Vous êtes sur la page 1sur 3

Prosedur membuka akaun simpanan

Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat

pengesahan cap jari.


Selepas pengesahan kad pengenalan, terdapat beberapa borang yang perlu
ditandatangan pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma

dan syarat, dan lain-lain.


Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum

diberikan nombor akaun bank.


Setelah menerima nombor akaun, pemohon perlu menuju ke mesin deposit
tunai untuk mendepositkan wang tunai untuk dijadikan sebagai simpanan di

dalam bank tersebut.


Kemudian nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM.
Pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM

tersebut.
Selesai menandatangani, pemohon akan menerima satu siri nombor

keselamatan.
Pemohon akan menuju ke mesin ATM untuk menukarkan nombor
keselamatan tersebut dengan nombor pin yang baru.

Tanggungjawab pemegang buku akaun simpanan.

Bank tidak bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung oleh


pemegang akaun disebabkan kecuaiannya jika mana-mana orang
mendapatkan milikan buku simpanannya dan mengeluarkan sebarang
jumlah wang daripada akaun simpanan pemegang akaun secara

memfraud.
Pemegang akaun bertanggungjawab untuk meneliti bahawa masukan
dalam buku simpanannya adalah benar dan tepat setiap kali sebelum

pemegang akaun meninggalkan premis bank.


Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan buku simpanan, pemegang
akaun hendaklah dengan serta merta memaklumkan cawangan asal bank
secara bertulis tentang kehilangan atau kerosakan tersebut bagi tujuan
penggantian buku simpanan.

Sebab-sebab pembekuan dan penutupan ke atas akaun simpanan oleh pihak bank

Bank dimaklumkan bahawa pemegang akaun telah melakukan suatu


tindakan kebankrapan dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen
penggulungan dan/atau petisyen pemiutang untuk kebankrapan, mengikut

keadaan telah difailkan atau dikemukakan terhadap pemegang akaun.


Bank dimaklumkan atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa
termasuk Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia
atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan lain agar
menahan diri daripada melaksanakan sabarang transaksi di bawah Akaun
Simpanan.

Kaedah untuk mendepositkan wang simpanan semasa untuk kelab dan persatuan

Menggunakan borang standard yang disediakan oleh Bank


cek atau instrumen kewangan untuk dikreditkan ke dalam Akaun Semasa

kaedah arahan untuk menghentikan pembayaran ke atas cek yang telah dikeluarkan

Arahan untuk menghentikan pembayaran cek hendaklah dibuat secara


bertulis, menurut bentuk dan kandungan yang boleh diterima oleh bank.

Kesan akibat pembatalan pembayaran cek kepada pemegang akaun.


Pemegang akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya atas
dan terhadap semua kerugian, tuntutan, tindakan, prosiding, gantirugi, kos dan
perbelanjaan yang mungkin di alami oleh Bank

Bank merizab hak untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10


atau sebarang jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Bank untuk
setiap arahan penghentian pembayaran.

Vous aimerez peut-être aussi