Vous êtes sur la page 1sur 1

Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang dikurniakan.

Terlalu banyak nikmat yang


dikurniakanNya sehingga tidak mampu dihitung walaupun diri masih banyak melakukan dosa.
Namun nikmat yang paling besar ialah masih lagi diberi kesempatan waktu untuk menghirup
udaraNya dalam keadaan beriman kepadanya, alhamdulillah ku ucapkan untuk kesekian kalinya
walaupun erti syukur itu dapat dilihat pada sikap dan tingkah laku, tetapi ucapan syukur itu
merupakan muqaddimah kita berterima kasih padaNya.

Sedar tak sedar, blog ini sudah mencapai usia 2 tahun. Namun, hampir 3 bulan lamanya tidak ada
sebarang pengisian dek kesibukan menghadapi peperiksaan, pengajian, proses perpindahan
rumah yang meletihkan dan segala urusan kehidupan sebagai seorang perantau di negara orang
yang digelar bumi anbiya’ yang penuh barakah ini. Menyingkap bagaimana tercetusnya untuk
membuat blog ini, segalanya bermula dengan kalimah….. yang diungkapkan oleh Syaikhina wa
Murabbina Dr Yusri Rushdi al-Hasani hafizahullah. Boleh lihat post berkaitan di sini. Jika
diikutkan hati, banyak perkara yang ingin dikongsi bersama di sini, tetapi seribu satu alasan yang
timbul menghalang. Manhaj/method penulisan al-faqir lebih kepada bentuk penceritaan yang
santai yang tidak memberatkan tetapi ilmiah. Setiap post akan disertakan dalil-dalil baik dari al-
Qur’an al-Kareem mahupun Sunnah an-Nabawiyyah as-Syariifah sebagaimana yang diajarkan
oleh para masyayikh kami di al-Azhar iaitu setiap hujah mesti ada dalilnya. Namun, oleh kerana
ilmu masih lagi di dalam kitab, bukannya di dada, ia membataskan hasrat untuk berkongsi
pendapat. Setiap dalil pasti akan dirujuk kepada kitab-kitab dahulu sebelum ditulis bagi
memastikan kesahihannya (bimbang jika tersilap menggunakan dalil berdasarkan hujah yang
digunakan), namun kitab-kitab tersebut tersimpan rapi di dalam kotak (kerana proses
perpindahan).

Alhamdulillah baru kelmarin segala barang-barang selesai diangkat, tetapi urusan mengemas
rumah pula yang belum selesai. Alhamdulillah banyak hikmah yang dipelajari dari perpindahan
ini (hampir 8 bulan). Antaranya dapat tinggal berdekatan dengan Syaikhuna Dr Rif’at Fauzi
hafizahullah, pensyarah di Darul Ulum, Universiti Kaherah. Banyak kitab yang dikarang dan
ditahqiqnya terutamanya dalam bidang hadis (insyaAllah jika punya kelapangan waktu, akan
diterjemah biodata beliau yang diminta al-faqir semasa awal perpindahan dahulu). Hampir setiap
hari beliau mengimamkan kami terutamanya solat subuh di musolla berdekatan, usai solat subuh
beliau akan membacakan beberapa hadis dari kitab Riadhus Solihin karangan al-Imam Nawawi
radhiyallah ‘anhu. Sempat menghadap beliau kelmarin, sebelum berpindah secara rasmi di
asrama yang baru di renovate. Beliau mengatakan jama’ah solat di musolla tersebut mulai
kurang. Boleh dikatakan ramai sahabat-sahabat al-faqir yang solat di situ setiap kali waktu solat
fardhu. Jujur saya katakan, cukup berbangga dengan penghargaan yang diberikan oleh beliau
kepada kami anak-anak Malaysia. Setiap hari Isnin selepas maghrib, beliau mengajar kitab
Muwatto’ Imam Malik riwayat al-Imam Muhammad bin Hasan di maktabah beliau. Seronok
tinggal di kawasan tersebut, mana mungkin dapat mengenali beliau dengan lebih dekat jika tidak
ditakdirkan berpindah sementara di situ.

Al-faqir tidak berhasrat untuk menulis panjang lebar, hanya untuk berkongsi pengalaman dan
sekadar untuk meraikan ulangtahun kedua blog ini yang dibiarkan usang sejak tiga purnama
yang lalu. Apa yang diharapkan ialah doa kalian buat diri al-faqir ini moga-moga terus istiqamah
dalam amalan dan berjaya di dunia dan akhirat.

Vous aimerez peut-être aussi