Vous êtes sur la page 1sur 9

TEKS UCAPAN PENGETUA

PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM

SMK PUTERI WILAYAH

TAHUN 2016

PENGETUA

YANG MULIA RAJA NORAZAM BINTI RAJA SALLEH

TARIKH

25 MAC 2016 (JUMAAT)

Terima kasih Pengacara Majlis,


- Yang Dihormati En Mahmood Bin Haji Hussein, NYDP PIBG SMK Puteri
Wilayah
- Pn Khalidah Binti Yahya, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
- Puan Rosnah Binti Hussein, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Cik Rohani Binti Roslan, Penolong Kanan Kokurikulum
- Puan Roslina Binti Tarmizi, Penolong Kanan Petang
- Guru-guru Kanan Bidang
- Guru Cemerlang
- Guru-guru
- Ibu Bapa, dan Murid-murid yang dikasihi
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita
berkumpul pada hari ini bagi menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah
iaitu penetapan target bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun
ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan semua dapat menyuntik semangat dan
iltizam kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini.
Saya mewakili warga SMK Puteri Wilayah mengalu-alukan kehadiran
tuan/puan para ibu bapa murid-murid di sekolah ini yang sudi meluangkan masa
bagi menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Komitmen tuan/puan
akan dapat memberi keyakinan kepada kami khususnya dalam menjalankan tugas

kami, seterusnya kami dapat melaksanakan tugas terhadap anak bangsa dengan
jayanya Insya-Allah.
Saya berpendapat ibu bapa yang hadir pada hari ini ialah ibu bapa yang
benar-benar mengharapkan kecemerlangan sekolah dan juga kecemerlangan anakanak kerana sesungguhnya penglibatan ibu bapa merupakan salah satu faktor
pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada anak-anak untuk memajukan diri
dalam pelbagai bidang.
Hadirin Sekalian,
Program penetapan target merupakan salah satu aktiviti bagi memenuhi
hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran dan kecemerlangan anak-anak. Majlis ini memberi peluang
kepada saya mengenali ibu bapa secara lebih dekat lagi. Kata orang tua-tua, Tak
Kenal Maka Tak Cinta. Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini
menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigm dan pencetus revolusi dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaiaan anak-anak kita dalam bidang akademik..insya
Allah.Pada kesempatan keemasan ini, saya berharap pihak sekolah dapat berkongsi
idea dengan para ibu bapa agar SMK Puteri Wilayah mampu melahirkan muridmurid yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara kita.. Kami warga
pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah telah sama-sama
bertekad untuk melakarkan sejarah kegemilangan sekolah ini dalam kalangan
sekolah-sekolah terbaik di Zon Keramat, Negeri dan Kebangsaan.
Bagi kami warga pendidik dan murid-murid, hasrat tersebut bukan perkara
mustahil atau angan-angan Mat Jenin sahaja, atau ibarat indah dilafazkan tetapi

sukar dilaksanakan, jika kami mendapat sepenuh sokongan dan bantuan daripada
semua ibu bapa murid-murid sekolah ini. Kami sebenarnya menaruh sepenuh
keyakinan dan segunung harapan bahawa tidak ada perkara yang mustahil pada era
dunia tanpa sempadan ini. Syaratnya, kemahuan yang tinggi, disiplin yang terarah,
kefahaman yang selaras dan kebersamaan dalam tindakan merupakan resepi utama
dalam sesebuah kejayaan. Maka, saya berharap pihak ibu bapa bersama-sama
menempuh hambatan dan cabaran baru, ibarat cangkat sama didaki, lurah sama
dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama hanyut, terendam
sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai serai'. Marilah sama-sama kita
merintis denai, menebas semak-samun agar anak-anak murid kita menggapai
kejayaan seperti yang kita ingini.
Hadirin yang saya muliakan,
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pihak sekolah telah merancang pelbagai
program agar murid-murid dapat belajar dengan baik. Antara program yang telah
dirancang ialah Program Puteri Bestari, Program Menggilap Permata, Program Xtra
A, Program Cuti-cuti Belajar, Program F1 2 SUCCESS, Program Ekspress Minda
dan Program Cakna Bonda. Diharapkan dengan adanya program-program
ini,mampu menarik minat murid untuk belajar dengan lebih fokus dan bermotivasi.
Hadirin sekalian,
Dari segi displin murid pula, pihak sekolah mendapati anak-anak murid di
sekolah ini sering lewat ke sekolah khususnya murid-murid sesi pagi. Pihak sekolah
memohon jasa baik ibu bapa agar ibu bapa dapat memastikan anak-anak tuan/puan
hadir ke sekolah mengikut waktu yang telah ditetapkan agar tidak menganggu

pembelajaran mereka kelak. Walaupun isu ini nampak kecil, namun perkara ini boleh
memberikan impak yang besar kepada pihak sekolah dan murid-murid tersebut
khususnya apabila mereka menempuh alam pekerjaan atau menyambung palajaran
ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di
rumah. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlulah sentiasa memantau anak-anak di
rumah agar mereka tidak terjebak dengan gejala-gejala yang negatif di luar.
Para pelajar sekalian,
Saya dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar anda dapat
menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian anda. Di sini
saya ingin memetik kata Bob Budler (1992) dalam bukunya bertajuk You Can Do It
yang menyatakan kejayaan itu tiada ternilai harganya. Beliau menegaskan
seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga, berdedikasi dan berusaha
dengan gigih sebagai bayaran

ke arah kejayaan iaitu ganjaran yang ingin

dicapainya. Dalam erti kata yang lain tiada kejayaan tanpa usaha adalah menjadi
tanggungjawab bagi setiap pelajar. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi diri
kita tidak mahu bergerak membantu diri sendiri.
Hadirian yang saya muliakan,
Akhir kata, sebagai pengetua baharu di sini, saya begitu mengharapkan pihak
PIBG dan ibu bapa sekalian dapat memberikan sokongan padu kepada saya dan
pihak sekolah khususnya agar saya dapat menerajui murid-murid sekolah ini ke arah
kecemerlangan dalam semua bidang. Semoga ikatan antara pihak sekolah dan
pihak ibu bapa sentiasa bertaut erat demi kecemerlangan anak-anak kita kelak.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.

Vous aimerez peut-être aussi