Vous êtes sur la page 1sur 22

1

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

40 Hadith
Kelebihan al-Quran
dan Tilawah
Karya:

Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani


-Rahimahullah(wafat 1350 H)

Terjemahan & Huraian:

Ustaz Mohd Juzaili bin Juhan al-Azhari

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani


Beliau adalah seorang
qadi, faqih, sufi, penyair,
sasterawan dan orang
yang banyak memuji
Rasulullah di dalam
penulisan
karyakaryanya.
Gelarannya ialah Abu alMahasin dan nama beliau Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin
Ismail bin Hasan bin Muhammad bin Nasir al-Din al-Nabhani.
Al-Nabhani ialah nisbah kepada bani Nabhan, kabilah Arab
perkampungan di Palestin. Beliau dilahirkan pada tahun
1266H di Ijzim yang terletak di Haifa, Palestin.
Beliau telah mempelajari al-Quran daripada ayahnya yang
juga seorang Hafiz yang mahir. Ayah beliau mengkhatamkan
al-Quran dalam masa 3 hari.
Beliau merantau ke Mesir dan belajar di al-Azhar pada tahun
1283H-1289H dan telah mendapat ijazah daripada guru-guru
beliau.
Antara guru-guru beliau ialah Muhammad bin al-Damanhuri
(wafat 1288H), Ibrahim bin Ali al-Saqa al-Misri (wafat
1298H), Mahmud bin Muhammad bin Hamzah al-Dimashqi
(wafat 1305H), Muhammad bin Muhammad bin Husain al-


Anbabi al-Misri (1313H), Abd al-Hadi bin Ridhwan al-Abyari
Naja al-Misri (wafat 1305H), Ibrahim al-Zaru al-Khalili al-Misri
(wafat 1312H) dan ramai lagi.
Beliau telah berpindah ke Astanah dan bertugas menulis dan
menyemak akhbar al-Jawaib. Kemudian berpindah ke Sham
dan menziarahi Bir al-Turk, Mosul, Halab, Diyar Bakr,
Shahzur, Baghdad, Samira, Bait al-Maqdis dan Hijaz.
Beliau kemudian menetap di Beirut menjawat jawatan Ketua
di Mahkamah Perundangan pada tahun 1305H-1325H. Beliau
mnengerjakan haji pada 1310H kemudian bermusafir ke
Madinah dan tinggal di sana.
Setelah perang dunia pertama, beliau telah pulang ke Beirut
dan wafat di sana pada tahun 1350H dan dikebumikan di alBashurah.
Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang hadith
dan sirah nabawiyyah. Antara karya-karya ialah :
1. Ithaf al-Muslim bi Ahadith al-Targhib wa al-Tarhib min
al-Bukhari wa Muslim.
2. Ikhtisar Riyad al-Salihin.
3. Al-Arbain Arba;in Min Ahadith Sayyid al-Mursalin.
4. Afdhal al-Salawat ala Sayyid al-Sadat.
5. Al-Anwar al-Muhammadiyyah min al-Mawahib alLadunniyyah.
6. Wasail al-Wusul ila Shamail al-Rasul.

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Pengenalan Kitab
Kitab ini adalah merupakan petikan daripada himpunan
risalah di dalam Kitab al-Arbain Arbain Min Ahadith Sayyid
al-Mursalin karya al-Shaykh Yusuf bin Ismail al-Nabhani.
Karya tersebut menghimpunkan 40 buah kitab yang
merangkumi 40 buah hadith bagi setiap kitab.
Antara perbahasan hadith yang dimuatkan dalam karya
tersebut ialah tentang kesempurnaan ketuhanan,
kesempurnaan dan kemuliaan Rasulullah, ahli keluarga
baginda, keistimewaan Islam dari segi kelebihannya,
hikmahnya dan hukum-hukumnya.
Hadith-hadith yang dimuatkan adalah berstatus Sahih dan
Hasan atau hampir dengannya serta disebutkan sumber
riwayat daripada Imam-Imam hadith.
Kitab ini berada pada Fasal ketiga dalam karya tersebut
dengan diletakkan tajuk Arbaun Hadithan Fi Fadhl al-Quran
wa Tilawatihi.

Pendahuluan








) (
:


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat
dan Salam ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad,
ketua sekalian Rasul seterusnya kepada ahli keluarga
baginda, serta para sahabat.
Maka (karya) ini (menghimpunkan) 40 hadith tentang
kelebihan al-Quran al-Karim dan membacanya.

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Faedah:
1. Sunat memulakan sesuatu perkara dengan
mengucapkan lafaz basmalah.
2. Sunat memulakan ucapan dan doa dengan pujipujian kepada Allah seterusnya diikuti dengan
selawat dan salam ke atas nabi.
3. Para ulamak berlumba-lumba dalam menulis dan
membukukan hadith-hadith nabi dalam risalah
yang menghimpunkan 40 hadith.
4. Antara karya-karya tersebut ialah :

Al-Arbaun oleh Al-Imam Abu Qasim Abd al-Karim


bin Hawazin al-ShafiI al-Qushairi (wafat 456H).
Arbaun Hadithan oleh al-Imam Abu Muhammad
al-Husain bin Mas;ud al-Farra al-Baghawi (wafat
516H).
Al-Arbaun al-Nawawiyyah oleh al-Imam Yahya bin
Sharaf al-Nawawi (wafat 676H).
Al-Arbaun al-Ilahiyyah oleh al-Imam Khalil bin alAmir Kikaladi al-ShafiI (wafat 761H)
Al-Arbaun al-Muhadzabah fi al-Ahadith alMulaqabah oleh al-Hafizh Ahmad bin Ali bin Hajar
al-Asqalani (wafat 852H).

Al-Arbaun
al-Mutabayinah
oleh
al-Imam
Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti
(wafat 911H).
Arbaun Hadithan fi Fadhail al-Quran oleh al-Imam
Mula Ali al-Qari (wafat 1014H).
Al-Arbaun al-Ijluniyyah oleh al-Imam Ismail bin
Muhammad bin Abd al-Hadi al-Ijluni
Arbaun Hadithan fi Fadhail al-Haj wa Umrah oleh
al-Sayyid Siddiq Hasan Khan al-Qannuji (wafat
1307H).
Al-Arbain Arbain min Ahadith Sayyid al-Mursalin
oleh al-Shaykh Yusuf bin Ismail al-Nabhani (wafat
1350H).
Istijlab Shafaah al-Rasul min JamI Arbain
Hadithan min Kalamihi al-Azb al-Maqbul oleh alShaykh Abd al-Hayy al-Kattani (wafat 1382H).
Al-Arbaun al-Ghumariyyah oleh guru kepada guru
kami al-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin alSiddiq al-Ghumari (wafat 1413H).

5. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para ulamak


adalah kerana cita-cita dan kerinduan kepada
shafaat Nabi .
6. Disamping beramal dengan hadith-hadith Nabi :

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah



Ertinya: Hendaklah yang hadir (mengetahui akan
hadith-hadith Nabi) menyampaikannya kepada yang
ghaib (tidak mengetahuinya).1


Ertinya: Semoga Allah memperindahkan seseorang
yang mendengar ucapanku kemudian dia menjaganya
lalu menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana
mendengarnya.2

7. Allah Maha Berkuasa untuk memberi kelebihan


kepada sesuatu berbanding dengan yang lain.
8. Al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad, mempunyai
mukjizat pada lafaz dan maknanya, membacanya
dikira sebagai ibadah dan dipindahkan kepada kita
secara mutawatit serta tertulis di dalam mushaf.

Muttafaqun alaih. Dikeluarkan ol eh al-Imam al-Bukhari, hadith


no. 105 dan Imam Muslim, hadith no. 1679.
2
Dikeluarkan oleh al -Imam al-Tirmidzi dan mengatakan : Hadith ini
adalah Hasan Sahih.

Firman Allah :

Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk
ke jalan Yang amat betul (ugama Islam).
Surah al-Isra: 9

9. Al-Karim adalah sifat bagi al-Quran bermaksud


mulia. Firman Allah :

Maksudnya: Bahawa Sesungguhnya (yang dibacakan kepada
kamu) itu ialah Al-Quran Yang mulia, (yang sentiasa memberi
ajaran dan pimpinan).
Surah al-Waqiah : 77

10. Tilawah bermaksud membaca dan kebiasaannya


dikaitkan khusus dengan al-Quran berbanding
Qiraah ( )yang membawa makna membaca
yang lebih umum.

10

11

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Hadith 1: Orang yang paling baik




:


:


Ertinya: Daripada (Saydina) Uthman -Radhiyallahu Anhu, daripada Nabi -Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda :
Orang yang paling baik dikalangan kalian adalah orang
yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari

Hadith 2: Ganjaran Orang yang Membaca


al-Quran

Ertinya: Daripada Aishah -Radhiyallahu Anha- berkata


Rasulullah -Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda:
Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan mahir
dengannya akan bersama-sama malaikat al-Safarah
(penulis) yang mulia lagi patuh perintah Allah.
Manakala orang yang membaca al-Quran dalam
keadaan gagap dan berat lidahnya maka baginya
mendapat dua pahala.
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

12

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Hadith 3: Perumpaan Antara Orang


Mukmin dan Munafiq


:

:

13

Ertinya: Daripada Abu Musa al-Ash'ari -Radhiyallahu Anhuberkata; Rasulullah -Sallallahu 'Alaihi Wasallam- bersabda:
"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Quran
adalah seperti buah Utrujah, baunya harum dan rasanya juga
enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak
membaca Al Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak
semerbak, namun rasanya manis. Sedangkan perumpamaan
orang munafik yang membaca Al Quran adalah laksana buah
Raihanah yang baunya harum namun rasanya pahit. Dan
perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran
adalah seperti buah Hanzhalah, baunya tidak wangi dan
rasanya juga pahit.
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

14

15

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Hadith 4: Golongan yang Dimuliakan Allah







:

.





Ertinya: Daripada Saydina Umar bin al-Khattab


Radhiyallahu Anhu- bahawa Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah akan
memuliakan suatu kaum dengan kitab ini (Al-Quran) dan
menghinakan yang lain.
Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim.

Hadith 5: Al-Quran sebagai Shafaat



:

:



.


Ertinya: Daripada Abi Umamah al-Bahili Radhiyallahu
Anhu- berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam- bersabda: Bacalah al-Quran,
Sesungguhnya al-Quran akan datang memberi shafaat
pada hari kiamat kepada pembacanya.
Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim.

16

17

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Hadith 6: Hasad yang dibenarkan








:

Ertinya: Daripada Ibn Umar Radhiyallahu Anhumadaripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda:
Tidak boleh dengki kecuali pada dua hal. (Pertama)
kepada seorang yang telah diberi Allah (hafalan) Al
Qur`an, sehingga ia membacanya siang dan malam.
(Kedua) kepada seorang yang dikaruniakan Allah harta
kekayaan, lalu dibelanjakannya harta itu siang dan
malam (di jalan Allah). Diriwayatkan oleh al-Imam alBukhari dan Muslim.

Hadith 7: Pahala setiap huruf yang dibaca










: .


Ertinya: Daripada Abdullah bin Masud Radhiyallahu


Anhuma- berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam- bersabda: Barangsiapa membaca satu
huruf dari Kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu
pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat
gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan
ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu
huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan beliau
berkata: Hadith ini Hasan Sahih.

18

19

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Hadith 8: Kelebihan Kalam Allah






:

:

Ertinya: Daripada Abu Said al-Khudri Radhiyallahu


Anhu- daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallambersabda: Firman Allah : Barangsiapa disibukkan oleh
Al Quran dan berzikir kepadaku untuk memohon
kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya
sesuatu yang terbaik dari yang Aku berikan kepada
orang-orang yang memohon, dan kelebihan
kalamullah (Al Quran) dari seluruh kalam adalah
seperti kelebihan Allah dari seluruh makhlukNya.
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan beliau
berkata; Hadith ini hasan.

Hadith 9: Perumpaan Orang yang tiada alQuran di dalam Hatinya





:








: .

Ertinya: Daripada Ibn Abbas Radhiyallahu Anhumaberkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam
bersabda: Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya
tidak ada sedikit pun al-Qur'an ibarat rumah yang
runtuh.
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidzi, beliau berkata:
Hadith ini Hasan Sahih.

20

21

40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

Hadith 10: Kedudukan Orang yang


Membaca al-Quran







.

:

Ertinya: Daripada Abdullah bin Amru bin al-As Radhiyallahu Anhuma- daripada Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam- bersabda: Akan dikatakan kepada
ahli Quran; bacalah dan naiklah serta bacalah dengan
tartil sebagaimana engkau membacanya dengan
tartil sewaktu di dunia kerana sesungguhnya
kedudukanmu ada pada akhir ayat yang kau baca.
Diriwayatkan oleh al-Imam Abu Dawud, al-NasaI, dan
al-Tirmidzi dan berkata al-Tirmidzi : Hadith ini adalah
Hasan Sahih.

22