Vous êtes sur la page 1sur 23

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS
VARIAN

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM :

Mempelajari dan memahami varian

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

1. Menerangkan maksud varian.


2. Mengira varian bagi bahan langsung,
buruh langsung dan overhed.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
2

ANALISIS
VARIAN
INPUT

16.0 PENGENALAN

Apabila anda menetapkan satu standard sedangkan pencapaian anda tidak sebagai mana
standard yang ditetapkan. Maka telah berlaku penyimpangan daripada standard yang
ditetapkan. Penyimpangan daripada standard yang ditetapkan di dalam perakaunan adalah
dikatakan sebagai varian. Anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas apabila anda
mengikuti pembelajaran seterusnya tentang varian.

16.1 DEFINISI VARIAN

Varian adalah perbezaaan antara kos sebenar dengan kos standard yang dilibatkan dalam
sesuatu jangka masa tertentu.

Contoh 16-1 :

Andaikan kos yang dilibatkan untuk menghasilkan 1 000 unit keluaran bagi bulan Jun
adalah seperti berikut :
RM
Bahan Langsung 13 020
Buruh Langsung 20 580
Overhed Berubah 6 500
Overhed Tetap 4 400
---------
44 500
=====
Manakala jumlah kos standard ialah RM 42,000 ( ditentukan dengan mendarabkan
jumlah unit yang dihasilkan dengan kos standard seunit, iaitu 1,000 unit x RM 42.00)

Maka jumlah varian adalah :

Kos Sebenar RM 44 500


Kos Standard RM 42 000
--------------
Jumlah Varian RM 2 500
========
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
3

Jika kos sebenar melebihi daripada kos standard. Anda akan mengalami varian tidak baik
(Unfavorable - akan ditandakan dengan huruf U)

Jika kos sebenar kurang daripada kos standard. Anda akan mengalami varian baik
(Favorable – akan ditandakan dengan huruf F)

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
4

AKTIVITI 16A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

16.1 Berikan definisi varian

Jawapan:

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

ANALISIS VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
5

Maklumbalas 16A

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
16A

16.1 Varian adalah perbezaaan antara kos sebenar dengan kos standard yang
dilibatkan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
6

ANALISIS VARIAN

INPUT

16.2 PENGIRAAN VARIAN

Terdapat beberapa jenis varian yang anda perlu mengetahui cara mengiranya :

16.2.1 VARIAN BAHAN LANGSUNG

Varian bahan langsung terdiri daripada ;

16.2.1.1 Varian Harga Bahan Langsung

Varian ini disebabkan oleh pembayaran yang dibuat melebihi atau kurang
daripada harga standard bahan yang ditetapkan.

Anda dapat mengiranya dengan menggunakan formula 16-1 :

Varian Harga = Kuantiti Sebenar - Kuantiti Sebenar


Bahan Langsung X Harga Sebenar X Harga Standard

Formula 16-1: varian Harga Bahan Langsung.

Atau anda boleh menggunakan juga formula 16-2 berikut :

Varian Harga Langsung = Kuantiti Sebenar X (Harga Sebenar – Harga Standard)

Formula 16-2: varian Harga Bahan Langsung.


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
7
Contoh 6-2 :

Kos standard per unit RM

Bahan Langsung 50 kg. @ RM 2.50/kg 125.00


Buruh Langsung 14 jam @ RM 2.75/jam 38.00
--------------
RM 163.00
========
Maklumat sebenar bagi bulan Jun adalah seperti berikut :

Pengeluaran 150 unit


Belian Bahan Langsung 7,000 kg dengan kos berjumlah RM 18,200
Stok Awal Bahan Langsung 1,300 kg
Stok Akhir Bahan Langsung 850 kg
Upah dibayar (2,020 jam) RM 5,858

Varian Harga = Kuantiti Sebenar - Kuantiti Sebenar


Bahan Langsung X Harga Sebenar X Harga Standard

= 18,200 - ( 7,000 kg x RM 2.50)


= 18,200 – 17,500
= RM 700 (F)

16.2.1.2 Varian Kuantiti Bahan Langsung

Varian ini berlaku apabila terdapat perbezaan antara kuantiti bahan langsung yang
digunakan berbanding dengan kuantiti standard yang ditetapkan.

Anda boleh mengira varian ini dengan menggunkan formula 6-3:

Varian Kuantiti = Kuantiti Sebenar - Kuantiti Standard


Bahan Langsung X Harga Sebenar X Harga Standard

Formula 16-3:Varian kuantiti Bahan Langsung

Atau dengan menggunakan formula

Varian kuantiti = Harga standard X ( Kuantiti Sebenar - Kuantiti Standard )


Bahan Langsung

Formula 16-4:Varian kuantiti Bahan Langsung


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
8
Daripada contoh 16-2:

Varian kuantiti Bahan Langsung


= ( 7,450 kg X RM 2.50 ) – ((150 unit X 50 kg) X RM 2.50)
= 18,625 – 18,750
= RM 125 (F)

16.2.1.3 Jumlah Varian Bahan Langsung

Ia itu perbezaan antara jumlah kos standard bahan langsung dengan jumlah kos
sebenar bahan langsung bagi pengeluaran sebenar. Anda juga dapat mengira
varian ini dengan cara menjumlahkan varian penggunaan bahan langsung dan
varian harga bahan langsung.

Anda boleh mengira varian ini dengan menggunkan formula 16-5:

Jumlah Varian = Kuantiti Sebenar - Kuantiti Standard


Bahan Langsung X Harga Sebenar X Harga Standard

Formula 16-5:Jumlah Varian Bahan Langsung.

Maka jumlah varian bahan langsung adalah :

Varian Harga Bahan Langsung RM 700 (U)


Varian Kuantiti Bahan Langsung RM 125 (F)
----------------
Jumlah Varian Bahan Langsung RM 575 (U)
=========
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
9

ANALISIS
VARIAN
AKTIVITI 16B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

16.2 Berikut adalah maklumat berkaitan standard bagi bahan langsung untuk Syarikat
Anda Sdn Bhd:

Kuantiti Standard Seunit Kos Seunit Bahan

Bahan A 1 meter RM 3.50 semeter


Bahan B 1 liter RM 4.50 seliter

Bagi tempoh berkenaan sebanyak 10,000 unit dapat dihasilkan, 10,500 meter dan 9,500
liter bahan telah digunakan. Bagi bahan A, 12,000 meter dan bagi bahan B, 11,000 liter
telah dibeli masing-masing pada harga RM 3.75 semeter dan RM 4.75 seliter.

Anda dikehendaki mengira varian harga dan kuantiti bagi bahan A dan bahan B.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
10

ANALISIS
VARIAN
Maklumbalas 16B

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
16B

16.2 Varian harga dan kuantiti bagi bahan A dan bahan B.

Bahan A :

Varian Harga Bahan = (RM 3.75 – RM 3.50) X 12,000 meter.

= RM 3,000 (U)

Varian Kuantiti Bahan = { 10,500 m – ( 10,000 unit X 1 m)} X RM 3.50

= RM 1,750 (U)

Bahan B :

Varian Harga Bahan = (RM 4.75 – RM 4.50) X 11,000 liter.

= RM 2,750 (U)

Varian Kuantiti Bahan = { 10,500 liter – ( 10,000 unit X 1 liter)} X RM 4.50

= RM 2,250 (U)
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
11

ANALISIS
VARIAN

INPUT

16.2.2 VARIAN BURUH LANGSUNG

Bahagian ini membicarakan tentang varian kadar buruh langsung, varian kecekapan
buruh langsung dan jumlah varian buruh langsung.

16.2.2.1 Varian Kadar Buruh Langsung

Varian ini ujud kerana perbezaan upah yang dibayar sama ada lebih atau kurang
daripada kadar standard yang ditetapkan bagi jumlah jam kerja yang
dilaksanakan.

Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-6 :

Varian Kadar = Jam Sebenar - Jam Sebenar


Buruh Langsung X Kadar Sebenar X Kadar Standard

Formula 16-6: Varian kadar buruh Langsung.

Daripada contoh 6.2:

= 5,858 – (2,020 jam X RM 2.75)


= 5,858 - 5,555
= RM 83 (U)

16.2.2.2 Varian Kecekapan Buruh Langsung

Varian ini ujud apabila kerja yang dilaksanakan mengambil masa yang lebih atau
kurang daripada masa standard yang ditetapkan.

Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-7 :

Varian Kecekapan = Jam Sebenar - Jam Standard


Buruh Langsung X Kadar Standard X Kadar Standard

Formula 16-7: Varian kecekapanr buruh Langsung.


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
12
Daripada contoh 6.2:

= (2.020 jam x RM 2.75) – ((150 unit x 4 jam) x RM 2.75)


= 5,555 – 5,775
=RM 220 (F)

16.2.2.3 Jumlah Varian Buruh Langsung

Ia itu perbezaan antara kos standard buruh langsung dengan kos sebenar buruh
langsung yang dilibatkan bagi pengeluaran yang dilaksanakan .

Ia juga boleh diperolehi dengan menjumlahkan varian kadar buruh langsung


dengan varian kecekapan buruh langsung.

Maka Jumlah Varian Buruh Langsung adalah :

Varian Kadar Buruh Langsung RM 303 (U)


Varian Kecekapan Buruh Langsung RM 220 (F)
----------------
Jumlah Varian Buruh Langsung RM 83 (U)
=========

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
13

AKTIVITI 16C

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

16.3 Kita kembali semula kepada Syarikat Anda Sdn Bhd. Andaikan bahawa jam
standard buruh untuk setiap unit ialah 1.5 jam dan kadar standard ialah RM
3.50 sejam. Sebanyak 10,000 unit telah dihasilkan. Bagi tempoh berkenaan,
jam buruh sebenar ialah 14,500 dan dibayar pada kadar RM 3.75 sejam.

Anda dikehendaki mengira varian kadar buruh dan varian kecekapan buruh.

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
14

Maklumbalas 16C

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
16C

16.3 Varian Kadar Buruh = (RM3.75 – RM 3.50) X 14,500 jam


= RM 3,625 (U)

Varian Kecekapan Buruh = {14,500 – (10,000 unit X 1.5 jam)} X RM 3.50


= RM 1 ,750 (F)
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
15

ANALISIS
VARIAN

INPUT

16.2.3 VARIAN OVERHED KILANG BERUBAH

Penetapan standard bagi overhed kilang adalah sukar jika dibandingkan dengan bahan
langsung dan buruh langsung . Ini kerana overhed kilang merupakan sekumpulan item
yang bersifat kecil nilainya ke atas barang siap. Hubungan antara input dan output bagi
overhed kilang adalah tidak jelas, maka penetapan asas kos standard overhed berubah
menjadi masalah. Asas yang sering digunakan ialah jam mesin atau jam buruh langsung
untuk mengenakan overhed kilang kepada keluaran.

Terdapat dua jenis varian overhed kilang berubah :

1. Varian Perbelanjaan Overhed Berubah


Ia itu perbezaan antara kos overhed berubah sebenar dengan kos overhed berubah
standard pada tingkat aktiviti sebenar. Ia boleh dikira dengan menggunakan formula
berikut :

Varian Perbelanjaan = ( Kadar Sebenar – Kadar Staandard ) X Input Sebenar


Overhed Berubah Digunakan

= Overhed Berubah Sebenar – (Kadar Standard X


Input Sebenar )

Formula 16-8:Varian Perbelanjaan Overhed Berubah

2. Varian Kecekapan Overhed Berubah


Ia itu perbezaan antara kos overhed berubah standard pada tingkat sebenar aktiviti
dengan kos belanjawan fleksibel bagi overhed berubah

Ia boleh dikira dengan menggunakan formula berikut :

Varian Kecekapan = (Input Sebenar Digunakan – Input Dibenar Pada Output Sebenar )
Overhed Berubah X Kadar Standard Overhed Berubah

Formula 16-9:Varian Kecekapan Overhed Berubah


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
16

ANALISIS
VARIAN
AKTIVITI 16D

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

16.4 Kita kembali semula kepada Syarikat Anda Sdn Bhd. Overhed berubah
dibelanjawankan ialah RM 25,000. Kapasiti pengeluaran normal ialah 10,500
unit dan pengeluaran sebenar ialah 10,000 unit. Jam buruh langsung
digunakan sebagai asas dalam mengenakan kos overhed berubah kepada
keluaran. Overhed berubah sebenar ialah RM 27,000 dan jam standard ialah
1.5 jam seunit.

Anda dikehendaki mengira varian pebelanjaan overhed berubah dan varian


kecekapan overhed berubah.

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
17

Maklumbalas 16D

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
16D
16.4

Kadar overhed berubah sejam buruh = RM 25,000/(10,500 unit X 1.5 jam)


= RM 25,000 / 15,750 jam
= RM 1.59 sejam buruh.

Varian Perbelanjaan overhed berubah = RM 27,000 – (RM 1.59 X 14,500 jam)


= RM 27,000 – RM 23,035
= RM 3,945 (U)

Varian kecekapan overhed berubah = { 14,500 jam – (10,000 unit X 1.5 jam)}
X RM 1.59
= RM 795 (F)

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
18

INPUT

16.4.2 VARIAN OVERHED KILANG TETAP

Sebagaimana dengan kos-kos pengeluaran lain, overhed kilang tetap juga mengalami
varian. Terdapat dua jenis varian bagi overhed kilang tetap.

1. Varian Belanjawan Overhed.

Varian ini timbul kerana terdapat perbezaan antara jumlah overhed kilang tetap
sebenar yang tidak sama dengan jumlah overhed kilang tetap yang
dibelanjawankan.

Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-10;

Varian Belanjawan = Overhed Tetap Sebenar – Overhed Tetap Dibelanjawankan


Overhed
Formula 16-10: Varian Belanjawan Overhed.

2. Varian Volum Overhed

Varian ini wujud kerana perbezaan antara jumlah overhed yang dibelanjawankan
dengan overhed kilang tetap yang diserapkan.

Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-11:

Varian Volum = Overhed Tetap Dibelanjawankan – Overhed Tetap Diserapkan


Pengeluaran
= Overhed Tetap Dibelanjawankan –
(Kadar Overhed Tetap Standard X Asas Standard X Output
Sebenar)

= Kadar Pratentu X (Input Diramal – Input Standard)

Formula 16-10: Varian Volum Overhed

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
19

AKTIVITI 16E

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

16.5 Syarikat Anda Sdn Bhd menganggarkan overhed tetap adalah sebanyak RM
15,000 dan overhed diserap kepada keluaran berasaskan kepada jam buruh
langsung. Overhed tetap sebenar ialah RM 17,500. Kapasiti normal
pengeluaran ialah 10,500 unit. Pengeluaran sebenar pula ialah 10,000 unit.
(Jam standard ialah 1.5 jam)

Anda dikehendaki mengira varian belanjawan overhed tetap dan varian


volum pengeluaran.

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
20

Maklumbalas 16E

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
16E
16.5

Kadar Overhed tetap = RM 15,000 / 10,500 unit X 1.5 jam


= RM 0.952

Varian belanjawan overhed tetap = RM 17,500 – RM 15,000


= RM 2,500 (U)

Varian volum pengeluaran = RM 15,000 – (RM0.952 X 10,000 unit X 1.5 jam)


= RM 720 (F)

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
21

INPUT

16.6 LAPORAN VARIAN

Setelah anda dapat mengira pelbagai varian, maka semua varian tersebut hendaklah
dilaporkan kepada pihak pengurusan secepat mungkin. Ini akan dapat membantu pihak
pengurusan mengenalpasti masalah ketidakcekapan yang berlaku dan mengambil
tindakan pembetulan dengan segera.

Bentuk, kandungan dan kekerapan laporan varian adalah berbeza antara satu organisasi
dengan organisasi yang lain. Salah satu pendekatan ialah menyediakan laporaan
mingguan bagi setiap jabatan yang bertanggungjawab bagi kawalan kos. Contoh laporan
varian adalah seperti berikut :

Syarikat Indah Sdn Bhd


Laporan Varian
Jabantan Pembelian bagi minggu berakhir Januari 8

Jenis Bahan Kuantiti Harga Harga Varian Penerangan


Dibeli Sebenar Standard Harga
AB 4,200 kg RM 3.10 RM 3.00 RM420 (U) Pesanan segera
CD 1.200 unit RM 2.75 RM 2.80 RM 60 (F) Diskaun Kuantiti
EF 600 dz RM 5.20 RM 5.10 RM 60 (U) Pesanan Segera
Jumlah Varian Harga RM 420 (U)

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
22

PENILAIAN
KENDIRI

S ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Jika ada

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 16-1.

Syarikat Ikbar adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan baju berjenama Iktibar.
Sepanjang bulan Januari 2002, syarikat telah mengeluarkan sebanyak 500 unit. Berikut
adalah maklumat berkaitan dengan pengeluaran sepanjang bulan Januari.

Belian bahan langsung : 18,000 meter pada harga RM 1.38 semeter RM 24,480
Penggunaan bahan langsung : 9,500 meter pada RM 1.38 semeter RM 13,110
Buruh langsung : 2,100 jam pada kadar RM 9.15 sejam RM 19,215

Kos prima standard bagi seunit baju Iktibar adalah seperti berikut :

Bahan langsung : 20 meter pada RM 1.35 semeter RM 27


Buruh langsung : 4 jam pada RM 9.00 sejam RM 36
Jumlah kos prima standard seunit keluaran RM 63

Anda dikehendaki mengira varian-varian berikut bagi bulan Januari dan menyatakan
sama ada varian tersebut memuaskan (F) atau tidak memuaskan (U)

1. Varian harga bahan langsung


2. Varian kuantiti bahan langsung
3. Varian kadar buruh langsung
4. Varian kecekapan buruh langsung

ANALISIS
VARIAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 16 /
23

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 16-1.

1. Varian harga bahan langsung = (AP – SP) AQ


= (RM 1.38 – RM 1.35) X 18,000 meter
= RM 540 (U)

2. Varian kuantiti bahan langsung = (AQ – SQ) SP


= (9,500 – 10,000 *) X RM 1.35
= RM 675 (F)
* 500 unit X 20 meter/unit

3. Varian kadar buruh langsung = (AR – SH) AH


= (RM9.15 – RM9.00) 2,100 jam
= RM 315 (U)

4. Varian kecekapan buruh langsung = (AH – SH) SR


= (2,100 – 2,000 *) X RM9.00
= RM 900 (U)
* 500 unit X 4 jam/unit.

Vous aimerez peut-être aussi