Vous êtes sur la page 1sur 1

Di Mentakab terdapat jalan raya dan keretapi.

Landasan keretapi dari Gemas


menuju ke Tumpat di Kelantan melalui bandar Mentakab. Jalan raya dari Kuala
Lumpur ke Kuantan, Pahang juga melalui bandar Mentakab. Sungai Semantan juga
mengairi kawasan Mentakab sebagai sebuah kawasan pertanian. Jadi Mentakab
menjadi penting kerana faktor-faktor tersebut.

Mentakab dahulu kala dikenali dengan nama Pasir Rawa. Pada 1901, Mentakab
pernah ditimbangkan untuk menjadi pusat pemerintahan, tetapi kerana keadaan
tanah yang kurang rata, Kuantan sebaliknya dipilih.

Pentadbiran

Wakil rakyat

Kawasan Parlimen Mentakab meliputi 3 kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu


Lanchang, Jenderak dan Sanggang.

Ahli Parlimen - YB. Dato' Fu Ah Kiow

ADUN Lanchang - YB. Tuan Haji Mohd Sharkar bin Shamsudin

ADUN Jenderak - YB. Dato' Haji Mohamed bin Jaafar

ADUN Sanggang - YB. Encik Redzwan bin Harun

Pertubuhan dan organisasi

Koperasi Serbaguna Kariah Taman Saga Mentakab Bhd

Persatuan Penganut-Penganut Buddha Mentakab

The Kwangsi Accociation Of Temerloh District

Umno (Baru) Bahagian Mentakab