Vous êtes sur la page 1sur 12

Kajian Tindakan Tentang Penggunaan Teknik Sticker US 90 Dalam Mengajar Bearing

Sukuan Bagi Pelajar Geografi Tingkatan Lima Mutiara


Lee Chai Yong
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang
Abstrak
Ramai pelajar Geografi tidak dapat menguasai topik bearing khasnya bearing sukuan
dalam Kemahiran Geografi. Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar dari sebuah
kelas Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang, Kuching. Tinjauan
awal dilaksanakan untuk menguji pengetahuan asas pelajar dalam menjawab soalan
bearing sudutan. Ia dilakukan melalui Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 tahun 2010.
Kajian mendapati peratusan pelajar yang dapat menjawab soalan bearing sudutan
hanyalah 59.6%. Kemudian satu ujian pra dilaksanakan untuk menguji pemahaman
pelajar tentang bearing sudutan dan bearing sukuan. Peratusan pelajar 5 Mutiara yang
boleh menjawab kedua-dua soalan bearing merosot, iaitu bearing sudutan 42% dan
bearing sukuan 4% sahaja. Peratus pelajar yang lulus ujian pra hanya 20%. Laporan soal
selidik menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah tidak ingat formula,
tidak boleh membezakan bearing sukuan dengan bearing sudutan dan tidak pasti huruf
T/B (timur atau barat) atau U/S (utara atau selatan) yang harus diletak di depan jawapan
mereka. Justeru itu, tindakan telah diambil pada 2hb Julai dengan pengenalan Teknik
Sticker US90 melalui tayangan slaid powerpoint beranimasi. Ini diikuti dengan menunjuk
ajar pelajar cara melekat sticker pada protraktor, kemudian diperkukuhkan dengan latihan
mengukur. Seminggu kemudian ujian pos dijalankan. Keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar. Peratusan pelajar 5 Mutiara yang boleh menjawab soalan
bearing sudutan ialah 84% dan bearing sukuan ialah 80%. Peratusan pelajar yang lulus
ujian pos adalah 90%. Laporan soal selidik juga menunjukkan kepuasan pelajar tentang
teknik baru yang diperkenalkan ini. Seramai 63.3% pelajar mengatakan teknik ini sangat
berkesan dan 23.3% mengatakan teknik ini berkesan dalam mempelajari bearing
sukuan.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu
Masalah yang sering saya hadapi semasa mengajar topik Kemahiran Geografi adalah ramai pelajar saya tidak
dapat menguasai topik bearing khasnya bearing sukuan. Walaupun pelajar telah mendapat pendedahan cara
mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan dalam Sukatan Geografi Menengah Rendah dan Kemahiran
Geografi Tingkatan 4, mereka masih keliru. Biasanya saya akan mengajarkan topik bearing sudutan dahulu
dengan menunjukkan cara mengukur menggunakan protraktor kayu di depan papan tulis. Pelajar yang
duduk di belakang kelas sering menjerit...Cikgu, tak nampak. Saya pula terpaksa berjalan mengelilingi
kelas menunjukkan cara mengukur kepada pelajar yang masih tidak faham menggunakan protraktor plastik
yang kecil pula.
Biasanya, saya memulakan pengajaran dengan menunjukkan cara mengukur bearing sudutan disusuli dengan
cara mengira bearing sukuan berdasarkan formula. Kaedah yang konvensional ini adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1. Maka, pelajar perlu mengukur bearing sudutan dahulu kemudian menukarkan
jawapannya kepada bearing sukuan berdasarkan formula ini. Ini bermakna pelajar belajar mengira bearing
sukuan dan bukannya mengukur bearing sukuan.

Rajah 1: Cara mengira bearing sukuan berdasarkan bearing sudutan yang mana X ialah jawapan
untuk bearing sudutan
Apabila latihan diberikan kepada pelajar, pelajar sering mengatakan ...Susah, tidak ingat formula. Ada
pula yang bertanya...depan letak T kah ataupun U? ataupun meletak jawapan seperti U240B, T20U
dan 385.
Ada ketikanya saya berasa putus asa untuk mengajar topik ini terutama selepas menyemak latihan pelajar.
Rata-rata pelajar menyalin jawapan daripada rakan mereka. Justeru itu, saya bercadang untuk memulakan
kajian untuk membaiki kelemahan dalam teknik mengajar saya dan meningkatkan pembelajaran anak didik
saya. Saya memulakan kajian saya dengan memulakan tinjauan masalah, membuat ujian pra dan soal
selidik. Kemudian saya merancang aktiviti membaiki proses penyampaian dalam kelas melalui slaid
powerpoint yang menggunakan kaedah baru yang dipanggil Teknik Sticker US90. Seterusnya saya
memberi pelajar membuat latihan pengukuhan. Akhir sekali, saya membuat penilaian ke atas keberkesanan
kaedah ini melalui ujian pos dan soal selidik.
Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus kepada kemahiran mengukur bearing sukuan. Kajian ini penting
bagi pelajar Geografi Menengah Atas supaya pelajar dapat menguasai kemahiran mengukur bearing sukuan
dengan tepat.
Objektif Kajian
Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan pelajar Geografi Tingkatan 5 dapat menjawab soalan bearing
sukuan dalam peperiksaan.
Objektif Umum
Membantu meningkatkan keputusan pelajar Tingkatan 5 dalam menjawab soalan Kemahiran Geografi
khasnya bahagian bearing sukuan.
Objektif Khusus
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk:
(a) mengkaji keberkesanan Teknik Sticker US90 dalam mengukur bearing sukuan
(b) mendapat maklum balas pelajar tentang keberkesanan Teknik Sticker US90 dalam memahami topik
bearing sukuan
Kumpulan Sasaran
2

Kajian ini melibatkan saya sebagai guru dan 30 orang dari Tingkatan 5 Mutiara.
Pelaksanaan Kajian
Rangka kajian ini meliputi 3 peringkat seperti dalam Rajah 2:
Tinjauan Masalah
1. Tinjauan awal
2. Ujian pra
3. Soal selidik

Tindakan yang dijalankan


1. Tunjuk ajar menggunakan slaid powerpoint
beranimasi Teknik Sticker US90
2. Aktiviti membuat protraktor bersticker
3. Latihan pengukuhan

Penilaian
1. Ujian pos
2. Soal selidik
Rajah 2: Rangka pelaksanaan kajian
Tinjauan Masalah
Pada 11 Mac 2010, satu soalan bearing sudutan telah ditanya dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal 1
untuk menguji kebolehan pelajar dalam mengukur bearing. Kemudian pada 6 April Ujian Pra diadakan
untuk menguji kebolehan pelajar dalam mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan. Sebanyak 5 soalan
bearing sudutan dan 5 soalan bearing sukuan ditanya dalam ujian ini. Pada hari yang sama, pelajar diminta
menjawab satu set borang soal selidik yang terdiri daripada 6 soalan. Borang soal selidik diadakan untuk
mendapat maklumat tentang masalah sebenar yang dihadapi pelajar ketika menjawab soalan bearing tadi.

Gambar 1: Suasana ketika pelajar menjawab Ujian Pra


Analisis Tinjauan Masalah
Melalui analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Penggal 1, adalah didapati peratus pelajar yang dapat
menjawab soalan bearing sudutan hanyalah 59.6% sahaja. Namun, daripada analisis Ujian Pra pula,
peratusan pelajar yang boleh menjawab soalan bearing sudutan merosot kepada 42% sahaja. Masalah ini
timbul apabila soalan berkenaan bearing sukuan juga ditanya. Jelas didapati bahawa pelajar nampak keliru
dan tidak dapat membezakan bearing sudutan dan bearing sukuan. Peratusan pelajar yang boleh menjawab
soalan bearing sukuan hanyalah 4% sahaja. Kemudian, melalui analisis borang soal selidik saya mendapati
masalah utama timbul kerana 76.7% pelajar mengatakan mereka tidak boleh bezakan istilah bearing sukuan
dan bearing sudutan. Ini diikuti dengan 73.3% pelajar mengatakan mereka menghadapi masalah dalam
mengingati formula. Seterusnya 50% mengatakan mereka tidak pasti T/B di depan atau U/S di depan.
Kemudian, 43.3% mengatakan mereka tidak pandai mengukur menggunakan protraktor. Seramai 26.7%
pula mengatakan mereka tidak ada protraktor menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan. Akhir
sekali, 16.7% pelajar mengatakan mereka tidak pandai mengira.
Tindakan yang dijalankan
Ekoran daripada analisis tinjauan masalah, saya mengambil beberapa langkah untuk mengubahsuai teknik
mengajar saya. Antaranya:

Aktiviti 1
Menggunakan Slaid Powerpoint Beranimasi menunjuk ajar Teknik
Sticker US90 untuk mengukur bearing sukuan.

Aktiviti 2
Menunjuk ajar kepada pelajar cara membuat protraktor guna Teknik
Sticker US90

Aktiviti 3
Memberi latihan pengukuhan mengukur bearing sukuan kepada
pelajar
Rajah 3: Tindakan yang dijalankan
Aktiviti 1:
Menggunakan Slaid Powerpoint Beranimasi menunjuk ajar Teknik Sticker US90 untuk mengukur
bearing sukuan.
Teori Vygotsky menekankan pentingnya interaksi manusia dan peranan orang yang lebih berpengetahuan
dalam mengurangkan jurang antara apa yang diketahui dengan apa yang belum diketahui oleh pelajar.
Jurang ini dipanggil the Zone of Proximal Development (ZPD).

Rajah 4: Zone of Proximal Development (ZPD)


ZPD merupakan perbezaan antara pengetahuan pelajar yang diperoleh sendiri dengan pengetahuan pelajar
yang diperoleh dengan bantuan orang lain yang lebih kompeten. Jurang pengetahuan ini dapat dirapatkan
melalui interaksi pelajar dengan orang dewasa (guru) atau rakan sebaya yang lebih mahir supaya mereka
memperoleh pemikiran aras yang lebih tinggi.
Topik bearing sukuan dapat diajar dengan lebih berkesan apabila saya memberi tunjuk ajar kepada pelajar
melalui scaffolding. Pengajaran yang berpusatkan pelajar ini berkait rapat dengan Teori Vygotsky.
Biasanya semasa saya mengajar topik Bearing, saya menggunakan protraktor kayu dan menunjuk ajar cara
mengukur di papan tulis. Masalahnya ialah pelajar yang duduk di belakang kelas tidak dapat melihat dengan
jelas angka yang tertera pada protraktor. Maka, saya menghasilkan satu slaid powerpoint untuk
menunjukkan langkah-langkah mengukur bearing sukuan menggunakan Teknik Sticker US90.
5

Untuk menghasilkan slaid powerpoint ini, saya mula dengan mencari imej protraktor yang sesuai dan jelas
daripada internet. Kemudian saya menukar imej dengan menggunakan software Gimp dengan
mewujudkan transparency / lutsinar supaya imej asal protraktor tidak menghalang pandangan sekiranya
diletak di atas imej yang lain (rujuk Rajah 5). Akhir sekali, saya menggunakan fungsi animasi dalam MS
Powerpoint untuk menggerakkan protraktor menuju ke arah tempat yang hendak diukur dengan tepat.
Contoh:
Bearing Bt. Tinggi ( RG 118277) dari Stesen Trigonometri Bt. Cincin ( RG 079248) ialah
U 53 T

Rajah 5: Dengan protraktor yang lutsinar, cara mengukur bearing dapat ditunjukkan dengan jelas
dalam slaid powerpoint beranimasi
Aktiviti 2:
Menunjuk ajar kepada pelajar cara membuat protraktor guna Teknik Sticker US90
Selepas melihat demonstrasi cara mengukur bearing menggunakan slaid powerpoint beranimasi, saya
membawa pelajar balik ke bilik kelas pada waktu yang kedua untuk menghasilkan protraktor bersticker
6

US90. Bahan yang diperlukan hanyalah enam keping sticker kecil yang dilekatkan pada protraktor, tiga
keping sticker kecil yang berwarna jingga dan tiga keping yang berwarna hijau. Pelajar diminta melekat
sticker di atas protraktor dan melabelnya mengikut arahan yang diberikan.
Saya mendapat idea ini selepas membaca artikel tentang Distributed Cognition and Educational Practice
yang ditulis oleh Vvidis, Ilias Karasa (2002) dalam Journal of Interactive Learning Research. Teori
Distributed Cognition atau singkatannya Teori Dcog diperkenalkan oleh Edwin Hutchins pada tahun 1980an. Teori Dcog menekankan kepentingan interaksi antara manusia, artifaks/ alat dan ruangan dalam menjana
idea baru. Pengetahuan ataupun kognisi tidak semestinya berada dalam otak seseorang sahaja. Ia boleh
berada di sekeliling kita, pada artifaks atau manusia yang lain. Saya tertarik dengan idea tentang
penggunaan material anchors dalam mencungkilkan ingatan (Hutchin, 2005).
Melalui Teori Dcog ini, saya memikirkan idea untuk mengurangkan tekanan terhadap ingatan dalam otak
pelajar dengan memindahkan pengetahuan ini ke atas artifaks / protraktor. Justeru ini dapat menjimatkan
usaha mental untuk mengingati terlalu banyak maklumat. Kini banyak alat dicipta memainkan fungsi
menyimpan maklumat seperti komputer, mesin kira, mesin automasi mengira mata wang asing, mesin
automasi menimbang berat badan dan sebagainya. Maka, daripada artikel ini saya mendapat satu idea untuk
mencipta protraktor bermaklumat untuk mengajarkan topik bearing sukuan. Teknik ini dipanggil Teknik
Sticker US90. Nama US 90 bermaksud Utara-Selatan 90. Ini kerana bearing sukuan diukur dari 0 - 90
dengan mengorientasikan Utara atau Selatan. Cara melekat sticker pada protraktor ditunjukkan dalam Rajah
6.

Rajah 6: Cara melekat sticker pada protraktor


Aktiviti 3: Latihan pengukuhan
Selepas itu, satu set latihan pengukuhan yang mengandungi 10 soalan latihan mengukur bearing sukuan telah
diberi kepada pelajar. Mereka diberi masa 20 minit untuk menjawabnya.
Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian
Pemerhatian Aktiviti 1
Tarikh: 2 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik AVA
Masa: 7.55 8.35 pagi
Peristiwa:
7

Saya menunjukkan slaid powerpoint beranimasi dan membuat penjelasan tentang Teknik
US90. Pelajar diajar tentang empat suku dalam ukuran bearing. Pelajar yang dahulunya
kurang berminat dalam soalan mengira mula berminat melihat slaid yang ditayangkan.
Beberapa orang pelajar yang sudah mahir mengira pula hanya duduk bersandar.
Refleksi:
Pelajar tertarik melihat slaid powerpoint yang menunjukkan cara mengukur bearing
sukuan.
Apabila saya mula menunjukkan Teknik US90, sekumpulan pelajar
mengatakan ...oh, senangnya. Apabila protraktor dengan gerakan animasi menuju ke
kawasan yang hendak diukur, pelajar boleh menyebut jawapan sudut dengan tepat. Ini
merupakan kali pertama saya melihat pelajar begitu bersemangat dalam menjawab soalan
bearing.
Dengan bantuan ICT, pelajar akan dapat melihat dengan jelas dan saya boleh mengulangi
tayangan slaid sekiranya masih ada pelajar yang kurang faham. Memainkan slaid
powerpoint berulang-kali juga boleh menjimatkan masa dan tenaga saya semasa proses
P&P sebab saya dapat menggunakannya untuk kelas lain.
Pemerhatian Aktiviti 2
Tarikh: 2 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik Kelas
Masa: 8.35 8.55 pagi

Gambar 2: Suasana dalam kelas ketika saya menunjuk ajar cara melekat sticker
Peristiwa:
Saya menunjukkan cara melekat sticker pada protraktor. Kebanyakan pelajar tidak sabarsabar mengambil sticker berwarna dan lekat. Kemudian mereka melabel huruf U, S,
T dan B. Pelajar tertarik dengan sticker berwarna yang diberikan. Mereka terus
melekat pada protraktor mengikut arahan yang diberikan. Mereka hanya mengambil masa
5 minit untuk menyiapkan kerja. Namun, masih terdapat beberapa pelajar yang salah
melabel. Kesilapan itu diperbetulkan dengan segera apabila saya memberi sticker yang
baru kepada mereka.
8

Gambar 3: Sticker yang tersalah lekat pada protraktor


Refleksi:
Pelajar mengatakan ...senang dilihat, tidak perlu mengira, tidak perlu ingat
formula lagi.

Pemerhatian Aktiviti 3
Tarikh: 2 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat: Bilik Kelas
Masa: 8.55 9.15 pagi
Peristiwa:
Pelajar diberi 20 minit untuk menyiapkan latihan pengukuhan. Mereka menjawab soalan
bearing sukuan dengan serius. Semasa pelajar menjawab soalan, saya sempat berjalanjalan dan lihat cara mereka mengukur. Mereka meletak protraktor dengan betul. Walau
bagaimana pun, masih ada pelajar yang tidak menandakan lokasi kawasan berdasarkan
rujukan grid yang diberikan. Ini menyebabkan sudut yang diukur kurang tepat dan
terdapat perselisihan sudut lebih daripada 2.
Refleksi:
Pelajar berpuas hati dengan protraktor baru mereka. Ada pelajar bertanyacikgu,
boleh tak sticker ini kekal pada protraktor semasa peperiksaan? saya tidak mahu
membuang sticker itu kalau disuruh.

Refleksi kajian
Pada 2 Julai 2010, satu Ujian Pos diadakan ke atas kumpulan pelajar yang sama. Soalan ujian pos adalah
sama dengan ujian pra, cuma susunan soalan diubah sahaja. Tujuan ujian pos diadakan adalah untuk
menguji kebolehan pelajar mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan selepas Teknik Sticker US90
diajar kepada mereka. Selepas menjawab soalan ujian pos, pelajar juga diminta menjawab satu borang soal
selidik. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang masih dihadapi
9

pelajar ketika menjawab soalan bearing dan satu soalan terbuka menanya pendapat pelajar tentang teknik
baru yang dipelajari.

Gambar 4: Suasana ketika Ujian Pos dijalankan

Skor
5
4
3
2
1
0
Jumlah pelajar

5 MUTIARA
Ujian Pra
Ujian Pos
Bearing Bearing Bearing
Bearing
sudutan
sukuan sudutan
sukuan
2
0
18
17
3
0
6
5
8
1
2
3
7
1
2
2
3
1
2
2
7
27
0
1
30
30
30
30

Jadual 1: Perbandingan skor pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

10

Jenis Ujian
Ujian pra
Ujian pos

Bil. Lulus
(> 40 markah)
6
27

Peratus lulus
20%
90%

Jadual 2: Perbandingan peratus kelulusan Ujian Pra dan Ujian Pos


1. Peratusan pelajar yang boleh jawab:
Bearing sudutan
Bearing sukuan
2. Peratus pelajar yang masih menghadapi
masalah
(a) Tidak boleh bezakan istilah bearing sukuan dan
bearing sudutan
(b) Masalah dalam mengingati formula
(c) Tidak pasti T/B di depan atau U/S di depan
(d) Tidak ada protraktor
(e) Tidak pandai mengukur guna protraktor
(f) Tidak pandai mengira
3. Pendapat pelajar tentang Teknik Sticker US90
(a) Sangat berkesan
(b) Berkesan

Ujian Pra
42%

Ujian Pos
84%

4%
Soal
selidik
76.7%

80%
Soal selidik

73.3%
50.0%
26.7%
43.3%
16.7%

6.7%
6.7%
3.3%
0%
0%

63.3%
23.3%

3.3%

Jadual 6: Perbandingan analisis data Ujian Pra, Ujian Pos dan Soal Selidik
Penilaian pencapaian pelajar
Keputusan pelajar menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu lebih daripada 80% dapat menjawab soalan
bearing dalam ujian pos. Ini membuktikan keberkesanan kaedah baru yang dipelajari iaitu Teknik Sticker
US90. Hasil daripada soal selidik juga mendapati bahawa peratusan pelajar yang mempunyai masalah dalam
menjawab soalan bearing telah berkurangan. Kepuasan pelajar dapat ditunjukkan dalam pendapat mereka
tentang kaedah baru yang dipelajari. Majoriti pelajar berpendapat kaedah ini sangat berkesan. Di antaranya:
Pelajar A:
Pelajar B:
Pelajar C:
Pelajar D:
Pelajar E:
Pelajar F:
Pelajar G:
Pelajar H:
Pelajar I:
Pelajar J:

Teknik Sticker US90 lebih senang untuk mecari jawapan dalam masa
yang singkat.
Mudah untuk mengenali bearing sukuan.
Sangat berkesan. Saya dapat mengetahui di mana bahagian U, S, T dan
B untuk memudahkan kerja mengukur bearing sukuan.
Tidak perlu fikir.
Senang untuk dilihat.
Senang mengira dan tidak keliru.
Mudah diingati dan senang dilihat.
Saya dapat pasti U/S di depan dan T/B di belakang dan dapat menjawab
soalan tentang bearing sukuan.
Sangat mudah, cepat dan ringkas.
Sangat berguna dan mudah faham.

Jadual 7: Maklum balas pelajar dalam borang soal selidik tentang keberkesanan Teknik Sticker US90
dalam mengukur bearing sukuan
Refleksi proses P&P secara keseluruhan
11

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, beberapa perubahan yang ketara dapat saya perhatikan dalam kalangan
pelajar saya. Sebelum kajian dilakukan, pelajar saya kurang minat dalam menjawab soalan bearing.
Biasanya pelajar akan membiarkan soalan tidak dijawab. Pelajar juga malas membawa protraktor atau
enggan membelinya. Selepas mereka melekat sticker pada protraktor dan tahu teknik mengukur, saya
perhatikan protraktor itu sentiasa ada dalam kotak pensel mereka. Apabila tiba hari peperiksaan, protraktor
itu diletakkan di atas meja dan saya perhatikan majoriti pelajar menggunakannya. Saya tidak sampai hati
menyuruh pelajar menanggalkan sticker tersebut dan saya membenarkan mereka menggunakannya semasa
peperiksaan di sekolah.
Cadangan kajian seterusnya
Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa akan datang. Kaedah ini
adalah paling murah, mudah dan berkesan. Saya juga berpendapat mencipta bahan bantu belajar ini
membantu pelajar menjadi pemiliknya. Dengan itu, proses P&P menjadi lebih menarik kerana pelajar
memiliki alat yang membantu mereka belajar.
Rujukan
Hutchin, Edwin. (2005). Material anchors for conceptual blends. Journal of Pragmatics. Vol.37. 15551577.
Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. (2008). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. Malaysia.
Vvidis, Ilias Karasa. (2002). Distributed cognition and educational practice.
Learning Research. Dimuat turun dari:
http://www.thefreelibrary.com/_/print/PrintArticle.aspx?id=87079467

Journal of Interactive

Vygotsky, L.S. (1978). Mind and society: The development of higher mental processes. Cambridge, MA:
Harvard University Press.

12

Vous aimerez peut-être aussi