Vous êtes sur la page 1sur 2

Asal-usul Permainan Gasing

di Malaysia
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin
dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan
dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan
pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing.
Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan
kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama
berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang
berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang
menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita
yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di
tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang
lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah
memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat
daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia
disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan
bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang
dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan
melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali
digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak
tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa
permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat.
Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka
kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka
menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan
mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti
gasing yang terdapat pada hari ini.

 
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang.


Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan
merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau,
koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu
batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan.
Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari
segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing
tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk
menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan
dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Vous aimerez peut-être aussi