 ekar

32

Kawasan lapang di ladang untuk projek


Pembangunan Sulaman 90 ekar

Pejabat Ladang Koperasi

Rumah Banglo Pengurus Ladang

33

Keadaan Pokok pada tahun 2007

Kenderaan Pengurusan & Jentera Ladang

34
Pembinaan surau , hasil BTB dihantar ke Kilang KPOM dan Setor
meletak bahan baja yang baru dibina

Pembinaan Kompleks Ladang Koperasi Jawi Bhd


(Pembinaan Pagar , Rem,Surau Pembaikian Pejabat & Setor)

35

Majlis Tahlil

di Ladang pada 7 Jun 2008

Buah Tandan Baru


& Pembinaan Kompleks Ladang Koperasi
( Infrakstruktur Bangunan Pejabat /Bilik Surau dan Rumah Banglo )

36

PENGURUSAN AKHIR TAHUN 2008 HINGGA KINI .


Pengurusan Koperasi kini telah berubah selepas mesyuarat Agung Tahun
2008 di mana jawatan Pengerusi di pegang oleh Encik S.Mohd Rafee Bin
Syed Zainal untuk meneruskan pengurusan ladang
dengan semangat dan
iltizam. Barisan Pengurusan ALK kali ini telah mengadakan beberapa
perubahan bagi meneruskan pembangunan ladang antaranya ;
a- Penyelenggaraan Jalan dan Perparitan telah mencapai penjimatan
sebanyak 50% kerana kita telah memberhentikan Kontraktor
dan
menggunakan back pusher milik koperasi.
b- Pembelian anak benih jenis cemara dan mula menanam pada tahun
2009 di kawasan PM 2009 (A, B dan C )
c- Menghapuskan sistem Kerja lebih masa pekerja ladang dan diganti
dengan sistem kerja borong.
d- Mengkaji semula kos kos ladang bagi matlamat ke arah penjimatan.
e- Mulai bulan Disember 2008 pihak Pengurusan telah pun menghentikan
kerja-kerja kontraktor luar ladang seperti kerja kerja menuai
dan angkutan serta menyusun pelepah dan digantikan dengan sistem
Checkroll.
f- Menyediakan Skidtank dengan membeli minyak diesel di Petronas
dagangan tanpa perlu mengambil pendahuluan daripada Ladang zamrud
(Perisind) lagi.
g- Cadangan Projek BIO fertilizers akan di adakan dengan pihak UTM
dan Koperasi telah pun menandatangi memorandum persefahaman
dengan pihak UTM, hanya menunggu kelulusan geran penyelidikan
dari SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

Penemuan yang ditemui ;


Koperasi dapati daripada 90 ekar projek sulaman hanya 37 ekar sahaja
yang boleh ditanam dan Koperasi telah pun membuat pelarasan semula
pembayaran kepada kontraktor yang membuat kerja kerja tersebut. Ini
termasuk kerja kerja penambakkan dihujung kawasan .
Projek Perintis yang akan dibuat seperti tanaman pokok gaharu dijangka
akan dilaksanakan pada bulan Januari 2010 dengan pembelian benih pokok
karas jenis aquilaria Malacensis .
Ladang masih meneruskan perjanjian dengan pihak Perisind sehingga bulan
Jun 2010.

37

Keadaan

Pokok Tahun 2008

Keadaan Pokok Tahun 2009 terkini

38

Kerja kerja pembaikan infrastruktur jalan

Keadaan Jalan yang sedang

dan perparitan

dibaiki

39

Memperbaiki sistem Perparitan.

Keadaan Jalan selepas dibaiki

Kawasan lapang untuk projek sulaman 90 ekar (PM 09 A)

40

Tanaman sawit di Kawasan belum matang PM 09 A

Pengurusan membuat ukuran untuk kawasan yang belum bersulam di PM 09 B

41

Perbincangan Pengurusan untuk Projek Perintis di Ladang

Pembersihan di Kawasan Projek Perintis

42

Lawatan Pemeriksaan JAD 2009

Lawatan ALK

ke ladang Pada 18 April 2009

43
Aktiviti Sambutan Maulidur Rasul di Ladang Pada 18 April 2009
(ALK /JAD /Staff/Pekerja )

4 unit trektor (jentera di

ladang)

44

Bahan Pembajaan Hi Kay Plus

Infraksturtur di Ladang (Sampan /Water Pump/tiub Well)

Genset baru dirumah Banglo dan pejabat dan Pam Air

45

Genset di rumah Pekerja Ladang

Majlis menandatangani MOU Projek Bio Fertilizers bersama GTiM (UTM)


Pengurusan , ALK ,Staff Koperasi bersama
Pihak GTiM (UTM )

46
Menandatangi MOU di

UTM Skudai

Papan Tanda Keselamatan sebagaimana mematuhi Peraturan pihak OSHA


Sehingga terkini 21 November 2009 lawatan ke ladang .

47
Skid Tank di Ladang

Kemudahan Infrasktruktur terkini di Ladang

Sampan diletakkan
Di depan Banglo

Tiub Well Kemudahan


bekalan air banglo & Pejabat

Gelanggang Badminton

Rem ,Rumah Gen set Pejabat & Rumah pekerja & setor baja & Trektor
hingga 21 November 09

48

Rumah Banglo , Rumah Pekerja dan Bangunan Pejabat dan Surau

Lawatan ke Ladang bersama 15 orang anggota diiringi oleh 12 ALK dan Staff
Pada 21 November 2009

Melalui keputusan mesyuarat Agung Tahunan kali ke-34/2009 bertarikh 28


Jun 2009 telah bersetuju dengan usul Bendahari , Encik Ahamad Bin Hasbi
untuk memilih 15 orang anggota untuk dibawa ke ladang. Pada 21 November
2009 ALK dan Staff telah mengiringi 15 orang anggota
melawat ke
ladang tetapi daripada 15 orang hanya 12 orang anggota
yang hadir.
Kami
menggunakan 2 Kenderaan iaitu
Bas mini dan Mazda (Kenderaan
Pejabat ). Seramai 12 orang anggota, 12 ALK dan 2 Staff yang menyertai
program lawatan ini. Rombongan bertolak dari Ibu Pejabat pada jam 8.05
pagi.

2 Kenderaan Membawa Anggota

Bacaan doa sebelum

berlepas Ke ladang

49

Suasana di dalam bas membawa rombongan

Anggota Lembaga & AJK makanan bergambar


Kenangan menguruskan makanan tengahari

Anggota dan ALK di Restoran SURI


Ayer Hitam untuk sarapan

Anggota dibawa melawat ke ladang dan diberi penerangan oleh Ketua Rombongan
Pengerusi Koperasi Kg Jawi JB Bhd Encik S.Mohd Rafee Bin Syed Zainal

50
Taklimat dan sesi soal jawab bersama anggota

12 Orang Anggota mengambil gambar di Pintu masuk Kompleks Ladang Koperasi Jawi
Bersama Penolong Pengurus Ladang (berbaju hijau dari kanan)

Anggota , ALK dan Staff Koperasi serta Ladang mengambil gambar kenangan
pada 21 November 2009 di Ladang koperasi Jawi Berhad

Kemaskini terakhir pada 4 Januari 2010

Vous aimerez peut-être aussi