Vous êtes sur la page 1sur 23

1|Populasi & Alam Sekitar

HASIL PEMBELAJARAN:-
Mengenalpasti perspektif yang wujud dalam populasi
dan alam sekitar.
Menerangkan hubungan di antara pertumbuhan
populasi dan pembangunan ekonomi.
Menganalisis kesan pertumbuhan populasi terhadap
alam sekitar.
Membezakan pembangunan ekonomi dan
pertumbuhan ekonomi.
Menerangkan hubungan antara Revolusi Pertanian
dan Renolusi Perindusrian.

PENDAHULUAN

Seperti yang kita ketahui, manusia tidak boleh hidup tanpa bekalan makanan dan air. Ramai
daripada kita bergantung kepada air paip dan juga kepada kedai runcit yang menyediakan kepeluan
makanan kepada kita. Secara ilmiahnya, kita mengetahui bahawa terdapat beberapa kawasan di dunia ini
mengalami masalah kebuluran dan kemarau. Selain itu, lebih daripada 200 tahun dahulu, Malthus telah
2|Populasi & Alam Sekitar

mengaitkan pertumbuhan populasi dengan penawaran makanan. Tetapi pandangan ini adalah silap, yang
mana pengeluaran makanan sebenarnya bergerak dengan pantas seiring dengan pertumbuhan populasi
selepas 200 tahun. Ini adalah fakta dan mereka yang percaya bahawa pertumbuhan populasi adalah
pendorong kepada pembangunan ekonomi dan bercakap tentang rekod makanan untuk diri sendiri adalah
‘Boomsters’. Ditambah pula dengan logik, dari perspektif ini yang mana idea bagaimana kita boleh
mencari formula magik dimana setiap orang akan hidup bahagia dan gembira sampai bila-bila, penyataan
ini secara jelas merupakan janji yang popular dalam konsep mempertahankan pembagunan.

Realitinya, kita perlu membayar harga yang besar untuk penghasilan daripada bebanan yang
berlebihan pada planet kita. Bukan sahaja dalam percubaan untuk memberi makan tetapi juga
memperbaiki kehidupan tanpa pencemaran, kita telah mencemarkan tanah, kesannya pada global yang
memuncak dan meningkatkan penggunaan air bersih. Plot misteri kita telah bertimbal balik. Mungkin
Malthus dan ‘doomsters’ benar. Walaupun formula untuk dasar kerosakan lebih sukar daripada apa yang
dia ketahui, sumber kritikal seperti tanah dan air sebenarnya adalah terhad. Dalam masa yang sama, kita
mungkin akan menghabiskan segala kapasiti bumi yang dihasilkan dan semua orang akan mati.

Di Amerika Syarikat, isu yang kerap dilihat adalah gandingan pendapat antara ‘doomsters’ dan
‘boomsters’. ’Doomsters’ adalah neo-Malthusian, diikuti oleh Paul Ehrlich, yang membantah sejak
berdekad bahawa pertumbuhan populasi akan memandu ekonomi tertentu dan kejatuhan persekitaran di
seluruh dunia adalah perkara normal. Bagi Ehrlich, pilihan polisi selalunya jelas yang mana kawalan
persekitaran menjadi sebahagian daripada strategi pembangunan ataupun stratei ini akan gagal. Bagi
’Boomsters’ pula yang banyak dipengaruhi olej Julian Simon, yang membantah berdekad lalu bahawa
pertumbuhan populasi mendorong pembangunan, lebih daripada kejatuhannya dalam keadaan perlahan
(Simon: 1992). Bagi Simon, pilihan polisi haruslah jelas, yang mana stategi pembangunan tidak
seharusnya secara perlahan-lahan berkurangan dengan pertumbuhan populasi kerana pertumbuhan kedua-
duanya adalah sebab dan simptom pembangunan ekonomi. Pendapat ’Boomsters’ mengenalpasti bahawa
populasi tidak bertumbuh dengan tidak pasti, tetapi membantah bahawa manusia akan rendah
kesuburannya apabila mereka melihat kelebihan dalam melakukannya, yang bermaksud membawa
mereka keluar daripada harta benda melalui perdagangan bebas dan globalisasi (Bank Dunia: 2000).
Perihal ini merupakan kandungan utama dalam idea mempertahankan pembangunan yang telah
dibincangkan di atas.

Di luar Amerika Syarikat yang selalunya diletakkan tempat keempat dalam hubungan perspektif
adalah neo-Marxian. Berpendapat bahawa pertumbuhan populasi tidak memberikan apa-apa pada
3|Populasi & Alam Sekitar

pembangunan ekonomi keseluruhannya. Pembangunan ekonomi, yang mana ia ketinggalan dibelakang


oleh ketidakadilan sistem dunia yang berbentuk penaklukan oleh sempadan pada negara dominan yang
utama. Sama seperti pendapat ’boomsters’, perspektif ini mengenalpasti bahawa populasi tidak boleh
tumbuh dengan tidak pasti, dan begitu juga dengan membantah bahawa manusia akan rendah
kesuburannya apabila mereka melihat kelebihan dalam melakukannya, yang bermaksud membawa
mereka keluar daripada harta benda. Perbezaannya (dan ini merupakan sesuatu yang besar) adalah polisi
perspektif neo-Marxian mestilah cekap mengenai kerjasama multinasional dan memberikan faedah
kepada populasi tempatan, yang mana ia boleh diagihkan sama rata untuk memperbaikan keadaan
manusia.

Bagi setiap perspektif ini, ’boomsters’, ’doomsters’ dan neo-Marxian, ia membawa perbezaan
dalam set polisi yang telah ditentukan dan jurang perbezaan dalam kesan persekitaran. Jadi perkara ini
tidak diketahui yang mana benar. Untuk itu, bagi setiap perspektif mempunyai manfaat tersendiri. Bagi
memahaminya, kita memerlukan beberapa definisi.

Uji Kendiri 1:

Nyatakan pendapat berkaitan pertumbuhan populasi dan


pembangunan ekonomi menurut perspektif
’doomsters’ dan ’boomsters’?

12.1 PEMBANGUNAN EKONOMI –


PENGGUNAAN DAN PENYALAHGUNAAN SUMBER

Pembangunan ekonomi merujuk kepada suatu pertumbuhan dalam satu pendapatan purata, yang
lazimnya ditakrifkan sebagai pendapatan per kapita seorang. Salah satu idea yang berkait rapat adalah
pembangunan ekonomi berlaku semasa peningkatan pengeluaran perkerja dimana kebanyakkan output
4|Populasi & Alam Sekitar

mesti melebihi peningkatan pendapatan. Sudah pasti kewangan anda akan terjamin jika anda mempunyai
dua pekerjaan dalam satu masa yang sama. Anda akan mengenal pasti pengeluaran seterusnya dan
memperbaiki situasi ekonomi anda. Jika tidak, ia akan mengundang kepada keburukkan. Oleh itu,
pembagunan ekonomi merujuk kepada peningkatan pendapatan benar iaitu peningkatan dalam jumlah
makanan dan perkhidmatan yang sebernarnya secara tidak langsung.

Aspek utama dalam sesebuah pembangunan adalah dengan mengambil berat berkenaan
peningkatan kebajikan bagi setiap manusia. Ia bukan sahaja berkenaan peningkatan produktiviti, malah
juga peningkatan keupayaan manusia dalam penggunaan bagi memperbaiki taraf hidup. Penambahbaikan
ini termasuklah untuk memperoleh pendapatan yang tinggi, perkerjaan yang stabil, pendidikan, kesihatan
yang sempurna, makanan yang berzat, rumah dan perkhidmatan am seperti air, perbentungan, tenaga
elektrik, pengangkutan, hiburan, dan juga bagi meningkatkan produktiviti ekonomi.

Permulaan bagi pembangunan ekonomi adalah pelaburan modal kewangan. Modal merujuk
kepada stok barangan yang digunakan untuk pengeluaran barangan lain. Walaupun modal dikeluarkan
dalam bentuk wang telah dibelanjakan pada jentera berat, barisan pemasangan ataupun pada infrastruktur
seperti lebuh raya dan telekomunikasi, ia sebernarnya dapat memberi kesan serta akan membantu bagi
menghasilkan pendapatan yang lumayan di hari akan datang (Spengler 1974). Ini bermakna ia bukan
hanya melibatkan peralatan dan pembinaan, malah juga pelaburan dari segi modal insan yang
merangkumi pendidikan, kesihatan, dan secara umumnya pengumpulan dan aplikasi bagi ilmu
pengetahuan.

Sebenarnya, penting bagi kita untuk memahami pembangunan ekonomi kerana ia dapat
meningkatkan kesejahteraan hidup yang lazimnya memerlukan kita menggunakan lebih banyak sumber
bumi terutamanya tenaga dan air. Keberkesanan dalam menggunakan sumber-sumber ini akan
mempengaruhi perkembangan populasi secara meluas. Kecekapan dalam penggunaan sumber dapat
mengurangkan kerosakan alam sekitar dan mengekalkan populasi pada tingkat taraf hidup yang tinggi.
12.1.1 Pembanguan Ekonomi Berbanding Pertumbuhan Ekonomi
o Petumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan jumlah pengeluaran atau pendapatan dalam
negara tanpa mengambil kira jumlah penduduk, di mana pembangunan ekonomi ini bekait rapat
dengan jumlah pendapatan bagi keseluruhan penduduk.
o Bagi mengukur pendapatan tersebut, kebiasaannya penggunaan indeks bagi pendapatan negara
kasar dikenali sebagai pengeluaran negara kasar.
5|Populasi & Alam Sekitar

o Sekiranya kita mencampurkan nilai kesemua bayaran pekerjaan yang berlaku dalam sebuah
negara, dan menambahkan wang yang diterima dari luar negara, maka pengeluaran negara kasar
dapat ditentukan.
o Jika kita mengecualikan wang dari luar negara dan hanya mengira pendapatan dalam negara
sendiri, maka keluaran dalam negara kasar akan diperolehi.

12.1.2 Mengukur Pendapatan Negara Kasar dan Perchasing Power Parity (PPP)
o Pendapatan negara kasar sering digunakan untuk mengukur kesejahteraan ekonomi dunia.
o Walau bagaimanapun pendapatan negara kasar ini tidaklah berperanan sebagai:
a) Tidak mengambil kira pengurangan dan degradasi bagi sumber asli.
b) Tidak membuat apa-apa potongan untuk penyusutan pengilangan aset seperti infrastruktur.
c) Tidak mengukur nilai bayaran upah pekerja tempatan seperti yang dihasilkan oleh pekerja
wanita dalam negara-negara membangu.
d) Tidak mengira perbezaan dalam kuasa beli antara kaum. Tetapi, kaedah ini biasa digunakan
oleh bank dunia.
o Walaupun pengiraan pendapatan kasar negara adalah dalam unit dollar, tapi unit lebih
berkembang di Ghana berbanding England walaupun kadar pertukaran asing telah diambil kira.
o Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bank dunia telah meninjau sekumpulan isi rumah
di negara-negara yang sedang membangun dari segi perbelanjaan bagi mengukur perbezaan dari
segi taraf hidup.
o Perchasing Power Parity (PPP) merujuk kepada berapa unit mata wang yang diperlukan untuk
membeli satu unit barang di negara lain (World Bank 2007).

12.2 BAGAIMANA POPULASI BERHUBUNG DENGAN POPULASI?

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan ekonomi dan pertumbuhan populasi


mempunyai hubungan secara langsung. Apabila salah satunya berubah seperti pembangunan
ekonomi, pertumbuhan populasi juga turut berubah dan begitulah sebaliknya. Walau
6|Populasi & Alam Sekitar

bagaimanapun, corak perubahannya mungkin boleh berubah mengikut masa. Dalam


perbincangan ini, persoalan yang akan dibincangkan adalah seperti “Adakah pertumbuhan
populasi menggalakkan perkembangan ekonomi?”, “Adakah pertumbuhan populasi dan
perkembangan ekonomi hanya secara kebetulan bersatu antara satu sama lain?”, dan “Adakah
pertumbuhan populasi menjadi halangan kepada perkembangan ekonomi?”.

12.2.1 Adakah pertumbuhan populasi pendorong kepada perkembangan ekonomi?


o Penyokong awal idea yang menyatakan pertumbuhan populasi akan menjadi
pemacu kepada perkembangan ekonomi adalah ahli ekonomi Danish iaitu Ester Boserup.
o Sejarah Eropah menunjukkan bahawa Revolusi Perindustrian dan peningkatan
dalam pengeluaran pertanian secara universalnya memang disertai oleh pertumbuhan
populasi. Penghujahan Boserup’s berdasarkan tesis beliau, didapati bahawa pertumbuhan
populasi merupakan daya penggerak yang membawa kepada pembersihan tanah untuk
tanaman, pengaliran air dan pembangunan tanaman baru, baja dan teknik pengairan dan
semua yang berhubungan dengan Revolusi Pertanian.
o Tetapi, Hirschman telah membantah penyataan ini dengan mengemukan
pendapat:
a) Peningkatan saiz populasi akan merendahkan standard kehidupan populasi melainkan
mereka mengatur kehidupan dengan meningkatkan pengeluaran.
b) Ia merupakan asas psikologi bahawa manusia akan melawan kerendahan dalam
standard kehidupan mereka.
c) Peningkatan dalam keupayaan mengawal ekonomi dan mengatur diri sendiri untuk
pembangunan adalah alasan komuniti untuk melawan penurunan standard kehidupan.
o Didapati bahawa kemunculan pertumbuhan populasi banyak membantu mendorong
pembangunan ekonomi dalam negara membangun.
7|Populasi & Alam Sekitar

Pertumbuhan populasi hanyalah daya yang cukup berkuasa untuk


membuatkan komuniti berubah mengikut cara mereka, dan dalam perubahan
jangka masa panjang mereka akan lebih maju dan menjadi masyarakat
produktif. Dunia ini masih mempunyai sumber fizikal pertanian dan mineral
yang banyak yang belum digunakan. Dalam industri komuniti, kesan faedah
ekonomi adalah besar dan pasaran berkembang dengan pesat. Masalah utama
yang dibentuk oleh pertumbuhan populasi bukan disebabkan kemiskinan,
tetapi secara luar biasanya peningkatan kekayaan secara pantas dalam
beberapa kawasan bantuan untuk pertumbuhan populasi menarik populasi
akan datang melalui migrasi dan penyebaran bandar yang tidak tersusun.

(Clark 1967: Pendahuluan)

12.2.2 Adakah pertumbuhan populasi tidak mempunyai hubungan dengan


pembangunan ekonomi?
o Simon telah mengalihkan kedudukan pertumbuhan populasi yang kurang penting dalam isu
pembangunan ekonomi melebihi tempat pasarannya sendiri.
o Beliau mencadangkan bahawa faktor utama kunci perkembangan ekonomi bagi sesebuah negara
adalah sistem ekonomi dan politiknya. Perhatian salah tempat pertumbuhan populasi adalah
keputusan tidak bersuara dengan teruk menjadi nasihat ekonomi memberi kepada
membangunkan bangsa. (Simon 1992:xiii).
o Dengan menghormati hubungan diantara pertumbuhan populasi dan pembangunan ekonomianya
tidak jauh berbeza dengan pendapat Marxist yang menyatakan bahawa masalah populasi akan
hilang apabila masalah lain dapat diselesaikan dan pembangunan ekonomi boleh berlaku dalam
masyarakat sosialis.
o Marx dan Engels percaya bahawa setiap negara mempunyai sejarah tersendiri yang membentuk
undang-undang populasi dan pembangunan ekonomi berhubungan dengan stuktur masyarakat
politik-ekonomi. Selain itu, Marx dilihat membantah sama ada populasi bertumbuh sebagai
kemajuan ekonomi negara bersifat wajar dalam organisasi sosial.
o Dalam mengeksploitsasi masyarakat kapitalis, kerajaan akan mengglakkan pertumbuhan populasi
untuk memberikan gaji yang rendah yang mana dalam penetapan sosialis tidak
menggalakkannya.
o Sosialis membantah bahawa setiap ahli masyarakat yang lahir bermaksud untuk melengkapkan
kehidupannya. Dengan itu, pembangunan ekonomi haruslah memberi manfaat bagi setiap orang.
8|Populasi & Alam Sekitar

o Perbezaan yang ketara diantara ahli ekonomi yang mempercayai bahawa sosialisme lebih berjaya
memberi jalan keluar kepada pembangunan ekonomi berbanding kapitalisme.
o Disimpulkan bahawa meskipun pertumbuhan populasi bergerak pantas, pasaran buruh dalam
negara turut membangun yang mana mampu menyerap peningkatan pertumbuhan populasi dalam
amasa yang sama pendapatan pekerja meningkat yang disertakan dengan peningkatan produktiviti
(Bloom dan Freeman: 986).

12.2.3 Adakah pertumbuhan populasi mendatangkan keburukan kepada pembangunan


ekonomi.
o Mengikut teori neo-Malthus, kedudukan pembangunan ekonomi terganggu oleh pertumbuhan
populasi yang pantas merupakan pernyataan yang ringkas dalam bentuk asasnya.
o Tanpa menghiraukan sebab permulaan pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan tersebut tidak akan
diterjemahkan ke dalam pembangunan melainkan pertumbuhan populasi lebih perlahan
berbanding pertumbuhan ekonomi.
o Analogi ini boleh digunakan dalam perniagaan. Contohnya, pemegang saham hanya akan
mendapat keuntungan sekiranya perbelanjaan kurang daripada jualan kasar.
o Dalam ekonomi, pertambahan populasi melibatkan perbelanjaan (overhed demografi) dalam
keperluan asas, pendidikan serta barang dan perkhidmatan lain yang diperlukan. Sekiranya,
overhed demografi bersamaan atau lebih daripada pendapatan negara, ia tidak akan memberikan
keuntungan dalam standard kehidupan secara keseluruhannya.
o Dalam konteks di atas, dapat disimpulkan mengapa orang lebih gemar memberikan sedikit
perhatian terhadap populasi tetapi kita boleh memastikan pertumbuhan populasi telah
memburukkan lagi situasi yang sedia teruk.
o Dari aspek positif dalam persamaan kadar kematian dan kadar kesuburan yang rendah boleh
membawa kepada pendapatan yang tinggi. Sebaliknya, dengan menggalakkan kadar kematian dan
kadar kesuburan masih pada tahap rendah yang mana ia turut menggalakkan tingkat pendapatan
akan bertambah (Birdsall dan Sinding: 2001).
o Hubungan timbal balik ini hanyalah sebahagian daripada keputusan daripada transaksi demografi.
9|Populasi & Alam Sekitar

12.3 DI BAWAH GARIS MASA HADAPAN –


MAMPUKAH BERBILION MANUSIA LAGI MEMPEROLEH
MAKANAN?

Neo-Malthusians adalah istilah umum bagi teori bagi penduduk dan sumber-sumber oleh Thomas
Malthus. Seperti yang kita ketahui, penduduk dunia telah mengalami peningkatan yang mendadak
sepanjang abad terakhir ini. Neo-Malthusians dikaitkan dengan perkembangan populasi yang mana
berbeza mengikut seberapa banyak sumber yang digunakan. Kita sering bimbang dengan taraf hidup
manusia pada masa hadapan, iaitu berkenaan dengan isu ketidakcukupan sumber makanan akibat
daripada populasi yang kian bertambah. Masalah ini dianggap masalah utama dunia.

12.3.1 Hubungan antara Perkembangan Ekonomi dan Makanan


o Secara kasarnya, 10,000 tahun dahulu, manusia mula menanam dan menternak untuk
memperoleh makanan dan seterusnya memperoleh penempatan tetap.
o Penanaman tumbuhan-tumbuhan dilakukan berdekatan dengan kawasan penempatan.
o Beberapa ribu tahun dahulu, haiwan dan tumbuhan mula berkembang di bahagian barat
hemisfera, dan hasilnya penambahan jumlah makanan per seorangan. Seperti yang kita ketahui,
penambahan pengeluaran makanan akan dapat menampung pertumbuhan populasi.
o Secara keseluruhannya, Revolusi Pertanian telah mencipta suatu perhubungan ekonomi yang
menggalakkan pengeluaran makanan yang berganda. Lalu, populasi akan bertambah dan
seterusnya kadar kematian akan berkurangan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan
tahap kesuburan.
o Kemunculan Revolusi Pertanian adalah akibat daripada krisis sumber makanan. Maka, manusia
mula menghasilkan sumber makanan. Sebaliknya, ketika Revolusi Perindustrian, pengeluaran
makanan mengalami sedikit penyusutan, tetapi pertumbuhan populasi masih lagi kukuh.
o Sebenarnya, perindustrian dan pembangunan ekonomi memerlukan perkembangan secara
menyeluruh. Hal ini kerana jika setiap individu menggunakan barangan dengan kuatiti yang lebih
banyak, maka penggunaan per seorangan akan meningkat. Keadaan ini dapat ditangani dengan
menggunakan mesin dalam pengeluaran.
o Revolusi pertanian dan perindustrian adalah berhubung kait antara satu sama lain. Pada abad ke-
19, Revolusi Perindustrian dianggap penting setelah berlakunya perubahan dari Revolusi
Pertanian kerana ia dapat mempertingakatkan kuatiti output (Clough 1968).
10 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

o Melalui sejarah, peningkatan penawaran makanan bergantung kepada seberapa banyak tanah
pertanian yang ada. Akibat dari kaedah pengeluaran moden dalam pertanian, maka kebih banyak
pengeluaran dihasilkan.
o Revolusi Perindustrian telah menghasilkan alatan mekanikal iaitu mesin pencantas bagi
mempercepatkan proses penuaian. Penggunaan mesin dalam pertanian dapat meningkatkan
kecekapan pengeluaran, mengurangkan tenaga kerja di dalam ladang dan juga dapat
meningkatkan keluasan hektar tanah serta meningkatkan jumlah tanaman dalam satu musim.
o Walaupun mesin berperanan utama dalam meningkatkan produktiviti pertanian, di Malaysia
terutamanya, banyak tanah pertanian yang masih diusahakan oleh manusia sendiri atau tenaga
kerja berbanding penggunaan mesin. Tidak kesemua pengusaha tanah mempunyai modal yang
banyak.
o Innovasi dalam pertanian juga dibuat bagi menyusun semula tanah-tanah pertanian dan
membangun dasar yang lebih baik untuk penggunaan tanah (Dyson 1996). Pengumpulan ladang-
ladang yang kecil kepada unit yang lebih besar untuk penanaman dapat meningkatkan
pengeluaran. Mengikut kaedah ekonomi bidangan ini, aktiviti perladangan menjadi lebih luas dan
dapat meningkatkan pengeluaran serta menampung kos yang tinggi yang meliputi mesin dan
buruh, baja, serta sistem pengairanyang baik. Walau bagaimanapun, perubahan ini perlu
dilakukan secara berkadar.
o Bidang perindustrian sering mengalami perpindahan pekerja iaitu dari kawasan luar bandar ke
bandar di mana dari pertanian ke perindustrian. Oleh itu, pekerja yang tidak berpindah perlu
menghasilkan lebih banyak makanan bagi menampung keperluan diri sendiri dan masyarakat
sekeliling. Jika populasi dan permintaan makanan meningkat, keperluan jentera pertanian juga
meningkat bagi menampung segala pengeluaran akibat daripada kemerosotan pekerja pertanian.
Oleh itu, Revolusi Perindustrian tidak akan berkembang jika pengluaran dalam pertanian tidak
ditingkatkan.

12.3.2 Perkembangan – Peningkatan Perladangan


o Permukaan air yang menutupi bumi adalah kira-kira 71 peratus dan selebihnya sebanyak 29
peratus adalah daratan. Permukaan tanah yang sesuai untuk tanaman hanyalah 12 peratus sahaja
dan tambahan sebanyak 26 peratus adalah padang rumput. Kawasan hutan pula kira-kira 32
peratus.
o Kawasan hutan perlu dicerobohi bagi aktiviti bercucuk tanam, maka habitat flora dan fauna akan
terjejas.
11 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

o Selain itu juga kerana kawasan luar bandar lebih murah bayaran cukainya jika dibandingkan
kawasan bandar atau hampir dengan bandar. Keadaan ini akan menyusahkan pihak pemilik tanah
yang terpaksa menjual tanah mereka. Menurut The Environment Fund 1987 pula, jika tanah
perladangan tiada, maka tiadalah makanan.
o Hakisan tanah adalah masalah utama dunia akibat daripada kekerapan menerokai tanah baru
untuk pembangunan dan tidak dapat melindungi daripada tiupan angin kencang. Justeru itu, ikan-
ikan di dalam lautan dan sungai akan terjejas akibat daripada bencana ini. Keadaan ini juga
memberi kesan terhadap sumber makanan kita yang akan berkurangan dan tidak mampu
menampung jumlah manusia yang kian bertambah.

12.3.3 Peningkatan Hasil Pulangan Per Ekar


o Terdapat pelbagai cara bagi meningkatkan pengeluaran melalui kaedah-kaedah tertentu. Kaedah-
kaedahnya termasuklah pembiakkan tumbuhan, meningkatkan sistem pengairan dan penggunaan
racun perosak serta baja. Selain itu, kos akan bertambah bagi menanam biji benih baru kerana
tanaman baru memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
o Kandungan nutrisi juga penting bagi tumbuh-tumbuhan bagi mengelakkan serangan penyakit dan
serangan serangga. Serangan serangga sering berlaku sebelum dan selepas tanaman-tanaman
dituai. Bagi mengurangkan kerosakan pada tumbuhan, racun perosak dan racun herba dicipta
untuk mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan kerosakkan pada tumbuhan itu sendiri.
o Hasil yang tinggi bagi pertumbuhan biji benih memerlukan sejumlah air yang secukupnya serta
saliran air yang baik bagi mengekalkan pertumbuhan yang sempurna. Saliran yang baik
memerlukan pelaburan modal awal bagi menanam paip dan pembelian motor untuk menjalankan
pam. Setiap kelengkapan ini memerlukan kos yang tinggi.
o Walapun begitu, terlalu banyak penggunaan racun perosak dalam jangka masa pendek akan
memberi kesan terhadap pengurangan pengeluaran tanaman dalam jangka masa panjang.
o Sebenarnya, hanya terdapat 18 peratus saliran air di dunia (bakinya adalah air hujan) dan ini
bergantung kepada faktor perubahan alam sekitar. Negara yang tertinggi yang menggunaan
saliran bawah tanah tanaman ialah Japan iaitu sebanyak 63 peratus dan diikuti China sebanyak 52
peratus. Negara yang mempunyai paling sedikit saliran ialah Europe kerana musim tanaman
mereka melalui musim hujan.
o Suatu kaedah bagi mengurangkan pembaziran makanan adalah dengan menggunakan pengawet.
Di negara-negara maju, bahan-bahan kimia dicampurkan ke dalam makanan bagi melindungi
kandungan nutrisinya, melanjutkan tempoh simpanan dan mengekalkan rasa serta warna
makanan.
12 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

o Bahan-bahan tambahan ini adalah sangat membantu manghalang kerosakkan makanan daripada
mikroorganisma.
o Walau bagaimanapun, bahan pengawet yang terlalu banyak dalam setiap kandungan makanan
telah memberi kesan yang negatif kepada orang ramai iaitu penyakit kanser.

12.3.4 Berapa Ramai Manusia Mendapat Makanan


o Kita telah menghampiri had mengeksploitasi tanah dan air sepenuhnya, tetapi hasil per ekar
masih boleh dipertingkatkan, serta mengurangkan pembaziran. Andaian untuk mengubah cara
pemakanan telah mengeluarkan kita dari teknologi ke organisasi sosial dan budaya.
o Kebanyakkan negara-negara membangun kurang meneliti serta mengahargai makanan dan
minuman. Kita sering bergantung kepada orang lain untuk menyediakan segala keperluan kita
kerana kita mampu untuk membayarnya. Semua manusia di dunia ini akan mengalami dan
berkongsi prinsip pedagangan yang sama.
o Keadaan cuaca kemarau akan menyebabkan belakunya pengurangan bahan makanan dan
seterusnya peningkatan kematian. Keadaan ini jelas berlaku di Selatan Asia yang mengalami
kekurangan monsun hujan dan berlakunya banjir. Seperti di Afrika, kadar kematian yang tinggi
diganti dengan kadar kelahiran yang juga tinggi dan ini dapat membantu peningkatan populasi
dunia.

Uji Kendiri 2:

Terangkan hubungan antara Revolusi Pertanian dan


Revolusi Perindustrian dengan besertakan contoh.
13 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

12.4 PEMBANGUNAN MELALUI PRODUK –


PEMUSNAHAN PERSEKITARAN

Isu persekitaran yang hangat diperbincangkan di dunia hari ini berhubung kesan besar dalam
percubaan memberi makan dan seterusnya akan meningkatkan standard kehidupan yang besar pada
manusia. Dengan meningkatkan bilangan manusia, kita akan merosakkan litosfera, hidrosfera dan
atmosfera. Hal ini kerana, realiti persekitaran menghubungkan segala-galanya. Untuk memeriksa
kebergantungan antara hubungan persekitaran dengan produk pembangunan, kita perlu mengingatkan diri
kita beberapa konsep asas dan definisi.

Kehidupan seperti sarang labah-labah, dan kesan gangguannya


menyebabkan sebahagian daripada ekosistem bergelombang secara
keseluruhannya; hakisan tanah di Himalaya menyumbang kepada banjir
besar di Bangladesh; pembasmian hutan di Amazon boleh mengubah
keseimbangan atmosfera bagi seluruh putaran bumi; dan pengeluaran
bahan kimia dan gas dalam negara industri yang kaya akan
memusnahkan lapisan ozon yang melindungi semua manusia, sama ada
kaya ataupun miskin.

(Seager 1990: Pendahuluan)

12.4.1 Definisi dan Konsep Alam Sekitar


o Dunia yang didiami oleh manusia dikenali oleh saintis sebagai Biosfera iaitu, zon Bumi yang
mana kehidupan ditemui (Miller: 2004).
o Biosfera mengandungi 3 bahagian utama iaitu:
a) Atmosfera, bahagian paling dalam. Juga dikenali Troposfera terletak 11 batu pertama dan ia
menjadikan atmosfera berada di lapisan teratas bumi.
b) Hidrosfera, terdiri daripada lapisan air dan air bawah tanah.
c) Litosfera, bahagian atas iaitu kerak bumi yang mengandungi tanah, mineral dan minyak
yang membolehkan tumbuhan dan haiwan mampu untuk hidup.
o Dalam biosfera, ekosistem menjelaskan hubungan spesis antara satu sama lain dan dengan
merapatkan/mengharmonikan dunia.
o Kemudiaannya, seluruh ekosistem dunia akan mempersembahkan ekosfera yang mana bahgian
kehidupan dalam biosfera.
14 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

o Semua organisma kehidupan dalam biosfera atau mana-mana ekosistem memerlukan 3 benda
utam iaitu:
a) sumber (makanan, air dan tenaga)
b) ruang untuk hidup
c) ruang untuk membuang kotoran
o Keupayaan kapasiti biosfera atau mana-mana ekosistem dalam ekosfera merupakan jumlah
organisma yang boleh bertahan dalam keadaan tidak pasti. Jumlahnya bergantung pada sumber
yang diperbaharui, ruang untuk hidup yang memadai, dan memadai dengan ruang untuk
menghapuskan produk terbuang.
o Sekiranya populasi melebihi kapasiti pembawaan ekosisitem dalam mana-mana kategori, kita
berhadapan dengan situasi melampau atau melebihi populasi.

12.4.2 Kerosakan pada Litosfera - Mencemarkan Tanah


o Kita hidup pada lapisan kerak bumi yang nipis. Sebenarnya, kita tinggal di lapisan ini hanya 29
peratus dan selebihnya dilitupi dengan air, terutamanya air laut yang mana kita cenderung kepada
ancaman pembentungan terbuka, tetapi kita juga mengeksploitasi sumber yang berada dalam
bumi di atas air.
o Tanah lapisan bumi merupakan tempat dimana manusia membesar, dan kerosakan yang mereka
lakukan pada sebahagian persekitaran ini berpotensi untuk merendahkan keupayaan untuk haiwan
dan tumbuh- tumbuhan terus hidup.
o Antara kerosokan yang dilakukan manusia adalah hakisan tanah, merendahkan tanah akibat
daripada lebihan garam dan air, pembersihan hutan, kehilangan biodiversiti dan tempat
membuang sampah yang berbahaya.
o Bagi setiap langkah untuk meningkatkan produktiviti pertanian, ia akan melibatkan kos
persekitaran daripada pengairan kepada penggunaan baja dan racun serangga seterusnya
pembentukan sumber tenaga dan pengeluaran oleh alat jentera. Sekiranya tida diurus dengan
berhati-hati, pertanian boleh mendorong kepada kemusnahan tanah.
o Putaran tuaian dan aplikasi membaja menggunakan haiwan ternakan membantu
mengurangkan hakisan tanah.
o Pembersihan hutan adalah merosakkan ekologi ditambah pula dengan tekanan
pertumbuhan populasi pada persekitaran. Keadaan ini akan menyumbangkan kepada
hakisan tanah oleh peralihan halangan fizikal iaitu penghalangan angin dan air yang
dibawa jauh daripada permukaan tanah.
15 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

Kebanyakkan budaya manusia, amalan pertanian adalah sebagai industri


yang lebih giat dilakukan dan tanah terus-menerus akan menghadapi
kerosakan pada seluruh dunia. Penerusan kepada kadar pencerapan
kerosakan tanah daripada 1945 kepada 1990 diunjurkan sebahagian
hidupan efektif daripada tanah tumbuh-tumbuhan bumi adalah 182 tahun.
Sebaliknya, tanah untuk tujuan pertanian telah mengubah seluruh
ekosistem, dan kesannya stuktur tanah dan kesuburan, kualiti dan kuantiti
kedua-dua lapisan dan air dibawah tanah serta bodiversiti bagi komuniti
daratan dan akuatik menyusut pada produktiviti masa lepas dan akan
datang.

(Vanderpool 1995:2)

o Hutan juga mudah dipengaruhi kesan daripada pencemaran udara, yang mana boleh
merosakkan tumbuh-tumbuhan dan mengurangkan ketahanan tumbuhan melawan
penyakit.
o Dalam hal ini, ketidaksuburan pokok boleh mengubah iklim kerana hutan memainkan
peranan penting dalam kitaran hidrologi dan juga kitaran karbon.
o Dapat disimpulkan bahawa pembersihan hutan memberi kesan dalam mengurangkan
kapasiti planet dan menyumbangkan kepada pemanasan global kerana ia meningkatkan
jumlah gas rumah hijau yang mana dalam angka yang benar ia akan membiarkan kita
berada pada suhu yang betul untuk kehidupan yang normal.

Uji Kendiri 3:

Nyatakan kerosakan yang dilakukan oleh manusia pada tanah.


Huraikan bagaimana pertanian boleh mencemarkan tanah.
16 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

12.4.3 Kerosakan pada Atmosfera - Mencemarkan Udara


o Atmosfera merupakan campuran gas daripada planet disekelilingnya dan hubungan antara lapisan
atmosfera sendiri (setiap lapisan merupakan “sfera”).
o Kita menghabiskan kehidupan kita dalam toposfera, bahagian yang berdekatan dengan lapisan
atmosfera, yang mana terdapatnya udara.
o Tetapi lapisan lain juga adalah penting, seperti lapisan ozon dalam stratosfera yang melindungi
kita daripada radiasi ultraungu daripada matahari.
o Kesan rumah hijau merupakan gas yang membenarkan cahaya dan radiasi infared daripada
matahari yang melalui toposfera dan menyebabkan lapisan bumi akan menjadi panas dan ia akan
terpantul semula kepada toposfera.
o Secara umumnya, kesan rumah hijau adalah baik, tetapi terlalu banyak gas rumah hijau akan
menyebabkan pemanasan global.
o Pemanasan global berpotensi untuk mengubah zon iklim, suhu meningkat, mencairkan ais dan
mengembangkan laut. Kesannya akan menyebabkan purata air laut akan meningkat, kawasan
pantai akan melimpah dan peralihan zon dunia dimana pertanian akan lebih produktif.
o Pertumbuhan populasi akan meningkatkan pertanian dan seterusnya akan meningkatkan kualiti
hidup mereka dengan meningkatkan penggunaan jumlah tenaga.
o Didapati bahawa, negara yang mempunyai pendapatan yang tinggi membuat kerosakan
yang besar pada lapisan udara.

Didapati dalam tahun 1890, apabila populasi dunia 1.5


bilion, jumlah tenaga dunia tahunan adalah 1.0 terawatt.
(Terawatt adalah bersamaan dengan 5 bilion tong
minyak). Selepas seratus tahun, dalam tahun 1990,
populasi adalah 5.3 bilion, jumlah penggunaan tenaga
naik mendadak kepada 13.7 terawatt. Angka ini adalah
penting kerana “akaun penawaran tenaga untuk syer
utama kesan manusia pada persekitaran global”.

(Holdren 1990: 159)


17 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

o Kesan lain akibat daripada pembuangan gas oleh manusia adalah penipisan lapisan ozon
yang mana akan membentuk satu bulatan yang akan memberi kesan kepada kutub
selatan, merosakkan tanaman dan tenakan serta manusia.
o Dapat disimpulkan bahawa, gas dan zarah yang kita cemarkan pada atmosfera kembali
kepada kita dalam bentuk yang lain dan tiada satu pun yang mendatangkan faedah kepada
kita.

12.4.4 Kerosakan pada Hidrosfera- Penawaran dan Kualiti Air


o Air merupakan cecair yang menakjubkan. Ia melitupi 71% lapisan bumi termasuklah
kutub selatan dan sebahagian daripada kutub utara. Manusia sendiri mengandungi 65%
air daripada berat badan mereka.
o Meskipun begitu, hanya sebahagian kecil, 3% daripadanya adalah air bersih yang
diperlukan oleh manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Tambahan pula 3% air ini
tersimpan sebagai ais di kutub dan glasiar ataupun dalam bawah tanah. Hanya 0.003%
daripada jumlah air di planet ini merupakan air bersih yang tersedia untuk digunakan di
dalam tasik, tanah lembap, ledakan bawah tanah, wap air atmosfera dan sungai
(Falkenmark dan Widstrand: 1992).
o Dalam tahun 1851, diandaikan sumber air bersih di dunia adalah bersamaan dengan 33
000 kubik meter perseorangan setahun (Persatuan Dana Populasi Kebangsaan: 1991)
tetapi dalam tahun 2000 ia menyusut lebih daripada 7000 (Institut Sumber Dunia: 2000).
o Semakin ramai populasi akan menyebabkan berlakunya peningkatan persaingan untuk
menggunakan air perorangan dan ditambah pula dengan pencemaran air melalui
pembuangan sampah secara terus ataupun ke dalam tanah yang mana akan meresapkan
ke dalam sumber air yang akan mengurangkan penawaran air.
o Penggunaan bahan kimia dalam aktiviti pertanian untuk meningkatkan produktivitinya,
dan ia diburukkan lagi dengan menggunakan pengairan yang mana meningkatkan jumlah
air yang terdedah kepada bahan kimia yang sekaligus akan mencemarkan air.
o Pencemaran air akan menyebabkan perubahan pada hidupan marin, kematian ikan dan
sumber makanan marin yang lain.
18 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

o Empangan pengairan memang diperlukan, tetapi untuk mengelakkan kerosakan ekologi


di atas dan di bawah serta hasil tanaman, seluruh dunia haruslah menghentikan
pembinaan empangan.
o Alternatif lain yang telah dibincangkan pada permulaan tajuk, adalah pilihan yang terbaik
untuk untuk tapak empangan bagi menjaga sumber air dunia.

Rumusan Bank Dunia mengenai Situasi Sumber Air Dunia kini:


Dalam abad yang lepas, semasa populasi dunia berjumlah 3 kali ganda,
jumlah penggunaan air meningkat 6 kali ganda, dengan penggunaan
pengairan melebihi 70% daripada air yang sedia ada. Peningkatan ini
menyebabkan kos persekitaran bertambah: sebahagian daripada tanah
lembap dunia akan hilang melalui akhir abad,
yang mana beberapa sungai kini tidak lama lagi mencapai laut dan 20%
daripada air bersih ikan sekarang ini dalam bahaya ataupun kepupusan.
Sekiranya trend semasa kita bersambung, 4 bilion orang
akan tinggaldalam keadaan tekanan akibat air pada tahun 2025, terutamanya
di Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan.
(Shafik dan Johnson 2003: 2

12.4.5 Penilaian punca kerosakan akibat daripada pertumbuhan populasi


o Peranan populasi dalam kerosakan persekitaran adalah berbeza mengikut tempat, masa dan
bergantung kepada jenis kerosakan yang akan dibincangkan.
o Dalam kenyataan umum, kerosakan persekitaran boleh dilihat sebagai kombinasi kesan
pertumbuhan populasi, perkembangan dalam pengeluaran (transformasi produk daripada sumber
alam untuk kegunaan manusia) yang dipanggil pembangunan ekonomi dan juga aplikasi
teknologi dalam proses transformasi.
o Ehrilch dan Ehrlich (1990), merumuskan hubungan ini dalam persamaan kesan (IPAT) :

Impact (I) = Population (P) x Affluence (A) x Technology


(T)
Indikator:
 Impact = jumlah jenis khusus kerosakan persekitaran
 Population = saiz mutlak populasi
 Affluence = pendapatan perorangan
19 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

 Technology = kerosakan persekitaran akibat teknik dalam pengeluaran barang


(dalam unit barang yang dikeluarkan)

o Barry Commoner (1972; 1994), mengutarakan sedikit perbezaan dalam formula Ehrilch dan
Ehrlich yang lebih baik dengan membenarkan pengkaji untuk menilai hubungan di antara
pertumbuhan populasi, kekayaan dan teknologi yang digunakan yang menyebabkan kerosakan
pada persekitaran dengan melihat kepada jenis sepesifik bahan pencemaran:

Pencemaran = Populasi x (barang/populasi) x (populasi/


barang)

o Bagi memastikan kesan relatif populasi dalam menghasilkan populasi oleh kenderaan (barang),
kita perlu memastikan (barang/populasi) bersamaan dengan jumlah jarak kenderaan perorangan;
yang mana (populasi/barang) diukur sebagai karbon monoksida yang dilepaskan per jarak
kenderaan dipandu.
o Walaupun kehidupan kita dalam negara membangun masih menggunakan perkongsian
ketidakseimbangan yang besar dalam sumber bumi, ianya menyumbang kepada krisis
pencemaran, yang mana kadar pertumbuhan populasi dan pembangunan ekonomi di negara
membangun membawa peralihan peningkatan arah tuju dalam kesan global.
o Dalam dunia ini, secara keseluruhannya kita mengandaikan ia akan menjadi hampir kepada 9
bilion orang pada pertengahan abad yang mana kita semua akan menginginkan untuk diet yang
baik dan ketinggian standard kehidupan yang munasabah.
o Adakah ianya mustahil yang bukan hanya untuk melengkapkan pembangunan sahaja tetapi untuk
mempertahankannya?

Maklumat lanjut tentang alam sekitar dan


populasi di Malaysia:
http://www.doe.gov.my/ms
http://www.statistics.gov.my/bm/
20 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

12.5 PEMBANGUNAN LESTARI –


KEMUNGKINAN DAN OXYMORON

Pada 1987, World Commission pada Environment dan Development (WCED) telah
mengeluarkan laporan berkenaan dengan isu "Our Common Future". Laporan ini bertujuan menjamin
alam sekitar dan ekuiti. Adalah jelas bahawa masalah alam sekitar dipandang penting bagi sesebuah
negara.

Pembangunan lestari adalah satu corak penggunaan sumber yang bertujuan untuk menemukan
keperluan manusia sambil mengekalkan persekitaran supaya keperluan-keperluan ini boleh ditemui tidak
sahaja dalam masa kini, tetapi juga di masa depan. Istilah adalah digunakan oleh Brundtland Commission
yang menghuraikan takrif bagi pembangunan lestari sebagai pembangunan adalah "memahami keperluan
kini tanpa menimbulkan rasa curiga ke atas keupayaan generasi akan datang untuk memahami keperluan
mereka sendiri."

Oksimoron pula adalah satu kiasan yang menggabungkan dua penggal yang bertentangan
biasanya. Oksimoron adalah satu kata pinjaman daripada Yunani oxy ("tajam" atau "tajam") dan moros
("membosankan"). Oksimoron adalah penyanggahan pendapat yang berlaku dalam pembangunan alam
sekitar.

Brundtland Commission, secara rasmi World Commission pada Environment dan Development
(WCED), yang dikenali sebagai Chair Gro Harlem Brundtland, telah diadakan oleh Bangsa-bangsa
Bersatu pada 1983. Suruhanjaya ini dicipta untuk memberi perhatian terhadap pertumbuhan alam sekitar
manusia dan sumber asli akibat daripada pembangunan ekonomi dan sosial. Dalam penubuhan
suruhanjaya, UN General Assembly mengiktirafkan masalah alam sekitar sebagai masalah global yang
wujud di mana-mana dan berazam untuk mewujudkan dasar bagi pembangunan lestari.

Pembangunan lestari adalah cara bagi negara-negara yang sedang membangun menjalani proses
perindustrian dengan mengelak dari mengunakan karbon perindustrian terutamanya di negara-negara
yang mempunyai pengeluaran yang tinggi. Bidang pembangunan lestari terbahagi kepada tiga bahagian
konstituen iaitu pengekalan alam sekitar, ketahanan ekonomi dan ketahanan sosiopolitik.
21 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

12.5.1 Kesan Akibat Daripada Peralihan


o Peralihan yang pertama yang telah dibincangakan adalah tentang kesihatan dan peralihan kadar
kematian. Kemerosotan kadar kematian bermakna lebih ramai manusia hidup lama iaitu rakyat
lebih sihat dan mempunyai makanan yang mencukupi. Nutrisi yang mencukupi dapat
meningkatkan saiz badan manusia yang normal serta jumlah kalori per seorangan.
o Peningkatan jisim tubuh juga memberi kebaikan kepada produktiviti ekonomi dimana besar dan
sihat seseorangan itu lebih baik daripada kecil dan lemah. Tetapi abad kini berlakunya
pengeluaran input makanan yang semakin perlahan. Jadi, apakah cukup atau tidak bahan
makanan bagi menampung populasi dan jisim badan yang kian bertambah.
o Peralihan kedua pula adalah peralihan kesuburan. Kemerosotan kadar kesuburan ini memberi
faedah kepada kedua-dua individu dan golongan tersebut. Pada tahap individu, adalah digalakkan
bagi wanita berkahwin lewat, berpendidikan, bersosial serta mempunyai tingkat ekonomi yang
lebih baik.
o Seteruanya, peralihan ketiga adalah peralihan migrasi dimana peningkatan yang seiring dengan
perbandaran. Migrasi cenderung untuk berlakunya perpindahan dari tempat yang kurang maju ke
tempat yang maju. Keadaan ini digalakkan bagi mempercepatkan pembangunan, tetapi memberi
kesan yang negatif kepada alam sekitar (York, Rosa, and Dietz 2003).
o Peralihan umur adalah jelas sekali dalam pembangunan ekonomi. Pertumbuhan populasi yang
begitu cepat adalah bagi golongan muda. Golongan muda berada pada tangga teratas dalam
membantu pertumbuhan ekonomi negara serta menjana perlaburan industri. Ini bermakna setiap
pekerja perlu mengeluarkan barangan bagi mengekalkan taraf hidup bagi setiap individu. Sebagai
contoh, ibu bapa yang mempunyai empat orang anak perlu memperoleh lebih banyak wang
daripada ibu bapa yang hanya mempunyai 2 orang anak bagi memastikan taraf hidup keluarga
antara mereka adalah sama.
o Akhir sekali ialah peralihan keluarga dan isi rumah. Kepelbagaian cara hidup menggalakkan
hidup yang tersendiri dan produktivi yang tinggi, tetapi ini bergantung kepada kecekapan
penggunaan sumber. Seterusnya, kebebasan individu, hak berharta benda, pasaran-pasaran bebas
dan kerajaan demokratik adalah kunci bagi sesebuah negara untuk meneruskan pembangunan dan
mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi (De Soto 2000; World Bank 2003). Walau
bagaimanapun, untuk mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi, sesebuah negara itu
perlulah meningkatkan kadar populasinya.
22 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

12.5.2 Adakah Kita Melampaui Keupayaan Sebenar?


o Melalui kadar populasi haiwan, keupayaan untuk terus hidup adalah bergantung kepada sesebuah
ekosistem. Taburan hujan yang turun bagi sesetengah kawasan adalah kurang. Masalah ini
mengakibatkan kekurangan sumber makanan dan seterusnya peningakatan kadar kematian bagi
haiwan akan meningkat.
o Fenomena seperti ini sama seperti manusia hidup pada zaman pra moden iaitu semasa Tamadun
Mesopotamia bagi Sumeria dan Babylon di Asia Barat sekitar 9,000 tahun dahulu. Pada zaman
tersebut terdapat banyak tumbuh-tumbuhan dan hutan tebal. Perubahan bentuk alam sekitar
sering berlaku bagi setiap perubahan generasi.
o Seterusnya mari kita lihat konsep berkenaan dengan Bekas Kaki Ekologi (Ecological Footprint).
Bekas kaki ekologi adalah satu langkah permintaan manusia pada ekosistem bumi. Ia
membandingkan permintaan manusia dengan bumi melalui keupayaan ekologi yang dijana
semula. Ia mewakili jumlah biologi tanah yang produktif dan kawasan laut yang untuk menjana
semula sumber populasi manusia agar ia tidak berbahaya sisa sepadan.
o Revolusi perindustrian telah mengakibatkan peningkatan dalam pertumbuhan populasi. Walau
bagaimanapun inovasi dalam revolusi pertanian juga telah meningkatkan barangan makanan dan
seterusnya populasi. Oleh itu saiz populasi dan keupayaan muatan global telah ditingkatkan.
o Keupayaan muatan bagi spesis biologi dalam satu persekitaran adalah saiz penduduk dalam
persekitaran yang dapat bertahan dalam jangka masa panjang, meperoleh makanan, habitat, air
dan keperluan lain. Untuk populasi manusia, pembolehubah-pembolehubah kompleks seperti
sanitasi dan rawatan perubatan digunakan sebagai sebahagian daripada infrastruktur adalah perlu.
Sekiranya kepadatan penduduk meningkat dan kadar kelahiran sering meningkat, maka kadar
kematian lazimnya mengalami pengurangan.

Andaian yang digunakan bagi mengunjur penduduk seperti berikut :


satu kelahiran berlaku setiap 58 saat
satu kematian berlaku setiap 4 minit dan 36 saat
seorang migran masuk(antarabangsa) setiap 5 minit dan 15 saat
pertambahan keseluruhan penduduk, seorang penduduk
bagi setiap 56 saat
23 | P o p u l a s i & A l a m S e k i t a r

RINGKASAN DAN KESIMPULAN

Jika manusia tidak berfikir tentang hubungan antara pertumbuhan populasi dan pertumbuhan
ekonomi, maka pelbagai masalah berkenaan populasi akan timbul di dunia ini. Terdapat sesetengah
manusia masih tidak bersetuju dengan peningkatan populasi yang terlalu tinggi. Oleh yang demikian
pembuktian punca dan kesannya masih belum diketahui.

Terdapat beberapa persoalan berkenaan pertumbuhan populasi yang tercipta dalam jangka masa
panjang iaitu penekanan terhadap sumber kemasyarakatan. Melalui analisis yang terakhir, didapati
bahawa hubungan antara pertumbuhan populasi dan perkembangan ekonomi adalah baik dari segi
perbezaan perkembangan zaman terdahulu dan kini. Perbezaan utama yang dapat kita lihat adalah kadar
perubahan yang semakin laju dalam pekembangan populasi. Keadaan ini memberi peluang kepada sektor
perdaganagan (pemprosesan makanan, lebih ramai membeli iPods, barangan alat tulis dan sebagainya.

Pertumbuhan populasi dunia yang sempurna perlulah seiring dengan penghasilan sumber
makanan. Sesungguhnya Green Revolution adalah merangkumi tentang genetik tumbuhan dengan racun
perosak, baja, pengairan, penggiliran tanaman, penyusunan semula tanah dan penanaman berbilang
tumbuhan untuk memperoleh lebih banyak makanan bagi setiap ekar tanah. Pada tahap teknologi masa
kini, populasi dunia sepatutnya tidak perlu berdepan dengan masalah kekurangan sumber makanan.
Masalah sebenar bagi penyediaan makanan dan hidup yang sempurna adalah untuk pendatang baru iaitu
migrasi. Jadi kita perlulah sentiasa bersedia dengan apa pun jua keadaan di masa akan datang dengan
melindungi dan mengawal alam sekitar agar sebarang pembaziran tidak akan berlaku.

Uji Kendiri 4:

Terangkan langkah-langkah bagi melindungi alam sekitar


akibat daripada penamabahan bilangan populasi yang
mendadak dari aspek ekonomi.

Vous aimerez peut-être aussi