Vous êtes sur la page 1sur 1

Bismillahhirrahmanirrahim.

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera saya ucapkan kepada


*SALUTASI*

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat kita
berkumpul di majlis makan malam ini. Pertama sekali, saya ingin menujukan setinggi-tinggi
penghargaan kepada hadirin sekalian atas kesudian melapangkan masa daripada jadual yang
padat untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam Gala Fakulti Undang-undang
2016 dengan tema tahun ini; Evergreen: Memories that Last.
Rasional pemilihan tema ini adalah pada makna perkataan Evergreen itu sendiri yang
bermaksud sesuatu yang sentiasa segar dan tidak akan lapuk ditelan zaman. Tema ini pada
pandangan kami adalah bersesuaian dengan tagline Memories that Last, kerana kami
menginginkan hadirin sekalian untuk bersama-sama mencipta memori baru di samping
menghidupkan kenangan lalu sepanjang masa hadirin sekalian berada di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hadirin sekalian,
Majlis Makan Malam Gala Fakulti Undang-undang 2016 ini tidak mungkin akan terlaksana
tanpa kerja keras ahli jawatan kuasa program yang sentiasa gigih dalam menjalankan
tanggungjawab yang dipikul. Pengalaman yang telah kami lalui sepanjang pelaksanaan
program ini tidak mungkin kami lupakan. Program ini juga telah membantu mewujudkan
kerjasama antara ahli jawatan kuasa program di samping mengeratkan silaturahim antara
kami. Tidak dilupakan jasa baik penasihat kami iaitu Dr. Rohani Abdul Rahim, dan penyelia
kami iaitu Dr Ramalinggam A/L A. Rajamanickam dan Puan Rozlinda Mohamed Fadzil
yang tidak jemu membantu kami dalam melaksanakan program ini. Ribuan terima kasih saya
ucapkan.
Akhir kata, saya selaku pengarah program Majlis Makan Malam Gala Fakulti Undangundang 2016, ingin memohon maaf atas segala kekurangan daripada pihak kami. Saya
berharap agar hadirin sekalian terhibur dengan persembahan yang kami sajikan pada malam
ini. Selamat mencipta memori dan selamat menjamu selera.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Vous aimerez peut-être aussi