Vous êtes sur la page 1sur 19

CTU 151

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM


TAJUK:
SISTEM EKONOMI ISLAM
KUMPULAN : 3
DISEDIAKAN OLEH:

DISEDIAKAN UNTUK:

SEM DISEMBER-MAC 2014/2015


PENDAHULUAN

ISI 4 X 4

PENUTUP

RUJUKAN

ETIKA

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

MARKAH

Page 1

ISI KANDUNGAN
No.

Perkara

Pendahuluan

Pengenalan :-

Muka Surat

Definisi Ekonomi Islam


3

Huraian : Perbandingan Sistem Ekonomi Konvensional

Dengan Sistem Ekonomi Islam


Ciri-Ciri Ekonomi Islam

Syarat-Syarat Menjalankan Kegiatan

Ekonomi Islam
Prinsip Kepenggunaan Dalam Islam
Prinsip-Prinsip Ekonomi Islam
Institusi Kewangan Islam (Baitul Mal)

6
78
9

Sumber-Sumber Baitul Mal

9 11

Ciri-Ciri Perniagaan Dalam Islam

12 13

Instrumen Perniagaan Dalam Islam

14 16

Kesan Pembangunan Ekonomi Yang Tidak

16 17

Mengikut Islam
4

Kesimpulan

18

Bibliografi

19

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 2

PENDAHULUAN
Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. kesempurnaan agama islam bukan
sekadar pada nama malah turut meliputi semua aspek kehidupan umatnya termasuklah
ekonomi. Melalui kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep ekonomi dalam
islam dengan lebih lanjut dan mendalam.

Ekonomi dalam islam mementingkan konsep muamalat iaitu satu sistem yang
mengatur perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup masing-masing
dan berlandaskan syariat islam. Muamalat dalam islam lebih menekankan perkara-perkara
yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan terutama ekonomi dan sosial .

Syariat islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta kekayaan
merupakan amanah Allah kepada manusia, oleh yang demikian wajar bagi manusia untuk
menggunakan harta berkenaan ke jalan yang diredai Allah iaitu berlandaskan hukum syarak.
Halal dan haram perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya kerana ianya penting untuk
mendapatkan keredaan Allah di dunia dan akhirat kelak

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 3

DEFINISI EKONOMI ISLAM


Islam meletakkan ekonomi sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana
ekonomi bukan sahaja menyentuh urusan bagaimana manusia mengatur keperluan jasmaniah
mereka bahkan urusan rohaniah mereka. Oleh itu, aktiviti ekonomi mestilah berdasarkan
nilai-nilai dan akhlak yang digariskan oleh agama untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Berikut antara definisi1 ekonomi Islam oleh tokoh-tokoh Islam:1) Menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr
Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada
Islam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan
tafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan
masalah-masalah perekonomian.
2) Menurut Muhamad Al-Mubarak
Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal,
pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang
berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
3) Menurut Muhammad Abdullah Ar-Arabi
Ekonomi Islam merupakan dasar-dasar umum ekonomi yang disimpulkan daripada
Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya diasaskan kepada
dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa.
Secara umumnya, Ekonomi Islam juga boleh didefinisikan sebagai :sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang
berpegang kepada nilai-nilai Islam.
kajian tentang manusia-bukan sebagai individu yang hidup terasing tetapi sebagai individu
sosial yang beriman dengan nilai-nilai kehidupan Islam.
Ekonomi islam turut memberi ruang kepada perkara-perkara yang tidak melalui
sistem pertukaran (iaitu bayaran pindahan) yang kerapkali wujud apabila perasaan
bertimbang rasa kepada masyarakat dan tanggungjawab moral mengatasi sikap tamak dan
tidak mempedulikan orang lain. Definisi ekonomi islam ini adalah berlawanan sekali dengan
definisi ekonomi moden yang ditakrifkan sebagai satu kajian tentang manusia dalam
kehidupan hariannya. Lebih jelas lagi, menurut Profesor Robbins :Ekonomi adalah sains yang mengkaji gelagat manusia sebagai satu perhubungan
antara matlamat-matlamat dan sumber-sumber yang terhad tetapi mempunya pelbagai
kegunaan.
Jika sosiologi merupakan satu rumpuan ilmu, maka ekonomi adalah tergolong dalam
rumpunan tersebut. Tidak dinafikan bahawa ekonomi Islam adalah sebahagian dari sosiologi.
1

Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s 2 4.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 4

PERBANDINGAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL DENGAN


SISTEM EKONOMI ISLAM 2
Perkara
Matlamat

Ekonomi Sosialis

Ekonomi Kapitalis

Matlamat keselamatan dan


kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
Keseimbangan Kegiatan ekonomi manusia
untuk mendapatkan kebendaan
antara
tidak boleh dipisahkan daripada
kebendaan
kerohanian. Manusia
dengan
berekonomi sebagai ibadat
kerohanian
kepada Allah. Segala kegiatan
ekonomi yang berjalan adalah
atas dasar kepatuhan kepada
segala perintah dan arahan
Allah. Tidak wujud kegiatan
ekonomi yang bertentangan
dengan Islam.
Kebajikan adalah asas utama
Kebajikan
dalam penggunaan dan
pengeluaran. Kesimbangan
antara kepentingan individu
dengan masyarakat. Islam tidak
mengabaikan kepentingan
individu tetapi apabila berlaku
pertembungan antara
kepentingan individu dengan
masyarakat, maka kepentingan
masyarakat diutamakan.
Cara hidup manusia
Cara hidup
berpandukan kepada iman dan
sosial.

Kebebasan individu dan


kepuasan maksimum
dinafikan.
Matlamat berekonomi
hanya untuk kepentingan
masyarakat dan kerajaan
semata-mata tanpa
mengaitkan dengan
tujuan ibadat.

Kebebasan matlamat
individu dan
kepuasan maksimum.
Matlamat
berekonomi hanya
untuk kepentingan
kebendaan sematamata tanpa
mengaitkan dengan
tujuan ibadat.

Menafikan kepentingan
individu. Fokus utama
adalah masyarakat.
Kesaksamaan agihan
kepada individu yang
rajin berusaha mahupun
yang malas.

Mementingkan
individu secara
mutalak tanpa
menilai kepentingan
orang lain atau
masyarakat. Ini boleh
menyebabkan berlaku
penindasan dan
penganiayaan.

Cara hidup ditentukan


oleh kerajaan atau
pemerintah.

Adalah milik Allah dan


pemberian harta kepada
manusia hanya sebagai amanah
dan ujian yang
dipertanggungjawabkan dan
bukan di akhirat nanti. Oleh itu,
manusia hanya sebagai
pemegang amanah dan bukan
pemilik mutlak harta tersebut.
Penerimanya mestilah
menunaikan gak-hak ke atasnya
dan tidak boleh diperoleh atau
dibelanjakan sesuka hati.

Sistem ekonomi sosialis


menyifatkan harta
adalah milik negara
sepenuhnya dan
membataskan hak milik
individu serta mereka
tidak berpeluang untuk
mengumpul dan
menggunakan harta pada
kadar yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
Sistem ini telah
menghapuskan hak
perwarisan ke atas hartaharta yang diperoleh
individu.

Cara hidup bersosial


yang berasaskan
kepada rasional dan
logik.
Adalah milik mutlak
individu dan boleh
dibelanjakan sesuka
hatinya tanpa ada
peraturan atau
campur tangan
sesiapa. Harta yang
dimiliki juga adalah
hak individu dan
tidak boleh dikongsi
dengan orang lain.

Harta

Ekonomi Islam

Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s10 -11.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 5

CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM


Ciri-Ciri Umum

Ciri-Ciri Khusus

Rabbani

Berasaskan Al-Quran & Sunnah

Berakhlak

Sebahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan


Islam yang lengkap

Insaniah

Kepentingan individu & masyarakat dalam ekonomi


sentiasa diseimbangkan

Seimbang

Kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi


bercorak kerohanian
Ekonomi Islam sentiasa sesuai sepanjang zaman

SYARAT-SYARAT MENJALANKAN KEGIATAN EKONOMI ISLAM


1)
2)
3)
4)
5)
6)

Aqidah mestilah betul.


Niat mestilah betul.
Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam.
Cara melakukan kerja mestilah sesuai dengan ajaran Islam.
Natijah betul dan bermanfaat kepada semua.
Tidak mengabaikan ibadat khusus.3

SUMBER-SUMBER HUKUM EKONOMI ISLAM


1)
2)
3)
4)
5)

Al-Quran
Sunah dan Hadis
Ijmak
Qiyas dan Ijtihad
Prinsip-prinsip Hukum Yang Lain.

PRINSIP KEPENGGUNAAN DALAM ISLAM


1)
2)
3)
4)
5)
3
4

Berdasarkan keizinan syariat


Bersih dan suci
Bersederhana
Bermanfaat dan memberi kemaslahatan kepada semua
Bersesuaian dengan nilai akhlak yang mulia4

Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Johor. m/s 158-160.
Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Johor. m/s 166.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 6

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM


1) Hak Milik
Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas seseuatu kerana
Allah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluk ciptaan-Nya. Seperti
firman Allah :
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai
atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari langit,lalu Dia menghasilakn dengan
hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, pada hal kamu mengetahui.
(al-Baqarah:22)
Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang amanah
terhadap harta kekayaaan yang dimiliki dibenarkan untuk menikmati dan
membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi keperluan
peribadi dan keperluan.
2) Keadilan Sosial
Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang pengeluaran yang mestilah
berasaskan pengeluaran yang halal dan menjauhi jalan-jalan yang haram.
Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golangan kaya
menggunakan cara cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan dan menindas
golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam aspek penggunaan umat
Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau membazir yang dianggap seperti
suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti firman Allah;5
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan
syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannaya,
(Al-Isra:27)

Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 7

3) Integrasi Nilai-Nilai Akhlak


Manusia tidak dibenarkan untuk mengasingkan akhlak Islamiah daripada aktivitiaktiviti ekonomi, kewangan, dan perbankan sama ada dalam bentuk pelaburan dan
dan lain-lain. Seperti firman Allah :
Sekiranya, penduduk negeri-negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah
Kami benar-benar akan membuka kepada mereka (semua jenis) pemberian yang
melimpahlimpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi mereka menolak (kebenaran),
lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah
usahakan
(Surah al-Araaf:96)
Oleh itu, pencapaian pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, walaupun
setinggi manapun, tidak akan diiktiraf sebagai satu kejayaan oleh Islam sekiranya
tidak berlandaskan kepada akhlak Islamiah.
4) Penghapusan Riba
Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam sistem kewangan Islam dan
dijelaskan di dalam beberapa surah dalam al-Quran. Seperti firman Allah:
Wahai oranng yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba
dengan berlipat-lipat ganda; tetapi hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya
kamu benar-benar dapat kejayaan.
(Surah Ali: 130)
Pinjaman wang, ialah pemindahan hak-hak ini daripada pemiutang kepada si
pehutang,dan sepatutnya inilah sahaja yang harus dituntut. Dari perspektif Islam,
faedah yang dikenakan ke atas wang yang dipinjamakan tidak boleh dijustifikasikan
kerana faedah ialah hak harta yang dituntut di luar kerangka hak-hak harta individu
yang diiktiraf oleh Islam.6
5) Al-adl Wal Ihsan
Dalam konteks kewangan Islam, al-adl menghendaki sistem kewangan tersebut
memberi sumbangan positif kepada kebajikan ekonomi seuruh rakyat melalui
memenuhi keprluan asasi manusia , membasmi punca-punca kesulitan dan
meningkatakan kualiti hidup dalam bidang moral, akhalak dan material. Al- ihsan
menghendaki tumpuan khas diberikan kepada golongan miskin. Kedua-dua unsur ini
adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem sosio-ekonomi yang teratur, cekap
dan progresif.7

Teori,Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia,1996, Nor Mohamed Yakcop,Percetakan
Cergas (M) SDN.BHD.
7
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsipislam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasa.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 8

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)


Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam pemerintahan sejarah
Islam di zaman dahulu. Ia juga bertindak sebagai perbendaharaan negara ang mengumpul
pelbagai sumber pendapatan negara seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya.
Baitulmal juga adalah lembaga atau intitusi yang berfungsi sebagai pengamanah
perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yng bertujuan untuk
maslahat umum.

SUMBER BAITUL MAL


1) Zakat Fitrah
Dikenali sebagai sadaqah al-fitr,diwajibkan setahun sekali ke atas orang Islam yang
hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal. Ia bertujuan untuk
menyucikan diri dan hati, dan mengembirakan hati fakir miskin pada Hari Raya.
Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang daripada barang-barang yang
mengeyangkan seperti gandum dan beras.
2) Zakat Harta
Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai
sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan, pendapatan, simpanan
dan saham.8
3) Fai dan Ghanimah
Fai adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada orang bukan Islam dengan
jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta yang diperoleh daripada orang
bukan Islam daripada hasil rampasan perang.9 Hartabenda yang diperolehi dari orangorang kafir semasa zaman d.kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah
menghadkan hak 4/5 dari keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang
dan 1/5 untuk faedah masayarkat.10

Ekonomi dari Perspektif Islam, 2006.Sarimah Hanim Aman Shah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.
Petunjuk Amalan Ekonomi Islam, 1998. Abd.Al-Rahman Zakri Ibrahim, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala
Lumpur.
10
EkonomI Islam: Teori dan Praktis, Muhammad Abdul Mannan, Percetakan Zafar Sdn Bhd,1992
9

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 9

4) Maadin
Merujuk kepada harta yang bernilai yang terpendam dalam perut bumi seperti emas,
perak, tembaga, dan besi. Harta ini pada dasarnya terlatak di bawah kuasa pemerintah
dan menjadi hak milik negara untuk dimanfaatkan bagi menampung keperluan
masyarakat dan negara.
5) Rikaz dan Luqatah
Rikaz merujuk kepada tinggalan orang-orang jahiliah yang terpendam dalam perut
bumi. Harta rikaz yang dijumpai di tanah yang dimiliki aknan menjadi milik tuan
tanah dan akan dikenakan cukai ke atasnya. Luqatah pula ialah harta bernilai yang
dijimpai dan dipercayai menjadi milik orang Islam. Harta tersebut henadaklah
dipulangkan kepada tuannya. Jika selama setahun tiada siapa yang mununtutnya,
maka harta tersebut menjadi milik tanggungannya.
6) Wasiat dan Warisan
Wasiat merupakan salah satu cara pemindahan pemilikan dalam Islam yang memberi
peluang kepad pemilik harta memindahkan sebahagian daripada hartanya ke tanga
orang lain yang bukan waris. Dimana, Islam telah menghehadkan wasiat sebanyak 1/3
bahagian sahaja daripada harta pemiliknya, kerana 2/3 bahagian lagi merupakn hak
waris yang ditinggalkan
7) Wakaf
Merujuk kepada penyerahan mutlak penggunaan manfaat harta bagi kepentingan
orang ramai selain untuk dirinya. Wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf khusus dan
wakaf am. Wakaf khusus ialah penyerahan harta wakaf yang telah dikhususkan
penggunaannya oleh pemiliknya dan harta ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain
selain daripada apa yang telah ditentukan. Wakaf am pula, wakaf dalam bentuk
penggunaan umum untuk kepentingan dan kebajikan umat Islam seperti membina
pusat kesihatan
8) Sadaqah
Bermaksud apa jua harta yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan. Ia meliputi segala
pemberian, derma atau sumbangan yang memberi manfaat kepada penerima itu
sendiri.11

11

Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 10

9) Nazar dan Kaffarah


Nazar merupakan satu pengakuan untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan
berbuat kebajikan yang mana pengakuan itu mesti ditunaikan. Kaffarah pula merujuk
kepada balasan atau denda yang ditentukan oleh syarak apabila seseorang menyalahi
perintah atau ketentuan hukum Allah yang bersifat khusus12.
10) Jizyah
Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas golongan bukan Islam sebagai balasan
kepada jaminan perlindungan oleh negara Islam ke atas nyawa, hartabenda, amalan
agama dan pengecualian mereka dari perkhidmatan tentera. Golongan bukan Islam
yang djamin nyawa dan harta benda digelar Dhimmi.13
11) Kharaj dan Ushr
Sejenis cukai yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimiliki. Kaedah pembayaran
kharaj yang pernah diamalakan dalam sejarah Islam. Antaranya, dibayar mengikut
keluasan tanah yang dimiliki, berdasarakn hasil pertanian yang diperolehi, bergantung
kepada keaadan dan kawasan, ada juga bayaran yang dikenakan setahn sekali dan ada
yang diwajibkan setiap kali hasil pertanian dituai.
12) Cukai Ushur
Ushur ialah cukai yang dikenakan ke atas komoditi perdagangan yang di eksport ke
luar negara atau di import ke dalam negara Islam14.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti :Tidak akan masuk Syurga orang yang melarikan cukai
(Riwayat Abu Ubaid dalam kitabnya al-Amwal15)
Harta Khas

Harta Am

Harta Percukaian

Zakat Fitrah

Fai & Ghanimah

Kharaj & Ushr

Zakat Harta

Maadin

Jizyah

Wakaf

Cukai Ushur

Rikaz & Luqatah


Wasiat & Warisan
Sadaqah
Nazar & Kaffarah

12

Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. m/s124.
Pemikiran dan Tamadun Islam,Akademi Pengajian Islam Kontemporari(UITM) Johor,2005
14
Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. m/s126.
15
Abu Yala, op.cit., halaman 346.
13

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 11

CIRI-CIRI PERNIAGAAN (JUAL BELI) DALAM ISLAM


1) Bebas dan Persetujuan Bersama (Akad)
Perniagaan yang dilakukan antara kedua-dua belah pihak mestilah mendapat kata
sepakat, reda-meredai serta tiada sebarang paksaan antara mereka (penjual dan
pembeli). Akad tersebut mestilah melibatkan pada harta yang sudah dimiliki secara
sah dan tidak akan berlaku pada harta yang dimiliki secara tidak sah di sisi syarak,
seperti melakukan akad pada burung yang berterbangan di udara atau ikan yang masih
berada di dalam laut. Seperti firman Allah;
Sesungguhnya jual beli itu adalah lahir dari reda-maredai
(an-Nisa:29)
2) Segala Bentuk Perjudian Dilarang
Segala bentuk perniagaan haruslah bebas daripada unsur perjanjian16. Seperti firman
Allah:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan
bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan
(al-Maidah: 90)
3) Keadilan
Keadilan merupakan prinsip perniagaan yang diperjuangkan Islam iaitu untuk
menjamin tercapainya kedua-dua belah pihak, mengekalkan perdamaian dan menjaga
hubungan baik antara pembeli dengan penjual. Seperti firman Allah:
Sesungguhnya Allah memerintahkan (supaya manusia) selalu bersikap adil
dan belas kasihan
(al-Nahl:16:90)
Islam menjelaskan bahawa keadilan dalam perniagaan akan tercapai jika
terlaksanya tiga perkara berikut iaitu keikhlasan, kejujuran dan amanah. Setelah
wujud keikhlasan antara penjual dan pembeli dalam perniagaan barulah wujud
kejujuran. Niat yang ikhlas menjadikan penjual dan pembeli itu sentisa jujur dalam
perkataan, perbuatan dan segala yang berkaitan jual beli. Maka terselamatlah jual beli
itu dari penipuan, pendustaan, pemungkiran janji dan sebagainya yang menjamin
terlaksananya keadialn dlam perniagaan. 17

16
17

Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006
Perniagaan Menurut Islam, Mustafa Haji Daud,DAYASITIS SDN.BHD. 1994

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 12

4) Kesopanan
Penjual dan pembeli mempunyai tanggungjawab dan berhak untuk mendapatkan
layanan yang baik antara satu sama lain. Seperti firman Allah;
Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia
Dan berbuat baiklah, kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik.
(al-Baqarah:2:83 dan 195)
Di dalam perniagaan, bukan sahaja pertukaran barang dengan barang, barang
dengan wang, perkhidmatan dengan wang dan sebagainya, tetapi perlaksanaan proses
perniagaan itu juga penting. Dengann menggunakan budi bahasa yang lembut, manis
muka, layanan yang baik, tidak kirafari pihak penjual atau pembeli dan sebagainya
menjadi perniagaan itu lebih menggembirakan dan menyeronokkan. Ini kerana
penjual dan pembeli saling memerlukan.18
5) Kualiti
Islam sangat menekankan kualiti dimana, tidak dibolehkan mengeluarkan produk atau
menyediakan perkhidmatan haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan tujuan
syariat. Produk yang tidak berkualiti boleh menjejaskan usaha membangnkan
masyarakat dari mental, moral dan kesihatan.
6) Pengukuran dan Timbangan Mestilah Tepat
Penggunaan alat pengukuran mestilah dengan jujur dan setiap timbangan haruslah
dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak
mereka sejajar dengan harga yang mereke bayar. Seperti firman Allah;
Dan sempurakanlah pengeluaran apabila kamu mengukur dan timbangkanlah
dengan neraca yang benar.
(al-Isra: 35)
Barang-barang yang digunakan mestilah dalam nilai pengukuran yang berada
dalam keadaan yang baik dan sempurna, dan penjual juga mestilah jujur dalam
mengukur nilai timbangan. 19

18
19

Perniagaan Menurut Islam, Mustafa Haji Daud,DAYASITIS SDN.BHD. 1994


Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 13

INSTRUMEN PERNIAGAAN DALAM ISLAM 20


Bagi mengelakkan aktiviti perniagaan yang dilarang menurut Islam, Islam telah memberi
alternatif lain dalam urusan perniagaan. Antaranya :1) Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah adalah akad ke atas satu jenis perkongsian yang mana satu pihak
memberikan modal kepada satu pihak yang lain untuk diperniagakan modal itu dan
keuntungan yang didapati daripada projek itu dibahagikan kepada kedua-dua belah
pihak mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama yang dinyatakan dalam
borang perjanjian.
2) Al-Musyarakah (Perkongsian Modal)
Musyarakah adalah akad di mana dua orang atau lebih berjanji bekerjasama dalam
perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagikan
sesama mereka. Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yang telah ditentukan terlebih
dahulu dan tidak semestinya mencerminkan modal yang disumbangkan.
3) Al-Murabahah (Jualan Tertanggung)
Murabahah adalah salah satu kaedah urus niaga yang boleh dilakukan dalam urusan
muamalat terutamanya dalam skim pembiayaan modal dan jual beli. Konsep ini
merujuk kepada penjualan sesuatu barang pada harga modal dengan tambahan
sejumlah untung yang dipersetujui bersama.
4) Al-Bai Bithaman Ajil (Jualan Harga Tertangguh)
Jualan harga tertangguh ialah perjanjian jual beli barang tertentu antara pemilik
barang dan pembeli yang mana pemilik barang menyerahkan barang tersebut dengan
serta-merta kepada pembeli dan pembeli menangguhkan bayaran harga barang
tersebut sehingga satu tempoh tertentu. Pembayaran boleh dijelaskan secara tunai atau
ansuran. Jualan jenis ini bertentangan dengan jualan saham.
5) Al-Baiul Salam (Jualan Salam)
Baiul Salam ialah jual beli yang dilakukan dengan bayaran harga secara tunai
(terdahulu) manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa akan datang.
6) Al-Wadiah
Al-wadiah ialah satu perjanjian antara pemilik barang (termasuk wang untuk
menyimpan barangannya dengan pihak yang lain sebagai pemegang barang tersebut
(termasuk bank) dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya.

20

Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Pernerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s93-103.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 14

7) Al-Qardhu Hasan (Pinjaman Kebajikan)


Al-qardhu hassan ialah pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan yang
diberikan oleh pemiutang tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan. Walau
bagaimanapun, tempoh dan syarat-syarat hutang ditentukan terlebih dahulu.
8) Al-Kafalah
Al-Kafalah bererti jaminan hutang atau jaminan pelaksanaan kerja. Fungsi kafalah
adalah sebagai jaminan. Ia adalah satu perjanjian antara penjamin dengan pihak yang
menerima jaminan yang mana penjamin menerima tanggungjawab untuk menjelaskan
hutang atau membayar ganti rugi sekiranya pihak yang berhutang atau berjanji
melaksanakan kerja itu gagal menunaikan tanggungjawabnya. Hutang hendaklah sah
dan wajib dibayar.
9) Ar-Rahnu (Gadaian)
Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) ialah perjanjian antara penggadai barang dengan pihak
yang menerima gadaian yang mana penggadai mengemukakan sesuatu barang
berharga sebagai cagaran atau sandaran untuk pihak yang menerima gadaian.
10) Al-Ijarah (Sewa Menyewa)
Al-Ijarah merujuk kepada urus niaga sewaan jangka panjang, yakni pajakan atas aset
tetap seperti bangunan, mesin, jentera berat dan sebagainya. Ijarah yang tidak
berkesudahan dengan pindahan hak milik adalah dikira sebagai pajakan operasi biasa ,
iaitu sewaan. Ia bukanlah satu kontrak jual beli.
11) Al-Wakalah
Al-Wakalah ialah wakil dan orang yang dilantik sebagai wakil yang mana orang yang
melantik memberikan kuasa kepada wakil tersebut untuk melaksanakan sesuatu kerja
atau tugas bagi pihaknya.
12) Al-Hiwalah
Satu pemindahan tanggungjawab dalam menanggung hutang daripada seorang
individu kepada pihak yang kedua. Pihak yang kedua ini bertanggungjawab terhadap
hutang tersebut.
13) Al-Sarf
Al-Sarf merujuk kepada urus niaga jual beli mata wang. Hukumnya harus dengan
syarat ia melibatkan urus niaga pertukaran wang yang berbeza seperti jual beli mata
wang Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika Syarikat atau dengan Rupiah
Indonesia. Syarak membenarkannya dengan syarat urus niaga berlaku serentak dan
bukan secara tertangguh.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 15

14) Al-Ujr 21
Al-Ujr bermaksud upah atau ganjaran. Merujuk kepada amalan kewangan dan
perbankan. Ia merupakan kaedah pembayaran komisen atau bayaran yuran
perkhidmatan yang dikenakan ke atas sesuatu perkhidmatan yang diberikan.

KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI YANG TIDAK MENGIKUT


ISLAM
Rasulullah S.A.W bersabda , yang bermaksud :
Apabila telah terang-terangan zina dan riba di satu negeri, maka mereka telah
mengharuskan seksa Allah pada diri mereka
(Hadis riwayat Imam al-Hakim daripada Ibn Abbas r.a.22)
Rasulullah bersabda, yang maksudnya :
Wahai golongan Muhajirin, ada lima hal , bila sudah merata cubaannya di
kalangan kalian, aku memohon perlindungan Allah dari lima perkara yang akan menimpa
kalian:
a) Tidaklah terjadi sama sekali perbuatan keji/penzinaan dalam suatu kaum, sampai
mereka melakukannya secara terang-terangan, kecuali merata ke atas mereka
penyakit (al-taun) dan beberapa penyakit yang tidak pernah ada pada orangorang tua mereka yang telah lalu.
b) Tidaklah mereka mengurangi takaran dan timbangan, kecuali mereka mendapat
seksa kemarau panjang, kesulitan dalam memperoleh makanan dan tekanan
penguasa yang zalim.
c) Tidaklah mereka enggan membayar zakat, kecuali mereka yang terhalang
turunnya hujan dari langit. Kalau sekiranya tidak ada haiwan, tentu mereka tidak
akan mendapat hujan setitik pun.
d) Tidaklah mereka merosakkan perjanjian Allah dan perjanjian RasulNya, kecuali
Allah bakal memberi kekuasaan kepada musuh terhadap mereka, lalu musuh
mengambil sebahagian harta yang ada di tangan mereka.
e) Para pemimpin yang mereka tidak berhukum dengan kitab Allah serta tidak
memilih hukum yang diturunkan oleh Allah, kecuali Allah bakal menimpakan
kesusahan pada mereka.23
(Hadis riwayat Imam Ibn Majah daripada Abd Allah bin Umar r.a.)

21

Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Johor. m/s172.
Ekonomi Dalam Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah, 2005, Mohd Radzi Othman, Gharafullahuddin Din,
Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, m/s 337.
23
Sunan Ibn Majah Jilid 4, Kitab al-Fitan, bab Al-Uqubat, Hadis no 4019.
22

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 16

Oleh hal yang demikian, apabila pembangunan ekonomi tidak lagi selaras dengan garis
panduan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, antara akibat24 yang terjadi ialah :1) Pemimpin di kalangan Islam menanggung dosa kerana gagal menjalankan
amanah yang dipertanggungjawabkan.
Kegagalan dalam merealisasikan pembangunan insan sebenar boleh membawa padah
kepada masyarakat.
2) Berlakunya keruntuhan moral dalam kalangan remaja Islam kerana tidak
menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Pencapaian akademik sahaja tidak dapat mengukur kejayaan yang sebenar.
Pembangunan sebenar terdiri daripada lima nilai utama pembangunan yang penting
iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Kelima-lima aspek tersebut
perlu diberi penekanan untuk menangani masalah keruntuhan moral ini.
3) Turunnya bala daripada Allah S.W.T.
Sejarah silam telah banyak membuktikan bahawa bala daripada Allah S.W.T
menimpa ke atas mereka yang sengaja menderharkaiNya. Peristiwa tsunami yang
berlaku pada zaman ini patut dijadikan pengajaran bagi mereka yang berakal.
4) Negara Islam akan ditindas atau ditakhluki oleh orang bukan islam.
Negara Islam walaupun kaya dengan pelbagai sumber alam telah, sedang dan akan
sentiasa ditindas oleh negara bukan islam malah orang bukan islam di negara Islam di
negara sendiri sekiranya mereka gagal mengatasi kelemahan dalam menguruskan
sumber manusia yang berpunca dari pertelingkahan dari segi sosiologi sesama
mereka.
5) Pembangunan Dualisme yang tidak menguntungkan orang Islam.
Dualisme dalam pembangunan bermaksud kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
pihak pemerintah yang mana ia menekankan ke kawasan yang telah diberikan oleh
pemerintah berbanding kawasan luar bandar dan bandar.Memberi kepentingan
terhadap sektor ekonomi tertentu memberi kesan kepada bentuk ekonomi yang ada di
negara tersebut mengakibatan ketidakstabilan kepada sektor ekonomi yang lain.
6) Kemajuan yang tidak setanding dengan negara barat atau terlalu bergantung
pada ekonomi barat.
Islam adalah satu kehidupan yang komprehensif, sesuai untuk semua golongan,
zaman dan masa. Namun, sekiranya umat Islam gagal menguasai pelbagai kemajuan
yang dimiliki Barat, adalah tidak mustahil untuk kita terpaksa bergantung harap
bantuan dari negara maju. Hal ini satu petanda mencemaskan kerana terpaksa
memenuhi syarat dan kehendak ideologi mereka yang tidak bertunjangkan hukum
Allah S.W.T.
24

Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s239 241.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 17

KESIMPULAN
Ekonomi Islam ialah sains sosial yang mengkaji keinginan yang tidak terhad untuk
menggunakan sumber-sumber yang ada dengan menggunakan akal fikiran dan daya usaha
yang terhad di dalam mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.

Setelah berjaya menyiapkan kertas kerja ini, kami dapat lebih memahami mengenai
Sistem Ekonomi Islam seperti latar belakang perkembangan sistem perekonomian Islam,
perbandingan antara sistem ekonomi konvensional dengan sistem ekonomi Islam, definisi
ekonomi Islam, institusi kewangan Islam dan banyak lagi.

Walaupun tidak dapat memuatkan semua isu yang telah kami temui semasa
menyelesaikan kertas kerja ini , namun kami tetap berusaha memuatkan beberapa perkara
penting dalam kertas kerja ini seperti Ciri-Ciri Ekonomi Islam dan Kesan Pembangunan
Ekonomi Yang Tidak Berlandaskan Islam.

Hasil daripada kertas kerja ini, kami menyedari bahawa Islam meletakkan ekonomi
sebagai suatu aspek yang penting dalam kehidupan manusia kerana ekonomi menyentuh
urusan rohaniah dan jasmaniah manusia malah menggariskan panduan berdasarkan nilai-nilai
dan akhlak baik agar membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Namun, sekiranya
pembangunan ekonomi tidak berlandaskan Islam, pelbagai kesan negatif akan tercalit
terhadap semua pihak termasuk individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 18

BIBLIOGRAFI
Buku

1) Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. 1996. Nor
Mohamed Yakcop. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

2) Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. 1998. Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3) Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Mohd Zainodin Bin Mustaffa, Md Saufi Bin
Abdul Hamid, Mohd Ali Bin Muhamad Don, Emi Sylviana Bt Mohd Zahid. Pusat
Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara, Johor.

4) Perniagaan Menurut Islam. 1994. Mustafa Haji Daud. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

5) Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

6) Ekonomi Islam: Teori dan Praktis (Asas-Asas Ekonomi) Jilid Pertama (Bahagian 1
dan 2). 1992. A.S. NOORDEEN.

Internet

1) http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlumemahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasa

PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 )

Page 19

Vous aimerez peut-être aussi