Vous êtes sur la page 1sur 1

Kempen

Selain pendidikan alam sekitar, pihak kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung
Alam Malaysia (WWF Malaysia) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) perlu berusaha untuk
memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar melalui pelbagai kempen.
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam
Sekitar Sedunia, dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utama
sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat
Malaysia melalui pelbagai aktiviti kesedaran. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih
prihatin, peka, dan bersama-sama memainkan peranan untuk melindungi dan memulihara alam
sekitar.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menganjurkan kempen "Cintailah Sungai Kita" sejak
tahun 1993 untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya usaha
membersih dan memelihara sungai. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah,
pameran, program sungai angkat, ekspedisi sungai, pengindahan sungai, dan symposium
antarabangsa.
Kempen kesedaran terhadap pentingnya alam sekitar juga dilakukan melalui penerbitan majalah
dan risalah. Contohnya, Majalah Era Hijau diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia untuk
Jabatan Alam Sekitar setiap tiga bulan. Majalah ini diedarkan secara percuma ke perpustakaan
sekolah di seluruh negara.
Di samping itu, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan juga perlu lebih kerap menganjurkan
seminar, pameran, dan ceramah untuk mendedahkan masalah alam sekitar dan kesan kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar kepada orang ramai.

Vous aimerez peut-être aussi