Vous êtes sur la page 1sur 6

Jul 2, 2008

Wanita Yg Dimurkai Oleh Alllah

1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (tudung) dikalangan
lelaki.

2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui
kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian
akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin
suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya,
tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka
membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka
menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat
perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala
jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak
solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-
domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada
suaminya.
Posted by rahsia perkahwinan at 4:22 AM 0 comments
Kategori: Wanita dan Islam

Jun 30, 2008


30 Larangan untuk Wanita

Semoga mendapat manfaatnya

1. Menyambung rambut palsu


2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Jun 28, 2008


AURAT WANITA — Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW
1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud
Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati


suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi


dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan
Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan:
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan


sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang
pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat
ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah


mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang
perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An
Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi


telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan
Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-
isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al
Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan


digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia
tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea'
merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua
jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya,
tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum
kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah
biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan
sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu
fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah
berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang
senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan
dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang
bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui
saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja
masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali
sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang
berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin'
ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap
psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka
terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit,
muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu
mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah
ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan.
Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang
sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit
'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan
tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap
'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika
'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid
telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau
membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang
mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit
akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini
akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti
kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala
jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.

- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon
'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan
rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja
yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini
menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang
membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang
mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan
juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang
terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus
menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya
haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan
rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang
secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan
100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk
mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus,
saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar
rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang
menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak
normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah
kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan
tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'


Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala
rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan
juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05


Posted by rahsia perkahwinan at 12:52 AM 0 comments
Kategori: Kesihatan Wanita

Vous aimerez peut-être aussi