Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak
bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang
betul atau sebaliknya
3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta
beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya
malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik
atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada
segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap
Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Pengertian Akidah
1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan
sifat-sifat kesempurnaanNya.
2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak
berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt
3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu Akidah
Ilmu Tauhid
Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap
segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah
swt
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-
orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan
planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt
Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana
dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.
1. Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk
disampaikan kepada manusia
2. Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan
lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
3. Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang
dikehendaki oleh Allah
4. Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya
5. Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
6. Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
7. Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur
8. Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur
9. Ridhwan – Mengawal syurga
10. Malik – Mengawal neraka
Antara tugas-tugas Malaikat seperti:
Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan
seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat
1. Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa
menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia
berada
2. Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari
setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
3. Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang
dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan
ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubur
Firman Allah swt yang bermaksud:
”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya
mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar
gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada
yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab
suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia
mengenai apa yang mereka pertikaikan”
(Surah Al-Bawarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab
yang terdahulu
1. Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada
orang lain
2. Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang
wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan
diredhai Allah
3. Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh
manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
4. Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-
tempoh tertentu sahaja
5. Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa
digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab
Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang
terkandung di dalam kitab-kitab yang datang daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa
sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang
berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah
Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang
ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam
syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara
pokok yang lain semuanya sama
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga
tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.
1. Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi. Terjadi gempa bumi, di mana gunung-
gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit
bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama
ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
2. Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang
Mahsyar
3. Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada
yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
4. Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi
keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
5. Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya.
Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang
banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan
di neraka
Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat
1. Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat
manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
2. Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku
pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan
segala isi kandungannya
3. Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
4. Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan
1. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan
kepada dua:
2. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
3. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia
1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan
tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada
manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu
hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan
demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita.
Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan
kepada kita
Peringkat-Peringkat Iman
1. Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut pendapat orang lain
2. Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan berdasarkan pada fikiran tidak terletak
di hati
3. Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini dimiliki oleh orang-orang soleh
4. Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan
muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
5. Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup
semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi
1. Supaya terhindar daripad ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah seseorang terhadap
Allah swt
2. Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya
3. Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan
yang boleh merosakan akidah
4. Audit dan Timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat
ialah hisab dan timbangan amalan
5. Balasan Syurga dan Neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa orang yang
mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan
dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukan ke dalam
neraka
6. Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang
cuba memesongkan akidah seseorang
Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
Pembinaan Akidah
1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus
2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang
disuruh oleh Allah
3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah
6. Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada
sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung,
masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi
ilmu, amal dan akhlaknya.
http://www.islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php