Vous êtes sur la page 1sur 3

AKHLAK MULIA KELUARGA BAHAGIA

Bismillahirrahmanirrahim

Tegak rumah kerana sendi


Runtuh sendi rumah binasa
Tegak bangsa kerana budi
Hilang budi hilanglah bangsa

Bunga melati bunga di darat


Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Kehakiman intelektual


berkarisme, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum
dan salam sejahtera.

Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati


maksud pidato saya yang bertajuk Akhlak Mulia Keluarga Bahagia.

Pertama- bertunjangkan indikator akhlak mulia. Istilah akhlak berasal


daripada perkataan Arab iaitu khuluk yang bermaksud tata tertib dan
maruah. Akhlak mencakupi seluruh perbuatan lahiriah yang terjelma
daripada dorongan batiniah dalam diri insan. Manakala keluarga pula ialah
orang yang paling rapat dengan kita iaitu ibu, ayah dan anak-anak.

Sidang Dewan yang dihormati,

Kututup rapat pintu definisi


Kubuka pula maksud isi

Lontaran idea saya yang pertama berteraskan kata kunci keluarga bahagia
menjadi impian, akhlak dan peribadi Rasulullah menjadi ikutan.
”Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia,
Begitu sabda Rasulullah. Justru akhlak yang mulia sentiasa menghiasi
kehidupan Rasulullah Maka kita sebagai umatnya haruslah mengikuti dan
mencontohi sifat dan peribadi Rasulullah agar hidup kita dan keluarga kita
sempurna dan bahagia di dunia dan akhirat.
Menyusul pula gagasan kedua di bawah indikator, ibu bapa yang beriman
tonggak keluarga bahagia. Betapa besarnya peranan ibu bapa yang menjadi
nakhoda melayari bahtera sebuah keluarga. Ibu bapa perlu memberi
pendidikan agama dan akhlak yang sempurna kepada anak-anak. Wahai ibu
dan bapa. Luangkan masa untuk mendengar masalah anak-anak. Jangan
jadi ayah keluar pintu hadapan, ibu keluar pintu belakang, anak-anak jadi
lintang pukang. Kalau begitu jadinya porak porandalah sebuah keluarga.

Hadirin yang dihormati,

Dengar-dengarkan, renung-renungkan pesanan Datuk Seri Abdullah Hj


Ahmad Badawi dalam Akhbar Mingguan Malaysia tanggal 17 APRIL 2005

”Ibu bapa perlu sanggup mendengar msalah anak-anak dan biarlah mereka
menangis di bahu kita, janganlah ada masalah, kita halau mereka dan
kemudian mereka menangis di bahu orang lain. Pada masa itu remuklah hati
kita.” Justru hadirin sekalian, untuk mendidik anak-anak supaya berakhlak
mulia biarlah sejak kecil lagi seperti kata Peribahasa Melayu ”Kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya,”

Sidang pendengar yang budiman,

Menelusi hujah saya yang ketiga di bawah nirmala kata, anak-anak


berakhlak mulia generasi pewaris bangsa.

Anak-anak juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Anak-anak


perlu menghormati dan mentaati perintah ibu bapa. Maruah ibu bapa perlu
dijaga. ”Janganlah menconteng arang ke muka ibu bapa.”
Yang tua kita hormati
Yang muda kita kasihi
Akhlak mulia kita sanjungi
Keluarga bahagia kekal harmoni.

Warga dewan yang dihormati,

Hujah terakhir hamba utarakan berpaksikan indikatur, peranan


institusi keluarga perlu dipulihkan. Keluarga yang kucar-kacir akan
melahirkan anak-anak yang mudah terlibat dengan gejala yang tidak sihat.
Gejala negatif seperti dadah mampu menggugat dan meruntuhkan institusi
keluarga. Jika institusi keluarga lemah , dengan sendirinya sesuatu bangsa
tidak akan teguh.

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Konklusinya, marilah kita sama-sama bertaut tenaga, menggembleng usaha,


memupuk akhlak mulia dalam kalangan generasi pewaris bangsa bagi
mewujudkan keluarga bahagia.

Sekian, sejambak kasih, sekalung budi,


Izinkan hamba, mohon permisi.

Wabilahitaufik, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Vous aimerez peut-être aussi