Vous êtes sur la page 1sur 3

APLIKASI TEORI PERTUKARAN PEMIMPIN-PENGIKUT DALAM KONTEKS

KEPIMPINAN PENDIDIKAN
Model LMX Dalam Kepemimpinan Kepala Sekolah
Model kepimpinan Leader Members Exchange (LMX), telah banyak digunakan oleh
para pengurus di sebuah syarikat. Model LMX iaitu sebuah model kepemimpinan yang
penerapannya menitikberatkan pada kualiti pekerja bawahan untuk melakukan pekerjaannya,
keghairahan pimpinan untuk memberikan bantuan kepada pekerja bawahan manakala mereka
memerlukannya dan tahap kepercayaan yang tinggi dari pimpinan terhadap pekerja
bawahannya. Model ini dalam penerapannya menggunakan dua blok yang disebut sebagai
in-group dan out-group. Pada blok in-group, pimpinan menerapkan gaya yang mengarah
secara Consideration, sedangkan terhadap out-group diterapkan gaya yang mengarah
Task Oriented.
Dalam model MLX, kepemimpinan menerapkan pola partenalistik, di mana seorang
pemimpin digambarkan sebagai seorang ayah terhadap anak-anaknya, yaitu pemimpin
melindungi, penyokong dari kerjaya bawahannya. Begitu juga yang terjadi dalam dunia
pendidikan khususnya di sekolah-sekolah, dimana dalam usaha para guru untuk memenuhi
aspirasi yang telah di tetapkan oleh Guru Besar, dalam masa yang sama Guru Besar haruslah
menjaga kebajikan para guru bawahannya. Peningkatan kesempatan untuk mengajukan
pendapat menunjukkan peningkatan persepsi utama dalam menilai kejujuran, kepemimpinan
dan kemampuan pemimpin. Dengan demikian, jika pimpinan tidak adil dalam proses
kepemimpinannya, maka kepemimpinannya menjadi tidak berkesan, kerana akan ditolak
kewibawaannya sebagai pemimpin. Dalam hal keadilaan "prosedur", merupakan titik tolak
pembangunan dari hubungan LMX yang adil.
Bagaimana Menerapkan Model LMX.
Guru Besar sebagai pemimpin, dapat melaksanakan model kepimpinan ini untuk
mengembangkan komitmen, dan kepuasan kerja para guru. Untuk membina prestasi yang
optimum dari seluruh guru, Guru Besar dapat mengembangkan kepemimpinannya dengan
model LMX yang sudah dijelaskan secara ringkas tentang Kepemimpinan LMX. Penerapan
Model LMX adalah seperti berikut:

1. Transformasi Kepimpinan

Pemahaman tentang model LMX sangat diperlukan dan dihayati untuk kemudian
dilaksanakan. Pelaksanaan kepimpinan ini dengan dua strategi penting iaitu: Pembinaan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan.
a.

Pembinaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Guru

Pembinaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru, sangat penting untuk mencapai matlamat
yang hendak dicapai, iaitu prestasi yang optimum. Pembinaan guru, melingkupi aspek-aspek:
pemerkasaan (empowerment), latihan, seminar dan meningkatkan peranan guru dalam
Panitia,. Melalui aspek pembinaan ini dijangka akan memberikan dorongan bagi para guru
untuk semangat dalam bekerja (mengajar).
b.

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan


Peningkatan pelayanan difokuskan pada prestasi guru yang berkhidmat pelbagai

keperluan dalaman sekolah dan luaran. Keperluan dalaman, berkaitan dengan perkhidmatan
keperluan guru akan sarana kerja (mengajar), promosi / kerjaya guru, keperluan pelajar
tentang maklumat kemajuan pendidikannya. Dalam masa yang sama, keperluan luaran yang
difokuskan untuk memenuhi aspirasi masyarakat, peranan ini boleh dimainkan oleh seluruh
warga sekolah.
3.

Sasaran Utama
Kedua dua strategi di atas apabila disinergika akan dapat menterjemahkan maksud

sebenar profesion seorang guru. Pertama, berperanan sebagai contoh teladan terbaik kepada
para pelajar, kedua guru berperanan dan berkarya (memberikan karya-karya nyata / contoh),
dan ketiga guru berperanan sebagai pendorong semangat cita-cita dan harapan para pelajar.
Tentu saja dalam praktiknya. Ketiga tiga1ini dapat diwujudkan dalam banyak aspek,
contohnya: guru mempunyai disiplin dalam mengajar, melaksanakan proses pembelajaran
yang baik dari masa ke masa, memahami keperluan-keperluan pendidikan pelajar,
menggalakkan kreativiti dan idealisme pelajar, dan lain-lain.
4.

Kejayaan
Kejayaan perlu menjadi suatu matlamat kepimpinan dalam melaksanakan model

LMX, ada empat matlamat yang biasa, iaitu: berjaya dalam melaksanakan pengurusan
sekolah, berjaya memberikan perkhidmatan kepada pelajar, para ibu bapa, masyarakat dan
sekaligus Guru Besar berjaya dalam melayani keperluan guru-guru.

Kesimpulannya, model ini boleh digunakan dalam semua peringkat pengurusan dan
organisasi. Ia memberikan peluang kepada para pemimpin sekolah terutamanya Guru Besar
dan Pengetua untuk untuk menilai kepimpinan mereka dari perspektif hubungan dengan
guru-guru lain. Ia juga membolehkan Guru Besar mengetahui bagaimana kumpulan dalaman
dan kumpulan luaran yang diperkembangkan unit tugasan masing-masing dan melihat cara
bekerja guru-guru di bawah kedua-dua kumpulan ini. Seterusnya, ia boleh digunakan untuk
menjelaskan bagaimana individu membina rangkaian kepimpinan seluruh organisasi. Guru
Besar yang baik akan sentiasa prihatin mengenai kebajikan stafnya maka organisasi dapat
berkembang dengan baik.

Vous aimerez peut-être aussi