Vous êtes sur la page 1sur 17

AYAT 33

November 22, 2014 at 2:21am

Ayat 33

Pendahuluan
Sekadar berkongsi dan memanjangkan amalan yang kami terima daripada Al-Fadhil Sahibus
Samahah As-Sheikh Haji Mohd Murtadza Bin Sheikh Haji Ahmad, Mantan Mufti Besar Negeri
Sembilan sebagai amalan untuk menyembuhkan autism pada anak kami Ahmad Fahim.

Semoga ada manfaat dan keberkatannya buat diri saya dan keluarga serta semua para penyebar
dan pengamal amalan soleh. Amin.
Artikel ayat 33 ini hanyalah penulisan dan susunan semula daripada tulisan2 saya yang lalu
mengenainya.[1] Ia sudah tersebar dengan banyak dan meluas terutamanya melalui laman2 web
dan blog.[2]
Selain tulisan asal tersebut, ada juga video yang disertakan makumat tambahan mengenainya.[3]
Sememangnya itulah yang dihasratkan, iaitu supaya amalan soleh ini akan terus tersebar sehingga
mencapai segenap pelusuk dunia dan akan terus diamalkan secara berterusan.

Fadhilat Menurut Kitab Senjata Mukmin


Menurut kitab Senjata Mukmin karya tulisan Al-Allamah Sheikh Haji Husin Qadri, barangsiapa
beramal dengan membaca ayat-ayat 33 ini pada siang atau malam hari, adalah dia dalam aman
sentosa, terpelihara daripada segala kebinasaan dan terpelihara hartanya hartanya daripada
pencuri, perompak dan sebagainya pada siang atau malam harinya, dengan izin Allah SWT.

Kaitannya Dengan Ayat Manzil & Fadhilat Ayat Manzil


Ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat manzil menurut Sheikh Muhammad Talha. Ia disebut juga
dalam perlbagai kitab seperti Al-Qaulul Jamil karya tulisan Al-Muhaddisin Sheikh Syah Waliullah r.a.
dan Bihisti Ziwar karya Sheikh Ashraf Ali Thanawi.
Al-Muhaddisin Sheikh Syah Waliullah r.a. mengatakan bahawa 33 ayat-ayat ini akan
menyelamatkan seseorang daripada mara bahaya sihir. Di samping itu, seorang pembaca ayat-ayat
ini akan terlindung daripada bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain.
Sheikh Ashraf Ali Thanawi di dalam kitabnya Bihisti Ziwar, mengajar cara perubatan menggunakan
ayat ini. Menurutnya, jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat-ayat
tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Dan, jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir di
dalam rumah, percikan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah.

Syor Al-Marhum Sheikh Ahmad


Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Sheikh Haji Ahmad Bin As-Sheikh Haji Muhammad
Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan (bapa kepada mantan Mufti Besar
Sahibus Samahah Al-Allamah As-Sheikh Haji Murtadza Bin As-Sheikh Haji Ahmad) dalam kitabnya
Safinatus Salamah telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat 7,

ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat diri, ahli keluarga dan harta
benda serta perubatan daripada penyakit dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.
Adapun menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul Auton Wal Ikhwan Fi
Zikri Ba'dil Azkar Wal Aurad Wal Ad'iyyah Allati Tata'allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga
dikenali sebagai ayat Hirz dan ayat Hirs.
Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang
menyatakan barangsiapa membaca ia pada malam hari tiada mudharat kepadanya oleh binatangbinatang buas dan pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya, ahli
keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.
Dan direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu pagar daripada
besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100 jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah
SWT menyembuhkan kita daripada semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan
mati anggota (lumpuh).

Perkongsian Sheikh Murtadza


Menurut beliau, ada seorang pesakit kanser peringkat 3 dinasihatkan mengamalkan Ayat 33
bersama dengan ayat "wa iza maridhtu fahuwa yashfin" (Surah As-Syu'ara:80). Alhamdulillah,
dengan izin Allah SWT, selepas beramal lebih kurang sebulan, pesakit tersebut telah membuat
pemeriksaan lanjut dengan pihak hospital dan doktor mengesahkan pesakit tersebut tiada langsung
bekas atau kesan kanser atau barah tersebut seolah2 dia tidak pernah menghidapnya.
Selain itu, menurut beliau juga, ada seorang ahli perniagaan Malaysia yang meminta pertolongan
akibat barang2 dagangannya yang bernilai2 berjuta-juta ringgit ditahan kastam atau pihak berkuasa
negara di mana dia berdagang. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, setelah dibacakan dan
diamalkan ayat 33 ini dengan tidak beberapa lama, barang2 dagangan yang ditahan itu telah
dilepaskan.

Ringkasan Fadhilat
Justeru ringkasan fadhilatnya ialah melindungi, mengelakkan atau memulihkan daripada sihir,
gangguan syaitan, kecurian, bahaya dan penyakit-penyakit kronik seperti kusta, gila, sopak, stroke,
kanser dsb.
Ia juga sangat baik diamalkan untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mendapatkan rezeki
yang besar.

Maksud Ayat 33
Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33 ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini
dinyatakan dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di dalam
hadith iaitu:
Ubai bin Kaab R.A. meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang badwi
kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang ditimpa penyakit. "Baginda
bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis penyakit gila". Rasulullah meminta org itu membawa
saudaranya, lalu baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian org skit itu pun bangun dan pergi dari
situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s. 212 )
Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374)
karangan As-Sheikh Al-Kabir Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan
At-Tirmizi. [4]
Ada pun sahih pada pengriwayatan hadith tidak bermakna kandungan hadith-hadith semestinya
sama sepenuhnya. Justeru, ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi
mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah mengikut ilmu
yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing walaupun sedikit berbeza antara satu guru
mursyid dengan yang lain. [5]

Perbezaan Dan Persamaan


Menurut Sheikh Ahmad, ayat 33 adalah seperti berikut:
01. Al-Fatihah (1-7)
02. Al-Baqarah (1-5)
03. Al-Baqarah (163-164)
04. Al-Baqarah (255-257)
05. Al-Baqarah (284-286)
06. Al-A'raf (54-56)
07. Al-Israk (110-111)
08. As-Saffat (1-11)
09. Ar-Rahman (33-35)
10. Al-Hasyr (21-24)
11. Al-Jinn (1-4)
Adapun menurut Sheikh Husain Qadri, ayat 33 adalah seperti berikut:
Dimulakan dengan Al-Fatihah.
01. Al-Baqarah (1-5)
02. Al-Baqarah (255-257)
03. Al-Baqarah (284-286)

04. Al-A'raf (54-56)


05. Al-Israk (110-111)
06. As-Saffat (1-11)
07. Ar-Rahman (33-35)
08. Al-Hasyr (21-24)
09. Al-Jinn (3-4)
Beza di antara ayat 33 ini menurut Sheikh Ahmad dan Sheikh Husain Qadri hanyalah pada 03. AlBaqarah (163-164) dan 11. Al-Jinn (1-4).
Bagaimanapun terdapat lebih banyak ayat di dalam ayat Manzil berbanding ayat 33 yang
sebahagiannya telah dirujuk sebagai ayat 15. Bolehlah disimpulkan bahawa ayat Manzil merujuk
kepada himpunan ayat yang berbeza daripada himpunan ayat 33.

Ayat 33 Yang Disepakati


Ayat 33 menurut Sheikh Husain Qadri secara tidak langsung telah dipersetujui oleh semua tanpa
sebarang pertikaian dan lebih utama diamalkan tanpa keraguan. Bagaimanapun, tiada salahnya
bahkan lebih baik membaca lebih seperti menurut Sheikh Ahmad atau ayat Manzil.
Semoga kita dapat beramal di setiap hari dan malam serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
dengan ayat 33 ini.

Kaedah Pengubatan & Rawatan


Dua kaedah untuk mengubati sakit menggunakan ayat 33 ini:
1. Pesakit mengamalkannya sendiri.
2. Membaca ayat 33 ini dan menghembuskannya pada air dan diberi minum kepada pesakit.
Kaedah amalannya, dibaca sekurang2nya dua kali sehari - sekali di sebelah pagi dan sekali di
sebelah petang/malam. Diperbanyakkan sekiranya masalah atau sakit itu berat.

Niat
Niatkan membacanya kerana Allah sama ada untuk pengubatan penyakit atau penyelesasian
masalah yang sedang anda hadapi atau untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan
mendapatkan rezeki yang besar.

Untuk pengubatan, sila baca ayat surah As-Syua'ara (80) selepas membacanya seperti dinyatakan
terdahulu (atau baca ayat2 syifak keseluruhannya).
Adapun hasilnya, selain keikhlasan, kesungguhan dan istiqomah dalam amalan membacanya,
terpulanglah dan terserahlah kepada Allah SWT menentukan.

Ayat-ayat Amalan Lain


Selain ayat 33 ini, ada ayat2 amalan lain seperti ayat 15, 10, 7, 5, 3 dan 1, atau ayat syifak, hifz,
seribu dinar, dsb yang elok diamalkan untuk kesihatan, rezeki, perlindungan, rahmat dan
keberkatan. Ia juga sangat disarankan diamalkan bersama-sama dengan ayat 33 ini.

Adab
Adapun dianjurkan adab membacakan dan menghadiahkan bacaan surah Al-fatihah sebanyak
empat kali kepada pemiik hak menurut aturan bermula daripada Nabi Muhammad SAW sehinggalah
kepada keseluruhan semua umat Muslimin dan Muslimat.
Manakala, para ikhwan tarekat pula digalakkan membaca Fatihatul Awrad[6] bagi membuka amalan
mereka. Bagaimanapun, adalah menjadi adab yang terlebih baik, walaupun tidak diwajibkan, supaya
para ikhwan tarekat merujuk kepada Mursyid mereka terlebih dahulu dalam hal ini.

Membaca Dalam Solat


Oleh kerana ia adalah ayat-ayat Al-Quran, adalah harus membaca 33 ayat Hirfz dan Hirs ini di
dalam solat pada rakaat pertama dan kedua iaitu selepas membaca Surah Al-Fatihah.[7]

Bantuan Allah Permudah Amal Soleh


Kepada sentiasa berasa berat untuk beribadat dan beramal, amalkan memperbanyakkan istighfar
dan membaca doa zikir yang diajarkan Nabi Muhammad SAW ini setiap selepas solat:




Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami
kepadaMu.

App, MP3 Dan Salinan

App (aplikasi android) mengenai ayat 33 ini dan lain-lain ayat amalan boleh didapati daripada nota
nombor[8], MP3 Ayat 33 daripada kompilasi bacaan Imam Husary dan Imam Mishary di nota
nombor [9], manakala salinan pdf ayat ini boleh diperolehi pada nota nombor [10].

Penutup
Alhamdulillah, selesai susunan semula penulisan mengenai Ayat 33. Ayat 33 ini versi Sheikh Ahmad
ini telah disahkan dan diendors oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.[11]



Ya Allah, permudahkanlah, janganlah disusahkan, sempurnakanlah dengan kebaikan.

Allahu wa Rasuluhu a'lam.


Faqyr wa Haqyr elayH
Abu Fahim wa 'Aliya
1 Safar 1436
22 November 2014 [12]

Nota:
[1] Alhamdulillah, sebelum ada orang menulis mengenainya, penulis telah menulis mengenai ayat
33 pada 16 Oktober 2009 dalam grup Tazkirah dan Muhasabah sebagai satu tazkirah secara
spesifiknya di sini: http://goo.gl/zuGHUJ
[2] Alhamdulillah juga beberapa pihak telah mengambil inisiatif menyalin, menerbitkannya semula
dan menyebarkannya hampir tanpa mengubah setiap bait perkataan penulis di beberapa laman web
dan blog termasuklah yang berkaitan perubatan Islam di sini:http://goo.gl/uzPGUj
[3] Video dan maklumat tambahan yang dimaksudkan telah disatukan di sini tetapi masih lagi boleh
dilihat atau diakses di sini: http://goo.gl/R22ui2
[4] Penulis tidak menjumpai hadith2 sahih mengenai ayat2 manzil yang didakwa sebahagian penulis
buku ayat2 manzil ini. Bagaimanapun beramal dengan ayat2 Al-Quran adalah harus tanpa ada
pertikaian kerana Al-Quran itu sendiri bersifat sahih dan diriwayatkan secara mutawatir.
[5] Penulis bagaimanapun menemui hadith-hadithnya yang telah penulis tuliskan di
sini: http://goo.gl/ZdR84O

[6] Penulis ada menulis serba sedikit mengenai Fatihatul Awrad di sini: http://goo.gl/A1E8xs
[7] Pandangan dan perkongsian Al-Fadhil Sahibus Samahah As-Sheikh Haji Mohd Murtadza Bin
Sheikh Haji Ahmad, Mantan Mufti Besar Negeri Sembilan.
[8] Ayat 33 ini terdapat dalam aplikasi android iaitu Kitab Ayat-ayat Amalan di Google Play Market http://goo.gl/VnToA
[9] MP3 Ayat 33 boleh dimuatturun di sini: http://goo.gl/15wtI1
[10] Untuk muatturun dalam format PDF, boleh di dapati di sini: http://goo.gl/Rs27Zt
[11] Ayat 33 ini juga terdapat dalam Kitab Surah Yasin (serta rampaian doa dan amalan) (2006)
terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan diindors oleh jabatan tersebut.
[12] Artikel ini boleh disebarkan tanpa perlu terlebih dahulu meminta izin daripada penulis.
http://goo.gl/zuGHUJ
Teks Ayat 33

1:2

1:1

1:5


1:4 1:3



1:6


1:7


2:1




2:2



2:3
2:5





2:4
2:163




2:164







2:255

2:256

















2:257












2:284












2:285



















2:286












7:54





7:55




7:56






17:110



17:111

37:2
37:1




37:4


37:3
37:6


37:5


37:7

37:9



37:8







37:10





37:11










55:34


55:33



55:35











59:21







59:22











59:23









59:24






72:2



72:1




72:3


72:4


Ayat 3 ialah 3 ayat pertama surah Al-An'am iaitu:






Ayat 5






2:246








3:181





















4:77










5:27


















13:16







Ayat 7



9:51












10:107







11:6









11:56
29:60




35:2


















39:38

Vous aimerez peut-être aussi