Vous êtes sur la page 1sur 5

Undang-undang Perlembagaan dan Pentadbiran

UK1013
Kuiz 2
NAMA

MATRIK

1. Apakah itu Parlimen?


(1
markah)
2. Nyatakan nama jawatan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam
pengendalian dan perjalanan sidang Parlimen?
(2 markah)
3. Lakarkan gambarajah kedudukan kerusi ahli-ahli Parlimen berserta dengan
nama kawasan masing-masing.
(3 markah)
4. Apakah peranan Speaker Dewan Rakyat?
Bagaimanakah
Speaker
dilantik?
(4 markah)
5. Terangkan urusan-urusan yang berlaku dalam mesyuarat Parlimen pertama
setelah pilihanraya selesai dijalankan.
(2 markah)
6. Lakarkan gambarajah kedudukan ahli-ahli Dewan Negara, berserta dengan
nama-nama Senator dan nama kawasan atau pihak yang diwakili.
(3 markah)
7. Terangkan peranan Dewan Negara.
(2 markah)
8. Apakah perubahan yang telah dibuat terhadap struktur dan komposisi
Dewan Negara? Apakah kesan perubahan tersebut kepada peranan Dewan
Negara?
(3 markah)

Sila guna helaian kertas lain untuk menjawab.

NUR
A146475

FATIN

BINTI

MOHAMAD

FARID

1. Apakah itu Parlimen?


Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan
ia berfungsi membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di
seluruh negara. Dalam pada itu, Parlimen juga berfungsi meluluskan
undang-undang persekutuan, membuat pindaan terhadap undang-undang
persekutuan yang sedia ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan
perbelanjaan kerajaan dan juga meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Menurut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen
merupakan badan perundangan negara yang terdiri daripada 3 komponen
utama iaitu Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Parlimen terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan dua
Dewan yang juga dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Secara keseluruhannnya, Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli yang
diundi melalui pilihanraya. Mereka dikenali sebagai Ahli Parlimen.
Manakala, Dewan Negara pula terdiri daripada 26 Senator yang dipilih
dimana setiap Dewan Undangan Negeri akan memilih 2 Senator untuk
mewakili Negeri di dalam Dewan Negara.
2. Nyatakan nama jawatan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam
pengendalian dan perjalanan sidang Parlimen?
-

Ahli Parlimen
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
2 Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Setiausaha Dewan Rakyat
Ketua Pentadbiran Parlimen
Yang Di-Pertua Dewan Negara
1 Timbalan Speaker Dewan Negara
Setiausaha Dewan Negara

3. Lakarkan gambarajah kedudukan kerusi ahli-ahli Parlimen beserta nama


kawasan masing-masing.

4. Apakah peranan Speaker Dewan Rakyat? Bagaimanakah Speaker dilantik?


Speaker Dewan Rakyat berperanan mempengerusikan
persidangan Dewan Rakyat, memastikan tatatertib dan peraturan
Dewan Rakyat dipatuhi, mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli
yang tidak mematuhi peraturan Dewan, menjadi jurucakap Dewan
Rakyat dan juga memaklumkan kekosongan kerusi Dewan Rakyat
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Speaker Dewan Rakyat juga
mempunyai kuasa budibicara dimana mereka akan memberi
kebenaran atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli Dewan,
mereka juga mempunyai budi bicara menentukan samada sesuatu
soalan itu perlu atau tidak perlu dijawab oleh seseorang menteri,
menangguhkan persidangan Dewan Rakyat dan menyingkirkan ahli
daripada persidangan Dewan Rakyat atau melarang ahli daripada
menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Seterusnya, Speaker Dewan Rakyat boleh dilantik dari
kalangan ahli Dewan Rakyat ataupun bukan ahli Dewan Rakyat.
Speaker dipilih oleh Dewan Rakyat dan pelantikannya diperkenankan
oleh Yang Dipertuan Agong. Mereka, dibantu oleh dua orang
timbalan Speaker yang dipilih dari kalangan ahli Dewan Rakyat
melalui undi di Dewan Rakyat.
5. Terangkan urusan-urusan yang berlaku dalam mesyuarat Parlimen pertama
setelah pilihanraya selesai dijalankan.
Dalam persidangan pertama selepas Pilihan Raya adalah
perancangan takwim bagi Dewan Rakyat yang terdiri daripada:
Tempoh lima tahun dibahagikan kepada lima penggal ( setiap
penggal satu tahun). Dalam setiap satu penggal, dua atau tiga
persidangan akan diadakan. Jarak masa antara dua persidangan
tidak boleh melebihi enam bulan atau 180 hari
Didalam persidangan pertama juga, pelantikan Speaker
berlangsung dan ahli-ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah,
pelantikan ketua pembangkang, titah ucapan diraja, ucapan terima
kasih dan persidangan juga turut berlangsung.

6. Lakarkan gambarajah kedudukan ahli-ahli Dewan Negara, berserta dengan


nama-nama Senator dan nama kawasan atau pihak yang diwakili.

7. Terangkan peranan Dewan Negara.


Dewan negara berperanan dalam proses perundangan dalam
Parlimen. Ia membahaskan rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat seterusnya berkuasa untuk meminta
Dewan Rakyat mengkaji semula rang undang-undang tersebut.
Mengikut Perkara 68(1) Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara
mempunyai kuasa untuk menangguh rang undang-undang yang
bukan wang untuk tempoh setahun manakala mengikut Perkara
68(2), berkuasa menangguhkan rang undang-undang untuk tempoh
sebulan sahaja.
Selain itu, Dewan Negara juga berperanan untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara
68(5) Perlembagaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, ia nya
terkecuali bagi rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara niasa iaitu dibawah
Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan.
Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menangguhkan
sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
tetapi tidak berkuasa untuk menolaknya dan ia juga tidak
mempunyai kuasa untuk meminda rang undang-undang sekiranya
pindaan tersebut tidak diterima oleh Dewan Rakyat.
8. Apakah perubahan yang telah dibuat terhadap struktur dan komposisi
Dewan Negara? Apakah kesan perubahan tersebut kepada peranan Dewan
Negara?
Permulaannya, Dewan Negara terdiri daripada 38 ahli yang
mana 22 orang merupakan ahli yang dipilih dimana 2 daripada
setiap 11 Dewan Undangan Negeri dan 16 ahli dilantik oleh Yang
Dipertuan Agong.
Kemasukan Sabah dan Sarawak pada September 1963
menjadikan 2 ahli dari setiap negeri dipilih menjadi ahli Dewan
Negara, menjadikan ahli dipilih Dewan Negara meningkat kepada 28
orang deterusnya jumlah keseluruhan menjadi 50 orang.
Julai 1964, ahli dilantik oleh Yang Dipertuan Agong meningkat
32 orang seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 60
orang.
Penarikan diri Singapura pada Ogos 1965 menyebabkan
jumlah ahli dipilih berkurangan menjadi 26 orang, menjadikan ahli
keseluruhan berjumlah 58 orang.

Pada masa kini, ahli Dewan Negara berjumlah 70 orang


dimana 26 merupakan ahli dipilih dan 44 merupakan ahli dilantik
oleh Yang Dipertuan Agong.
Perubahan yang berlaku dalam komposisi Dewan Negara ini
sedikit sebanyak memberi kesan kepada kepentingan negeri dan
keahlian di dalam Dewan sendiri dimana ahli dilantik oleh Yang
Dipertuan Agong merupakan majoriti didalam Dewan Negara. Hal ini
dilihat memberi kelebihan kepada kerajaan meerintah kerana
mereka akan menasihatkan YDPA untuk melantik ahli dari kalangan
mereka yang menyokong kerajaan .

Vous aimerez peut-être aussi