Vous êtes sur la page 1sur 2

Amalan Yang Menghidupkan Ramadan

1. Sedekah

Memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati di bulan Ramadan adalah dituntut. Ibn
'Abbas melaporkan:

                 "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan
lagi di bulan Ramadan ketika Jibrai menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran."
(Riwayat Bukhari)

2. Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ianya bulan
al-Quran sebagaimana Allah menyatakan,

               "...bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi


sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat
185)

Malaikat Jibrail sentiasa bertaradus al-Quran dengan Nabi setiap hari pada bulan
Ramadan. Begitu juga para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah-ibadah
yang lain. Sebahagian salaf sentiasa mengkhatamkan al-Quran dalam masa tiga hari dan
sebahagiannya dalam masa tujuh hari dan sebahagiannya setiap hari pada bulan
Ramadan. Saidina Uthman bin Affan sentiasa mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari
pada bulan Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba bulan Ramadan, "Sesungguhnya
Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang
berpuasa."

3. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa


Rasulullah berkata, "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka
baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun
dari pahala orang yang berpuasa itu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-
Darimi)

4. Qiamullail

Qiamullail ertinya berjaga malam. Disunatkan berjaga malam secara berjamaah pada
bulan Ramadan iaitu solat Tarawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah
terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan solat malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah berkata:

"Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada


Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu." (Riwayat Bukhari)

5. Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan
melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.
Solat tarawih walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara
berjamaah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum perlaksanaan solat tarawih,
diadakan ceramah singkat bagi menasihati para jemaah.

Vous aimerez peut-être aussi