Vous êtes sur la page 1sur 6

ASAS KEUSAHAWANAN

Pengertian Keusahawanan
Maksud usahawan ialah seseorang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu perniagaan atau
perusahaan. Usahawan ialah seseorang yang berkemampuan dalam mereka cipta sesuatu produk
baru atau mengubahsuaikan produk sedia ada hingga memperoleh keuntungan serta produk
ciptaannya dapat memenuhi kehendak serta cita rasa orang ramai.
Dalam erti kata lain, usahawan sememangnya peniaga. Sebaliknya, peniaga tidak semestinya
usahawan. Hal ini dapat digambarkan melalui rajah seperti yang berikut.
Peniaga
Usahawan
(a) Membeli dan menjual barangan atau (a) Berusaha
mereka
cipta
dan
perkhidmatan sedia ada.
mengubahsuaikan
barangan
serta
perkhidmatan baru yang lebih bernilai.
(b) Menceburi perniagaan dalam pasaran b) Merancang
dan
berusaha
untuk
sedia ada.
mewujudkan pasaran baru.
(c) Mementingkan
keuntungan
jangka (c) Mementingkan
keuntungan
jangka
pendek.
panjang
selain
mengutamakan
sumbangan dan bakti kepada masyarakat
dan negara.
(d) Hanya sanggup menghadapi risiko yang (d) Sanggup menghadapi risiko yang besar.
terhad
(e) Berpuas hati dengan pencapaian sedia (e) Sentiasa
berusaha
mengembangkan
ada.
perniagaan t sedia ada.
(f) Skala operasi lebih kecil dengan (f) Skala operasi mungkin kecil pada
pengendalian pengurusan yang statik.
peringkat awal tetapi berpotensi untuk
berkembang pada masa hadapan.
CIRI UTAMA USAHAWAN
Mengenal Pasti Ciri Utama Usahawan
Usahawan merupakan antara penggerak ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, usahawan harus memiliki ciri-ciri
tertentu. Antaranya termasuklah kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak mengambil peluang, dan
mempunyai daya usaha yang berterusan.
Kreatif
Kreatif bermaksud kebolehan mengilhamkan dan mereka cipta sesuatu produk atau perkhidmatan yang baru
dan belum ada di pasaran.
Inovatif
Inovatif bermaksud kemampuan mengubahsuaikan nilai dan kualiti sesuatu produk di pasaran hingga menjadi
lebih baik dan sempurna.
Sanggup Menghadapi Risiko
Risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan termasnklah produknya tidak laku di pasaran, persaingan yang
sengit, kerugian, dan sebagainya.
Bijak Mengambil Peluang
Usahawan haruslah bijak mengambil peluang dengan tindakan yang pantas dan berkesan. Dia mestilah bijak
memilih dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baru yang dapat memberikan keuntungan
Mempunyai Daya Usaha yang Berterusan
Usahawan perlu berusaha terus untuk memajukan dan mengembangkan perniagaannya. Usahawan juga tidak
mudah berputus asa jika menghadapi masalah dalam bidang yang diceburinya.

Kelebihan Menjadi Usahawan berbanding dengan Makan Gaji

Kriteria
a) Pendapatan semakin kuat
daya
usaha,
semakin
menerima gaji tetap
pada setiap buian
b) Tugas/Tanggungjawab

Usahawan
besar
pulangan
pendapatannya.

atau

bidang tugas meliputi semua


aspek

Makan Gaji
Menerima gaji bulann dan
pertambahan pendapatan
berdasarkan pada prestasi
kerja
bidang
tugas
terhad,
berdasarkan jawatan yang
disandang
mengikut
masa
yang
ditetapkan
majikan
kreativiti tersekat oleh pelbagai
peraturan yang ditetapkan

c) Waktu bekerja

fleksibel

d) Membuat keputusan
e) Kreativiti

sendiri
bebas berkreativiti untuk
memastikan
kejayaan
perniagaan
sanggup menghadapi risiko tidak sanggup menghadapi
(risiko tinggi)
risiko (risiko rendah)

f) Risiko

BIDANG KEGIATAN USAHAWAN


Terdapat pelbagai bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan. Bidang-bidang ini terbahagi kepada
tiga, iaitu pengeluaran, perkhidmatan, dan pemasaran atau agihan.
Bidang Pengeluaran
Bidang pengeluaran yang diceburi oleh usahawan ialah yang berkaitan dengan aktiviti menghasilkan bahan
mentah, barang separuh siap, dan barang siap. Usahawan berperanan mengurus faktor-faktor pengeluaran
seperti modal, bahan, dan buruh.
Bidang pengeluaran terbahagi kepada kegiatan ekstraktif, pertanian, perkilangan, dan pembinaan.
A. Bidang Pengelauaran
1.
Ekstraktif
Ekstraktif ialah kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada alam semula jadi seperti aktiviti-aktiviti
perlombongan, pembalakan, dan perikanan.
2.
Pertanian
Pertanian merupakan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dengan cara bercucuk tanam dan
berternak.
3.
Perkilangan
Bahan mentah yang diperoleh melalui kegiatan ekstraktif dan pertanian dapat diproses menjadi barang
separuh siap dan barang siap. Pemprosesan bahan mentah ini dilakukan di tempat yang khusus, iaitu di kilang.
4.
Pembinaan
Pembinaan adalah kegiatan membina, memasang, atau membangunkan hasil perkilangan menjadi satu
produk siap dan boleh terus digunakan.
B. Bidang Perkhidmatan
Bidang perkhidmatan merujuk kepada kegiatan menawarkan perkhidmatan secara langsung kepada
pengguna. Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dalam bentuk kepakaran, pengetahuan, kemahiran, dan tenaga
kepada pelanggan. Antara contoh perkhidmatan termasuklah perkhidmatan kewangan, perubatan,
pelancongan, pendidikan, dan sebagainya.
C, Bidang Pemasaran atau Agihan
Pemasaran atau agihan adalah kegiatan menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada

pengeluar hinggalah kepada pengguna terakhir, iaiti orang ramai. Dalam bidang pemasaran, usahawan boleh
menceburi aktiviti perniagaan sebagai pengeluar, pemborong, dan peruncit atau melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti sokongan atau bantuan agihan seperti komunikasi, pengangkutan, pergudangan, dan sebagainya.
Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan
Ada pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu j bakal usahawan. Agensi-agensi ini diberi
tanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Antara agensi-agensi kerajaan
tersebut termasuklah:
(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MARA ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. MARA banyak
memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada dengan cara:
(1)
memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali;
(2)
menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, kompleks perniagaan dan
pejabat, arked, serta bengkel perusahaan;
(3)
membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.
(b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC);
MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenal
sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya ialah memberikan latihan dan pendidikan,
membuat penyelidikan keusahawanan, dan memberikan khidmat perundingan serta nasihat
kepada usahawan.

(c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);


MIDA berperanan memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan
pembangunan perindustrian. Selain itu, MIDA turut memberikan khidmat nasihat kepada
kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. Badan
ini juga bertanggungjawab mengurus permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf
perintis, dan pelepasan cukai import.
(d) UDA Holdings Berhad (UDA);
Fungsi UDA Holdings Berhad ialah merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan
di kawasan bandar dan pinggir bandar. Untuk itu, UDA turut menyediakan infrastruktur,
kawasan petempatan, kawasan perdagangan, serta kawasan perindustrian untuk kemudahan
usahawan.
(e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI);
MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya
adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti pertanian. Selain itu, MARDI mengadakan
kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan.
(f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD);
SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang
mula beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya termasuklah menentukan dan
memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi serta
memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti serta menjalankan penyelidikan dan
menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.
(g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan, membangunkan, dan memajukan

industri kelapa sawit negara. Berfungsi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang biologi,
kejuruteraar dan pemprosesan, serta pembangunan produk
(h)
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini
berperanan mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negara. Beberapa skim latihan ditawarkan
kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang
dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara.
JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN
Bimbingan dan Latihan
Pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan
keusahawanan. Malah usaha ini telah dilakukan sejak peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah
menengah lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan, Ekonomi, dan Prinsip Akaun.
Di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta pula, pelbagai kursus dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan di peringkat sijil, diploma, ijazah, dan sebagainya turut ditawarkan.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah
a) Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN)
- Pengetahuan perniagaan
b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) - Pengurusan perniagaan
c) Pusat Giat Mara (PGM)
- Merekodkan simpan kira dan perakaunan
d) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Motivasi
e) Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Latihan semasa bekerja
f) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
- Latihan kemahiran dan persijilan
Prasarana
Prasarana atau kemudahan asas amat penting disediakan, bukan saja di kawasan petempatan tetapi juga di
kawasan yang dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perindustrian. Antara prasarana tersebut
termasuklah kemudahan bekalan elektrik, air, jalan raya, komunikasi, premis perniagaan, dan sebagainya. Agensi
kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan prasarana yang berkaitan ialah
a) UDA Holdings Berhad (UDA)
Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN)
b) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)
c) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Bekalan air, elektrik, komunikasi, (JBA,
d) Jabatan Bekalan Air (JBA)
TNB,TELEKOM)
e) Jabatan Kerja Raya (JKR)
Rangkaian jalan raya (Lembaga Lebuhraya
f) Agensi kerajaan yang diswastakan tetapi
Malaysia, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan)
kerajaan masih mempunyai kepentingan
seperti:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TELEKOM)
Kajian dan Penyelidikan
Aspek kajian dan penyelidikan amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan daya saing sesuatu
produk. Agensi kerajaan yang berkaitan serta jenis kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah seperti yang
berikut.
a) Institut Piawaian dan Penyelidikan
mengawal dan menetapkan mutu keluaran industri
Perindustrian Malaysia (SIRIM)
mengikut standard piawaian yang ditetapkan
b) Lembaga Minyak Sawit Malaysia
membuat kajian serta membangunkan dan
(MPOB)
memajukan keluaran industri kelapa sawit
c) Institut Penyelidikan Getah Malaysia
membuat kajian tentang produk yang berkaitan
(RRIM)
dengan getah
d) Institut Penyelidikan dan
membuat kajian tentang produk pelbagai hasil
Pembangunan Pertanian
pertanian
Malaysia (MARDI)

e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia


(LKIM)
f) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

membuat kajian tentang hasil-hasil laut dan air tawar


(sungai, kolam, dan tasik)
mewakili kerajaan dalam pengurusan dan pemberian
subsidi kepada penanam padi, mengurus Skim
Pengilang Padi Bumiputera, dan membeli padi
daripada petani pada harga yang berpatutan

Pinjaman Kewangan
i
Kewangan memang merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh bakal usahawan dan usahawan sedia
ada. Masalah kewangan menyebabkan usahawan kekurangan modal untuk meneroka bidang perniagaan baru
dan mengembangkan perniagaannya. Agensi kerajaan yang terlibat serta jenis bantuan yang disalurkan adalah
seperti yang berikut.
a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Skim pinjaman MARA
b) Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan
Pinjaman berpenggal MIDF
Malaysia Berhad (MIDF)
c) Bank Pertanian Malaysia Berhad (BPM)
skim Rancangan Berniaga Kecil-kecilan.
d) Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB)
e) Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (SJKM)
Skim menjadi penjamin kepada usahawan yang ingin
membuat pinjaman daripada institusi kewangan
Galakan dan Insentif
Kerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan mereka
mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran. Antara galakan dan insentif yang diberikan termasuklah
seperti yang berikut.
Taraf Perintis

Duti Import

Kuota

Galakan Eksport

Embargo

Bermaksud memberikan pengecualian cukai perniagaan selama beberapa


tahun kepada syarikat yang baru sehingga perniagaannya maju dan stabil.
bermaksud mengenakan cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negeri.
Bertujuan menaikkan harga barang import di pasaran tempatan dan
memberikan peluang kepada barang tempatan untuk bersaing.
Bermaksud mengehadkan jumlah pembelian barang dari luar negeri yang
hendak dijual di pasaran tempatan.
Bertujuan melindungi barang dalam negeri daripada persaingan dengan barang
import.
Memberikan bantuan kepada usahawan tempatan supaya dapat meluaskan
pasaran produk mereka di luar negara.
Contoh galakan yang diberikan ialah mengurangkan cukai eksport supaya
barang dalam negara dapat bersaing dengan barang luar negara serta
menganjurkan pameran dan lawatan.
Bermaksud dasar pemulauan terhadap barang dan perkhidmatan dari negara
tertentu.

Vous aimerez peut-être aussi