Vous êtes sur la page 1sur 3

1.

Makan makanan yang seimbang Amalan pemakanan yang seimbang


memang perlu diutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu
dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan.

2.

Minum air secukupnya minum air suam atau air masak yer, bukannya
air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun
elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu
dah ditambah dengan gula.

3.

Bersenam Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging,


berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan
menambah stamina.

4.

Buat sesuatu yang kita minat Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang
kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu
bermanfaat.

5.

Kawal berat badan Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan
dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan
ketinggian kita. Kalau rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkan
Panduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.

6.

Pengambilan Supplemen Pengambilan supplemen penting


terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak
makan atau kurang rehat.

7.

Rehat Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali
sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan
kepenatan.

8.

Tidur Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok
juga sebab badan kita akan terasa letih.

9.

Berfikiran positif Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif,


hidup kita akan terasa lebih ceria.

10.

Pemeriksaan kesihatan Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurangkurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui
tahap kesihatan kita.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan 10 langkah ini, kita akan berjaya


mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Tapi yang penting jangan tinggalkan
solat.

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti
dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan.
Ia termasuklah pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala, menjaga kebersihan, tidak melakukan
perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan
sebagainya.
Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya
hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet
harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak
seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya
seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis.
Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat
mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan
seimbang.Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak
setiap hari.
Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman
membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi
dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik
dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan dimana sahaja
umpamanya di taman permainan, kawasan lapang, dalm gimnazium atau di
dalam rumah - menggunakan peralatan senaman yang sesuai. Untuk mendapat
kesan yang terbaik, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
selama 20 minit bagi setiap sesi.
Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan
gaya hidup. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah
mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya, tahap
kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan
lebih sempurna dan ceria.
Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan
amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar
daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang
bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Kita boleh
menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang
terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang

menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga


kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan
perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang
boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak.
Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang
membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya
pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak
kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Vous aimerez peut-être aussi