Vous êtes sur la page 1sur 5

Doa bangun daripada tidur

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan
kepadaNya kami akan kembali.

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya,
bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha
Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah
ampunilah daku.
Doa masuk tandas

Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan
betina"

Doa keluar tandas

Maksudnya:

"Aku memohon keampunan daripadaMu".

Bacaan selepas berwuduk

Maksudnya:

"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.
Doa ketika memasuki rumah

Maksudnya:

"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada
Allah kami bertawakkal

Doa ketika keluar rumah

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya
kecuali dengan keizinan Allah".
Doa selepas solat

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian
sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan
kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu
bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami
semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur
kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan
kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah
kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas
seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir
seluruh alam.

Vous aimerez peut-être aussi