Vous êtes sur la page 1sur 1

1. Memiliki buku teks B. Arab tingkatan satu, dua dan tiga.

Jadikan buku-buku itu milik kekal


anda. Buku teks tersebut hendaklah dibeli kerana buku teks yang dipinjamkan oleh pihak
sekolah wajb dihantar sedangkan soalan PMR format baru ini betul-betul berpandukan buku-
buku teks tersebut. Walau pun nota-nota anda lengkap sekali pun pastinya inti kandungan buku
teks ada yang tertinggal.

2. setelah mempunyai buku teks tersebut, para pelajar hendaklah mengingati seberapa banyak
makna perkataan yang terdapat di dalamnya atau dengan kata lain menguasai tharwah
lughawiyyah ( ‫) ال َثرْ َوةُ اللُ َغ ِويَّة‬/ perbendaharaan kata. Sebenarnya inilah asas kejayaan cemerlang
kertas Bahas Arab pada semua peringkat. Manfaatkan masa dalam cuti yang masih berbaki lagi
dan cara untuk menghafal

3. Ulangkaji balik semua tajuk bahagian al-Qawaid al-Nahwiyah ( tatabahasa ) dan pastikan
memahaminya dengan baik. Soalan bahagian Qawaid ini merupakan salah satu perkara baru
dalam format Bahasa Arab 2010. Ustaz akan menerangkan semua tajuk qawaid dalam tutorial
nanti. Sesiapa yang kurang memahami sesuatu topik boleh memaklumkan kepada ustaz agar
dibuat tutorial. Ustaz akan membantu sekadar ilmu yang ada, insya Allah.

4. Kumpulkan kalimah seerti ( ‫ ال ُم ْف َردَات‬/ ‫ ) ال َم َعانِي‬dan berlawanan ( ‫ضادَّات‬


َ ‫ ) ال ُم‬dalam buku nota
khas dan menghafalnya. Soalan berbentuk memberikan perkataan seerti dan berlawanan ini
boleh menyebabkan anda banyak kehilangan markah. Oleh itu buatlah persiapan awal untuk
menangani soalan seperti ini.

5. Kumpul kata-kata hikmah, perumpamaan, nas syi’ir dan nas al-quran serta menghafalnya
sehingga mantap dari segi baris, makna dan pengajarannya.

6. Kuasai kiraan bilangan dan nombor ( ‫) ال َع َد ُد واألَرْ َقام‬. Pastikan anda mengingati nombor yang
dipelajari sejak tingkatan satu hingga kini. Beri perhatian bahagian bilangan biasa ( ‫) ال َع َد ُد‬,
bilangan tertib ( ُّ‫ ) ال َع َد ُد ال َترْ ت ِِيبي‬dan nombor untuk menerangkan pukul ( waktu ).

7. Berlatih membina ayat dalam Bahasa Arab. Perkara ini amat penting untuk menjawab soalan
kertas dua bahagian karangan yang menjanjikan 20 markah. Jangan takut salah dari segi nahu
dan belajarlah daripada kesilapan. untuk kemahiran membina ayat anda mesti menguasai
perubahan pada kata kerja ( ‫ ) الفِعْ ُل‬bersama pelakunya ( ‫ ) ال َفاعِ ل‬dan kaya “tharwah”.

Vous aimerez peut-être aussi