Vous êtes sur la page 1sur 1

Maklumat Asas Peperiksaan SMK Sri Aman

Pengenalan
Ujian Bulanan 1 akan bermula pada 6 Mac hingga 13 Mac 2009. Pastinya setiap
individu pelajar sudah bersedia untuk diuji dan dinilai melalui peperiksaan ini.

Displin diri
1. Sentiasa patuhi masa
2. Sentiasa peka dengan jadual peperiksaan yang telah ditetapkan
3. Sentiasa rujuk jadual peperiksaan
4. Pastikan semua nota dan beg berada di luar bilik darjah
5. Pastikan tiada sebarang peniruan yang berlaku. Pastikan anda tidak
meniru dan ditiru. Laporkan kepada guru sekiranya terdapat sebarang
unsur-unsur peniruan

Keadaan kelas
1. Pastikan kelas anda sentiasa berada dalam keadaan yang teratur dan
kemas sesuai dengan minggu peperiksaan
2. Pastikan kelas anda sentiasa bersih dan selesa
3. Pastikan laci meja sentiasa dikosongkan
4. Pastikan semua laci meja dihadapkan ke bahagian hadapan.

Keperluan peperiksaan
1. Setiap calon peperiksaan wajib menggunakan kertas OMR dan exam pad
berlogo sekolah

Penutup
Akhir sekali, selamat berusaha dan teruskan usaha. Ingatlah bahawa setiap
perkara yang kita usahakan pasti akan membuahkan hasil yang bermakna.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.
Sekian, terima kasih.

Unit Peperiksaan SMKSA 2009

Vous aimerez peut-être aussi