Vous êtes sur la page 1sur 2

   

      
NIAT TAWAF WIDAQ

Ya Allah, aku tawaf Baitul Lahil Haram tujuh keliling Tawaf Wida’ mengelilingi rumahMu
kerana Allah Ta’ala

DOA SELEPAS SELESAI MENUNAIKAN TAWAF WIDAQ


Tempat : Multazam (Jika ada kelapangan waktu dan tempat)

Dengan nama Allah, Allah Maha Besar dan segala pujian itu hanya untuk Allah jua, tiada
Tuhan yang disembah selain Allah dan Allah Maha Agung. Tiada daya dan upaya, tiada
kekuatanku, jika tidak dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Benar dan
Mulia. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah s.a.w. Ya Allah, aku datang ke
mara kerana iman kepadaMu, membenarkan kitabMu, memenuhi janjiMu dan kerana
menuruti sunnah NabiMu Muhammad s.a.w (Wahai Nabi, sesungguhnya Tuhan yang
menurunkan Al-Quran itu padaMu nescaya memulangkanMu ke tempat kembali),
wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, dengarlah bicaraku, wahai Tuhan Yang Maha
erksa, paksalah aku ini, wahai Tuhan Yang Maha Pelindung, lindungilah aibku ini, wahai
Tuhan Yang Maha Kasih Sayang, sayangilah aku ini, wahai Tuhan Yang Maha Kuasa
mengembalikan, kembalikanlah aku ini ke Ka’bah ini dan berilah aku rezeki untuk
mengulangi berkali-kali bertaubat dan beribadah, belayar menurut jalan Tuhan kami
sambil memuji Allah.
Allah Maha Menepati janjiNya. Membantu hambaNya, menghancurkan sendir tentera
musuhNya. Ya Allah, Y Tuhanku, peliharalah aku ini dari kanan, kirim hadapan,
belakang, dari sebelah atas dan bawah keluargaku dan ke kampong halamanku. Ya
Allah, Tuhanku mudahkanlah pelayaran kami dan pendekkan bumi ini untuk kami. Ya
Allah, /tuhanku, kawalilah kami dalam pelayaran ini dan awasilah ahli keluarga kami
wahai Tuhan Yang Maha Kasih Sayang dan wahai Tuhan yang memlihara seru sekalian
alam.
  ! "#$%& "'(%& &% )%* )+%, -./0121345
SOLAT SUNAT TAWAF WIDAQ ( 2 rakaat)
Masa : Selepas berdoa / tawaf widaq
Tempat : Makam Ibrahim

Kemudian baca doa :


  



 
 
MAKNA DOA selepas SOLAT SUNAT TAWAF WIDAQ

Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan


menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan
menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya
Allah! Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah aku Ya
Allah Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, Ya Allah
Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Turutkanlah segala kelemahanku. Ya
Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah aku. Ya Allah, Tuhan Yang
mengembalikan sesuatu, kembalikan aku ke Baitullah ini lagi.
Wahai Allah! Murahkanlah rexekiku supaya dapat kembali menzirahi
Baitullah berulangkali dengan bertaubat, beribadah, mengucapkan
syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya
memuliakan sekalian sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan
musuhNya dengan keagunganNya. Wahai Allah selamatkanlah kami dan
hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan
fardu haji, mereka berjihad, mereka yang musafir melalui daratan,
lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat saidina
Muhammad s.a.w. seluruhnya.
Wahai Allah, peliharakanlah aku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, di
hadapan, di belakang, di atas dan dibawahku, sehinggalah aku sampai
kembali kepada keluargaku dan negeriku. Wahai Allah, janganlah Engkau
jauhkan aku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun. Wahai Allah!
Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkau yang
menjaga keluarga kami sepeninnggalan kami menziarahi rumahMu,
hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakkanlah mereka
sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

    !"#"$% ! & '( &)( ( * + *, - .!%/0123%245

Wahai Allah! Janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang
penghabisan bagi aku menziarahi Baitullah. Wahai Allah! Cucirilah
rahmatMu ke atasku dengan memberi petunjuk ke atasku. Aku akan
meninggalkan segala laranganMu, selama hayatku, kasihanilah aku
dengan tidak memberiktakan perkara yang tidak menyenangkan aku,
berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat aku mengerjakan
segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.
Wahai Allah! Kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkan
pembalasanMu terhdap musuhku, tolonglah aku daripada mereka yang
menganiayai aku. Wahai Allah! Aku berlincung dengan Engkau daripada
segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, pengecut dan bergelumang di
dalam hutang yang tidak berkeputusan dan kekerasan musuh.
Wahai Allah! Aku memohon kepadaMu segala kebaikan di dalam
perjalanan kami, serta amalan yang Engkau redhai. Wahai Allah,
mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh, Engkau Ya
Allah! Teman kami di dalam perjalanan dan pengganti di kalangan
keluarga (yang ditinggalkan).
Wahai Allah, aku berlindung dengaMu dari buruk pandangan, buruk
peninggalan ke atas harta benda keluarga dan anak yang ditinggalkan,
wahai Allah! Sertailah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah
afiat.
Wahai Allah! Pendekkanlah perjalanan, selamatkanlah kami dari segala
yang mendukacitakan kami. Wahai Allah! Sampaikanlah perkhabaran baik
kepada kami dan berikanlah keredhaanMu dan lindungilah keaibanku
dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.
Wahai Allah, temankanlah kami di dalam perjalanan kami ini dan
peliharakanlah keluarga kami. Wahai Allah, pelihara aku dari sekelilingku,
di belakang, di kanan, di kiri dan di atasku. Aku berlindung dengan
kebesaranMu daripada segala yang membinasakan aku, wahai Tuhan Yang
Maha Pengasih lagi Penyayang.

Vous aimerez peut-être aussi