Vous êtes sur la page 1sur 8

i

PENCAPAIAN, SIKAP DAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN 4


DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN LUAR BANDAR
DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

MOHAMED ASYRAF BIN MOHAMED NASIR

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS

2009
2

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

23.09.2009

MOHAMED ASYRAF BIN MOHAMED NASIR

20061025953
3
iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya memanjatkan
setinggi kesyukuran kerana dengan taufik dan hidayahNya, maka saya telah dapat
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Noor Wahida Binti Md. Junus selaku
penyelia cadangan penyelidikan dan juga selaku penyelia projek penyelidikan ini. Beliau
banyak memberi bimbingan, panduan dan nasihat dari semasa ke semasa sepanjang
penulisan ini dijalankan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Sazelli Bin Abdul Ghani selaku
pensyarah subjek Kaedah Penyelidikan (TMP 3043) yang telah banyak memberikan
nasihat, perhatian dan buah fikiran serta teguran dalam membantu saya menyiapkan
projek penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah memberikan


pertolongan dan sumbangan idea yang bernas dalam usaha menyiapkan kajian serta
penulisan ilmiah ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada keluarga yang
telah banyak berkorban dan memberikan dorongan semangat serta sokongan kepada saya
sepanjang melaksanakan kertas cadangan penyelidikan ini.

Sekian. Wassalam.

MOHAMED ASYRAF BIN MOHAMED NASIR


Fakulti Sains Dan Teknologi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
September, 2009.
v

ABSTRAK

Kajian ini dibuat untuk meninjau sejauh manakah pencapaian pelajar Tingkatan 4 di

sekolah menengah kawasan luar bandar terhadap Matematik, hubungan sikap dengan

pencapaian pelajar dalam Matematik dan masalah pelajar dalam pembelajaran

Matematik. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian

statistik. Sasaran kajian adalah 40 orang pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak. Pelajar dipilih secara rawak.

Kajian telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik bagi mengkaji sikap dan

temu bual guru bagi mengenalpasti masalah pelajar dalam pembelajaran Matematik.

Pencapaian pelajar dalam Matematik pula diperoleh melalui borang soal selidik yang

diedarkan kepada para pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian

pelajar Tingkatan 4 di sekolah tersebut berada pada tahap yang lemah. Sikap

mempengaruhi pencapaian Matematik dan hubungannya adalah kuat. Manakala

masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Matematik pula

adalah bermasalah dalam menguasai kemahiran asas 3M, lemah tahap penguasaan

Bahasa Inggeris, kurang persediaan untuk belajar Matematik dan masalah dalam

hubungan kekeluargaan dan keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran mereka.


vi

ABSTRACT

This research is conduct to survey how good the performance of Form 4 students in

suburban secondary school toward Mathematics, relationship between the students

attitude toward performance in Mathematics and students problem in Mathematics

learning. The obtained data is analyzed by using statistics software. The research

target is 40 Form 4 students from Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin,

Batu Kurau, Perak. The student is picking up randomly. This research conducted by

questionnaire to study the attitude and by interviewing the teacher in order to study

the student’s problems in learning Mathematics. The student’s performance in

Mathematics data got from the questionnaire. Research outcome show that the Form

4 students in Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin are in the weak level

in Mathematics subject. Attitude affects the student’s Mathematics performance and

its relationship is strong. While the problems faced by the students in learning

Mathematics is problem in 3M basic skill, weak in English knowledge, not ready to

learn Mathematics and family problem that their parents not take care about their

education.
vii

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

3.1 Pembahagian Markah Mengikut Perkara Tertentu 23

3.2 Skor pemarkahan mengikut pernyataan soalan 24

3.3 Pembahagian Item Soalan Mengikut Dimensi Sikap 24

3.4 Taburan Skala Likert Mengikut Kategori 29

3.5 Taburan Min Skor Sikap Mengikut Dimensi Sikap Berdasarkan 31

Kategori

3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 32

3.7 Taburan Markah Berdasarkan Pencapaian 33

4.1 Pendapatan Bulanan Keluarga Pelajar 35

4.2 Bilangan Responden Mengikut Tahap Pencapaian Matematik 36

4.3 Hubungan Antara Dimensi Sikap Dengan Pencapaian Matematik 37

4.4 Hubungan Antara Sikap Dengan Pencapaian Matematik 39


viii

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

KWAMP Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

3M Membaca, menulis dan mengira

SBT Skim Baucar Tuisyen

Kg. Kampung

SPSS Statistical Package for the Social Science

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

S.K. Sekolah Kebangsaan

Vous aimerez peut-être aussi